Thursday, July 28, 2016

Vitamin 100 Tahun !

Vitalea adalah multivitamin yang berusia 100 tahun. Boleh bayangkan berapa ramai yang dah amalkan vitamin ini sehingga mampu bertahan 100 tahun?

Salah satu kandungan mineral dalam Vitalea iaitu Kromium sangat bagus untuk membantu pesakit kencing manis kekal sihat dan bertenaga.

Jika anda sering keletihan, cuba amalkan Vitalea Shaklee dan rasai perbezaannya!

Ingin dapatkan Vitalea Shaklee?

Boleh hubungi  di wassapp 012-6816979

Wednesday, July 27, 2016

Kalau Berniaga Jangan Kutip Hutang Dan Jangan Kena Matahari !

Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan. Beliau memiliki dua anak lelaki. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah memanggil kedua anak lelakinya, lalu berpesan,
"Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah ingin kamu lakukan.

1. Bila kamu berniaga, jangan kutip hutang.
2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari."

Kemudian Hassan Al Basri mengakhiri hayatnya dan meninggal dunia.

Masa telah berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.

Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anaknya si adik. Lalu bertanya,

Si ibu : "Wahai adik, kenapa perniagaanmu semakin hari semakin merosot?"
Jawab si adik: "Saya ikut pesanan ayah."
Si ibu : "Apakah pesanan ayahmu?"
Jawab si adik : "Ayah berpesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran."
Pesan ayah lagi, "KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI."
"Kemana sahaja saya berniaga, mesti bawa payung. Jadi semua perniagaan itu tidak kena matahari sebagaimana pesan ayah."

Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya.

Si ibu : "Wahai abang, ibu lihat perniagaanmu semakin hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ?"
Jawab si abang : "Saya ikut pesan ayah."
Si ibu : "Apa pesanan ayahmu?"
Jawab si abang: "Ayah pesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi , semua saya JUAL TUNAI. Maka, tidak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai."
"Kedua , ayah berpesan. "KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI." Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tidak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari."

—Moral of the story

Perbezaan MENTAFSIR sesuatu perkara menjadikan arah hidup yang berbeza. Kalau kita kata ibadah itu hanyalah di tikar sembahyang semata-mata, nanti kita akan meninggalkan kewajipan mencari nafkah terhadap keluarga, kewajipan terhadap negara dan ummah keseluruhannya.

Jadi, belajarlah dari ramai guru, banyak membaca untuk tambahkan ilmu, minta اللّٰه سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى beri petunjuk, mohon اللّٰه سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى bimbing kehidupan kita, semoga اللّٰه memberikan taufik dan hidayah.

Mudah-mudahan, dengan kefahaman yang betul, kita di muliakan oleh اللّٰه di dunia dan di akhirat. Nabi صلى الله عليه وسلم pernah bersabda;

“Siapa yang اللّٰه سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى mahukan kebaikan bagi dirinya, akan difahamkan padanya agama dengan sebenar-benar kefahaman”.

Tuesday, July 26, 2016

Lukman Al Hakim


Satu-satunya manusia yang bukan nabi,
bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur'an adalah Lukman Al Hakim. Kenapa, tak lain, karena hidupnya penuh hikmah. Suatu hari ia pernah menasehati anaknya tentang hakikat hidup.

"Anakku, jika makanan telah memenuhi perutmu, maka akan matilah pikiran dan kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan malas untuk melakukan ibadah, dan hilang pulalah ketulusan dan kebersihan hati. Padahal hanya dengan hati bersih manusia bisa menikmati lezatnya berdzikir."

"Anakku, kalau sejak kecil engkau rajin belajar dan menuntut ilmu. Dewasa kelak engkau akan memetik buahnya dan menikmatinya."

"Anakku, ikutlah engkau pada orang-orang yang sedangmenggotong jenazah, jangan kau ikut orang-orang yang hendak pergi ke pesta pernikahan. Karena jenazah akan mengingatkan engkau pada kehidupan yang akan datang. Sedangkan pesta pernikahan akan membangkitkan nafsu duniamu."

"Anakku, aku sudah pernah memikul batu-batu besar, aku juga sudah mengangkat besi-besi berat. Tapi tidak pernah kurasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya."

"Anakku, aku sudah merasakan semua benda yang pahit. Tapi tidak pernah kurasakan yang lebih pahit darikemiskinan dan kehinaan."

"Anakku, aku sudah mengalami penderitaan dan bermacam kesusahan. Tetapi aku belum pernah merasakan penderitaan yang lebih susah daripada menanggung hutang."

"Anakku, sepanjang hidupku aku berpegang pada delapan wasiat para nabi. Kalimat itu adalah:

1. Jika kau beribadah pada Allah, jagalah pikiranmu baik-baik.
2. Jika kau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandanganmu.
3. Jika kau berada di tengah-tengah majelis, jagalah lidahmu.
4. Jika kau hadir dalam jamuan makan, jagalah perangaimu.
5. Ingatlah Allah selalu.
6. Ingatlah maut yang akan menjemputmu
7. Lupakan budi baik yang kau kerjakan pada orang lain.
8. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu.

Monday, July 25, 2016

Mengapa Kena Bangun Awal Pagi ?


Dari sudut pandangan Islam melihat waktu itu turunnya rezeki dari langit. Rezeki itu bukan sahaja bermakna sesuatu yang bersifat materialistik tapi apa-apa sahaja yang memberi manfaat. Oleh itu tak hairanlah pada waktu itu doa-doa yang kita pohon termakbul seperti dalam riwayat daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasullah SAW bersabda,

"Allah turun ke langit dunia pada setiap malam ketika berlalu sepertiga malam pertama. Maka Dia berkata: "Aku adalah Sang Raja, Aku adalah Sang Raja, siapa sahaja yang memohon kepada-Ku maka Aku akan mengabulkannya, sesiapa sahaja yang meminta kepada-Ku maka Aku akan memberinya, siapa sahaja yang memohon ampunan kepada-Ku maka Aku akan mengampuninya. Dia tetap seperti itu hingga munculnya cahaya fajar"

Kajian Barat menunjukkan sebelum terbit matahari, gas ozon memenuhi sebahagian besar ruang udara. Jika bangun awal pagi dan kita menghirup gas ozon itu dalam jumlah yang banyak, ia umpama 'suplemen' untuk saraf kita.

Malah menurut kajian barat lagi, gas ozon ini juga merangsang semangat bekerja, percambahan minda dan sangat baik untuk perkembangan tubuh.

Nak Hadiah Dari Shaklee Japan


Saya sertai peraduan daripada #anakkuwirakushaklee sebab nak hadiah dari Shaklee Japan.

Mengapa Saya Jadi Ahli Shaklee ?

1) Masa mula-mula jadi ahli, saya rasa teruja nak jadi antara orang pertama yang tahu offer yang Shaklee tawarkan untuk sesuatu bulan. Ni memang kelakar, sebab nak kumpul duit dari awal bulan nak beli apa yang Shaklee offer. Padahal masa tu takde pembeli pun ! Sebab boleh update kat FB dapat beli offer dari Shaklee. Nanti adalah yang berminat !

2) Pada saya kalau kita jadi ahli kita akan rasa ada hati nak tahu lebih lanjut tentang sesuatu produk tu. Kalau kita cuma makan, bila baca viral jadi macam tak yakin walaupun bukan betul pun ! Bila jadi ahli kita boleh tanya Nutritionist Shaklee ketika hadiri kelas. Boleh tanya Upline. Kalau kita cuma pengamal atau pembeli bukan ahli bila kita tanya penjual mesti terdetik kat hati, "memanglah gitu, sebab dia penjual!" Bila jadi ahli kita sendiri nak tau lebih !

3) Kalau jadi ahli, kita tak malu nak buat sharing dengan kawan-kawan. Sebab rasa macam kelakar, makan tak jadi ahli tapi sibuk sharing. Bila orang tanya "jadi ahli ke ?' kita pun jawab," taklah saje sharing". macam tak confident gitu ! Jadi kalau jadi ahli, kita buat sharing tentu lebih yakin kita jawab "Sebab tu saya jadi ahli!" Kan lain confident tu !

4) Bila kita dah jadi pengamal, jadi ahli, kita sharing tentulah kita upah dari apa yang kita lalui !


Bagaimana pembelian secara online dapat membantu untuk kembangkan bisness ?

1) Menggunakan Esell sebagai medium pengiklanan di blog, dari situ pelanggan yang berminat boleh tau harga dan terus beli melalui ID kita.

2) Kalau kita belikan customer melalui Shaklee2u pelanggan akan rasa bangga dapat barangan tersebut, sebab ada kotak yang ada tulis Shaklee dan di packing cantik kat dalam tu, ia buat pelanggan teruja dan rasa ia benar-benar syarikat yang mementingkan kualiti. Berbanding kalau kita sendiri courier, tentu lain ! Alah macam masa mula-mula saya beli barang Shaklee bila Shaklee sendiri courier ! Teruja nak buka kotak !

3) Kalau customer bukan mahu COD dan barang yang dibeli dalam jumlah yang banyak lebih baik beli melalui Shaklee2u sebab jika kita kos postage lebih murah berbanding jika kita sendiri pos dan lebih selamat, contohnya kalau kita beli Vivix untuk customer guna Shaklee2u kat kotak siap-siap tulis ia kena sampai kepada customer sebelum pukul berapa, lagi ia dilindungi oleh insurans jika berlaku sesuatu yang tidak diingini pada belian tersebut.
4) Kita boleh buat belian untuk customer walau ketika itu kita sedang bercuti. Kena berdoa banyak-banyak dapat customer yang sabar !



#anakkuwirakushaklee

Saturday, July 23, 2016

Masa Untuk Repair 'Rumah' Kita !

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Kita beli sebuah rumah baru. Lama kelamaan setelah puluhan tahun, ia akan mengalami kerosakan di sana sini. Kepala paip bocor, bumbung bocor, belum lagi sistem kumbahan yg memualkan dan pendawaian elektriknya yang boleh mengancam keselamatan.

Kalau rumah , kita boleh panggil orang baiki supaya rumah kita selamat dan selesa utk kembali didiami.

Bagaimana badan kita yg dah berusia puluhan tahun ini ? Tentulah memerlukan banyak yang perlu di repair!

Jadi Vivix berperanan repair badan kita dari peringkat sel dan organ yg barangkali dah mula rosak.

Sebab tu mereka yg masih muda suka akan kesan pd raut wajah yg lebih muda.

Mereka yg sakit & berusia suka cerita kesan Vivix pada kesihatan mereka.

Pendek kata Vivix untuk kesan pada kesihatan & penampilan!

Bulan ni beli 2 botol Vivix diskaun 5% & keahlian percuma!

Berminat ?

Hubungi saya di wassapp 012-6816979

Monday, July 18, 2016

Amalkan Vitamin C Untuk Atasi Panas Baran ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Semalam ketika sedang memandu sambil buka siaran Radio Sinar FM pagi yang di kendalikan oleh Jep, Rahim dan Syuib menemu bual Dato Dr Fadhilah Kamsah cara untuk atasi 'penyakit' panas baran atau suka marah-marah. 


Dari temubual tu ada beberapa tip yang bagus diamalkan selain kerap berada dalam wudhuk bagi yang Muslim, kita kena juga menjaga apa yang kita makan dan minum.

Tipnya, kena banyak minum air masak, mengambil buah-buahan sebelum makan berat, kurangkan mengambil makanan bersumberkan daging merah, bagus ambil daging putih iaitu ikan. 

Sebab apa Islam ajar ambil buah-buahan sebelum makan ? Supaya Vitamin C tu dapat diserap sepenuhnya oleh badan, dan orang yang panas baran suka marah-marah sebab tak cukup kandungan Vitamin C dalam badan !

Jadi, memang banyak keistimewaan Vitamin C ni, bukan sahaja untuk cantik, jaga kesihatan salur darah kita, atasi sistem imun yang lemah, tapi untuk atasi sifat panas baran yang mendarah daging dalam badan kita ni !

Kannnnnnn..... macam-macam manfaat Vitamin C ni !? jadi pastikan keluarga kita mendapat makanan yang kaya dengan Vitamin C setiap hari. kalau susah sangat nak makan makanan yang kaya Vitamin C tu, ambillah Vitamin C Shaklee !
 
Nak dapatkan ? Hubungi saya di wassapp 012-6816979 
 

Sunday, July 17, 2016

Ladang 20 Kaki Saya !

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rumah 'pinjaman Allah' ni kat belakang ada tanah lebih. Takdelah luas sangat. Ada lebihan dalam 20 kaki. Boleh saja kalau nak simen terus. Tapi saya pilih untuk tanam pokok-pokok.





Dari pisang, ubi, sengkuang, mangga, belimbing, limau, serai. Tapi yang memang kena rajin bersihkan. Bila musim hujan senang rumput naik. 

Kiranya tak payah pergi jogging pada hujung minggu, kita jogging guna cangkul bersihkan belakang rumah dah berpeluh. 

Selamat berhujung minggu !

Oh ye! Mahu order Shaklee ? 'kedai' saya sentiasa terbuka !

 

Thursday, July 14, 2016

Masih Ingat Tak Doa Kita Zaman Sekolah Dulu ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Masa kita sekolah dulu, bagi yang sekolah kebangsaan lah ye ! Kalau sekolah jenis kebangsaan, dalam kelas Pendidikan Islam juga akan baca doa ni.




Doa yang mudah, supaya kita menemui pintu-pintu hikmah dalam setiap persoalan dan masalah dalam setiap cerita perjalanan hidup kita. 







Amin !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...