Thursday, May 31, 2012

Set B Untuk Siapa Lagi ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Jika disebut Set B ramai yang tergambar di minda suplemen asas untuk penyusuan bayi. Namun ramai yang tak tahu ia juga adalah suplemen untuk semua tanpa melibatkan jantina, jadi lelaki atau perempuan boleh mengambilnya. 

Apa ada dalam Set B itu ? Ia mengandungi Vitalea/ multivitamin, Vitamin C, Vitamin B dan Alfalfa. Memang diakui alfalfa adalah 'booster' pada susuibu, tetapi ia hanya untuk wanita yang menyusukan sahaja. Jadi set ini sesuai diambil untuk mereka yang menghadapi masalah kesihatan sepeti diabetis dan gout, selain memberi tenaga, mengawal masalah kesihatan, ia menampung kehilangan vitamin akibat pengambilan ubat. 

Malah set ini juga sesuai diambil untuk mereka yang mahu menguruskan badan (diambil bersama lecithin atau omega) dan menghadapi masalah bau badan, set ini membantu kerana alfalfa mengandungi fiber dan dikatakan mampu mengatasi bau badan. 

Bagi wanita yang menghadapi masalah keputihan atau kadang-kadang kegatalan pada bahagian feminin, selain penjagaan kebersihan pada luaran, alfalfa juga dapat mengatasi masalah ini.

Jadi, Set B bukan untuk wanita yang menyusukan sahaja. Tetapi ia tidak sesuai diambil oleh mereka yang menghidap SLE, sebab alfalfa TIDAK untuk SLE.

Mahu dapatkannya ? Hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Wednesday, May 30, 2012

Herbalax

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Herbalax adalah suplemen Shaklee yang hanya di makan seminggu sekali sahaja. Biasanya saya ambil ketika hujung minggu . Ia ambil masa selama 6 jam baru bertindak, dengan syarat lepas makan minum air masak banyak-banyak. Ia adalah sejenis julap tapi tidak menyebabkan kita cirit birit macam julap yang biasa kita temui. Cuma rasa 'gesaan' untuk buang air besar tu banyak kali. Contohnya anda mungkin buang air besar sekali sehari, tapi apabila anda makan Herbalax anda rasa mahu ke toilet 2 - 3 kali sehari.

Cara pengambilan 4-5 biji sahaja bergantung pada berat badan seseorang. Mula-mula makan saya makan 2 biji sahaja, sebab takut cirit birit. Tapi tak de apa-apa kesan 'gesaan' pun - maknanya Herbalax itu 'tidak berfungsi' dalam badan saya - sebab lemak dah tebal kot! Minggu berikutnya saya amalkan 4 biji. Baru ada kesan 'gesaan'.

Kat bawah ni mana yang saya warnakan dengan warna biru adalah dari catatan rakan bisness saya. Catatan penuhnya di link ini  http://www.anakkuwiraku.com/2012/05/supplement-yang-hanya-makan-1-2-kali.html

Untuk apa Herbax ini sebenarnya ? Ia untuk membantu membersihkan usus, maklumlah kita makan macam-macam setiap hari. Selain itu ia juga dapat mengelakkan gangguan kepada sistem pencernaan, mengelakkan gangguan sistem peredaran darah dan sistem pertahanan badan.
Apakah yang berlaku apabila sistem pencernaan terganggu?
Sistem pencernaan sangat penting demi menyahkan toksin dari tubuh badan. Jika ia tidak dapat berlaku dengan baik maka ia akan mengundang penyakit seperti
  • masalah kulit
  • gangguan pada buah pinggang
  • mulut dan nafas berbau
  • sesak dada
  • angin ahmar
  • wajah nampak tua
  • kembung perut dan 
  • daya imun yang lemah.
Herbalax perlu untuk mereka yang mengamalkan makan vitamin pemecah lemak seperti Omega dan Lecitin sangat perlu mengambil Herb Lax demi memastikan lemak2 yang disingkirkan dapat dibuang dengan baik melalui proses penyahtinjaan.

Siapa yang sesuai makan Herb Lax?*
Lelaki dan Wanita
Mereka yang dalam proses pembuangan lemak
Mereka yang ada masalah pencernaan
Mereka yang menyusu anak.
Mereka yang ingin menjaga kesihatan usus terutamanya.

Mahu mencuba ? Saya untuk dihubungi di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Tuesday, May 29, 2012

Set Penyusuan Dan Tip Memilih

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Saya tahu ramai yang sampai ke blog ini tertanya-tanya apakah set penyusuan yang sesuai dengan diri mereka. Jadi kat bawah ni saya sertakan set dan tip memilih suplemen yang bersesuian dengan ibu-ibu.

Terdapat 4 jenis set penyusuan popular, di bawah ini saya sertakan penerangan untuk memudahkan ibu-ibu membuat pilihan berdasarkan keperluan.

1. Set B
Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Alfalfa
Nota : Alfalfa membantu membantu menghasilkan susuibu dengan lebih cepat
 
Untuk Siapa ?
  • Ibu yang TIDAK  mempunyai masalah penyusuan(sekali pam dapat 3oz lebih)
  • Ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bayi yang mempunyai masalah eczema
  • Ibu yang mahu kekal sihat dan cantik
  • Ibu yang mahu memperkayakan nutrisi susuibu
Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan atau sedang berpantang disebabkan ada sesetengah bayi yang mengalami jaundice dan sesetengah bayi mengalami cirit birit  
    2. Set Eu Four Pack
    Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Kalsium 
    Nota : Kalsium Shaklee di kenali dengan nama Ostematrix yang dilengkapi dengan kalsium, magnesium dan vitamin D

    Untuk Siapa
    • Ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
    • Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat.
    • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu dan alah kepada laktose.
    • Set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur.
    • Ibu yang hamil tetapi masih mampu menyusukan bayi
    • Ibu yang selalu cramp dan sakit belakang

    3. Set E
    Mengandungi  Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, Kalsium dan Alfalfa
    Nota : Set ini memberi kesan yang lebih yang tidak kurang bagusnya kerana kandungan Alfalfa yang mempunyai khasiat protien di dalamnya.

    Untuk Siapa ?
    • Ibu yang sering keletihan melampau.
    • Ibu yang alah dengan susu lembu.
    • Ibu yang ada masalah kekurangan kalsium
    • Ibu yang stress dengan kerja seharian.

    4. Set 3M
    Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan ESP
    Nota : ESP membantu pengeluaran susuibu dengan lebih cepat
     
    Untuk Siapa ?
    • Untuk ibu yang ada mengalami masalah penyusuan,maksud masalah penyusuan adalah :-
      • Tiada peningkatan pada kuantiti susuibu walau ibu telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum ai sekurang-kurangnya 3 litter sehari 
      • Masalah hasil perahan lambat keluar
      • Peranan set ini adalah untuk membantu membaiki kekurangan  zat dari pemakanan yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
    • Mempunyai stok susu yang sedikit
    • Untuk ibu yang baru mula nak menyimpan stok
    • Untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation
    • Ibu yang punya anak kembar 
    Setiap set akan disertakan dengan cara pengambilan dan jadual pam. Hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

    Monday, May 28, 2012

    Glimiks Indeks Mempengaruhi Pertumbuhan Jerawat ?

    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


    Ketika 'berjalan-jalan' di Google telah menemukan saya tentang satu kajian dari American Journal of Clinical Nutrition terbitan Julai 2007 menunjukkan kaitan antara makanan yang rendah dengan Indeks Glimik(GI) dan pembaikan jerawat. 

    Menurut kajian itu, mendapati dalam tempoh 12 minggu, jerawat berjaya dikurangkan dengan lebih baik di kalangan kumpulan peserta yang mengambil makanan dengan kandungan glisemik gula(GI) rendah berbanding kumpulan yang mengambil makanan yang tinggi dengan karbohidrat.

    GI itu apa? Mengikut kefahaman saya GI adalah satu bentuk ukuran untuk menentukan sesuatu makanan berkarbohidrat itu beri kesan kepada paras gula dalam badan seseorang, tahap GI yang rendah membantu mengekalkan paras gula dalam darah yang optimum. 

    Senang cerita, karbohidrat yang bertukar menjadi glukos dengan cepat mempunyai GI yang tertinggi manakala GI yang rendah pula adalah memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan. 

    Contoh makanan yang punya GI yang rendah adalah buah-buahan dan sayuran kecuali kentang dan tembikai, roti berserat dan kekacang.

    Manakala makanan yang punya GI yang tinggi adalah nasi putih, kentang, tembikai, makanan ringan dan roti putih.

    Bercerita tentang perlunya GI yang rendah untuk mengatasi jerawat, ESP juga adalah salah satu suplemen yang punya kandungan GI yang rendah.

    Jadi, selain fungsi asal ESP untuk memastikan sel-sel kulit berada dalam keadaan sihat bagi memastikan ia dapat menyerap segala vitamin dan mineral yang diperolehi melalui makanan dan suplemen, ia juga baik untuk mengurangkan jerawat. Bukan itu sahaja, ia juga dapat mengekalkan ketahanan tenaga lebih lama dan konsisten, ia juga buat kita kurang rasa lapar.


    Banyakkan kelebihan ESP ? Yang penting ambil secara konsisten dan mengikut sukatan yang betul.

    Mahu cuba ?

    Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

    Saturday, May 26, 2012

    Penyakit Kronik : Adakah Diwarisi ?

    Saya cukup tertarik dengan topik mengenai teori penyakit yang diwarisi ini, kerana latar belakang keluarga saya, dan saya lagi cukup bimbang dengan risiko penyakit kronik yang bakal anak saya warisi. Namun, artikel dalam Majalah Rapi yang bertarikh 1 Disember 2010 ini memberi sedikit kelegaan kepada saya. Jadi saya mahu berkongsi info mengenainya.

    Menurut Dr Grace Judio-Kahl seorang Sarjana dalam bidang neurosains dan 'behaviour science' dari Klinik Shape-Up Indonesia mengatakan bahawa gen memang boleh diwarisi. Didalam gen mengandungi informasi genetik yang terlihat secara fizikal misalnya ketinggian dan yang tidak terlihat misalnya kecenderungan terkena penyakit tertentu. Walaupun penyakit boleh diwasiri, informasi genetik turut dipengaruhi oleh pesekitaran. bermaksud jika ibu bapa mempunyai tubuh yang tinggi belum tentu anak punya tubuh yang tinggi mungkin disebabkan pemakanan yang di ambil oleh parent dan anak berbeza. Begitu juga jika bapa punya penyakit kencing manis belum tentu ia akan diwarisi oleh anak.

    Maksud persekitaran yang saya faham disini adalah bagaimana caa hidup kita. Contohnya adakah kita menitikberatkan pemakanan yang dapat mengurangkan risiko penyakit diwarisi ini ? Adakah kita punya kehidupan yang aktif ? Adakah kita selalu melakukan ujian kesihatan?

    Jadi, masih ada peluang untuk kita kurangkan risiko dari dihidapi penyakit warisan yang kronik ini. Apa tunggu lagi, hari minggu mari kita penuhi agenda dengan bersenam dan bersihkan rumah-itupun gaya hidup aktif tau!

    Saya untuk dihubungi di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my 

    Friday, May 25, 2012

    Mahu Shopping Di Mana Ye ?

    Mungkin pada waktu ini anda sedang berkira-kira mahu ber'shopping' di mana tengahari nanti bersama kawan-kawan ! Atau mungkin esok sahaja, bersama seisi keluarga! Membeli barang-barang keperluan untuk kelangsungan hidup atau mungkin barang-barang kehendak demi kepuasan dan menikmati hasil titik peluh.

    Apa kata anda masukkan suplemen dalam senarai barang yang mahu dibeli itu nanti. Bagi yang berdekatan dengan alamat di bawah ini, boleh terus mendapatkan suplemen di Cawangan Shaklee ini, untuk makluman Shaklee tiada stokis ! Jika anda mahu menjadi ahli, boleh juga daftar di alamat dibawah. Jika anda mahu membeli sendiri atau mahu jadi ahli bawah saya, sila hubungi saya untuk makluman saya ye! 

    Empire Tower, Subang Jaya
    Section 1, Wangsa Maju
    Pusat Bandar Seberang Jaya, Prai
    Medan Istana 1, Bandar Ipoh Raya,Ipoh
    Taman Molek Johor Bahru
    Section 25, Bandar Kota Bharu, Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu
    Wisma Damai, Kota Kinabalu

    Namun jika anda rasa lebih suka suplemen yang anda mahukan tiba di depan rumah anda, boleh sahaja hanya dengan menekan bebutang di keyboard anda.
    gambar dari google




     Mudah bukan ? Saya untuk dihubungi di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

    Thursday, May 24, 2012

    Bagaimana GLA Membantu Untuk Mendapatkan Kulit Yang Sihat

    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

    Bila sebut kulit yang sihat, ramai yang terbayang wajah tanpa jerawat dan jeragat walau sebenarnya kulit tu juga yang meliputi seluruh bahagian luar badan. Tapi wajah juga yang terpandang.Selain jerawat, jeragat banyak lagi masalah kulit, antaranya ekszema dan psoriasis.

    Menurut kajian, mereka yang menghadapi masalah kulit contohnya jerawat, jeragat, ekszema, psoriasis lazimnya mempunyai paras GLA yang lebih rendah daripada normal. Secara umum badan memang boleh menukarkan asid linoleik yang didapati dari minyak sayuran tetapi banyak faktor yang mengganggu proses ini, contohnya makanan segera yang kaya lemak dan garam, gaya hidup, faktor usia melambatkan proses ini. Jadi pemakanan tambahan perlu untuk membantu mengatasi masalah kulit berkenaan.

    Selain itu, kandungan omega-3 dan omega-6 penting untuk mengekalkan kecantikan dan keremajaan kulit. Asid-asid lemak perlu ini diperlukan untuk menguat dan meningkatkan kebendaliran membran sel kulit. Membran sel merupakan pelindung kulit, mengeluarkan toksin dan memberi lembapan serta nutrien. Ia juga meningkatkan pengaliran darah dengan mencairkan darah dan memperbaiki keanjalan sel darah merah supaya lebih banyak oksigen yang membantu menyubur dan melembap yang penting untuk keremajaan kulit. 

    Selain itu kandungan omega-3 juga dikatakan membantu mengendalikan hormon berlebihan yang menyebabkan JERAWAT menyerang.


    GLA, omega-3 dan omega-4 ada dalam GLA Shaklee Complex. ISTIMEWANYA Shaklee GLA Complex adalah kandungannya yang menggunakan minyak borage (yang punya kepekatan lebih tinggi dari Everning Primerose Oil - bila dah lebih pekat maka keberkesanannya juga akan jadi lebih) 
    minyak biji bunga matahari
    vitamin E serta 
    Shaklee Guard sebagai sistem anti pengoksida semulajadi yang dipatenkan secara ekslusif bagi memastikan kestabilan dan kesegaran kandungannya.  

    Jadi, bagi mereka yang memang menghadapi masalah berkaitan kulit atau mahu kulit kelihatan awet muda, boleh dapatkan Shaklee GLA Complex. Pastikan anda istiqamah dalam mengamalkan, Insyaallah akan mendapatkan hasil yang diharapkan.

    Jika mahu tahu lagi, boleh hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

    Wednesday, May 23, 2012

    Bagaimana GLA Membantu Untuk Hamil ?

    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


    Topik ini saya ambil dari entry Mommy Lyna dari sini http://vitaminsemulajadi.com/tips-cepat-hamil-dengan-gla-complex/ serta saya lakukan ubahsuai disana sini sinun. Meh saya kongsi.

    GLA (gamma linolenic acid) menurunkan kolesterol dan ia membantu menangani masalah yang berkaitan dengan haid, terutama melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut dan haid yang kacau bilau kerana fungsi GLA menukarkan masalah-masalah di atas kepada prostagdalin iaitu bahan homon dalam badan yang penting untuk mengawal fungsi kimia dalam badan -jadi, ia juga membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. 

    Apa benda pula lendir servik yang berkualiti tu ? Jika anda perasan dalam sebulan biasanya ada satu waktu selepas haid, seseorang wanita akan mengeluarkan cecair warna putih telur, inilah waktu subur. Di sini peranan GLA membantu dalam menghasilkan cecai bekenaan.

    Bagaimana GLA Complex membantu untuk cepat hamil? GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yangntu sperma berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum.Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari
    Bagaimana jika memang sudah subur ? Apa akan jadi ? Tak jadi apa-apa dalam aspek kesuburan ini sebab ia hanya membantu mereka yang kurang subur, tetapi ia membantu dari aspek lain seperti jantung yang sihat dan kulit yang cun!

    Saya untuk dihubungi di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

    Tuesday, May 22, 2012

    Vitamin A Bukan Sekadar Untuk Mata

    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


    Kita selalu dengar makan lobak baik untuk mata yang sihat, sebab ia punya kandungan vitamin A yang buat mata sihat. Sebenarnya, vitamin A bukan sahaja untuk mata, antara lainnya ia baik juga untuk kulit, sebagaimana entry saya yang lepas mengenai vitamin A perlu untuk mengurangkan jeragat ?
    Selain untuk mata, vitamin A adalah sumber antioksidan seperti vitamin E, berfungsi untuk membantu menghalang aktiviti sel radikal bebas penyebab kulit berkedut. Vitamin A juga dikenali sebagai 'membangunkan' DNA yang berfungsi menghasilkan sel-sel kulit baharu dan merangsang proses pelepasan sel-sel kulit mati. Kedua-dua proses ini seiring menjadikan kulit halus dan lebih segar.


    Apa istimewanya vitamin A Shaklee yang dikenali dengan nama Corotomax ini ? Ia didatangkan dalam bentuk pro-vitamin A, iaitu ia hanya bertukar menjadi vitamin A jika badan memerlukan ia. Sebaliknya jika ia tidak digunakan ia kekal disimpan dalam lapisan lemak untuk beberapa hari sebelum ia dibebaskan melalui proses perkumuhan-jadi tiada istilah terlebih vitamin A disini.

    Selain itu Corotamax mengandungi 6 campuran pigmen warna asli yang diberi nama  karotenoid.

    Paling penting, ia tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

    Mahu cuba hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

    Monday, May 21, 2012

    Jika Anda Kerap Sembelit

    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 




    • Anda rasa banyak makan buah dalam sehari
    • Minum air juga 3 litter sehari

    TETAPI
    Masih kerap sembelit ?

    Apa kata anda cuba OSTEMATRIX. 

     
    Ia adalah kalsium yang lengkap dengan magnesium, fosforus dan vitamin D. Mengapa ostematrik ? Sebab kandungan magnesium didalam  Ostematrix ini membantu penghadaman kita disamping melawaskan urusan kita ke 'toilet'.

    Mahu cuba ? Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

    Sunday, May 20, 2012

    Suplemen Untuk Seisi Keluarga

    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

    Anda seorang yang prihatin pada kesihatan seisi keluarga ? Tercari-cari suplemen yang sesuai untuk seisi ahli keluarga anda, apa kata saya cadangkan anda dengan empat jenis suplemen dibawah ini :-


     ESP 
    • Berfungsi untuk menghasilkan sel yang sihat untuk menyerap vitamin yang mineral yang kita ambil.
    • Boleh di ambil oleh bayi berumur setahun ke atas. 
    • Bagi mereka yang menghidap diabetis perlu memastikan kandungan gula dalam darah berada dalam keadaan stabil untuk mengambil ESP. 
    • Cara menyediakan ESP ini dengan mencampurkan ke dalam minuman kesukaan samada sejuk atau suam kecuali kopi dan teh. 
    • Selain itu boleh juga diubah dengan menjadi minuman kegemaran seisi kelurga seperti aiskrim dan ESP bandung. 

    Vitalea 
    • Mengandungi 12 vitamin dan 7 jenis mineral yang diperlukan oleh badan. 
    • Sesuai juga untuk kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke atas. Jika anak-anak 'takut' nak telan sebab Vitalea ni saiznya besar, kita bancuh dengan jus buah-buahan atau minuman kegemarannya kecuali yang bersusu, kopi dan teh selama 6 hingga 7 minit sebelum beri kepada anak-anak. 
    • Mengapa tidak boleh dibancuh bersama minuman bersusu ? Kerana ia akan menyebabkan kandungan iron dalam Vitalea tidak dapat diserap oleh badan. 
    • Mengapa perlu di bancuh sehingga 6 hingga 7 minit? Sebab Vitalea akan hancur sepenuhnya dalam tempoh waktu itu.

    Vitamin B 
    • Biasa saya ambil pada waktu pagi bersama Vitalea dan vitamin C selepas sarapan. Kekurangan vitamin B buat kita cepat letih, pemarah dan sukar menumpukan perhatian pada sesuatu perkara yang ingin kita lakukan. 
    • Boleh diambil seisi keluarga dan bagi kanak-kanak boleh diambil bila berusia 7 tahun ke atas.

    Vitamin C 
    • Vitamin C sama dengan vitamin B yang mudah rosak. Ia musnah akibat pencemaran, asap rokok -begitu juga bagi mereka yang menghisap rokok dan tinggal bersama dengan perokok sama-sama terdedah. 
    • Vitamin C Shaklee dicipta dalam bentuk pelepasan vitamin C ini secara perlahan-lahan dan berterusan mengikut keperluan tubuh, Seisi keluarga boleh ambil vitamin C dan sesuai juga untuk anak anda yang berusia 7 tahun ke atas.
    Jika anda mahu tahu lebih lanjut hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

    Saturday, May 19, 2012

    Mahu Kurangkan Jeragat ?

    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

    Ketika usia remaja kita takutkan jerawat, menginjak usia dewasa jerawat sudah segan mahu tumbuh tapi jeragat pula tanpa segan silu datang bertandang. Kadangkala ia bertandang ketika hamil dan kekal disitu walau selepas melahirkan.Walaupun ia bukan penyakit yang perlu digusarkan tetapi ia kadang kala buat seseorang wanita itu menjadi tidak berkeyakinan, iyelah wanita mana yang tak mahu nampak cantik walau untuk kepuasan sendiri.

    Saya juga menghadapi masalah jeragat ketika hamil. Jeragat muncul dibawah mata, sedikit ditepi mata dan sedikit di pipi. Walau selepas kelahiran ia kekal disitu. Walaubagaimanapun selepas mengenal Shaklee dan mengamalkan beberapa suplemen yang menjurus pada mengurangkan tompok-tompok coklat atau nama glomournya jeragat, nampak ada perubahan. Jeragat yang dibawah mata sudah lenyap. Di bahagian tepi mata dan sedikit lagi di pipi masih ada lagi walau semakin pudar. Alangkah bagusnya dari selepas bersalin saya mengenal suplemen untuk hilangkan jeragat ini dan konsisten mengamalkannya ?


    Suplemen apa yang saya maksudkan ini ? 
    Energizing Soy Protien.- untuk memastikan pertumbuhan sel sentiasa sihat dan berganti sebaik sahaja 21 hari.
    Vitamin B dan C - B untuk 'beautiful' dan vitamin C untuk mengaktifkan fibroblast iaitu sejenis sel yang menghasilkan kologen. Semakin bagus kologen yang dihasilkan dalam tubuh maka semakin elok la kulit kita.
    Vitamin E - sebagai antioksidan yang penting, anti penuaan dan membantu pengawalan pertumbuhan abnormal sel.
    GLA - ia membantu keseimbangan hormon dalam badan kita- sebab selain faktor cuaca yang panas dan kulit terdedah tanpa perlindungan, ketidakseimbangan hormon juga adalah di antara penyebab jeragat

    Entry upline saya semalam bercerita mengenai jeragat, menurut tulisannya Vitamin A juga membantu mengurangkan jeragat kerana ia berfungsi sebagai antioksidan yang penting selain anti penuaan dan membantu pengawalan pertumbuhan abnormal sel. Jadi selepas ini saya akan masukkan dalam 'menu suplemen' saya vitamin A atau dalam Shaklee ia diberi nama Corotomax.

    Jadi saya ringkaskan suplemen yang perlu untuk mengurangkan jeragat.
    ESP
    Vitamin B
    Vitamin C
    Vitamin E
    Corotomax
    GLA

    Bagi mereka yang kurang dari segi baget cukuplah sekadar konsisten dengan suplemen dibawah, yang penting konsisten.
    ESP
    Corotomax
    Vitamin C
    GLA

    Selain itu penjagaan asas kulit yang sesuai dengan kulit amatlah perlu, seperti mencuci, toner dan pelembab. Juga dapatkan juga losyen SPF. Ada juga pelembab yang punya SPF sekarang ini, jadi terpulang pada pilihan anda. Bagi saya, ada ketikanya saya pakai pelembab yang punya SPF20PA, kadang-kadang SPF45PA, Kadangkala gabungkan kedua-duanya sekali. Bergantung kemana saya mahu keluar hari tu.
    Bukan itu saja, sama macam guideline pengambilan suplemen untuk tujuan lain, pengambilan air yang mencukupi adalah sangat penting. 3 litter sehari.

    Yang tak kurang penting adalah konsisten dalam pengambilan suplemen ini. Jika anda rasa mahu makan pada sesuatu hari anda makan, dan jika tak mahu, maka tak makan -MAKA- kemungkinan besar anda tidak akan mendapat kesan seperti apa yang anda mahukan. 

    Berikan 90 hingga 120 hari untuk lihat kesannya, dan teruskan sehingga anda mendapat ton kulit yang sekata.Insyallah hasil konsisten anda akan berbalas.

    Saya untuk dihubungi ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my 

    Friday, May 18, 2012

    Mengapa Protein Penting Kepada Fungsi Otak

    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


    Saya rasa banyak betul saya berkongsi tentang protein dalam ESP yang sangat baik untuk menggalakan pertumbuhan sel baru dan untuk kulit yang cantik, ia juga dapat membantu mempercepatkan proses pengeluaran susuibu dan mesti diikuti dengan direct feeding dan mengepam sekurang-kurang setiap 3 jam sekali bukan ?

    Kali ini saya mahu kongsi mengenai kepentingan protein untuk otak. Walau siapapun kita, amat penting untuk kita beri ‘makanan’ pada otak sebab setiap tindakan yang kita lakukan memerlukan kita berfikir sejenak walau berfikir mahu makan apa hari ini? Selalu kita dengar perkataan omega untuk otak, jadi hari ini mahu berkongsi hasil pembacaan saya tentang pentingnya protein untuk otak.

    Hasil penyelidikan menunjukkan protein adalah komponen utama dalam sel otak. Pengambilan protein penting pada peringkat perkembangan otak yang pesat iaitu 2 tahun awal. Sebab itu kandungan susuibu pada awal kelahiran bayi mengandungi protein yang tinggi berbanding lemak. Apatah lagi jika anda melahirkan bayi pra-matang maka kandungan protein dalam susu anda lebih tinggi dari bayi yang dilahirkan normal. Itulah keistimewaanya susuibu, ciptaan Allah, anugerah yang diberi kepada ibu untuk bayi. Sebab apa protein penting pada awal kelahiran ? Sebab kekurangan tenaga protein pada peringkat awal tumbesaran kanak-kanak akan menjejaskan perkembangan mental dalam jangkamasa panjang.

    Bagi kita yang dah menginjak usia dewasa ni, tetap perlukan protein, sebab bahan utama protein iaitu asid amino yang mempunyai peranan khas dalam fungsi otak. Asid amino 22 jenis, terbahagi kepada 2 iaitu asid amino perlu mempunyai 9 jenis dan asid amino tidak perlu mempunyai 13 jenis. Asid amino perlu  kita mesti  perolehi dari makanan sebab tubuh tak dapat hasilkan. Protein ini penting kerana ia pesat melalui batasan darah otak (selaput membrane) jadi tentu ia amat diperlukan oleh otak. Sesetengah asid lemak perlu ini pula digunakan sebagai pembawa maklumat otak pancar saraf yang mengawal kebanyakan fungsi otak seperti perasaan, hati, pengeluaran hormon dan cara tidur. Kesemua proses ini boleh mempengaruhi tingkahlaku kita pada persekitaran, proses kita mempelajari sesuatu atau melaksanakan tugas.
    Kita boleh memperolehi sumber protein dari haiwan dan tumbuhan terutama kekacang dan biji-bijian. Walaubagaimanapun sumber protein ini akan menjadi semakin 'kekurangan' protein kerana melalui memasak. Biasa kita memasak perlukan makanan kita bukan. Sebab itu bagi mereka yang mencuba protein dari Shaklee samada ESP atau Mealshake anda digalakan membancuh minuman dengan air sejuk bukan dengan air panas mendidih.

    Mahu cuba Shaklee ? Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

    Wednesday, May 16, 2012

    Suplemen Berpantang vs Suplemen Rambut Gugur

    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


    Selain dikenali sebagai Suplemen Berpantang ia juga sesuai untuk mereka yang menghadapi keguguran rambut, kerana set ini mengandungi zink. Fungsi zink adalah untuk menghasilkan rambut yang lebat dan senang diurus sebab mineral yang terdapat dalm zink menolong pertumbuhan rambut selain menghalang keguguran rambut.

    Apa ada dalam Set Berpantang ini ?
    Vitalea/multivitamin
    Vitamin B
    Vitamin C
    Zink

    Add- On

    ESP - 97% daripada rambut adalah protein, pertumbuhan, kekuatan rambut serta kecantikan rambut bergantung kepada jumlah protein yang diambil. ESP mengandungi 9 daripada 22 asid amino yang diperlukan oleh badan terutamanya rambut.

    Lecithin - Membantu mendapatkan rambut lebat, halus dan licin sebab Lecithin mengandungi 'Fetty acids' yang penting untuk rambut licin dan halus. Selain itu, Lecithin mempunyai Coline dan Inositol untuk membantu pertumbuhan rambut.

    Jadi, bagi ibu yang baru lepas bersalin dan mempunyai masalah rambut gugur, maka dengan ambil Set Berpantang anda dapat 4 Dalam 1 (atau lebih dari 4 dalam 1) sebab, selain untuk rambut gugur, ia juga membantu mempercepatkan penyembuhan luka bersalin, membantu dalam misi penyusuan susuibu dan badan lebih bertenaga.

    Mahu tahu lebih lanjut, hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

    Monday, May 14, 2012

    Kurang Vitamin B3 punca Mulut Berbau ?

     * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

    Saya mahu berkongsi petikan dari Majalah Rapi keluaran 1 Februari 2012 tentang tajuk di atas ;

    "Mengambil gula-gula getah atau berkumur dengan cecair pembasmi kuman hanya bersifat sementara kerana ia tidak bertindak mengubati masalah bau mulut. hasil kajian seorang pengkaji perubatan, Evelyn Roehl membuktikan kekurangan vitamin B3(niacin) akan menyebabkan bau mulut akibat pengurangan proses metabolisme dalam tubuh. Umumnya orang dewasa harus mengambil vitamin B3 sebanyak 14 hingga 16 mg dalam sehari. Sekitar 10 peratus kes bau mulut bukan disebabkan oleh mulut tetapi disebabkan oleh kekurangan vitamin B3"

    Apakah makanan yang mengandungi B3(niacin) ?
    Daging, ayam, itik dan ikan merupakan sumber utama niasin, begitu juga roti dan sereal (biji-bijian), cendawan, asparagus dan sayuran hijau juga merupakan sumber yang paling baik.

    Jika anda rasa tidak pasti pengambilannya niacin mencukupi atau tidak, bolehlah mengambil makanan tambahan untuk menampung kekurangan niacin dari sumber makanan yang kita ambil. Pemakanan tambahan yang saya maksudkan adalah B Complex Shaklee.

    Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan di 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

    Sunday, May 13, 2012

    Antara Everning Primerose Oil, Black Current dan Borage Oil - Mana Satu Pilihan Anda ?

    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


    Asid Linoleik Gama (GLA) berfungsi sebagai bahan prostaglandin, iaitu ia berkaitan dengan mengendalikan hormone dalam badan, penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, kontraksi otot, menghalang rembesan gastrik.

    Badan sebenarnya boleh membina GLA nya sendiri dengan menukarkan asid linoleik yang didapati secara semulajadi dalam minyak sayuran, tetapi faktor-faktor seperti tekanan, penuaan, penyakit dan mengambilan alkohol boleh mengganggu proses penukaran tersebut. 

    GLA hanya terdapat dalam 3 jenis tumbuhan sahaja, iaitu :-

    • Everning Primerose atau digelar EPO
    • Black current
    •  Borage Oil


    Antara ketiga-tiganya, minyak borage punya kepekatan 2 kali ganda daripada Everning Primerose Oil (EPO) dan 50% lebih tinggi dari black current.
    Apa istimewanya Shaklee GLA Complex ini ?
    • Dari sumber borage semulajadi yang paling pekat dengan asid linoleik gama
    • Diuji secara klinikal untuk bioavaiblabiliti, serapan dan gabungan ke dalam sel dan tisu
    • Setiap kapsul mengandungi 216mg linoleik asid dan 90mg asid linoleik gama (GLA) dan 15IU vitamin E
     

    Saya sukakanya sebab ia membantu mengawal kulit berminyak selain jeragat yang tumbuh dikulit saya semakin berkurang. Malah customer saya menyukai Shaklee GLA complex sebab membantu mengatasi masalah jerawat yang kronik bersama gabungan suplemen lain, PMS serta period yang tidak tetap.

    Hubungi saya untuk maklumat lanjut ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

    Saturday, May 12, 2012

    Suplemen Berpantang - Lengkap Suplemen Elak Sembelit Selepas Bersalin

    *These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


    Bagi mereka yang bakal bergelar ibu dan bapa mesti rasa tak sabar untuk membuat pelbagai persedian.Salah satu persediaan yang perlu adalah suplemen ketika menjalani proses berpantang. Bukan baik untuk ibu itu sendiri, tetapi baik juga untuk bayi. Berikut adalah 4 suplemen asas yang membantu ketika proses berpantang:

    Vitalea/multivitamin - kerana didalamnya dilengkapi iron yang membantu mengatasi masalah kekurangan darah 
    Zink - Ia berperanan mempercepatkan penyembuhan luka sama ada melalui proses bersalin normal atau C-Section.
    Vitamin B - 'B' bukan sahaja untuk beautiful tapi ia memberi ketenangan kepada ibu yang baru lepas bersalin
    Vitamin C -  mempercepatkan proses pemulihan luka

    Suplemen di bawah adalah add-on yang bukan sahaja baik untuk melalui proses berpantang tetapi juga melalui tempoh penyusuan.

    Vitamin E - Untuk mencantikkan kesan parut pembedahan. Ia juga dapat membantu ibu yang menghadapi blocked duct atau bengkak susu perbaiki sengambilan vitamin E dapat membantu.

    ESP - Membantu memulihkan luka dan memulihkan 'dirinya ' sendiri dari dalam kerana fungsi ESP adalah memperbaiki rosak dan mengganti sel yang telah mati akibat proses hamil dan melahirkan, mencantikkan dan menegangkan kembali kulit, mempercepatkan proses pengeluaran susuibu. 

    Ostematrix - Selain baik untuk tulang ia juga membantu ketika proses penyusuan. Ramai ibu menghadapi masalah sembelit selepas bersalin, salah satu fungsi kalsium adalah membantu menghadaman.
    Apa punca sembelit selepas bersalin ? Bagi mereka yang menjalani proses bersalin melalui C-section sembelit terjadi akibat proses pembedahan itu telah mengganggu laluan makan ke usus buat sementara waktu. Kesannya penghasilan gas akan dirembeskan secara berlebihan dan ini akan mengakibatkan sembelit.
    Bagi yang bersalin normal sembelit terjadi akibat kekurangan minum air, kerana proses berpantang itu adalah permulaan penyusuan bayi selain pengeluaran darah nifas yang memerlukan banyak air. Selain ostematrix asa beberapa panduan kat bawah untuk dikongsi bersama :-
    • Banyakkan berjalan walaupun sekadar disekeliling rumah. Aktiviti ini dapat menyelesakan usus agar proses penghadaman dapat berjalan dengan lancar.
    • Makanan makanan berserat seperti bijirin, mil penuh, sayur dan buah-buahan
    • Minum air secukupnya. Formular 1litter air untuk 25kg berat badan anda
    • Boleh amalkan sebiji kurma pagi dan sebiji lagi waktu petang
    • Minum jus prun sewaktu perut kosong diikuti beberapa gelas air suam
    Selamat berpantang dan menyusukan bayi.

    Saya untuk dihubungi ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

    Thursday, May 10, 2012

    Makan Vitamin, Makin Banyak Jerawat Tumbuh

    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


    Selalu saya terima komplen dari pembeli yang mengatakan sejak mengambil vitamin, muka jerawat makin banyak tumbuh. Mana taknya ambil suplemen mahu hilangkan jerawat, tapi makin banyak umpama cendawan lepas hujan pula. Hati mana tak rawan memikirkannya. Meh! nak kongsilah 2 sebab ni, mungkin anda salah seorang daripadanya. (1) Tak ada kena mengena dengan vitamin (2) Memang ada kena mengena dengan vitamin.

    Mari tengok sebab pertama dulu, tak ada kena mengena dengan vitamin. Kadang-kadang pada minggu kita ambil vitamin kita tukar skincare atau mekap. Jadi kulit mungkin mengambil masa untuk sesuaikan diri. Atau mungkin kulit telah menunjukkan reaksi tidak sesuai dan kebetulan pada minggu itu pertama kali ambil vitamin. Mungkin juga selalu rajin cuci cadar dan sarung bantal, tapi akhir-akhir ni busy yang amat dengan exam atau aktiviti kolej, jadi - tak sempat cuci cadar. Di tambah lagi dengan badan berpeluh-peluh sebab bersukan atau balik dari kelas lalu merebahkan diri kat tilam. Memang heaven ! Anda bayangkan gabungan tak cuci cadar + berpeluh-peluh = agak-agak apa terjadi pada kulit ?

    Sebab kedua, memang ada kait mengait dengan vitamin. Tapi bukan kesan sampingan tetapi ia dinamakan healing crisis. Begini konsepnya, vitamin terdiri dari bentuk yang pekat dan padat, sebab tu ia kecil sahaja. Contoh sebiji vitamin C bersamaan dengan 5 biji oren. Padat, pekat dan mampat kan ? Lalu badan memerlukan cecair untuk menyerap dan mengangkut keseluruh tubuh. Oleh itu kita perlu banyak minum air. Teorinya mudah, jika kurang minum air, mana vitamin yang badan tidak perlukan dan perlu dibawa keluar sepatutnya melalui urin, tidak keluar keluar melalui urin sebab badan kurang air. Jadi ia lalu jalan mudah, keluar lalu liang roma. Kesannya bukan setakat kulit muka berjerawat, tetapi belakang badan pula.

    Jadi panduan dibawah harap dapat membantu bukan setakat mereka yang ambil suplemen untuk  mengatasi masalah jerawat, tetapi juga untuk yang lain-lain.
    • Minum air masak secukupnya. Cara mahu tahu cukup atau tidak adalah cara : setiap 25kg berat, anda memerlukan 1 liter air
    • Minum air kelapa muda seminggu sekali untuk proses detox sebab air kelapa muda ini mengandungi serat yang hebat.
    • Makan pelbagai jenis buah-buahan. Ia kaya dengan pelbagai vitamin dan serat
    Mungkin ada yang bertanya perlu ke ambil buah-buahan sebab dah makan pelbagai suplemen ? Nama pun suplemen yang bererti pemakanan tambahan. Berfungsi mengisi ruang kosong kekurangan vitamin dan mineral yang ditinggalkan oleh makanan seharian kita. Jadi, siapa kata makan pelbagai vitamin tak perlu makanan berkhasiat ?

    Saya untuk dihubungi di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

    Tuesday, May 8, 2012

    'Makanan Segera' Terbaik


    Maksud 'makanan segera' bagaimana yang saya maksudkan?
    tentulah.....
    buah-buahan....



    Betulkan ? 
    Sebab tak payah di masak, apatah lagi memang pasti tiada perisa, gula atau garam. Malah kaya serat dan vitamin. Makanlah pelbagai jenis buah-buahan dan tidak 'tertakluk' pada buah-buahan yang kita suka sahaja, sebab tidak ada satu jenis buah pun yang mampu memberikan kesemua serat, vitamin, mineral dan 'phychemicals' untuk kesihatan.

    Monday, May 7, 2012

    Vitamin E dan GLA : Mana Lebih Baik Dalam Merawat Jerawat ?

    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


    Vitamin E dan GLA umpama kaki kanan dan kiri, yang saling memerlukan untuk berjalan, seiring seia sekata.

    Sebab tu dalam Shaklee GLA Complex pun ada vitamin E.


    Jika mahu tahu lebih lanjut hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

    Sunday, May 6, 2012

    GLA Bukan Untuk Wanita Sahaja

    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

    Bila sebut dalam perkataan GLA terbayang TU SUPLEMEN UNTUK PEREMPUAN LA! Iye ke ia hanya untuk perempuan, kalau lelaki makan apa jadi ? Bagaimana ?

    Kepekatan GLA yang dihasilkan dari minyak borage dan ditambah lagi dengan minyak sunflower seed, dan vitamin E memang membantu wanita yang menghadapi masalah sakit guling-guling ketika datang bulan atau kedatangannya yang tidak konsisten, ia juga baik untuk merawat jerawat dan jeragat jika di ambil dengan beberapa suplemen lain kerana fungsi minyak borage ialah membantu mengendalikan hormon yang berlebihan atau tak tentu hala. (Eh! jerawat dan jeragat kan masih untuk perempuan?) Pada saya lelaki zaman sekarang pun ambil berat jika muka mereka berjerawat dan jeragat kan ? Cuba tengok dipasaran sekarang telah banyak skincare untuk lelaki juga kan?

    Bagi mereka yang sedang dalam proses menguruskan berat badan, selain mengamalkan Set Kurus Untuk Ibu Menyusu atau Set Omega yang disertai dengan menjaga makan dan senaman, GLA juga membantu pengamalnya untuk membakar lemak semasa kita sedang berehat atau tidur. Best kan, sambil-sambil berdengkur, sambil-sambil air liur basi meleleh - lemak jugak terbakar sama.

    Kehadiran vitamin E dalam 'lingkungan' minyak borage dan minyak SunFlower Seed ini juga membantu tahap kesuburan dan membantu agar jantung kita sihat yang disertai dengan pengamalan cara hidup yang sihat.

    Selain itu, ia juga bagus untuk mengawal kencing manis, darah tinggi dan kolestrol. Jika anda menghadapi masalah kesihatan seperti di atas pengambilan GLA perlu juga ubat dan nasihat dari pihak perubatan ye! Keseimbangan keduanya mampu memberi hasil yang lebih baik pada taraf kesihatan anda.

    Saya suka GLA ni sebab kesannya pada kulit memang cukup cepat selain membantu ketika moody pada saat 'itu'. Mesti mahalkan harganya ? Yup! harganya setanding dengan kesan yang diperolehi. 

    Dapatkan konsoltansi bagi memastikan hasil maksima diperolehi. Saya untuk dihubungi ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

    Saturday, May 5, 2012

    Suplemen Untuk Ibu Hamil

     * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
    Sesetengah ibu hamil menghadapi masalah kulit ketika hamil, berjerawat, berjeragat dan pelbagai lagi, itu belum termasuk berat badan yang nampak menakutkan. Padahal itu normal. Oleh itu ibu hamil perlu tahu suplemen apa yang tidak boleh diambil. Berikut adalah suplemen yang tidak boleh diambil walau tetap berhajat untuk tampil jelita.
    • GLA
    • Vitamin E
    • Alfalfa
    • Vivix
    • Cinch
    Ini kerana suplemen di atas mempunyai antioksidan yang tinggi dan boleh menyebabkan keguguran. Selain sesetengah suplemen di atas adalah untuk tujuan menguruskan berat badan.

    Walaubagaimanapun, anda tetap mahu tampil cantik, tetapi dalam erti yang beza, cantik yang saya maksudkan disini adalah KESIHATAN ibu dan bayi. Berikut adalah suplemen yang boleh diambil.


    SET 1 - 1st Termister
    Vitalea @ Multivitamin
    B Complex
    Vitamin C
    Ostematrix (Kalsium Magnesium)

    SET 2 - 2nd Termister
    Vitalea @ Multivitamin
    B complex
    Vitamin C
    OMEGA GUARD 

    Supplements lain jika selalu lemah dan tidak bertenaga ialah,
    Energizing Soy Protein

    Sedikit penerangan

    B Complex
    Terdiri daripada lapan vit B beserta Folic Acid dan Biotin. Perlu bagi urat saraf dan sangat penting bagi ibu hamil.

    Vitamin C
    Melindungi sel , penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat besi di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.

    Multivitamin (Vitalea)
    Mengandungi 12 vitamin dan 7 galian. Tidak mengandungi pewarna dan ianya adalah produk pertama yang ditemui oleh founder Shaklee.

    Omega 3 (Omega Guard)
    Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari petingkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. Penting juga untuk si ibu sebab selalu terjadi ibu menjadi lupa-lupa selepas bersalin. Biasanya terjadi sehingga 3 bulan selepas bersalin. Malah dikatakan ibu yang menjalani proses bersalin secara caeser lebih berisiko menghadapi masalah lupa-lupa ini.

    Kalsium (Ostematrix)Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki ransangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.

    Energizing Soy Protein (ESP)
    Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protien yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. Selain itu ia juga dikatakan dapat membantu masalah hb rendah yang dihadapi sesetengah wanita hamil.

    Saya untuk dihubungi ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my



    Friday, May 4, 2012

    Suplemen Apa Sesuai Ketika Cuaca Panas Luar Dan 'Berasap' Dari Dalam ?

    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

    Cuaca yang panas membahang buat kita rasa perit kat kulit kita, walau pakai payung bagai. Tekak pulak rasa masih perit walau dah minum banyak sangat air. Bila dah cuaca kat luar panas, hati kita juga mudah betul rasa ‘panas’. Silap sikit aje mulalah rasa nak menjerit biar satu alam tahu kita sedang ‘panas’. Op! tidak menyentuh sesiapa, sebab itu adalah sebahagian ‘kehidupan’ saya atau....... Mungkin anda kot!

    Bila menyentuh tentang perit akibat panahan sang mentari, cuba anda periksa, adakah kosmetik anda punya SPF? Nak share tentang perlunya SPF atau nama penuhnya Sun Protector Factor hasil pembacaan. Cahaya matahari menyimpan sinaran yang mampu merosakkan kulit, terutama pada waktu dari pukul 11 pagi hingga 5 petang(panas kan?). Sinaran yang merosakkan kulit terdiri daripada ultra unggu (UV), A, B dan C. Dalam kulit manusia, melanin adalah bahan aktif yang bertanggungjawab menyerap sinaran UV. Tapi amat sedikit dan melanin tak boleh bertindak bersendirian. Jadi kat sini pentingnya produk yang mengandungi SPF sebagai alat bantu untuk melanin ‘beraksi’. Contoh masa SPF melindungi kulit, jika selepas 20 minit berada kat bawah matahari kulit anda dah rasa sunburn maka penggunaan SPF anda cuma mampu melindungi kulit selama 40 minit sahaja. SPF15 pula mampu melindungi kulit selama 5 jam. Jadi, pilihlah produk yang ada SPF yang bersesuaian dengan anda. Jenama ? IKUT POKET ANDA!

    Air! Air! Air! Sangat diperlukan oleh kita. Sebab 2/3 dari badan kita sendiri terdiri dari air. Mungkin anda kata dah minum banyak air tapi tekak masih terasa sakit. Apa kata anda mencuba Performance Drink. Produk paling popular dari Shaklee ketika bulan Ramadhan. Tekak tak rasa sakit lagi. Ia juga tidak akan mengubah kandungan gula dalam badan jadi sesuai untuk mereka yang menghidap diabetis. Jika ditanya produk apa lagi dari Shaklee yang dapat membantu mengurangkan ‘panas’ tu. Saya katakan ini :-


    Vitalea + Vitamin B Complex + Vitamin C + 
    GLA complex + Vitamin E

    Cukup untuk kesihatan dalaman dan kulit yang MEMANG berada diluar. Mana ada kulit kat dalam pulak?!

    Paling penting bagaimana kita menjaga spiritual kita agar sentiasa tenang. Cuba baca catatan Ibnul Qayyim ini;
    "Manusia bukan sekadar tubuh, tetapi juga memiliki unsure-unsur mental dan spiritual. Ada penyakit-penyakit manusia yang tidak boleh disembuhkan oleh doctor. Oleh itu, terdapat penyakit-penyakit tertentu yang boleh disembuhkan dengan bersedekah, solat, taubat, puasa, berbuat baik kepada manusia dan sebagainya. Kita berulangkali mengamalkan cara-cara seperti ini dan terbukti membara manfaat yang tidak diperolehi daripada ilmu perubatan ilmiah"

    Salam Jumaat dan saya untuk dihubungi di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my 

    Thursday, May 3, 2012

    Everning Primerose Oil VERSUS Borage Oil

    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


    Bila ditanya apa suplemen untuk selesaikan masalah kewanitaan dai Shaklee, saya syorkan GLA compleks Shaklee. Mereka bertanya lagi, Shaklee tak ada EPO ? Saya jawab tiada, tetapi GLA lebih dari EPO.

    Meh kita tengok apa itu EPO dulu, ia berasal dari minyak sejenis bunga yang bernama Everning Primerose.

    Photo From Google
    Dalam EPO terdapat Gamma-linolenik Asid atau GLA untuk selesaikan masalah wanita. GLA juga terdapat dalam minyak Borage yang digunakan dalam GLA Shaklee Complex.


    Jadi apa perbezaan antara keduanya ? GLA yang terdapat dalam GLA Shaklee Complex dari minyak borage adalah lebih pekat iaitu 18-25 peratus berbanding dalam EPO yang hanya 10 peratus. Sebab itu minyak borage punya nilai yang sangat tinggi dalam bidang kosmetik. Nanti pada entry lain saya akan bercerita tentang Borage ye!


    Sebab kepekatannya yang tinggi ini di tambah dengan kehadiran minyak biji bunga matahari ia melengkapkan dalam 'misi' bantuan beberapa masalah kesihatan terutama yang berkaitan kewanitaan. Jika anda tergolong dari mereka yang sakit guling-guling pada waktu menstrual dan kerap MC ketika saat itu, atau mungkin waktu menstrual anda tak tepat waktu, atau ketika waktu menstrual jerawat bercambah umpama cendawan selepas hujan - ramai yang sukakan GLA Shaklee Complex sebagai jawapan.

    GLA Complex ini juga sesuai diambil oleh lelaki. Jangan bimbang !  Ia bukan untuk 'kewanitaan' sahaja, banyak lagi fungsinya, salah satu untuk jantung yang sihat. Ibu menyusu juga boleh ambil. Tetapi tidak untuk wanita hamil ye!

    Mahu tahu lagi ? Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

    Wednesday, May 2, 2012

    GLA Suplemen Menangani Jiwa Kacau Bilau ?

    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

    Gamma-linolenic acid atau nama 'glomour'nya adalah GLA. Ramai customer yang sukakannya untuk menangani masalah jerawat, kesakitan pada 'waktu itu' dan 'kedatangannya' yang tidak tepat pada waktunya. Firstly saya cuba GLA lebih kurang setahun yang lepas. Selepas sehari dua mengamalnya yang saya paling perasan adalah kulit muka kurang berminyak sebab salah satu peranannya adalah untuk menstabilkan hormon yang kacau bilau. Kehidupan kita pun penuh dengan kacau bilau dan perlu tergesa-gesa selalu.

    Jadi, bagi anda yang melalui kehidupan yang serba kacau bilau GLA adalah suplemen yang membantu mengatur hormon tak menentu. Selain Vitamin B dan C. Bukan sahaja untuk kulit ! Selain itu, bagi yang beragama Islam ambillah Wudhuk dan ambillah masa untuk bersolat sunat dan mengaji. Bagi yang bukan beragama Islam, anda tentu ada cara keagamaan anda sendiri.


    Mahu tahu lebih lanjut ? Hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my



    Bolehkah Parut Kekal Hilang Dengan ESP

    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

    Saya menerima banyak pertanyaan tentang "Adakah ESP dapat membantu menghilangkan parut kekal" Maksud parut kekal ini adalah parut akibat kudis buta pada zaman dahulu kala atau mungkin parut akibat kemalangan pada masa lampau!

    Terlebih dahulu kita lihat sebab parut sukar di'nyahkan' dari kulit, sebabnya adalah kerana sel-sel kulit yang lama, rosak atau mungkin telah mati tidak dapat atau lambat diganti dengan sel-sel kulit yang baru dan bagus akibat kekurangan protein.

    Semakin lama parut wujud, semakin sukar ia dihilangkan. Walaubagaimanapun tak salah untuk mencuba sebab fungsi ESP bukan setakat untuk menghilangkan parut tetapi ia juga berperanan memperbaiki sel-sel dalam tubuh secara keseluruhan bagi membolehkan badan kita dapat menyerap dengan baik segala vitamin dan mineral yang masuk dalam mulut kita samada melalui pemakanan atau suplemen. Kesannya bukan setakat untuk hilangkan parut, tetapi untuk menjadikan kulit dan rambut menjadi lebih sihat. Malah kesan dari penyerapan vitamin dan mineral yang baik mampu menjadikan kita lebih cergas dan bertenaga dalam melaksanakan tugas harian.

    Mahu tahu lebih lanjut, hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

    Tuesday, May 1, 2012

    Kurang Minum Air Punca Diabetis

    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


    Menurut kajian terbaru, orang yang kurang minum air kurang dari 2 gelas setiap hai berisiko tinggi untuk mengalami kadar gula darah yang tinggi dalam tubuh. Kadar gula yang tinggi ini dipanggil pradiabetis kerana tidak cukup tinggi untuk dikategorikan sebagai diabetes.

    Menurut kajian ini orang dewasa yang hanya minum setengah liter air atau sekitar dua gelas atau kurang setiap hari lebih mudah mengalami peningkatan kadar gula darah berbanding dengan mereka yang banyak minum air terutamanya air putih.

    Adakah dengan minum air putih akan membantu merendahkan diri kepada risiko kadar gula darah yang tinggi? Sebenarnya sejenis hormon yang dikenali sebagai vasopressin atau hormon antidiuretik dikatakan memainkan peranan penting yang fungsinya mengatur retensi air tubuh. Ketika kita mengalami dehidrasi, kadar vasopressin meningkat dan menyebabkan ginjal untuk berjimat dalam penggunaan air.

    Melalui kajian terbaru menunjukkan kadar vasopressin yang lebih tinggi ini juga boelh meningkatkan kadar gula darah. Reseptor vasopressin terdapat dalam hati iaitu organ yang bertanggungjawab untuk menghasilkan glukosa dalam tubuh.

    Hasil kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa orang yang minum sekurang-kurangnya 17 auns air setiap hai berisiko 28 peratus lebih rendah menghadapi peningkatan kadar gula darah berbanding mereka yang minum kurang dari jumlah tersebut.

    Sebenarnya TIADA HUBUNGAN yang kuat antara kemasukan air dalam tubuh dengan risiko diabetis, namun satu penjelasan untuk kaitan tersebut, tetapi satu penjelasan untuk kaitan tersebut iaitu sedikit minum air masak dan terlalu banyak minum minuman manis boleh mnyebabkan kenaikan berat badan serta mengganggu sistem gula darah.

    (Sumber : Majalah Mingguan Wanita Disember 2011)

    Jadi, apa salahnya minum air masak jadi satu amalan. Apatah lagi dengan cuaca yang panas terik akhir-akhir ini. Campurkan air masak anda dengan titisan lemon pun segar.

    Saya untuk dihubungi di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...