Monday, April 30, 2012

Mahu Kurus Sambil Menyusukan Bayi ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Menyusukan bayi secara tidak langsung mampu membantu ibu membakar lemak berlebihan dalam tubuh badan. Namun bagi sesetengah ibu merasakan tidak cukup untuk membakar lemak berlebihan. Mahu mencuba produk pelangsingan badan takut menjejaskan pengeluaran susu. Jadi nak buat apa ni ?

Saya sarankan gabungan dua di bawah. Sebab jika ambil omega sahaja ibu hanya mahu minum air sahaja tanpa mengambil makanan, sedangkan ibu menyusu amat memerlukan makanan bagi memastikan menghasilan susu tidak terganggu.

OMEGA + LECITHIN






Walaubagaimanapun pengambilan air dan serat daripada buah-buahan adalah sangat perlu kerana kekurangan air dan serat akan menyebabkan sembelit. Selain itu lakukan senaman ringan, paling mudah berjalan kaki. Sebab saya percaya jika mahu penguruskan badan gabungan penjagaan makanan + senaman adalah sangat perlu untuk sesiapa sahaja. 

Hubungi saya untuk maklumat lanjut di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Sunday, April 29, 2012

Resepi Pancake Oat Di Hujung Minggu

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Oat sejenis serat mudah larut yang mengandungi beta glucan yang membantu memerangkap tahap kolestrol dari makanan dalam saluran pencernaan dan dikeluarkan sebagai bahan buangan. Jadi ini bermakna tubuh hanya menyerap kolestrol yang sedikit sekaligus mengurangkan risiko penyakit jantung.

Walaupun oat sebenarnya memang tinggi karbohidrat tetapi ia juga tinggi serat dan mempunyai glisemik indeks(GI) yang rendah. Sebab kebanyakan karbohidrat mengandungi kanji yang apabila dimetabolisma ia bertukar terus menjadi glukos. Apa itu GI ni ? GI ni mengukur kadar kecepatan kadar kenaikan glukos dalam darah apabila karbohidrat dihadamkan. Serat tidak dimetabolisma menjadi glukos dan GI  yang rendah akan menyebabkan kadar kenaikan glukos dalam proses penghadaman adalah lambat. Oat yang dimaksudkan adalah jenis rolled oat bukan oat hancur dalam minuman 3 dalam 1 dan sebagainya ye!
Bagaimana rupa rolled oat ni ? Tengok gambar bawah ni ?











 
 
Mungkin resepi dari oat di bawah boleh dijadikan menu sarapan yang lain dari lain dan menyihatkan untuk pagi minggu anda ni.Pagi ni saya nak share tentang pancake oat. Cek bahan-bahannya kat bawah.

Bahan A
Oat
Air
Susu segar
Kelapa parut (guna kelapa parut yang muda)
Baking powder (Secubit aje)
Garam secukup rasa
Mungkin perlukan sedikit air

Bahan B
Tepung gandum atau tepung kacang kuda
Mungkin perlukan sedikit air

Bahan C
Butter atau minyak jagung untuk menggoreng

(Tiada sukatan yang tepat. Semua saya main campak-campak sahaja)

Cara-caranya :-
Campur semua bahan A di atas termasuk garam secukup rasa. (Saya suka di blend sekejap. Tak perlu sampai halus. Bagi menghidap diabetis, adalah digalakkan untuk dijadikan resepi tanpa blend bagi mengelakkan GI menjadi lebih cepat dari biasa).Selepas itu masukkan sedikit tepung. Terpulang kepada anda samada mahu menggunakan tepung gandum atau tepung kacang kuda. Bagi mereka yang menghidap diabetis, better pilih tepung kacang kuda berbanding tepung gandum. Tujuan di campurkan tepung adalah supaya adunan jadi kental.Adunan jangan terlalu pekat atau terlalu cair. Jika rasa terlalu pekat campur sedikit air.

Selepas itu letak sedikit butter atau minyak jagung di kuali leper. Lecerkan adunan nipis-nipis di kuali. Jangan tebal-tebal sangat, sebab nanti dalamnya macam tak masak. Goreng sehingga kekuningan. Makan ketika masih panas.





Sudah siap. Sedikit rentung ha!ha!ha!

Selamat mencuba !

Saya untuk dihubungi di noorazrinnapalil@yahoo.com.my atau telefon di 012-6816979

Saturday, April 28, 2012

Beza Serat Mudah Larut Dan Serat Tidak Larut


Serat mudah larut ia mudah hancur dalam air, membantu merendahkan lemak darah serta mengekalkan paras gula dalam darah. Sumber terbaik serat jenis ini ialah kekacang, buah-buahan dan produk berasaskan oat.

Gambar dari Google

Serat tidak larut pula ia tidak hancur dalam air dan dihantar terus kepada sistem perkumuhan. Serat ini banyak ditemui dalam produk gandum penuh dan sayur-sayuran.

Gambar dari Google

Saya untuk dihubungi di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Friday, April 27, 2012

9 Makanan Terbaik Untuk Jantung

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penyakit koronari jantung (CHD) atau penyakit jantung kronik antara punca kematian terbesar di kalangan penduduk negara ini. Ia juga dikatakan sebagai pembenuh dalam senyap UTAMA seluruh benua di dunia menjelang tahun 2020. Salah satu cara untuk mengurangkan risiko adalah melalui pemakanan yang baik. Berikut adalah 9 makanan yang terbaik untuk jantung kita.

OAT
Mengandungi serat larut yang dipanggil beta glucan yang membantu mengurangkan paras keseluruhan kolestrol termasuk kolestrol LDL





IKAN
Sumber asid lemak omega 3 yang baik. Melindungi jantung dengan mengurangkan radang dan risiko pembekuan darah



EPAL
Mengandungi quercetin yang bertindak sebagai anti radang dan membantu mencegah pembekuan darah. Mengandungi vitamin dan serat. Epal dikatakan membantu mengurangkan sehingga 50 peratus risiko penyakit jantung jika di ambil secara berterusan.


SOYA
Sumber protein yang baik bagi menggantikan daging merah


BIJIRIN PENUH
Mempunyai banyak vitamin dan serat yang membuatkan jantung kekal sihat. Jika anda penggemar roti, pilihlah roti yang dihasilkan daripada bijirin penuh.


TOMATO
Ia kaya dengan vitamin dan lycopene iaitu sejenis antioksidan yang terdapat dalam buah-buahan atau sayuran berwarna ungu, merah atau oren. Tomato terbukti membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.


SAYURAN HIJAU
Sayuran hijau bukan sahaja mengandungi vitamin E, malah turut dikaitkan dengan keupayaan daya ingatan apabila kita tua

MINYAK ZAITUN
Mengandungi kandungan lemak tidak tepu sehingga 77 peratus membantu untuk mengurangkan risiko penyakit jantung dengan penurunkan paras kolestrol LDL

BADAM
Seperti kekacang lain ia mengandungi minyak yang menyihatkan, vitamin E dan bahan lain yang membantu mengekalkan paras kolestrol. Ia juga sumber yang baik untuk protein dan serat

Sumber : Majalah Rapi 1 Mei 2012

Saya untuk dihubungi di noorazrinnapalil@yahoo.com.my atau ditalian 012-6816979

Cara Bancuh /Sediakan ESP Dengan Betul

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Bancuh 1 sudu besar dengan air masak/ air kosong/ air mati/ air kok atau suam-suam kuku. Boleh dibancuh bersama minuman coklat, malt, susu, oren. Atau apa sahaja minuman kegemaran anda asal bukan teh dan kopi. Jika anda suka, boleh juga bikin aiskrim. Rezeki boleh tengok di bawah ini :-

Minumlah ESP 1-3 kali sehari. Jika anda mahu mengurangkan rasa lapar minum di antara dua waktu makan utama. Contohnya pagi sarapan macam biasa, tetapi dalam pukul 10.00 pagi mungkin anda sudah rasa lapar, maka boleh bancuh ESP sementara menunggu waktu lunch. Secara peribadi saya ambil ESP pada awal pagi sebelum keluar 'berjalan-jalan sekitar rumah' sebab adalah salah jika 'berjalan-jalan sekitar rumah' dengan perut kosong. Saya akan nikmati sarapan sekitar pukul 8 pagi sebelum ke pejabat. Terpulang pada pilihan anda, sebab pengambilan suplemen adalah fleksibel! 

Bagi anda yang menyusukan bayi dan mengambil ESP, saya titipkan pesanan ini yang saya ambil dan ubahsuai dari blog http://www.anakkuwiraku.com/2012/04/tidak-mustahil-walau-anak-dah-setahun.html
 
1. Bayi disusukan sekerap yang mungkin atau sesi perahan yang konsisten. JANGAN TIDAK PAM hanya kerana payupara tidak bengkak. Jika mahu rasa payudara penuh dengan susu amalkan makan alfalfa 6 biji sehari dan minum ESP bagi yang amalkan supplement.

2. Minum 3 L sehari. Cuba sediakan indicator.

3. Doa yang berterusan yang lahir dari hati. Membaca Surah Al Waqiah setiap malam. Berzikir, bersedekah dan berbuat baik sesama makhluk. Kita kena yakin dengan amalan kita dengan ALLAH. Sesungguhnya ALLAH itu MAHA PEMBERI. Mintalah nescaya DIA memperkenankan.

Saya untuk dihubungi di noorazrinnapalil@yahoo.com.my atau di talian 012-6816979

Wednesday, April 25, 2012

Gastrik! Oh Gastrik!

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Protein bukan sahaja baik untuk ibu yang menyusukan bayi kerana ia membantu mempercepatkan pengeluaran susuibu ditambah dengan kesungguhan ibu untuk mengepam TETAPI, saya mahu kongsi kepada pembaca bahawa gabungan ESP dan Meal Shakes ini adalah 'ramuan suplemen' untuk anda yang mempunyai masalah gastrik atau angin medu.

Ingin tahu lebih lanjut, hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan kepada saya di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Senaman Bukan Untuk Kurus Sahaja

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Suatu hari kita rasa bersemangat untuk bersenam. Mula-mula panaskan badan, lepas tu mulakan dengan berjogging keliling taman. Selepas itu lakukan senaman tubi pula. Fuh.... Penat! Penat! Pulang dari bersenam kita pun menimbang berat badan. Berapa berjaya diturunkan dengan menghabiskan 3 jam bersenam tadi. Sekali timbang...... langsung tak turun. Kita rasa frust!

"Esok malas aku bersenam lagi. Dah lah berat tak turun. Penat. Berpeluh-peluh pulak tu!"

Biasakan dengan dialog tu ? Mungkin anda, atau mungkin saya yang ucap dialog itu!?- Tak mustahil.
Sebab kita selalu set dalam minda bersenam untuk kurus ! Memang betul, bersenam membantu untuk kurus. Tapi kena lihat sejauh mana komitmen, konsisten kita melakukannya. Bagaimana lemak mahu 'cair' jika hanya melakukan senaman seminggu sekali, sedangkan kita makan hari-hari. Sudahlah makan yang berlemak lagi berkrim, duduk ditempat yang punya penghawa dingin pula tu! JAWAPANYANYA ? Sendiri mahu ingat!- Ingatan untuk diri sendiri jugak!


Image From Google
Apa makna kurus ? Kurus tu maknanya keadaan seseorang tu yang mempunyai kurang daging pada bahagian tubuhnya. Kurus bukan bererti melidi tapi berbadan sederhana, iaitu tidak gemuk tetapi tidak berlalu kurus. 

Kali ini saya menulis sekadar perkongsian ilmu hasil bacaan saya. Mudah-mudahan akan beri manfaat kepada anda dan juga saya, tentang FAEDAH BERSENAM SELAIN UNTUK KURUS!

  • Bersenam untuk meningkatkan kelenturan otot dan membina kekuatan otot, tulang dan sendi bagi mengurangkan risiko dari mendapat kecederaan. Kesannya ia membantu memperbaiki postur atau posisi tubuh dan dalam masa yang sama ia membantu mencegah sakit belakang. Senaman secara konsisten mampu meningkatkan kandungan mineral dalam tulang sekaligus membantu mengurangkan risiko mendapat osteoporosis.

  • Jantung dapat bekerja dengan lebih efisyen ketika kita bersenam. Secara tidak langsung kita dapat meningkatkan fungsi jantung, paru-paru dan peredaran darah. Apabila peredaran darah meningkat, kadar nadi turut meningkat yang akan membantu mencegah pengerasan arteri. Arteri yang keras atau tersumbat merupakan punca utama penyakit darah tinggi yang membawa kepada strok. Jadi risiko untuk mendapat sakit jantung juga rendah.

  • Meningkatkan kadar metabolisme badan sebab individu yang punya lebih banyak otot akan membantu mempercepatkan proses metabolisme badan berbanding dengan mereka yang banyak lemakiaitu pembakaran kalori

  • Menggalakkan keuapayaan badan untuk mengawal paras glukosa - Sebab itu bagi mereka yang menghidap diabetis digalakkan bersenam secara berkala. Bagaimanapun ikuti panduan dari doktor jika anda menghidap diabetis dan mahu mula bersenam.

  • Mengawal berat badan sebab dengan melakukan senaman yang berterusan serta konsisten dan pada yang sama mengamalkan diet yang seimbang sebagaimana yang tercatat dalam piramid makanan, ia dapat membantu mengawal masalah berat badan berlebihan. Apa itu piramid makanan ? Tengok gambar di bawah ni.

Image from Google

  • Mengurangkan tekanan (Stress) dan perasaan bimbang sebab bersenam mampu meningkatkan perasaan menghargai diri sendiri dan menjadikan seseorang itu lebih positif dan tenang dalam apa jua masalah yang mendatang.

  • Bagi wanita yang suka menjadikan senaman sebagai amalan, ia mampu mengurangkan simptom kesakitan prahaid dan ketika haid

  • Jika senaman dilakukan dengan konsisten, disertakan dengan makanan yang sihat, maka hasilnya otot akan terbina dan lemak dibakar setiap hari. Sebab proses metabolisme akan menjadi lebih tinggi jika badan punya otot lebih banyak dari lemak kesannya badan lebih segar sepanjang hari dan daya tahan penyakit juga terbina secara semulajadi.

Semuanya untuk kesihatan bukan ? Tapi seriously, untuk memulakan sesuatu senaman adalah sukar, TETAPI untuk mengekalkan momentum bersenam secara konsisten adalah lebih sukar. Jadi, memang perlukan keazaman yang tinggi selain memastikan makanan kita juga seimbang, baru boleh dikatakan senaman + makanan seimbang = sehati sejiwa.
Ingatan untuk saya juga sebab bila angin malas datang, mahu mengayuh basikal juga malas!

Saya untuk dihubungi di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Monday, April 23, 2012

Bagaimana Mahu Jadi Ahli Shaklee ?

 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Bagaimana mahu menjadi ahli Shaklee ? Mudah sahaja. Melalui dua cara. PERTAMA anda hanya perlu membayar RM75 (RM10 ialah kos penghantaran) untuk keahlian seumur hidup. KEDUA anda perlu memberi produk Shaklee berbentuk full pack dalam lingkungan RM650 anda akan dapat keahlian percuma. 

Anda boleh mendaftar di Cawangan Shaklee yang ada diseluruh Malaysia (sila hubungi saya untuk mendaftar di bawah saya) atau jika anda jauh dari cawangan Shaklee, anda boleh terus hubungi saya ditalian yang tertera. Cawangan Shaklee di seluruh Malaysia saya sertakan dibawah untuk rujukan anda.

Ibu Pejabat Shaklee Malaysia
Shaklee Products (M) Sdn Bhd
A-3A-02, Empire Tower
Empire Subang,
Jalan SS16/1,
47500 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Telefon :603-5622 3188
Fax : 603-5622 3199
Waktu Perniagaan
Isnin hingga Sabtu: 10:00 pagi hingga 7:00 malam

KL Branch 
31 Jalan 2A/27A Section 1 Wangsa maju Setapak, KL.
No tel 03-41426442
Hubungi :
Ida ( Penyelia Cawangan)
Waktu perniagaan
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu
(Pertama & Ketiga):

10:00 a.m. to 7:00 p.m

Penang Branch
A-2 Jalan Todak Pusat Bandaraya Seberang Jaya , Perai.
No tel 04-3974325
Hubungi : Cannie Teoh
(Penyelia Cawangan)
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu
(Pertama & Ketiga):

10:00 a.m. to 7:00 p.m
 
Ipoh Branch
32 Medan Istana 1 Bandar Ipoh Raya , Ipoh .
No tel 05-2418260
Hubungi : Eunice Lau
(Penyelia Cawangan)
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu
(Pertama & Ketiga):

10:00 a.m. to 7:00 p.m
 
Johor Bahru Branch
14 Jalan Molek 1110 Taman Molek , JB.
No tel 07-3525188
Hubungi : Fiona Chow
(Penyelia Cawangan)
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu
(Pertama & Ketiga):

10:00 a.m. to 7:00 p.m

Kota Bharu Branch
319 Section 25 Bandar Kora Bharu Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu.
No tel 09-7478688
Ahad hingga Khamis
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu
(Pertama & Ketiga):

10:00 a.m. to 7:00 p.m

Kota Kinabalu Branch
Lot 7, Ground Floor Wisma Damai Jalan Damai Luyang Kota Kinabalu.
No tel 088-272087
Hubungi : Amir Bin Kissi
(Penyelia Cawangan)
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu
(Pertama & Ketiga):

10:00 a.m. to 7:00 p.m

Jika pembelian anda sekadar untuk kegunaan sendiri atau berkongsi dengan ahli keluarga atau rakan-rakan anda, tak perlu terkejar-kejar mengumpul sebarang mata. Tetapi jika anda mahukan ia menjadi sumber pendapatan tambahan, anda perlu mengumpul 150uv bersamaan pembelian RM450 ke atas untuk mula mengumpul bonus yang akan dibayar setiap pertengahan bulan.

Saya untuk dihubungi di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Friday, April 20, 2012

4 Tanda Vitamin Anda Asli

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Vitamin Asli - diperolehi dari eksra bahan-bahan semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber vitamin c diperolehi dari pati asid askorbik dalam buah limau.

Vitamin sintetik - Adalah manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri-ciri seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. Dan anda janganterkejut juka tar yang digunakan untuk menurap jalan raya digunakan sebagai salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B compleks sintetik.

Walaupun tidak semua vitamin asli mengambil intipati dari bahan-bahan semulajadi, contohnya kalsium, digabungkan bersama dengan magnesium vitamin D untuk memastikan tubuh dapat menyerap lebih optima. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dalam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.


4 tanda vitamin anda asli
  • Melalaui pembacaan label iaitu huruf "l" bagi tiruan dan "d" bagi asli


  • Melalui perkataan "co-factor" seperti "bioflavinoids" atau "biodegradable"

  • Tidak punya pewarna, perasa tambahan.
Paling senang cuba gengam Vitalea anda. Sebab warna Vitalea ni lain dari yang lain. Hijau 'memberahikan'. Tapi lakukan pada suhu bilik bukan ditempat yang punya pendingin hawa. Warnanya tak akan terlekat kat tangan anda. Jika mahu tahu warna hijau itu datangnya dari klorofil spirulina yang digunakan untuk menyaluti Vitalea.
 


  • Paling mudah, pastikan tiada silika gel dalam botol vitamin anda.





Mahu tahu lagi? Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Tuesday, April 17, 2012

Kulit Tampuk Manggis, Boleh Putih Melepak Ke Makan Shaklee ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


"Mahu putih melepak dengan Shaklee"

Jika ada pencarian unik di atas pasti akan mengundang senyum saya di remang mentari. Sebab penulis ini pun tidak putih, apa lagi melepak. Hanya sawo matang. Bagi saya kulit putih atau hitam tak penting, yang penting kita sihat, masih dapat menghirup udara setiap hari dengan rasa bahagia.  Kulit kita putih atau hitam adalah warisan genetik, jika tidak dari ibu bapa kita, mungkin dari datuk nenek atau moyang kita. Terima seadanya dan jagalah sebaiknya. Mungkin ada produk yang mampu buat anda cerah tapi tidak putih melepak. Kata orang kalau nak tahu 'sejauh' mana kulit boleh putih, cuba anda lihat di mana nadi tangan anda, dibahagian kulit itulah cerah kulit yang anda boleh perolehi.

Dari kita pening-pening memikirkan cara untuk putih melepak ada baiknya kita fikir untuk dapatkan tubuh badan yang sihat. Bagi melancarkan urusan harian kita. Melakukan amal ibadah dengan mudah. Bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat sudah pasti dari apa yang kita makan setiap hari. Menu klise tapi benar yang biasa kita dengar adalah minum air masak 3 liter sehari, banyakkan makan sayuran dan buah-buahan. Sebab tubuh badan yang sihat akan membiaskan kulit tampil berseri. 

Bagi menampung kekurangan nutrisi dari makanan yang kita ambil, disinilah peranan suplemen diperlukan. Set kecantikan yang merangkumi Vitamin B, Vitamin C dan Vitamin E adalah antara yang popular, bukan untuk luaran tapi juga untuk kecantikan dalaman. Tetapi jika jerawat bertandang adalah elok seandainya disertakan dengan GLA. Bagi menghilangkan bekas jerawat yang berkampung itu ESP adalah jawapannya. Selain membantu menghilangkan bekas jerawat (jika diambil konsisten bersama aturan yang betul) ia dikatakan mampu memberi kecerahan kepada kulit. Kecerahan disini tidak bermaksud putih macam salji ye!

Bagi yang berjerawat, elak dari memijit jerawat sebab ia akan menyebabkan parut dan kulit gelap lebih terdedah untuk pembentukan keloids. Menurut pembacaan saya keloids adalah sejenis parut jerawat, tapi ia berbentuk gelembung. Ia bewarna lebih coklat dari kulit asal dan bertambah teruk jika anda berkulit gelap.

Senaman ini juga komponen penting bukan sahaja untuk kesihatan tubuh badan, tetapi untuk memiliki kulit sihat dan menawan. Senaman berkala membantu kulit tampil lebih anjal. Maka, jadikan senaman adalah rutin harian kita.

Bagi penjagaan luaran boleh gunakan pelembab, krim tabir suria, pencuci yang sesuai, penyegar. Jika anda kaki mekap boleh menusuri blog cara-cara bermekap untuk kulit gelap. Sebab saya tidak bermekap, jadi tidak boleh beri idea tentang mekap. 

Cerita tentang kulit tampuk manggis ni saya teringatkan pantun lama di bawah.

Hitam-hitam si tampuk manggis
Bunga kemuning gugur bunganya
Hitam-hitam kupandang manis
Putih kuning tiada gunanya

Mahu tahu lebih lanjut hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Monday, April 16, 2012

Makan Vitamin Boleh Sebabkan Kerosakan Buah Pinggang ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

"Jangan makan vitamin banyak-banyak, nanti buah pinggang rosak"

Betul ke ? Vitamin memang boleh memberi kesan buruk jika kita gagal menterjemaah 3 perkara dibawah. Saya ubahsuai dari blog http://www.anakkuwiraku.com/2012/02/jaga-jagavitamin-boleh-rosakkan-buah.html

1. Kurang minum air, ini kerana air diperlukan untuk penyerapan secara optimum. Selain itu air diperlukan untuk 'membawa keluar' vitamin yang tidak diperlukan oleh tubuh.

2. Pengambilan melebihi dos yang disarankan....terutama untuk vitamin yang bukan larut air. Contoh vitamin yang tidak larut air adalah vitamin E dan A. Kesan dari pengambilan vitamin A yang berlebihan akan menyebabkan toksik dalam badan dan ia boleh dilihat pada tapak tangan kelihatan kuning-kuningan.

3. Pengambilan yang banyak dalam satu satu masa....ini kerana ia boleh membebankan fungsi buah pinggang. Walaubagaimanapun waktu pengambilan vitamin adalah flexisibel, tidak semestinya mengikut jadual yang diberikan.

Oleh itu bagi mereka yang ambil vitamin perlu peka dengan 3 perkara di atas ye! 

Mahu maklumat lanjut hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Sunday, April 15, 2012

Saya Suka Minum Soya

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Suatu ketika dulu saya suka sangat dengan air soya sebab ia dikatakan mampu menambah kuantiti susuibu. Selain dikatakan baik untuk kecantikan kulit. Perempuan dan isu kecantikan memang tidak boleh dipisahkan. Namun bila saya membaca tentang desas-desus minum air soya mendedahkan individu terbabit dengan kanser otak, saya tertanya-tanya, benarkah ?

Mungkin benar. Mungkin juga tidak benar, sebab kalau kita mahu menyediakan air soya, kita akan masak padau suhu yang sangat tinggi. Jadi tidak mustahil ia akan mengubah kandungan genetik soya tersebut. Ianya boleh menjadi punca radikal bebas sebab rantaian asal dah berubah.

Saya bukan doktor untuk menerangkan tentang sebab-sebab di atas, tapi bila diterangkan mengenai kebaikan ESP buat kali pertama seperti di bawah, terus saya jatuh cinta dengan ESP :-
  • mengandungi 14 grams protien soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan.
  • ianya adalah Non GMO soya [  Non Genetically Modified Organism ] maksud, genetik tidak diubah dan disahkan melalui Identify Preservation Program  
  • pengambilan protien membantu menghasilkan sel yang sihat dan sel yang sihat sangat membantu dalam penyerapan vitamin yang lain dengan baik sekali.
  • tidak mengandungi kolestrol dan laktosa.
  • ia mengandungi 9 amino asid yang diperlukan oleh badan tetapi tidak dapat dibina dari badan dan perlu diambil dari makanan tambahan.
Dulu saya memang penghidap migrain, boleh kata setiap minggu kena. Cuaca panas, tak cukup tidur, makan tak tentu, maka bertandanglah migrain. Namun sejak 'jatuh cinta' dengan ESP, Alhamdulillah migrain semakin menjauh. Bukan tak pernah kena langsung, tapi dalam 6 bulan sekali bau kena. Itupun selalu disebabkan cuaca panas terik. 

Bagi ibu yang menyusukan bayi pula, pengambilan ESP dan ditambah dengan sesi pengepam yang konsisten iaitu 3 jam sekali mampu mempercepatkan pengeluaran susuibu. 

Selebihnya berdoalah kepada Allah untuk sembuh dari kesakitan yang kita alami. Dan bagi ibu yang menyusukan berdoa agar perjalanan penyusuan ini dipermudahkan kerana laluan untuk berjaya dalam dunia penyusuan itu dan sembuh dari kesakitan itu penuh ranjau berduri.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut di noorazrinnapalil@yahoo.com.my atau telefon ditalian 012-6816979

Saturday, April 14, 2012

Suplemen Untuk Suami


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Selalu terjadi isteri mahu memberikan suplemen kepada suami, tetapi banyak sangat yang isteri rasakan perlu, sedangkan suami bukannya suka makan suplemen, apatah lagi jika jumlahnya banyak. Jadi suplemen apa yang paling penting untuk suami anda ?

Saya cadangkan sahaja ostematrix dan vitamin E. Cukup 2 sebagai permulaan yang bagus. Sebab kedua-duanya juga boleh dikatakan vitamin utams untuk lelaki yang terkenal dengan kuat bekerjanya terutama mereka adala ketua keluarga.

Jika suami sukar atau senang cakap tak mahu makan dalam bentuk tablet, beri sahaja Meal Shake. Bancuh dalam minuman kegemarannya kecuali teh dan kopi serta tidak air panas. Ia adalah minuman multivitamin berbentuk serbuk yang punya rasa vanilla. Kalau isteri dah siap-siap bancuh, suami tak perasan pun dalam minuman kegemarannya ada suplemen kan ?

Mahu tahu lebih lanjut ? Hubungi saya di noorazrinnapalil@yahoo.com.my telefon saya di 012-6816979

Friday, April 13, 2012

Gout Boleh Minum ESP Tak ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Saya tertarik dengan artikel kat blog rakan bisness saya ni mengenai bapa mentuanya yang mengamalkan ESP selama 14 tahun walau menghidap gout. Dengan izin Allah penyakitnya beransur pulih cuma sesekali menyerang jika salah makan. Melalui entry saya ini, saya ubahsuai dari hasil penulisan rakan saya ini. Penulisan rakan saya boleh dirujuk di http://www.anakkuwiraku.com/2012/03/mengapa-ayah-mertua-saya-minum-esp.html.

Paling penting, gout ini dikatakan terjadi apabila pengambilan makanan yang tinggi protien dan menyebabkan urik asid meningkat dengan banyak.

Bagaimana dengan ESP, sebab ia juga adalah sejenis minuman protein?
  • ESP Shaklee lengkap dengan 9 essential Amino Asid yang tidak boleh dibuat oleh badan dan ia penting untuk penghasilan sel yang sihat dan membantu antibodi tubuh melawan penyakit dengan baik.
  • Badan kita boleh menghasilkan protien, namun 9 ini tidak boleh dibuat oleh badan dan perlu diambil dari luar.
  • Ke semua protien adalah 22 secara keseluruhan. Namun adalah amat sukar untuk kita pastikan kita mendapat cukup 9 essential asid amino ini, maka pengambilan supplement sangat membantu.
  • Banyak protien yang berada dalam pasaran tidak lengkap dengan 9 essential amino asid ini. 
Apakah 9 itu?

Badan yang sihat terhasil dari sel yang sihat. Sel yang sihat mendapat keperluan semua protien yang diperlukan termasuklah 9 amino asid ini. Bila sel sihat maka penyerapan semua zat vitamin dapat dilakukan dengan baik. 

Protien adalah basic sel. Sel terbina dari protien. Protien penting untuk pembinaan sel dan pembaikkan tisu-tisu sel. Badan kita secara keseluruhan adalah terbentuk dari protien. Maka pentingnya protien dalam kehidupan seharian. Sebab itu juga, mengapa sering kita baca, komposisi utama susuibu adalah protien. Protien penting untuk bina sel.

Ramai orang menganggap setiap hari dah memadai makan telur, ayam, ikan , daging, kekacang namun, namun adakala pengambilan protien tanpa memikirkan kepentingan 9 asid amino ini. 9 Asid amino ini sangat perlu oleh badan demi memastikan sel kita sihat dan mampu menyerap zat vitamin dengan baik.

Harap dapat membantu mereka yang menghidap gout dan ragu-ragu untuk mengambil ESP.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut di noorazrinnapalil@yahoo.com.my atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my


Thursday, April 12, 2012

Cara Mudah Terutama Jika Terdesak

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Pernah tak anda terlibat dalam situasi begini : Dah la terbangun lambat. Baju tak iron lagi. Di tambah baju suami dari fabrik kapas yang susah nak rata tapi sangat senang renyuk. Pakaian anda pula, jika anda peminat tudung bawal dari dulu kini dan selamanya macam saya, mesti 'seronok' melalui situasi yang kelam kabut ni. Sebab tudung bawal jika salah gosok pasti sukar untuk dibentukkan.

Bagi menangani isu tak terjangka begini, saya cukup suka dengan Basic H. Hanya 1 titisan  saya campur dalam botol penyerbur dibawah ini dan iron lah dengan senang hati. Sebab pakaian memang mudah rata terutama fabrik kapas.
Bila dah masukkan setitis Basic H dalam botol merah tu, jika ada orang yang demam semburkan saja dikepalanya sebab ia membantu mengurangkan kepanasan. Selain itu saya juga mandikan anak yang demam dengan setitis Basic H dalam besen. Tapi hanya ketika diperlukan. Bukan setiap hari ye!

Sebab gunakan hanya ikut sukatan titisan selain guna apabila perlu, maka ia memang menjimatkan dan berbaloi untuk dimiliki.

Mahu tahu lebih lanjut ? Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnpalil@yahoo.com.my


Wednesday, April 11, 2012

Minuman Shaklee 3 In 1

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Jika anda bertanya saya suplemen apa yang mudah di ambil, tak mau dalam bentuk pil, nak yang senang macam minuman 3 in 1 tu ? JAWAPAN saya adalah Meal Shake. Mudah. Hanya bancuh dalam minuman kegemaran kita kecuali teh dan kopi serta tidak disediakan dengan air panas. Jadi boleh disediakan menggunakan air suam atau sejuk. Jika mahu lebih rajin buat ais krim. Resepi boleh google kat tepi tu !

Saya teringat idea adik ipar yang 'packing' ESP dalam plastik untuk simpan susu tu. 'Packing' kecik-kecik dalam 1 sudu makan setiap plastik. Siap bakar lagi dibahagian hujung tu! Tu boleh dijadikan salah satu idea untuk betul-betul merealisasikan Shaklee Minuman 3 in 1. Nak lagi canggih campur sekali dengan minuman kegemaran kita. Contoh dalam plastik kecik tu letak sekali serbuk malt ke, coklat ke,kan !? Sukatan saya andaikan untuk 1 setengah sudu makan serbuk coklat letak sekali setengah sudu Meal Shake untuk 1 mug besar. Pelbagaikan perisa. Kemudian letak dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk. Pagi bila nak ke pejabat jika tak sempat minum pagi atau saje mahu buat minum petang ambil satu dan simpan dalam beg. Tapi ingat, samaada ESP atau Meal Shakle tidak lebih dari 3 sudu makan sehari ye!

Di bawah ni saya sertakan kandungan nutrisi Meal Shake ye !




Photo From Nur Adha Mansor


Mahu tahu lebih lanjut hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Tuesday, April 10, 2012

Detox Membantu Memaksimumkan Penyerapan Suplemen

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sel hidup dalam masa 90 hingga 120 hari, maka dalam tempoh itu ambillah suplemen dengan penuh konsisten. Detox boleh dilakukan sebelum mengambil suplemen dengan tujuan untuk meningkatkan proses pengeluaran toksin secara semulajadi dari dalam tubuh sebab ia membantu memaksimumkan penyerapan suplemen yang di ambil. Senang cakap detox membantu suplemen dapat diserap 'tanpa banyak halangan'.
Shaklee punya rangkaian produk untuk proses detox ini mengandungi fiber, antaranya  Herba Lax dan Alfalfa.

 
Walaubagimanapun jika anda sekarang sedang mengambil suplemen minumlah air kelapa muda seminggu sekali. Ia juga bagus untuk proses detox kerana kandungan air kelapa juga memgandungi fiber yang dapat memperbaiki penghadaman bagi membantu penyerapan suplemen jika di ambil secara konsisten. Selain itu air kelapa juga mengandungi asid laurik yang biasa terdapat dalam susuibu yang dapat Ia dapat mencegah virus dan bakteria yang menyebabkan pelbagai jenis penyakit.

Photo from Google
Selain itu Energizing Soy Protein (ESP) berperanan memperbaiki, mengganti sel-sel yang rosak atau mati lalu diganti dengan sel-sel yang sihat untuk membantu penyerapan suplemen dengan lebih baik. Walaubagaimanapun konsisten adalah kunci untuk melihat hasilnya selain berdoa dan bertawakal.
Mahu tahu lebih lanjut hubungi saya di talian 012-6816979 atau 
email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Sunday, April 8, 2012

Cantik Itu Dari Dalam. Bukan Klise Lah!

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Kulit terdiri daripada 2 lapisan iaitu Epidermis iaitu lapisan luar yang boleh dilihat dan disentuh. Manakala dermis adalah lapisan bawah epidermis yang kita tidak boleh sentuh atau lihat. Oleh kerana kita tidak boleh lihat maka kita selalu menumpukan pada bahagian epidermis dengan mencuci, menyapu penyegar dan melembab sebagai penjagaan kulit wajah yang asas serta barangkali losyen pada kulit badan.




Bagaimana pula dengan lapisan dermis ? Sedangkan di lapisan dermis inilah sel kulit baru dihasilkan tanpa henti dan apabila sel kulit baru dihasilkan ia akan ditolak ke epidermis bagi menggantikan sel kulit lama yang telah mati atau rosak ?

Bagaimana mahu 'menjaga' dermis ? Tentu dari apa yang kita makan dan minum setiap hari. Makan sayur, buah-buahan dan minum banyak air masak adalah perkara asas yang semestinya perlu. Saya kerap ditemukan dengan mereka yang sanggup menghabiskan wang yang banyak demi mendapatkan kulit yang cantik  : Dengan membeli beribu-ribu ringgit skincare : Membeli mekap mahal untuk menutup kulit bermasalah. Alangkah bagusnya jika mereka tahu kecantikkan kulit adalah dari dalam. Nampak perkataan kecantikan dari dalam macam klise, tapi itu hakikatnya. Tidak salah menjaga bahagian luaran kulit tu. Jaga kebersihan. Tetapi tak patut menutup masalah kulit dengan bermekap tebal untuk nampak cantik kan ?

Hadapi kulit bermasalah ? Mahu cuba Set Kecantikan Shaklee ? Pastikan anda seorang yang konsiten dan dapat bersabar DEMI melihat hasilnya.

Hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan pertanyaan anda di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Friday, April 6, 2012

Vitamin Untuk Menghilangkan Parut

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Saya banyak menerima pertanyaan suplemen apa yang dapat menghilangkan parut. Syor saya 3 vitamin asas iaitu Vitamin E, Vitamin C dan Vitamin B. Serta jangan dilupa Energizing Soy Protein (ESP) sebab parut terjadi apabila sel yang tumbuh tidak mencukupi untuk menggantikan sel yang telah rosak atau mati. Jadi fungsi ESP adalah untuk membolehkan penghasilan sel kulit yang sihat dengan lebih cepat serta dapat menyerap kebaikkan vitamin dengan lebih baik dan kesannya parut dapat dihilangkan. Pengambilan secara konsisten dan mengikut aturan akan beri hasil yang memuaskan.
Saya untuk dihubungi di noorazrinnapalil@yahoo.com.my atau telefon di 012-6816979




Thursday, April 5, 2012

Suplemen Untuk Patah Kaki / Patah Tangan

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saya merima sms dari teman lama pada suatu hari yang bertanya tentang apakah suplemen untuk mereka yang patah kaki akibat kecelakaan jalanraya. Pertama sekali kenalah ikut nasihat dari pakar perubatan. Gabungan antara nasihat perubatan dengan pengambilan suplemen yang sesuai membantu mempercepatkan penyembuhan.

Bagi mereka yang terbabit dengan patah tulang ini saya cadangkan 3 suplemen asas. walaubagaimanapun ia perlu diambil DENGAN KONSISTEN dan MENGIKUT SUKATAN YANG DISYORKAN. Suplemen yang saya maksudkan adalah Ostematrix, Energizing Soy Protein(ESP) dan Omega.

Mengapa Ostematrix, ESP dan Omega?

Ostematrix adalah suplemen kalsium dari Shaklee yang bertindak untuk menguatkan tulang, membantu fungsi saraf dan mnghindarkan kekejangan otot-otot akibat kemalangan itu. Jika anda bertanya dengan saya cukupkah dengan mengambil 2 gelas susu sehari ? Emm... pastikan anda mendapatkan 1200mg kalsium setiap hari.

ESP adalah protein soya terbaik yang dihasilkan tanpa perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet. Mengapa mereka yang patah tulang ni memerlukan protein ? Sebab anggota badan kita terdiri daripada protein. Tulang, kulit, rambut, otot, dan organ diperbuat dari protein. Selain itu, ESP diperlukan untuk mempercepatkan pertumbuhan sel-sel tulang yang telah 'tercedera' atau mungkin mati akibat patah tulang tersebut.

Omega ? Bila sebut omega saya percaya ramai yang tahu ia baik untuk otak.Jika anda membaca entry saya yang lepas anda akan berjumpa kaitan antara omega dan proses menguruskan berat badan.Tetapi tahu tak bahawa omega juga mempunyai peranan memperbaiki sendi-sendi yang tercedera akibat patah kaki itu.

Walaubagaimanapun pesan saya kat kawan saya itu, pastikan mereka yang terlibat dengan kejadian patah tulang ini tiada komplikasi penyakit lain seperti diabetis yang akan melambatkan lagi proses penyembuhan ini. Jadi kena pastikan diabetis terkawal kadar gulanya melalui nasihat doktor dan boleh dilengkapi dengan pengambilan suplemen yang tepat.

Jika mahu maklumat lanjut boleh hubungi saya di noorazrinnapalil@yahoo.com.my atau telefon di 012-6816979

Tuesday, April 3, 2012

Jerawat

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Bila di tanya pernahkah saya menghadapi jerawat yang kronik. Jawapan saya iye ! Pernah. Ketika usia remaja. Ketika zaman kampus. Serius. Sampai tak tahu mana tempat di bahagian muka yang tak ditumbuhi jerawat. Tepi mulut pun dia tumbuh. Kebanyakannya sebiji surut, sebiji disebelahnya pula tumbuh. Ketika itu memang tidak mengenali suplemen, apa lagi Shaklee. Saya cuma cuci biasa macam biasa. Pakai pelembab muka juga serta bedak untuk tutup jerawat. Bedak memang bawak sentiasa, sebab perlu sapu lepas habis beberapa kelas atau selepas solat.

Jerawat mula hilang pada semester akhir. Mungkin ia dah tak larat tumbuh kot ! Tetapi parutnya masih ada. Malah sehingga kini masih ada bekasnya walau tak banyak. Ketika mengenai Shaklee, salah satu produk yang buat saya teruja adalah ESP. Selain membantu dalam misi penyusuan susuibu, kebaikkannya yang lain adalah untuk mengganti dan memperbaiki sel kulit yang rosak. Walaupun masih ada lagi sisa bekas jerawat tetapi tidaklah ketara sangat dan tak perlu lagi berbedak tebal. Rasa lebih selesa dan ringan.

Tapi kini jerawat hanya muncul apabila saya kurang ambil air masak dan ketika mencuba skincare pelbagai atau kosmetik. Mencuba pelbagai jenama memang kesukaan. Tak kena dengan kulit tumbuhlah jerawat. Cuma bezanya kini cepat surut.

Bila ditanya suplemen apa yang menghilangkan jerawat. Saya suka jawab bergantung kepada tahap keseriusan jerawat itu. Oleh itu hubungi saya untuk pertanyaan. Setiap orang adalah berbeza. Namun saya suka cadangkankan gabungan Set D iaitu vitamin B, C dan E. Namun jika serius jerawat anda adalah perlu ditambah dengan GLA, terutama mereka yang menghadapi masalah jerawat ketika menstrual. Tambahkan sesekali dengan zink untuk menyembuhkan luka akibat jerawat. Bagi menghilangkan parut jerawat dapatkan ESP atau jika rasa punya kekangan baget, dapatkan Meal Shake. Sebab kandungan protein dalam ESP dan Meal Shake dapat mengganti sel kulit yang telah rosak ke sel yang lebih cantik untuk menghilangkan bekas jerawat.

Selain itu titikberatkan faktor kebersihan. Cuci muka dengan pencuci yang sesuai. Tuala, sarung bantal, cadar perlu berbasuh selalu. Rajin-rajinkan diri bersihkan bilik tidur anda. Jauhkan dari habuk-habuk.

Jika ada pertanyaan lagi bolh email saya di noorazrinnapalil@yahoo.com.my atau telefon saya di 012-6816979

Monday, April 2, 2012

Suplemen Untuk Anda Yang Sangat Sibuk

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sibuk itu maksudnya dalam Kamus Dewan adalah 'banyak yang dilakukan atau diurus, asyik mengerjakan sesuatu' Sibuk dengan kerjaya, tugas-tugas dirumah dan juga anak-anak. Tak ada masa mahu telan vitamin satu persatu. Apa lagi mahu mengasingkan masa untuk makan vitamin ini pada waktu bila dan vitamin ini waktu bila. Saya juga maksudkan golongan yang sentiasa sibuk adalah jika anda seorang surirumah. Kadang-kadang tiada masa untuk diri sendiri. Rasa mahu mencuba suplemen tapi tak ada masa nak makan. Lalu saya suka cadangkan Meal Shake sebab dalam sehari mesti ada masa walau sekali untuk menikmati minuman panas. Tetapi untuk Meal Shakle tukarkan minuman panas anda kepada suam. Hanya perlu bancuh dengan minuman kegemaran kecuali air yang terlalu panas, kopi atau teh. Boleh juga sediakan juga untuk seisi keluarga bermula dari bayi yang berumur setahun setengah.

Juga ia sesuai untuk mereka yang TAK SUKA TELAN TABLET. Tetapi mahu mencuba suplemen untuk kesihatan diri yang akan menyerlah pada kulit wajah. Meal Shake mungkin akan jadi permulaan yang baik. Siapa tahu ?

Apa kandungan Meal Shake ini ?   
Mealshake boleh dikatakan gabungan antara protein sebanyak 70 peratus beserta multivitamin dan iron. Berbentuk serbuk. Berperasa vanilla.

Jika anda tanya saya bagaimana saya menikmati Meal Shake ? Saya suka jika ia di campur bersama susu segar yang telah di campur sedikit air suam. Cukup membangkitkan aroma vanilanya.

Mahu tahu lagi tentang Meal Shake ? Boleh hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...