Wednesday, February 29, 2012

Makanan Untuk Otak

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Ketika menunggu masuk Subuh pagi tadi saya sempat belek sebuah buku hasil tulisan Doktor Tuah Iskandar yang bertajuk Membina Imaginasi Cermelang, berkenaan makanan untuk minda. Sumber utama yang disebut dalam buku itu adalah zat besi, omega, protein dan iodin. Bila berbicara tentang makanan untuk otak mesti ramai yang terbayang, hanya untuk mereka yang bergelar pelajar. Kan ? Hakikatnya setiap kita memerlukan otak untuk berfikir sejenak, walau mungkin sekadar berfikir mahu makan apa hari ini. Apatah lagi kita memerlukan otak untuk berfikir bagi menyelesaikan dalam setiap permasalahan dalam hidup yang memerlukan segala aspek timbang tara.

Bila cerita tentang makanan untuk otak teringat saya ketika masuk ke pejabat selepas dua bulan cuti bersalin. Saya lupa bagaimana mahu menyudahkan satu tugasan. Padahal itu adalah tugas yang saya buat hari-hari. Dua bulan cuti saya 'hilang ingatan'. Melalui pembacaan baru saya tahu masalah pelupa selepas bersalin adalah perkara biasa dan keadaan ini akan pulih tiga bulan selepas bersalin. Tapi tak best kan, asyik-asyik lupa! dan Lupa! Ketika itu saya tidak mengenal Shaklee lagi, tapi beli juga Omega brand lain. Tapi bila dah kenal Shaklee saya setia dengannya, sebab vitamin Shaklee adalah dari sumber asli, paling mudah tengok dalamnya tiada silica. Kan?

Oh! melalui pembacaan, saya mahu berkongsi untuk memastikan otak yang dapat menghasilkan minda cermelang antara tip yang boleh diamalkan adalah cuba bertenang menghadapi apa-apa permasalahan hidup, bersenam seadanya, solat termasuk dalam kategori ini, selalu menghirup udara segar, jangan marah-marah nanti cepat tua sebab marah selalu buat orang bertindak tidak rasional, kurangkan mengumpat, selalu baca buku motivasi.

Apa lagi ? Emm....Saya percaya anda pernah membaca tip di atas atau mungkin anda tahu tentang banyak perkara lagi, yang penting kita tahu dan kita amalkan.

Jika anda ada pertanyaan, hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Monday, February 27, 2012

Saya Hilang Selera Nak Makan

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pernah tak anda kena ulser dalam mulut ? Tapi bunyi macam menakutkan, jadi saya suka panggil 'mata ikan'. Faktor cuaca panas dan kadang kala saya sendiri kena ingatkan diri sendiri untuk minum air masak dengan banyak.
Bila dah ada ulser dalam mulut, makan pun tidak berselera. bibir pun terasa menggelupas dan pedih. Mahu minum air masak pun terasa pahit. Mahu bercakap pun terasa malas. Bila sakit begini walau sikit, terasa alangkah berharganya menikmati makanan. Terasa mahalnya harga sebuah kesihatan. Seingat saya hanya bubur nasi sahaja yang mampu ditelan. Makanan pedas memang big no ! Masakan selesa bila perut lapar, orang kata mata dan perut lapar, tapi mulut kenyang.(peribahasa apakah ini?)

Lalu Energizing Soy Protein (ESP) dan Performance Drink (PD) menjadi 'santapan', apalagi masa ni semua vitamin saya 'rehatkan' seketika kecuali Vitamin C. ESP ni mampu mengenyangkan, menyediakan tenaga berkekalan, membantu menahan rasa lapar kerana ia adalah bekalan sumber tenaga yang konsisten.

Manakala PD yang mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membantu badan saya bekalkan tenaga serta merta walau tak selera makan. Ia membantu tubuh kita beri tenaga berterusan. Ia juga membantu menyeimbangkan kandunga air dalam badan.

Vitamin C pula membantu memulihkan luka-luka kat dalam mulut dan bibir. Saya rehatkan semua vitamin sebab kesukaran untuk menjamah makanan, bukankah vitamin perlu di ambil selepas makan ? Selain itu pengamalan vitamin perlu dilengkapi dengan pengambilan air yang banyak sekurang-kurangnya bersamaan dengan 2 botol besar air mineral sehari.

Alhamdulillah selepas empat hari ulser sembuh. Rasa bersyukur sangat sebab boleh kembali menikmati makanan dan minuman dengan selesa, selain tidak menjadi berat mulut. Sesungguhnya bila kita diuji dengan kesakitan walau sedikit mengajar kita untuk bersyukur dan menjaga kesihatan sebaiknya demi sebuah kehidupan yang bahagia.

Saya untuk dihubungi di 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Friday, February 24, 2012

Persoalan Tentang Vitamin B

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertama kali saya mencuba B complex adalah tiga tahun lepas. Ketika itu ada dua persoalan yang bermain dalam fikiran saya. Mungkin juga persoalan ini turut bermain di fikiran anda yang baru pertama kali mencuba Vitamin B complex Shaklee. 

Persoalan Pertama
Mengapa vitamin B berbau semacam termasuk bila kita lepaskan urin turut bau B complex serta berwarna kekuningan?
  • Vitamin B berbau disebabkan ia vitamin B lengkap yang mengandungi 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh badan serta dihasilkan dari sumber asli tanpa perisa dan pewarna.
  • Bau semacam itu juga adalah juga disebabkan Thiamin iaitu salah satu komponen dalam vitamin B. 
  • Selain itu Vitamin B Complex juga adalah vitamin larut air, oleh sebab itu urin anda berbau serta kekuningan. 
  • B complex adalah vitamin larut air, oleh kerana itu urin akan bertukar warna. Bertenang!
  • Cara untuk mengurangkan bau adalah dengan menyimpan vitamin B dalam peti sejuk. Bagi selain meminum air masak lebih banyak bagi mengurangkan bau dan warna kekuningan B complex pada urin.
Persoalan Kedua
Betulkah Vitamin B buat bertambah lapar? Pertama kali kita kena tahu salah satu fungsi B Complex adalah untuk membantu badan metabolisme kan karbohidrat, lemak dan protein menjadi tenaga. Mungkin ada benarnya kita jika kita mudah rasa lapar, walaubagaimanapun melalui pembacaan saya jika kita mudah rasa lapar walaupun baru lepas makan, apa kata kita minum air masak. 

Tetapi jika selepas 5 minit masih terasa lapar bermakna kita memang benar-benar perlukan makanan. Sebab tubuh badan kita sebenarnya gagal untuk mengenal rasa lapar atau haus. Bagi anda yang kerap rasa lapar boleh cuba petua ini. Jika merasa lapar ambillah makanan dalam kuantiti yang kecil. Adalah lebih baik ambil makanan yang berserat seperti roti atau biskut berserat atau buah-buahan.

Jadi jika anda berhajat mahu mencuba B complex jangan takut dengan benda-benda di atas, kerana ia bersifat sementara. Oleh itu adalah penting mencari sedikit ilmu sebelum memulakan pengamalan suplemen dan tidak sekadar mengikut!

Mahu maklumat lanjut hubungi saya di talian 012-6816979 atau email noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Wednesday, February 22, 2012

Sesuatu Untuk Kaki Sentap

Setiap pagi saya akan ambil vitamin B bersama Vitalea selepas sarapan. Saya suka ambil Vitamin B pada waktu pagi kerana ia akan memercikkan tenaga dan 'semangat baru' pada permulaan hari. Tak mahu letih-letih atau malas-malas.

Secara peribadi saya juga biasa mengambil vitamin B lebih dari sebiji sehari. Paling banyak adalah 5 biji sehari tetapi mesti diikuti dengan pengambilan air yang banyak dan tidak di ambil vitamin B itu sekaligus. Vitamin B biasa menjadi teman ketika melakukan tuga-tugas berkaitan perakaunan, terutama ketika mahu menyudahkan laporan beraudit syarikat. Sebab apa saya memilih untuk mengambil lebih Vitamin B ? Sebab utama vitamin B mudah hilang dari badan apabila kita berada dalam keadaan penat dan tertekan, jadi kesan kekurangan vitamin B buat kita cepat letih, pemarah dan sukar menumpukan perhatian pada sesuatu perkara yang ingin kita lakukan. Kira macam vitamin penenang dan 'happy'.

Bercerita tentang menenangkan, bagi mereka yang 'kaki sentap' adalah amat sesuai mengamalkannya. Walau maksud sentap dalam kamus Dewan adalah menyentap menarik kuat-kuat (dgn tiba-tiba), meragut: ~ nyawa mencabut nyawa, menyebabkan mati (dgn serta-merta), tapi saya maksudnya 'sentap' dalam bahasa double meaning adalah rasa merajuk, suka marah-marah,kecewa, cepat terasa dan sewaktu dengannya.

Selain itu pengambilan air masak yang banyak bagi 'kaki sentap' adalah amat perlu, selain untuk memastikan Vitamin B yang di ambil dapat menyerap sepenuhnya, ia juga mampu 'menyejukkan' perasaan yang mudah panas. Bukankah sifat air itu menyejukkan lagi menenangkan? Bukan itu sahaja, pengambilan Wuduk ketika berada dalam keadaan sentap mampu melegakan. Alang-alang sudah Berwuduk lakukan solat sunat disamping doa agar memperolehi ketenangan walau apa jua yang datang merintangi kehidupan. Kita bukan manusia jika tiada apa yang merintangi perjalanan kehidupan kita.

Saya percaya disamping berusaha mengamalkan vitamin, sentiasa di samping DIA adalah sesuatu yang menenangkan. Bagi anda yang bukan Islam, saya percaya anda juga punya cara mengikut agama anda sendiri untuk mencari ketenagan.

Jika anda mahu tahu lebih lanjut tentang vitamin B boleh hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email sahaja di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Monday, February 20, 2012

Mahu Kurus ? Omega atau Lecithin

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 
Bagi yang telah membaca entry lepas tentang mahu kurus dengan Omega, saya percaya ramai yang tertanya-tanya tentanga mana lebih bagus antara Omega dan Lecithin. Sebelum itu kita lihat dulu apa persamaan fungsi Omega dan Lecithin. Kedua-dua berfungsi untuk bakar lemak, membantu meningkatkan HDL (high density lipid) dan ini membantu kita atasi masalah kolestrol. Selain itu kedua-dua amat bagus untuk otak.

Sekarang kita tengok fungsi lain Lecithin dan Omega.
Lecithin : Membantu elakkan kembung perut, mudah untuk membuang, kilatkan rambut dan kuku, bakar lemak.
Omega: Bagus untuk chest terutama mereka yang mudah sangat kena selsema.

Mana lebih cepat antara keduanya jika mahu kuruskan badan ? Berminat dengan analogi Norita dalam blognya yang beralamat di "http://www.anakkuwiraku.com/2012/02/lecithin-dan-omega-bantu-bakar-lemak.html" Saya bagi anologi yang sangat mudah. Jika anda hendak ke Penang dari Kuala Lumpur, ada dua cara yang kita tahu, sama guna cara darat iaitu kereta  atau udara, iaitu kapal terbang. Jika naik kapal terbang memang jimat masa dan kita pun tak penat, namun kos dia memang besar. Berbanding naik kereta, mungkin kita perlukan masa lebih lama namun kos dia juga sedikit ringan.

Omega diibaratkan Kapal Terbang dan Lecithin ibarat memandu kereta. Namun terpulang kepada baget anda. Namun perlu diingatkan suplemen hanya sebagai 'pembantu' selebihnya anda masih perlu berusaha. Pengambilan air masak yang banyak, memakan buah-buahan, bersenam serta menjaga apa yang masuk dalam mulut masih menjadi perkara penting dalam misi menguruskan badan.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut ditalian 012-6816979 atau email noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Friday, February 17, 2012

Mahu Kurus ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Anda wanita ? remaja perempuan ? Bagi tau siapa tak mahu kurus atau kekal kurus walau telah memiliki beberapa orang anak. Saya rasa menarik untuk mencuba menguruskan badan bila membaca entry Norita ni. Firstly suplemen yang dicuba adalah :-
  • Omega
  • Alfalfa
  • Helbalax
Meh saya kongsi hasil amalan customer Norita yang tidak lagi menyusukan anak lalu dicubanya sendiri oleh Norita.
  1. Ambil Omega 3 biji selepas sarapan pagi. Omega tidak boleh di ambil malam, sebab apabila tidur kita tidak boleh mengambil air boleh buat demam
  2. Ambil Alfalfa atau 2-3 potong buah sehari. Alfalfa 1-2 biji sahaja, jika ambil banyak alfalfa perlu banyak air jika tidak nanti kena sembelit. Saiz sepotong buah bersamaan yang biasa kita beli buah yang telah dipotong kat kedai tu.
  3. Herb Lax di ambil pada hujung minggu sahaja iaitu sabtu malam Ahad. Ambil 4-5 biji. Jika badan besar ambil 5 biji. Bagus ambil sebelum tidur sebab Herb Lax bertindak selama 6 jam dan kalau kurang air nanti perut memulas dan dunia rasa nak terbalik. Kalau nak makan siang pastikan 6 jam selepas itu kita berada dirumah.
Saya nak share pengalaman Norita dengan tip menguruskan badan dengan 3 produk di atas ini.

Hari pertama
Ambil 3 biji Omega  selepas lunch....sepanjang petang sehingga malam saya merasa sangat dahaga , hanya ALLAH sahaja yang tahu. Saya tak de rasa lapar tetapi saya rasa sangat dahaga. Air botol 1.5Liter peneman ke mana saya pergi. Dah minum 3 botol, tekak masih dahaga. Malam pun sama. Hmm  memang pelik. Hari pertama lupa makan buah....so tak best ke toilet.

Hari kedua
saya cuba makan pagi pula, unik, sebab tengari saya cuma makan nasi 3 suap dah rasa kenyang tapi saya rasa sangat dahaga. So saya banyak minum air. Saya bancuh ESP, Meal Shake dan PD supaya saya lebih kenyang pada waktu tengahari. Malam memang tak berapa makan sebab dah kenyang dengan air.

Hari ketiga
makan waktu pagi juga dan lebih kurang dengan hari sebelum ini. So saya dapati saya perlukan buah yang banyak supaya tak mudah sembelit ke tandas nanti. Apa yang best, perut senang kenyang.

Nota:-
  • Berbanding saya amik lecithin dulu, saya mudah rasa lapar bila lambat makan. Mungkin sebab ia bakar lemak jadi badan perlu kalori untuk menggantikan yang telah dibakar.
  • Beza amik Omega, mungkin sebab pengambilan 3 biji sehari buat badan panas, tekak juga beri signal dahaga agar minum lebih air. Bila kenyang air, kita tak berapa nak makan.
  • Namun saya masih amalkan lecithin sebab ia bagus untuk elakkan bloated....kembung perut atau senak.
Saranan:-
Bagi yang serius nak slim, sila dapatkan allfalfa dan herb lax untuk proses detox yang best!


Saya nak cerita pengalaman saya makan Omega pula. Pagi tadi lepas sarapan saya makan 3biji Omega, satu benda yang saya dapat rasakan adalah SAYA MENJADI SANGAT HAUS! lalu meneguk bergelas-gelas air. Hasilnya ye! seperti dijangka En Toilet tempat paling best!

Kalau ada yang bertanya, sehari makan dah boleh kurus ke ? Emm... tiada jalan mudah untuk kurus. Masih kena kontrol apa yang masuk ke dalam mulut, bersenam, cuma suplemen membantu sebahagian usaha untuk kurus. Cakap pasal bersenam, sekarang saya jadikan berbasikal sejam setiap pagi sebagai acara mesti kecuali saya kena ke pejabat. Sejak punya jadual kerja yang fleksibel banyak benda yang boleh saya lakukan.

Ada sambungan lagi tentang tajuk ni, tunggu next entry!

Tuesday, February 14, 2012

Sediakan Payung Sebelum Hujan

 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saya kehilangan pekerjaan dalam sekelip mata, tapi syukur melalui perkongsian Shaklee dalam blog ini, masih membolehkan saya berbelanja walau tidak sehebat ketika masih bekerja. Paling tidak bila keluar dengan family masih boleh keluar duit untuk makan dan shopping. Alhamdulillah!

Walau kini saya telah kembali ke ruang pekerjaan tetapi saya masih menulis perkongsian di blog ini, kerana pengalaman hilang pekerjaan dalam sekelip mata ini menjadi iktibar untuk punya 'payung' sekiranya sesuatu tidak terjangka. Anda boleh baca catatan saya dalam blog peribadi saya di http://memoirrienn.blogspot.com/2012/02/rezeki-dari-dia.html. Jika anda memang telah punya pendapatan sampingan Alhamdulillah, teruskan mana tahu pendapatan sampingan anda lebih besar dari pekerjaan hakiki. Siapa tak mahu!

Jika anda mungkin sedang terfikir mahu mencari pendapatan sampingan walau telah punya pendapatan tetap setiap bulan, adalah tidak salah !

Hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.

Thursday, February 9, 2012

Memudahkan Tugas Menggosok

 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Ketika menulis ini sudah sebulan saya masih belum bekerja. Mahu tahu mengapa ? Boleh cari dan baca di blog peribadi saya di http://memoirrienn.blogspot.com. Setiap hari melakukan tugas-tugas surirumah sambil ber 'Shaklee'. Tugas paling saya tak suka sejak dari dulu ialah menggosok baju. Tapi kena buat jugalah! Takkan nak ke pejabat dengan baju tak bergosok. Biar betul! Jadi bila kena gosok baju suami yang jenis kapas memang mencabar! Gosok disini kedut disana! Aduh! Belum lagi tak licin-licin!

Bila rakan bisnes Shaklee memperkenalkan Basic H sebagai cara untuk memudahkan kerja-kerja menggosok ini, memang saya cuba. Caranya cukup mudah, hanya titiskan setitis dua cairan Basic H ke dalam botol penyembur yang bercampur air lalu semburkan pada pakaian sebelum digosok. Hasilnya nampak lebih licin dan memudahkan kerja. Ump! Siapa kata jadi surirumah satu tugas mudah dan tak perlu apa-apa ilmu? Siapa bilang? Emm...

Mahu tahu lebih lanjut boleh hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Tuesday, February 7, 2012

Skin Care Terbaekk.....

 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Bila orang bertanya kepada saya apa skin care yang saya gunakan setiap hari? Saya mula menggaru kepala yang tidak gatal. Sebab saya akan rasa serba salah nak jawab ! Sebab setakat ini tiada jenama mahal yang saya guna. Semua yang murah-murah belaka! Cuma bezanya saya mengamalkan suplemen Shaklee semenjak tiga tahun dulu. Vitamin pertama yang saya cuba vitamin B, sebelum lain-lain. Bila di tanya suplemen yang baik untuk kulit ? Pada saya gabungan antara vitamin B, C, E dan GLA adalah terbaik untuk kulit. Dan lagi satu jangan dilupa ESP. Sebab salah satu fungsi ESP adalah untuk menggantikan sel yang lama, memperbaiki sel yang rosak bagi membolehkan sel baru yang cantik dan sihat bagi menerima zat yang diperolehi dari makanan dan suplemen yang diambil. Biasakan dengar golongan selebriti berkata " kecantikan dalaman lebih penting dari luaran" Maka ambil yang positif walau agak klise kenyataan itu kerana kulit yang cantik memang lahir dari apa yang kita makan setiap hari.

Pengamalan suplemen yang konsisten Insyaallah menzahirkan kulit yang sihat dan cantik. Tapi tidak bererti kita menjauhkan diri dari makanan yang berkhasiat seperti sayuran dan buah-buahan. Selain itu, tidak harus dilupa penjagaan wajah yang membabitkan kebersihan dari luar sepeti mencuci wajah, kerap ganti cadar dan sarung bantal dan lain-lain yang semua orang tahu. Meminum banyak air masak, kurangkan makanan rapu lagi berminyak, lagi satu yang orang selalu lupa, berdoa didepan cermin -"Ya Allah cantikkanlah akhlak aku seumpama Kau mencantikkan wajahku. Amin!

Mahu maklumat lanjut boleh hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Sunday, February 5, 2012

Panduan Membaca Tarikh Luput Shaklee

 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Mungkin bagi yang kali pertama membeli produk Shaklee akan terkejut bila menerima botol vitamin yang bertarikh 12/1/12 sedangkan vitamin diterima pada bulan Februari. Benarkah ia telah expired ? Aha jangan keliru sebab yang sebenarnya tarikh luput Shaklee dicetak begini  bulan/ hari/ tahun. Jadi jika anda menerima vitamin bertarikh 12/1/12 bermakna tarikh luput vitamin itu adalah 1/12/12.

Hubungi saya jika ada pertanyaan ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Thursday, February 2, 2012

Mahu Cuba Suplemen, Tetapi Tak Suka Dalam Bentuk Tablet?

 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saya kerap didatangi pertanyaan tentang suplemen yang bukan dalam bentuk tablet. Sebab takut dan tak suka tablet. Shaklee sebenarnya turut menyediakan suplemen dalam bukan berbentuk tablet. Ketiga-tiga produk dibawah sesuai diambil seisi keluarga termasuk anak-anak anda yang berusia setahun keatas. Produk yang saya maksudkan adalah :-
Mahu maklumat lanjut boleh cari kat ruangan 'search' kat sebelah kanan blog saya ini. Mahu maklumat lain boleh hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...