Saturday, January 28, 2012

Set Penyusuan Popular

 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Bagi ibu yang menyusukan bayi dan tercari-cari suplemen apa yang mereka perlukan dibawah ini saya titipkan set penyusuan yang biasa diambil oleh ibu. Kredit untuk N.


1. SetB
  • Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Alfalfa
  • Sesuai untuk ibu yang TIDAK  mempunyai masalah penyusuan
  • Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema,  set ini dapat membantu
  • Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa.
     
2. Set Eu Four Pack
  • Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Kalsium
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
  • Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat.
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu dan alah kepada laktose.
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk saraf, pembentukan tulang dan gigi.

3. Set E
  • Mengandungi  Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, Kalsium dan Alfalfa
  • Set ini memberi kesan yang lebih yang tidak kurang bagusnya kerana kandungan Alfalfa yang mempunyai khasiat protien di dalamnya.


4. Set 3
  • Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan ESP.
  • Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.
  • Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak
  • Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui bayi anda 
  •  
Pengambilan set penyusuan ini yang disertakan jadual pengepaman, meminum air masak yang banyak serta mendekatkan diri dengan Allah sentiasa adalah kunci kejayaan usaha seorang ibu untuk menyusukan bayi anda.

Catatan saya:-
Noor Azrinna
012-6816979
noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Thursday, January 26, 2012

Keajaiban Kolostrum - Hanya Untuk Bayi Kita


 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Kolostrom juga dikenali sebagai 'cecair emas' kerana warnanya kekuningan yang berfungsi sebagai pembekal imuniti pada seluruh tubuh anak anda. Ia membuat tubuh anak anda kebal dari serangan virus, bakteria dan kuman yang berada diudara sebaik sahaja dilahirkan. Kolostrum dihasilkan dipertengahan kehamilan. Sifatnya pekat dan bertukar warna daripada jernih hingga kekuningan. Jumlahnya tidak banyak hanya sekitar 20-30ml sahaja sebelum air susu matang terhasil pada hari ke-3 atau ke-4. Oleh sebab itu ibu mesti perasan ketika selepas melahirkan terutama mereka yang baru bergelar ibu (termasuk saya) amat bimbang sebab tiada susu. Pada hakikatnya ada susu tapi dalam bentuk kolostrum.

Jom saya kongsi hasil pembacaan saya mengenai kandungan zat dalam kolostrum sehingga ia digelar 'cecair emas' :-
  • Tinggi Protein, vitamin larut lemak(ADEK), zink dan sodium
  • Rendah laktosa (4%), lemak dan vitamin larut air (vitamin B kompleks dan Vitamin C)
  • Tinggi vitamin K, penting bagi mengelak HDN (Haemorhagic Disease of Newborn)
  • Imunoglobulin (SigA) yang tinggi
  • Imunisasi pasif pertama bayi
  • Pelawas 'laxative' yang menggalakkan pembuangan mekonium dan mengelakkan bayi daripada dijangkiti Jaundis Neonate
  • Mempunyai faktor 'bifidus' bagi menggalakkan pembiakan kiloni 'Laktobacillus Bifidus' yang akan membantu mengelakkan pembiakan koloni patogen E-Coli.
  • Mempunyai enzim lipase, laktase, lisozim dalam keadaan aktif
  • Mempunyai anti oksida dan beta karotena yang penting untuk pembiakan sel-sel tubuh
  • Kolostrum yang terhasil adalah berbeza di antara bayi yang matang dengan pramatang. Sebab kolostrum yang terhasil untuk bayi pramtang mengandungi protein yang tinggi, Imunoglobulin igA, laktoferin dan rendah laktosa. 
Hakikatnya penyusuan ibu bererti ibu perlukan ilmu yang berterusan sebagai motivasi diri untuk terus berikan yang terbaik untuk anak.


Catatan Saya
telefon : 012-6816979
email :noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Wednesday, January 25, 2012

Minuman Waktu Aktif Dan Ceria Saya

 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Jalan-jalan ketika cuti-cuti Tahun Baru Cina kadang kala bukan sahaja buat anak-anak lupa minum air masak, tetapi kita sendiri lupa. Mungkin terlalu seronok atau takut mahu ke 'bilik kecik' sahaja. Saya mahu berkongsi tentang PERFORMANCE DRINK (PD) dari Shaklee. Sebenarnya PD sama tapi tak serupa dengan air isotonik biasa kerana ia mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk mencegah dehydration tetapi ia ada ciri lain yang tidak ada pada air isotonik yang membolehkan kanak-kanak yang berumur setahun setengah ke atas boleh mengambilnya, terutama ketika demam. Tengok kat bawah ciri unik Performance Drink ini :-
  1. Tidak bergas
  2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina
  3. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
  4. Sesuai juga untuk ibu mengandung dan menyusukan bayi 
  5. Sesuai juga untuk penghidap diabetis kerana ia tidak menganggu kestabilan gula dalam darah. 
Selepas penat berbasikal, saya dan anak juga suka mengambil Performance Drink sebab ia dapat mengurangkan rasa letih selepas bersenam. Ditambah lagi akhir-akhir ini cuaca dah terasa bahang kepanasannya walaupun masih awal pagi.
Bagaimana mahu menyediakannya ? Mudah sahaja, tuangkan air masak atau sejuk ke dalam gelas atau jag kemudian curahlah PD ke dalamnya mengikut selera kita mahu pekat atau cair. Kadangkala saya juga perahkan sedikit lemon untuk rasa yang lebih segar. pastikan anda simpan PD dalam peti sejuk dan gunakan sudu yang kering bagi elak ia berketul.
Catatan Saya :-
Telefon : 012-6816979
Email : noorazrinnapalil@yahoo.com.my



Wednesday, January 18, 2012

Migrain : Selamat Tinggal Ubat Tahan Sakit

 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saya sering menghadapi masalah migrain sejak zaman remaja lagi. Ubat tahan sakit adalah kewajipan untuk disimpan dalam beg atau tas tangan. Bila ia menyerang memang tiada satu benda boleh buat. Bila memasuki arena pekerjaan memang kerap MC atau rehat di bilik rehat bila saat itu penyerang. Biasa cuaca panas selalu menjadi punca. 

Perkenalan dengan Shaklee buat saya jatuh cinta dengan Ostematrix dan vitamin B complex. Memang tidak dinafikan masih juga kena migrain tapi kebarangkalian untuk kena semakin kurang walau cuaca panas. Selain KONSISTEN dengan pengambilan Ostematrix dan Vitamin B Complex, pengambilan air masak yang mncukupi sebanyak 3 liter sehari juga membantu. Menjauhkan diri dari minuman bergas, makanan ringan dan elakkan mengambil makanan segera membantu mengatasi masalah ini. Ada sesetengah orang yang akan mendapat migrain jika makan coklat. Jadi kena analisis sendiri apa yang menjadi punca migrain kita. Cara mandi yang betul juga dapat membantu mengatasi masalah migrain ini, iaitu dengan cara memulakan mandi dari kaki ke atas dapat membetulkan aura yang 'berserabut'. Susahkah nak mandi begitu? Tidak!! Lakukan pada awal mandian sahaja, selepas itu terpulang pada anda mahu mandi bagaimana.

Mengapa Ostematrix dan Vitamin B complex?
Ostematrix ini mengandungi kalsium yang berfungsi untuk mengawal degupan jantung sebab biasanya bila migrain menyerang degupan jantung menjadi terlalu cepat. Ia juga membantu saraf berfungsi dengan baik sebab bila migrain menyerang kita kerap rasa saraf jadi tegang.Kajian ke atas Magnesium dalam Ostematrix dikatakan dapat membantu mengurangkan frekuensi kesakitan migrain. Vitamin D dalam Ostematrix juga dapat membantu penyerapan kalsium, sebab kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh dan boleh tertinggal sebagai batu dalam atau pundi kencing.

Vitamin B Complex yang mengandungi Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya

Jika anda punya baget lebih, apa kata tambahkan juga ESP selain Ostematrix dan vitamin B sebab ia membantu memperbaharui sel-sel tisu , hormon dan enzim yang kebiasaanya rosak akibat dari tekanan migrain dan ubat tahan sakit yang biasa kita perolehi dari klinik akibat migrain. 

Pengambilan yang konsisten adalah perlu untuk melihat hasilnya. Tapi ada baiknya anda  mendapatkan juga nasihat dari pakar perubatan, sebab kita tak tahu samada kita hanya sekadar migrain atau ada masalah kesihatan lain ye!

Yang Benar,
Noor Azrinna 
012-6816979 
noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Sunday, January 15, 2012

Set Penyusuan Di Kongsi Bersama Suami ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Alfalfa dan penyusuan memang tidak boleh dipisahkan dengan wanita atau ibu yang menyusukan. Ia berfungsi untuk meghasilkan susuibu dengan lebih cepat selain membantu mengatasi masalah keputihan. Set penyusuan yang mengandungi Alfalfa adalah SET B, SET E dan 3M. Berikut adalah senarai lengkap vitamin yang terkandung dalam setiap set.

SET B
  • Multivitamin yang mengandungi zat besi
  • Vitamin B
  • Vitamin C
  • Alfalfa
SET E
  • Multivitamin yang mengandungi zat besi
  • Vitamin B
  • Vitamin C
  • Alfalfa
  • Kalsium
SET 3M
  • Multivitamin yang mengandungi zat besi
  • Vitamin B
  • Vitamin C
  • Alfalfa
  • Kalsium
  • ESP
BAGAIMANA JIKA LELAKI AMBIL SET YANG MENGANDUNGI ALFALFA INI?

Pagi tadi saya mendapat SMS dari seorang pelanggan Shaklee dan kawan baik saya yang berkongsi kebaikan Shaklee bersama suaminya. Cuba baca ini :-

"Rin, Lan makan Alfalfa + Vitamin C nampak kurang sket selsema dia"

Suami teman saya ini menghadapi masalah sinus atau resdung dan kerap selsema. Selain Alfalfa dan Vitamin C, saya difahamkan teman saya ini juga akan membancuh ESP bersama minuman coklat kesukaan suaminya setiap hari. Alfalfa dikatakan dapat membantu untuk mereka yang menghadapi masalah yang berkaitan eczema,sinus dan alahan. Manakala ESP pula membantu untuk memperbaiki, mengganti sel yang telah rosak atau mati dan meninggalkan sel yang sihat untuk meyerap vitamin yang diambil. Walaubagaimanapun alfalfa tidak sesuai untuk mereka yang mengalami SLE.

Jadi jika anda seorang ibu yang mengamalkan vitamin untuk penyusuan, apa kata anda kongsi bersama pasangan anda ? Tiada istilah untuk lelaki dan perempuan dalam pengambilan vitamin. Maka nikmati vitamin dengan berilmu untuk berkongsi manfaat dengan seisi keluarga.

 012-6816979 
noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Thursday, January 12, 2012

Petua Lama Kita Gabungkan Dengan Alfalfa Complex

Bahagian 'V' adalah sulit tetapi tetap perlu penjagaan dari aspek kebersihan. Jika dipandang remeh, nanti kena jangkitan bakteria. Petua lama yang saya perolehi melalui pembacaan kat bawah ni untuk cucian bahagian' V' boleh dicuba.
Asam keping + sedikit garam bukit + manjakani + daun sirih
Tujuanya untuk hindar bau yang tidak menyenangkan. Jika dijadikan tanggas boleh mengatasi keputihan. Jika di amal lepas bersalin baik untuk rahim. Untuk hilangkan kesan lebam bahagian itu, masak petua di atas bersama daun inai lalu di buat basuhan.

Bagaimana pula penjagaan dari dalam bahagian berkenaan? Bagaimana jika Alfalfa ? Ramai yang telah mencuba dan sukakannya. Tapi bagi anda yang menghadapi SLE adalah tidak sesuai mengambil Alfalfa ye!


telefon : 012-6816979
email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Wednesday, January 11, 2012

Berbahayakah Terlebih Ambil Vitamin ?

Saya pernah beritahu seorang kawan bahawa saya kadangkala akan makan lebih dari sebiji vitamin B Comleks Shaklee ketika menjelang kesibukan membuat tugas-tugas berkaitan perakaunan dan audit. Lalu kawan saya berkata 
"Janganlah amalkan makan vitamin banyak-banyak, Bahaya tau!"

Persoalannya, benarkah?

Sebelum itu kita kena tahu jenis vitamin apa yang mahu kita makan. Samada vitamin itu jenis larut air atau lemak. Vitamin larut air ini tidak disimpan lama dalam badan dan ia perlu diganti setiap hari. Vitamin larut air adalah vitamin B dan C. Ia tidak berbahaya walau di ambil berlebihan kerana ia akan keluar bersama urin sekiranya tubuh cukup vitamin tersebut dan tidak memerlukan vitamin ini. Asalkan pengambilan air masak yang mencukupi iaitu 3 liter sehari.

Manakala vitamin larut lemak adalah vitamin E, A, D dan K. Ia boleh di simpan dalam badan dalam tempoh yang lebih lama. Oleh sebab itu ia tidak boleh di ambil melebihi dos yang ditetapkan. Contohnya vitamin E sukatan yang diperlukan oleh tubuh setiap hari tidak melebihi 400iu. Kecuali untuk sebab-sebab tertentu. Sebab itu pengetahuan dan konsaltansi dalam pengambilan vitamin adalah sangat perlu.

Maka, keterangan di atas saya percaya dapat menjawab persoalan di ataskan yang kerap berlegar-legar dalam minda anda ?

Telefon 012-6816979 
Email noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Tuesday, January 10, 2012

Katakan Tidak Untuk Ronggak!

Saya teringat kisah setahun dua yang lepas ketika mula-mula berkenalan dengan Shaklee, gigi geraham saya terasa seperti bergoyang-goyang dan bila saya rasa dengan lidah seperti ada regangan antara gusi dan gigi. Habislah rongak tak lama lagi ! Detik hati saya. Ditambah lagi saya menyusukan bayi. Ngeri pula untuk dibayangkan menyusukan bayi hingga rongak gigi. Adalah tidak sesuai dialog begini, "Demi anak ku sanggup rongak-rongakan gigi"
Bila baca tentang kalsium Shaklee atau Ostematrix tak teragak-agak saya cuba. Tak mahu rongak punya pasal ! Masuk minggu kedua pengambilan Ostematrix secara konsisten baru nampak kesan positifnya iaitu tiada lagi rasa gigi bergoyang dan regangan antara gusi dan gigi. Syukur!

Mungkin ada yang tertanya-tanya makan kalsium ni boleh buat sembelit ke? Jawapannya TIADA SEMBELIT. Malah membantu mereka yang punya masalah sembelit. Sebab kelebihan Ostematrix adalah ia mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet disamping magnesium dan vitamin D yang tidak menyebabkan sembelit malah selamat dari risiko batu karang.

Bila ditanya cukupkah sekadar ambil Ostematrix untuk kekal sihat dan awet muda ? Adalah lebih baik jika mengambil set lengkap bagi mendapat hasil yang diharapkan.
 Telefon 012-6816979
Email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Monday, January 9, 2012

Menghilangkan Bekas Jerawat

Suatu tika dulu ketika usia remaja, saya tidak terkecuali dari jerawat yang mengganas disetiap ruang wajah. Lepas sebiji surut tiga biji menyusul. Jadi memang tak baik-baik. Di tambah lagi dengan bekas jerawat yang kemerahan dan ada sesetengahnya menjadi seperti bintik-bintik hitam. Masa tu saya tak kenal Shaklee, yang saya tahu hanya penjagaan luaran, maka banyaklah produk kecantikan yang saya cuba, sebut saja yang untuk putih, menggelupas dan apa saja jenama yang termampu ketika itu semua saya cuba. Tidak berkesan. Yang terkesan kadang-kadang kulit mnjadi kering dan berbelak, jerawat memang tak surut. Jadi  saya biarkan jerawat bermaharaja di wajah. Bosan mahu melayan!

Bila tamat pengajian, jerawat mula surut mungkin sebab dah tak tension belajar atau mungkin faktor usia yang tak berapa remaja lagi. Eheh! Namun begitu, yang tertinggal adalah bekas-bekas jerawat yang walau bertahun masih tak hilang. Jika nak tau ketika anak dah umur setahun bekas jerawat ketika zaman remaja dulu masih berbekas.

Perkenalan dengan Shaklee melalui N ketika mencari suplemen penyusuan menemukan saya dengan ESP. Setelah mengamalkan dalam masa dua tahun ia bukan saja menjadi suplemen untuk dunia penyusuan tetapi cukup bagus untuk menghilangkan bekas jerawat saya.

Melalui pembacaan saya, salah satu fungsi ESP adalah untuk memperbaiki, mengganti sel yang telah rosak atau mati bagi membolehkan penghasilan sel kulit yang sihat serta dapat menyerap kebaikkan vitamin dengan lebih baik. Sertakan sekali dengan set kecantikan Shaklee. Pengambilan secara konsisten akan beri hasil yang memuaskan, sebab suplemen bukan ubat yang akan beri kesan dengan cepat. Kadang-kadang kita tak perasan akan kesan positif suplemen hingga kita dikejutkan oleh orang sekeliling tentang perubahan bukan saja pada wajah tetapi kesihatan.


Telefon : 012-6816979 
Email : noorazrinnapalil@yahoo.com.my.

Sunday, January 8, 2012

Histamine


Pernah tak anda dalam sebulan paling tidak seminggu anda 'di serang' selsema ? Mesti anda rasa tidak selesa dengan hidung tersumbat, berair dan mahu bernafas pun sukar.
Tahukah anda yang selsema berkait rapat dengan histamine? Ia berada dalam kulit samada luaran atau dalaman seperti dalam hidung atau tekak. Ia sentiasa berada dalam kerongsong yang dipanggil mast cell. Bila mast cell ini dirangsang histamine akan keluar ke sekeliling kawasan bahagian kulit itu.
From:google
  Ini pula bentuk mast cell yang mengandungi histamine di dalamnya.
From : google
Histamine dari mast cell berfungsi untuk mencegah jangkitan kuman dan menyembuhkan luka-luka. Tetapi apabila mast cell dirangsang dengan banyaknya histamine akan keluar ke sekitarnya dan membuatkan saluran darah mengembang. Kesannya kulit tersebut jadi bengkak dan gatal lalu terjadinya bersin, gatal, berair dan tersumbat.
Oleh kerana selsema disebabkan oleh bahan histamine yang terkeluar dari mast cell maka anti-histamine diperlukan untuk merawat selsema. Antihistamine ini berfungsi untuk menghalang histamine yang terkeluar dari mast cell dari terus bertindak.
Salah satu vitamin yang bersifat anti-histamine melalui pembacaan saya adalah Vitamin C.

Telefon : 012-6816979
Email: noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Saturday, January 7, 2012

Energizing Soy Protein

Saya menikmatinya suam pada awal bagi bersama minuman coklat dan susu segar. Satu gabungan yang saya sukakannya. Malam hari saya lebih suka menikmatinya begitu sahaja tanpa sebarang penambahan. Orang kampung saya kata back to basic, just plain! ho! ho! ho! Sebab pada pendapat saya jika kita mahu tidur elak dari makan atau minuman yang ada rasa manis. Jika anda kata minuman coklat anda tidak manis, sila baca kandungannya dibahagian label. ESP juga punya Glimik Indeks yang rendah. Jadi ia melambatkan rasa lapar. Itu sebab saya suka menikmatinya 'kosong' sebelum tidur.

Bagi anda yng kerap kering disekitar mulut akibat kurang minum air, saya ingin cadangkan anda menikmati ESP bersama Performance Drink sebelum tidur terutama ketika cuaca yang hujan dan panas terik tidak menentu ini.
 
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Tuesday, January 3, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Agak terlewat mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU, tetapi besar harapan saya agar 2012 ini akan memberi sesuatu yang lebih baik dalam kehidupan kita. Begitu juga dari aspek penjagaan kesihatan dan gaya hidup. Lalui kehidupan dengan aktif dan tiada Sedentari Lifestyle bagi mengelak diri dari 'dikunjungi' penyakit kronik. 

Peningkatan usia juga akan menyukarkan tubuh menyerap khasiat makanan. Jadi, jika anda perlukan alternatif. Selain melalui kehidupan aktif, mengamalkan pemakanan berkhasiat, adalah disarankan untuk mengambil suplemen yang boleh diperolehi dalam pelbagai bentuk.

Bagi anda yang mahu penyusukan bayi, atau sedang menyusukan bayi, teruskan menuntut ilmu penyusuan kerana dengan ilmu akan membantu anda menghadapi saat-saat kesukaran ketika menyusukan. Tiada jalan pintas untuk berjaya. Bagi yang mengambil suplemen untuk menyusu boleh hubungi pengedar jika menghadapi masalah.

Selamat Tahun baru 2012, datang bersama harapan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...