Wednesday, December 28, 2011

Makanan Suplemen Memudaratkan

Keratan di bawah ini adalah salah satu rencana yang keluar di salah satu surat khabar arus perdana. Benarkah berita ini ?
Klik untuk besarkan imej
Satu benda yang perlu kita fikirkan sejenak, adakah vitamin yang kita ambil setiap hari adalah selamat, dan adakah sumbernya asli ?

Shaklee di asaskan oleh Dr Forest C Shaklee, dan beliau adalah orang pertama yang menghasilkan Vitalized Mineral yang kini digelar VITAMIN.
Vitamin Shaklee adalah asli, tiada pewarna, pengawet malah perasa tambahan.

Vitamin Shaklee tiada silika gel dengan ini membantu penyerapan dengan lebih baik.
Tahukah anda ?
Vitamin sintetik biasanya mengandungi silika gel, pewarna, perasa dan pengawet tambahan.
Bahan-bahan ini tidak diperlukan oleh tubuh badan kita, dan pengambilan yang berterusan boleh memudaratkan kita untuk jangkamasa panjang.

Oleh itu mengamalkan suplemen dengan berilmu adalah sangat perlu, dan ini adalah masa yang sesuai untuk anda bertukar kepada vitamin yang asli.

Catatan saya :-
Telefon: 012-6816979 
Email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Tiada Suplemen Untuk Sedentary Lifestyle

Bangun pagi ke pejabat dengan menaiki kereta, lalu kereta di parkir berdepan dengan pejabat. Naik tangga ? Penatlah! Jadi naik lif. Di pejabat komunikasi dengan rakan sekerja tanpa perlu berdiri apatah lagi berjalan ! Semua di hujung jari. Mudahkan? Duduk di kerusi empuk dan bertemankan penghawa dingin dari pagi hingga petang, bangun untuk ke tandas atau keluar makan saja. Petang pulang ke rumah, makan dan malam duduk dihadapan televisyen sambil tangan melayari internet. Cukup masa, mengantuk dan tidur. 
Esok ulang jadual kehidupan yang sama.

Tahukah kita itulah yang dinamakan Sedentary Lifestyle dalam istilah perubatan yang bermakna cara hidup yang kurang pergerakan fizikal dengan menghabiskan masa dengan duduk, tidur, makan, menonton televisyen atau melayari internet saban hari tanpa ada aktiviti fizikal.

Sedentary Lifestyle membawa risiko penyakit kronik kepada pengamalnya, antaranya adalah :-
  • Penyakit kardiovaskular
  • Obesiti
  • Meningkatkan kolestrol dan triglycerides
  • Mengurangkan paras HDL
  • Penyakit darah tinggi
  • Diabetis
  • Osteoporosis
  • Batu karang
Cara yang paling mudah untuk menjauhkan Sedentary Lifestyle adalah dengan memulakan berjalan sebanyak 10,000 langkah sehari bersamaan 6.5km, contohnya meletakkan kereta jauh sedikit dari pejabat, berjalan kaki ke tempat makan, menggunakan tangga berbanding life, berjalan untuk berkomunikasi berbanding teknologi. Anda rasa cukupkah dengan berjalan kaki ? Bagi permulaan ia adalah aktiviti yang baik sebab berjalan kaki sejauh 9 batu seminggu dapat mengurangkan risiko serangan jantung sebanyak 21 peratus berbanding mereka yang berjalan hanya 3 batu seminggu.

TIADA SUPLEMEN yang dapat membantu mengantasi Sedentary Lifestle ini, kecuali empunya diri kena berubah dan tahu kesan dari cara hidupnya. Tetapi Shaklee punya suplemen untuk  membantu anda kekal aktif sepanjang hari, selebihnya bergantung kepada cara hidup anda untuk kekal sihat dan mengurangkan risiko dari berdepan dengan penyakit kronik.
Catatan Saya:
Telefon: 012-6816979 
Email : noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Sunday, December 25, 2011

Bila Hemoglobin Rendah Ketika Hamil

Anemia atau lebih dikenali dalam masyarakat kita sebagai penyakit kurang darah terjadi  apabila hemoglobin dalam sel darah merah berkurangan. Fungsi Hemoglobin adalah untuk pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh tubuh. Kesan jika terjadi anemia akan menyebabkan kita lesu, kurang cergas, mengantuk dan kurang daya tumpuan. Wanita mudah mengalami penyakit anemia berbanding lelaki. Pada setiap hari wanita akan kehilangan kira-kira satu atau dua miligram (mg) zat besi melalui perkumuhan normal dan bertambah kehilangan zat besi sebanyak satu mg lagi ketika haid.
Anemia boleh dikesan melalui ujian darah di kilinik atau hospital. Mereka yang yang didignosis sebagai anemia apabila paras hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah kurang dari 11g. Biasa ujian darah ini dilakukan kepada ibu hamil setiap kali melakukan pemeriksaan bulanan di klinik atau hospital, kerana anemia sangat bahaya kepada ibu hamil atas sebab-sebab berikut :-
  • Boleh menyebabkan tumpah darah semasa dan selepas bersalin
  • Tekanan darah tinggi (eklampsia)
  • Keguguran 
  • Kematian
Anemia yang dihidapi oleh ibu hamil juga akan memberi kesan kepada bayi yang dikandung, anatara risiko adalah :-
  • Boleh menyebabkan kematian janin
  • Kelahiran tidak cukup bulan
  • Bayi kurang berat badan
Cerita seorang kawan, dua produk Shaklee di bawah ini membantunya yang mengalami Hb darah yang rendah ketika hamil.
ESP membantu memperbaiki sel yang rosak atau mati bagi membolehkan sel baru dan elok tumbuh, salah satu fungsi sel ini adalah untuk menerima zat yang kita makan. Manakala Vitalea ini mempunyai kandungan zat besi yang diperlukan oleh badan sebagai pengisi kekosongan zat besi yang ditinggalkan oleh pemakanan yang kita ambil.
 
 
 
 
Saya untuk dihubungi : 012-6816979 
Email : noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Tuesday, December 20, 2011

Antara Kologen, vitamin C dan Plasenta Mana Paling Penting

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Bagi anda yang mengikuti perkembangan dunia kecantikan mesti selalu membaca mengenai 3 AGEN KECANTIKAN ini. Kologen, Plasenta dan Vitamin C. Mana yang lebih baik dan mana yang lebih utama untuk di amalkan?

KOLOGEN berfungsi untuk menjaga kulit agar kelihatan tegang dan anjal. Pertambahan usia menyebabkan kologen semakin susut dan kulit hilang elastik.

PLASENTA mengandungi growth factors, hormon, antibodi dan kandungan nutrisi yang mampu memudakan tisu organik, protein istimewa yang meregulasi proses hormon dan menguatkan sistem imun. Fungsi plasenta ialah sebagai agen anti penuaan, mencantikkan kulit, meningkatkan sistem imuniti dan keupayaan fizikal

Walaubagaimanapun kedua-duanya menjadi kurang berkesan akibat SERANGAN RADIKAL BEBAS yang boleh menyebabkan kerosakan DNA, membran sel, protein, kerosakan Lipid Peroksida, proses penuaan dan penyebab 'autoimun'. Maklumat lanjut baca di Radikal Bebas vs Anti-Oksida. Oleh itu, anti-oksidan diperlukan untuk memperlahankan serangan radikal bebas. 

Kita boleh mendapatkan anti-oksidan dari gabungan VITAMIN C, E dan beta-karotin untuk melambatkan tindakan radikal bebas berlaku. Ingat! radikal bebas tetap akan berlaku, cuma perlu diperlahankan saja tindakannya itu.

Selain sebagai antioksida, vitamin C juga berperanan sebagai agen yang menjaga integriti kulit untuk memastikan proses penghasilan kulit yang baik berlaku. Vitamin C juga mampu mengaktifkan fibroblast iaitu sel yang menghasilkan kologen, jika bagus kologen yang dihasilkan maka semakin anjal dan cerahlah kulit. Vitamin C juga dapat mengurangkan kesan panahan cahaya matahari yang mengandungi ultra violet.

Jadi, adalah jelas sekarang vitamin C dan E dan beta-karotin adalah paling asas untuk anda pilih (jika perlu memilih) kerana ia ibarat akar pokok yang kukuh untuk menghasilkan dahan, daun dan bebunga yang cantik dan sihat.

Apa produk Shaklee yang mengandungi anti-oksidan ini ?
  • Vitamin E
  • Vitamin C
  • Corotomax
  • GLA
  • Vitalea

Saya untuk dihubungi : 012-6816979 
Email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Monday, December 19, 2011

Vitamin Bukan Pengganti Ubat

Vitamin atau suplemen bukan ubat yang menggantikan ubat doktor sekiranya anda didignosis telah menghidapi sesuatu jenis penyakit. Tetapi bukan satu kesalahan untuk anda turut mengambil vitamin atau suplemen kerana sifat vitamin yang 'mesra dengan perut' akan bertindak untuk mempercepatkan penyembuhan disamping menguatkan tubuh badan. Tapi perlukan jarak masa pengambilan keduanya, agar kedua-duanya dapat bertindak tepat 'menentang' kesakitan.

Walaubagaimanapun mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Jika anda berminat untuk mencuba Shaklee hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my.Pasti ada vitamin yang bersesuaian dengan baget anda.

Saturday, December 17, 2011

Hilangkan parut akibat alahan minyak wangi ?

Cerita seorang teman yang bernama Kak Nusrah Isa di laman sembang pada suatu pagi Jumaat tentang ESP.

"hmm..lepas saya ambik esp tu...saya x sedar yg parut kat leher dah ilang (parut sbb alahan dgn parfume). lepas tahu yg esp tu boleh ilangkan parut baru nampak.
skrg dah naik semula parut tu sbb saya pakai minyak wangi n esp dah abis"

Pesanan saya untuk Kak Nusrah : 
Psst..... jangan pakai minyak wangi kat leher kalau ESP dah abis! he!he!he!(Saya biasa bergurau senda dengan Kak Nusrah)

Parut akibat alahan kosmetik, parut jerawat dan tompok-tompok hitam terjadi bila sel mati tidak dapat digantikan dengan sel baru yang lebih baik. Oleh itu pengambilan protein membantu menghasilkan sel baru agar sel mati dan lama ini dapat disingkirkan.

Saya boleh untuk dihubungi untuk pertanyaan di nombor ini : 012-6816979 
Email : noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Friday, December 16, 2011

Kahwin Hari-Hari.....

KEBANYAKAN wanita akan bertungkus lumus untuk tampil cantik ketika hari bahagia mereka. Sibuk berdiet, bersenam, makan macam-macam vitamin untuk punya kulit cantik mulus lagi berseri. Bukan apa, biarlah muat baju pengantin serta nampak berseri. 
Apa kata anda bayangkan yang anda mahu berkahwin setiap hari ? 
Pasti anda akan mendapat semangat untuk menjaga pemakanan anda. Baju pengantin bukan sekadar yang anda sarungkan pada hari bahagia anda sahaja. ANDAIKAN semua busana yang ada di dalam almari sebagai baju pengantin. Begitu juga anda bukan setakat mahu berseri pada hari bahagia, tetapi cantik berseri sepanjang masa.
Sebab, selepas berkahwin makin bertambah tanggungjawab. Bukan lagi sebagai pekerja yang menyumbang tenaga untuik memajukan organisasi, tetapi seorang isteri dan ibu. Kalau semua usaha anda untuk tampil sihat dan menarik terhenti selepas berkahwin, cuba anda fikir, anda sibuk menjaga orang disekeliling anda, tetapi siapa mahu jaga anda, jika tidak kita sendiri!

Saya untuk dihubungi 012-6816979 
Email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my


Wednesday, December 14, 2011

Pulihkan Diri Selepas Pembedahan 'C-Section'

Bersalin samada normal atau melalui kaedah C-Section tetap punya persamaan dan memerlukan penjagaan rapi. Salah satu persamaan kesan daripada proses kedua kelahiran itu adalah sembelit. Bagi mereka yang menjalani proses bersalin melalui C-section sembelit terjadi akibat proses pembedahan itu telah mengganggu laluan makn ke usus buat sementara waktu. Kesannya penghasilan gas akan dirembeskan secara berlebihan dan ini akan mengakibatkan sembelit.
Bagi yang bersalin normal sembelit terjadi akibat kekurangan minum air, kerana proses berpantang itu adalah permulaan penyusuan bayi selain pengeluaran darah nifas yang memerlukan banyak air.Untuk itu beberapa amalan aktiviti dan pemakanan dibawah dapat membantu melalui pengalaman dan pembacaan saya.

  • Banyakkan berjalan walaupun sekadar disekeliling rumah. Aktiviti ini dapat menyelesakan usus agar proses penghadaman dapat berjalan dengan lancar.
  • Makanan makanan berserat seperti bijirin, mil penuh, sayur dan buah-buahan
  • Minum air secukupnya. Formular 1litter air untuk 25kg berat badan anda
  • Boleh amalkan sebiji kurma pagi dan sebiji lagi waktu petang
  • Minum jus prun sewaktu perut kosong diikuti beberapa gelas air suam
  • Dapatkan Ostematrik dari Shaklee kerana salah satu fungsinya membantu penghadaman.



Selain itu beberapa suplemen yang anda ambil ketika hamil perlu diteruskan bagi mempercepatkan proses pemulihan bagi memberikan keselesaan untuk anda menyusukan bayi. Antara vitamin yang di syorkan adalah :
  • Vitalea/multivitamin -kerana didalamnya dilengkapi iron yang membantu mengatasi masalah kekurangan darah 
  • Vitamin C - mempercepatkan proses pemulihan luka
  • Protein - Mempercepatkan proses memulihan luka selain ia juga membantu tubuh memulihkan 'dirinya' sendiri dari dalam.
Beberapa suplemen juga diperlukan, walaubagaimanapun vitamin di bawah ini tidak boleh di ambil ketika hamil.
  • Vitamin E - Untuk mencantikkan kesan parut pembedahan. Ia juga dapat membantu ibu yang menghadapi blocked duct atau bengkak susu pengambilan vitamin E dapat membantu.
  • Zink - juga berperanan mempercepatkan penyembuhan luka.
Suplemen ini sebenarnya bukan hanya dikhaskan untuk ibu hamil atau ibu berpantang sahaja, ia juga sesuai di ambil untuk mereka yang belum menjadi ibu atau isteri lagi. Sesuai juga untuk mereka yang bergelar suami atau belum bergelar suami.

Saya untuk dihubungi : 012-6816979
Email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...