Sunday, October 30, 2011

Sebab apa Popeye sukakan bayam ?!

Sejak di zaman persekolahan kita sudah di ajar oleh cikgu kita tentang dari mana kita perlu perolehi untuk dapatkan zat besi atau iron. Anara sumber makanan yang banyak kandungan zat besi adalah roti berserat tinggi, daging, tiram, tauhu, kekacang dan tiram. Oh ye ! Satu lagi makanan yang menjadi 'booster' Popeye bagi menentang kejahatan Bluto iaitu - BAYAM. Tahu tak kita sebab apa Poyeye mengambil bayam ? Poyeye tahu bayam punya kandungan zat besi yang tinggi serta ia dapat meningkatkan tenaga serta menguatkan badan. Bukan setakat itu, ada banyak tentang zat besi atau iron yang perlu kita ketahui ; 
  • Zat besi memainkan peranan penting terutamanya dalam sistem biologi dan perjalanan oksigen dalam tubuh manusia oleh sebab itu ia digelar zat penyegar darah
  • Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia, meningkatkan risiko kanser dan hepatitis
  • Khasiat zat besi tidak akan rosak sekiranya dimasak bersama makanan masam mahupun sekiranya terkena matahari tetapi ia tetap akan berkurang sebanyak 20 peratus akibat proses memasak
  • Wanita lebih banyak memerlukan zat besi berbanding lelaki sebab wanita melalui proses menstrual dan hamil. Wanita hamil memerlukan lebih zat besi kerana ia perlu mengeluarkan sel darah merah untuk memastikan kesihatan bayi yang dikandung serta memastikan bayi yang dikandung serta memastikan fetus yang menyokong kedudukan bayi daam perut sentiasa dalam keadaan baik dan mempunyai oksigen yang mencukupi. Bagi wanita selepas bersalin pula memerlukan zat besi bagi mempercepatkan luka bersalin sembuh.
  • Zat besi merupakan salah satu daripada 6 nutrien yang didapati sering kurang dalam tubuh manusia.
  • Zat besi berperanan dalam proses pengeluaran dan pembebasan tenaga dalam badan.
  • Kafein menganggu proses penyerapan kandungan zat besi dalam badan. Jadi elak memakan makanan yang mempunyai zat besi bersama kafein. Contohnya teh mengandungi asid tonik yang menghalang penyerapan zat besi.
  • Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi, jadi makanlah buah-buahan segar, sayur-sayuran dan jus tetapi sumber besi terbanyak adalah dari haiwan iaitu 20 hingga 40 peratus berbanding dari tumbuhan iaitu 5 hingga 20 peratus.
  • Zat besi yang terkandung dalam kulit kentang lebih tinggi dari isinya.
  • Keperluan zat besi yang diperlukan leh kita tidak sama berdasarkan umur, jantina dan situasi, berikut adalah maklmat yang diperolehi dari RDA (Recommended Dietary Allowance)
          Bayi hingga setahun >> 15 mg
          Kanak-kanak  yang berumur bawah 4 thn >> 10 mg
          Kanak-kanak yang berumur atas 4 tahnun dan orang dewasa >> 18 mg
          Wanita hamil dan menyusukan memerlukan >>18mg


Bagi anda yang rasa kurang pengambilan iron boleh mendapatkan Vitalea atau multivitamin dari Shaklee yang dilengkapi dengan 19 nutrien iaitu 12 vitamin dan 7 mineral termasuk iron. Cukup sebiji Vitalea setiap hari bersamaan dengan 9 miligram iron.Cukupkah ? Bagi anda yang sihat ia adalah mencukupi. Bagi anda yang masih dalam proses berpantang selepas bersalin di sarankan ambil Vitalea sebanyak 2 biji sehari iaitu sebiji pagi dan sebiji malam untuk mempercepatkan proses pemulihan luka. Suplemen atau vitamin adalah untuk menampung kekurangan zat yang anda perolehi daripada makanan. Jadi, siapa kata makan vitamin kita tak perlu makan berkhasiat ?
Hubungi saya di talian 012-6816979 atau email saya di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Friday, October 28, 2011

Pertanyaan...

Jika anda punya pertanyaan boleh emailkan kepada saya di noorazrinnapalil@yahoo.com.my. Saya akan cuba jawab dalam tempoh 24 jam. Kadang-kadang bila kesibukan melanda memang memerlukan displin yang tinggi untuk melakukan banyak kerja dalam satu masa.

Tuesday, October 25, 2011

Shaklee Di Muar : Hilangkan Parut-Parut Di Kaki Dalam 90 hari?

Selalu kita memang cukup bimbang bila muka berjerawat dan berparut, tetapi macam kalau kaki kita berparut dek kerana bekas-bekas kudis pada zaman-zaman dulu ? Bagi anak-anak gadis mesti rasa malukan ? Ada bermacam-macam cara yang anda boleh cuba untuk menghilangkannya. Kat bawah ni saya senaraikan cara-cara tradisional yang saya temui hasil pencarian di 'google'.
  1. Gunakan biji asam jawa dengan menggoreng tanpa minyak selepas itu digores pada batu yang kasar, bila keluar serbuk titiskan air kemudian sapu di tempat yang berparut. Biarkan semalam sebelum dibasuh
  2. Tumbuk kayu manis, setelah menjadi serbuk titiskan air bersama bedak sejuk dan sapu di tempat yang berparut dan dibiarkan semalaman sebelum dibasuh.
  3. Ramas asam jawa bersama titisan air kemudian sapu ditempat berparut, biarkan kering atau semalaman kemudian baru di basuh.
  4. Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan bawah putih, kisar kering kemudian sampurkan beberapa titis air dan sapu ditempat berparut, biarkan seketika sehingga hampir kering, kemudian gosok perlahan-lahan seperti skrub kemudian barulah dicuci.
Ada cara yang lebih mudah untuk menyelesaikan parut-parut hodoh ni. Pertama kita perlu tahu bahawa sel-sel lama perlu disingkir dan  diganti dengan sel baru yang mencukupi baru parut-parut itu hilang. Bagi memastikan parut-parut itu hilang kena pastikan pengambilan protein yang berkualiti, contohnya sumber protein daripada Shaklee yang diberi nama Energining Soy protein (ESP).


Kebaikan ESP ini ialah :-
  • Energizing Soy Protein merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semula jadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.
  • Tumbuhan berprotein yang berkualiti tertinggi dengan kandungan 14 gram protein soya sihat dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot
  • Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
  • Membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolestrol normal

Shaklee Meal Shakes pula diperlukan untuk melengkapi keperluan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan kulit yang sihat. Meal Shakes ini adalah multivitamin yang mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dalam bentuk seperti susu dan berperisa vanila. Jika anda penggemar ais krim vanila, anda akan sukakan Meal Shakes. Keistimewaan Meal Shakes
  • Sesuai di ambil untuk kanak-kanak
  • Mempunyai Glimik Indeks yang rendah
  • Sesuai di ambil untuk ibu yang hamil atau menyusukan
  • Jika anda menghidap ekszema


Betul ke boleh hilangkan parut dalam 90 hari ? Betul, dengan syarat perlu di ambil secara konsisten mengikut sukatan yang tepat selain bertawakal dengan Allah.


Mahu maklumat lanjut? Hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my.

Monday, October 24, 2011

Promo Eu- Four Pack Bermula Hari ini.

Set Eu Four Pack ini terdiri daripada :-
  • Vitamin B
  • Vitamin C
  • Vitalea/multivitamin
  • Kalsium/Ostematrix
Mahu maklumat lanjut boleh emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my. Walaubagaimanapun promosi ini hanya sah dari 24 Oktober hingga 30 Oktober sahaja.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, bagaimana tercetusnya idea untuk jadikan vitamin ini dalam 1 set yang diberi nama Eu- Four Pack ? Kat bawah jawapannya.

Memberi pilihan kepada ibu yang menyusukan bayi selain alfalfa
Menurut kajian yang dijalankan oleh N mendapati, tidak semua ibu yang menyusukan bayi sesuai mengambilnya, kerana terdapat sebahagian bayi yang cirit birit selepas ibu mereka mengambil alfalfa. Berikut adalah kesimpulan hasil kajian beliau.
"Mengapa alfalfa dikatakan milk booster sebenarnya?Ini kerana alfalfa mengandungi sumber protien dan kalsium serta galian lain yang diperlukan oleh tubuh si ibu untuk menghasilkan susuibu. Namun kandungan protien dan kalsium yang terdapat di dalam alfalfa adalah pada takat minima sedangkan ibu yang menyusu memerlukan protien dan kalsium yang lebih memandangkan ia diperlukan oleh tubuh ibu sendiri untuk membina darah dan memastikan ketumpatan tulang disamping keperluan penghasilan susuibu demi perkembangan dan pembesaran anak yang dikandung ataupun disusukan.Namun tidak dinafikan, pengambilan Alfalfa adalah tidak digalakkan untuk diteruskan oleh ibu menyusu sekiranya ia memberi mudarat pada bayi terutama apabila mendapati bayi cirit birit serta ibu mempunyai masalah tidak lawas membuang air besar. Maka option lain bagi ibu yang tidak mengambil alfalfa adalah pengambilan kalsium yang mencukupi disamping pemakanan  harian diet yang kaya dengan protien."

 

Menjadikan vitamin ini fleksibel
Bermakna sesuai untuk semua orang dewasa, contohnya untuk suami isteri, ibu bapa atau sebagai hadiah kepada kenalan rapat anda.



Anda berminat hubungi saya di talian 012-6816979 atau email saja di noorazrinnapalil@yahoo.com.my untuk maklumat lanjut.

Wednesday, October 19, 2011

Hello remaja! Anda adalah masalah kulit dan rambut ?

Kita selalu bimbang tentang jerawat kat wajah berbanding masalah kat kulit kepala kita. Adakah sihat atau bermasalah seperti rambut yang semakin menipis, bercabang atau berkelemumur ? Tahu tak anda, masalah rambut berpunca dari kekurangan suatu dari makanan kita? Lagi satu soal kebersihan jangan dilupa. Nasihat yang biasa anda dengar, cuci rambut, basuh sarung bantal, cadar dan selimut dengan kerap.  Mari kita tengok apa yang rambut perlukan untuk kelihatan cantik dan sihat.

AIR
Rambut amat perlukan air, kerana 1/4 daripada berat setiap helaian rambut adalah air ! Jadi nak pastikan rambut sentiasa lembab, apa lagi minumlah banyak air! Air yang mencukupi membuatkan rambut lembut dan berkilau. Bagaimana nak minum air banyak ? Minum sedikit demi sedikit, jangan tunggu kehausan.

VITAMIN
Vitamin A - Bagus untuk kulit kepala. Sumber yang kita tahu adalah dari lobak. Jadi, lobak bukan saja untuk mata, tetapi untuk KULIT!
Suplemen : Carotomax

Vitamin B dan C - Ia penting untuk melancarkan peredaran darah, pertumbuhan rambut dan warna kulit. Kekurangan vitamin B akan buatkan rambut kering dan pecah-pecah.
Sumber makanan adalah sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin, telur, susu dan roti.
Suplemen : Vitamin B dan C 

PROTEIN
Protein akan buat helaian rambut menjadi kuat, pengambilan yang berterusan membantu masalah rambut bercabang
Sumber makanan adalah ikan, daging, susu, keju dan telur.
Suplemen : Energizing Soy Protein (ESP)

MINERAL
Zat besi akan membawa oksigen ke rambut. Kekurangan zat besi akan mengakibatkan rambut dan folikelnya kekurangan oksigen, ini bermakna akar rambut tidak dapat menyalurkan nutrisinya ke helaian rambut secara efektif.
Sumber makanan adalah daging merah dan sayuran hijau
Suplemen : Vitalea-multivitamin yang lengkap dengan zat besi

Zink pula mampu merangsang protein rambut yang berfungsi mencegah terjadinya kerosakan rambut
Sumber makanan adalah daging dan makanan laut.
Suplemen : Zink

Kalau anda nak tahu, gabungan kesemua di atas juga adalah untuk mendapatkan kulit wajah yang sihat dan jauh dari jerawat! Apatah lagi jika di tambah dengan pengambilan Vitamin E Shaklee

Hubungi saya untuk makumat lanjut di noorazrinnapalil@yahoo.com.my atau 012-6816979.

Tuesday, October 18, 2011

Benarkah Terapi Warna Membantu Pengeluaran Susuibu?

Petang ni saya tertarik nak kongsi apa yang saya baca dalam Majalah Rapi keluaran 15 Oktober 2011 mengenai Warna Sebagai Terapi. Pada pendapat saya warna yang kita kenakan sebagai pakaian atau perhiasan rumah mampu memberi keceriaan dan kebahagiaan kepada kita.

Lagi satu ada satu yang saya rasa baru tahu, iaitu bagaimana warna mampu meningkatkan pengeluaran susuibu. Jadi para ibu yang menyusukan bayi, selain mengamalkan 3 cara wajib dalam penyusuan yang terdiri dari pengepaman yang berkala secara konsisten, minum air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari dan berdoa kepada Allah, dapatkan suplemen Shaklee yang bermutu tinggi apa kata anda tambah satu lagi, iaitu banyakan menggunakan warna berkenaan dalam kehidupan seharian. Warna apa tu ? Anda cari sendiri kat senarai warna di bawah.

MERAH
  • Membantu meningkatkan tenaga dan rangsangan. Ia juga dikatakan mampu kurangkan rasa sakit dan radang

OREN
  • Merangsang semangat dan ketenangan
  • Mengatasi masalah berkaitan pencernaan contohnya kejang perut atau akibat menstrual.
  • Untuk ibu yang menyusukan anak warna oren dipercayai boleh merangsang kilang susu dan menambah pengeluaran susu

KUNING
  • Sebagai terapi
  • Membantu menyihatkan sistem pencernaan dan saraf
  • Menaikkan selera makan

HIJAU
  • Dikatakan mampu membantu keseimbangan keseluruhan tubuh.
  • Perangsang otak dan juga berfungsi untuk mendapatkan kesan yang menenangkan

BIRU
  • Merangsang kecergasan
  • Membantu meningkatkan tahap komunikasi kepada lebih baik

INDIGO - benarkah ini warna indigo
  • Menenangkan
  • Sesuai cat kat bilik tidur sebab ia membantu tidur lebih nyenyak

VIOLET -begitu juga ini, saya kurang pasti. Benarkah ini warna violet!?
  • Membantu menceriakan
  • Dikatakan mampu merangsang ketenangan dan relaksasi
Sila hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email pertanyaan anda di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Bila Barack Obama Pun Ambil Shaklee

Selama ni saya cuma tahu mantan Perdana Menteri kita Tun Dr. Mahathir Mohamad saja yang amalkan Shaklee, hari ni baru saya tahu yang Obama juga pengguna Shaklee.


Hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my untuk pertanyaan

Monday, October 17, 2011

Sukar Bangun tidur, Sakit Tulang Belakang dan Sebab Kurang Kalsium

Hari Isnin selalu digelar Monday Blues. Sebab bermulanya minggu untuk bekerja. Nak bangun pun rasa tak semangat. Apa kata kita ceriakan hari Isnin itu, contohnya dengan memakai baju baru ke, haruman baru ke, atau apa-apa saja yang buat kita kembali bersemangat walau benda tu kecil sahaja.

Bagi yang mahu mencuba pemakanan tambahan untuk mengembalikan tenaga agar mudah bangun pada waktu pagi saya syorkan anda memiliki B complex dan kalsium dari Shaklee yang diberi nama Ostematrix. Cuba anda baca testimoni pengguna Ostematrix yang hamil dari Brunei. Kredit untuk N.

" smlm me mkn ostematrix,nyaman tdur smp ke pagi
even my hubby pun mkn smlm, dia pun ckp tdur dia nyaman smlm n bngun pagi rasa bertenaga
yupz hehehe
smlm tu me sakit pinggangafter me mkn oste this morning pinggang dah tak sakit la"




Mungkin anda mengatakan anda mengambil banyak sumber kalsium, tetapi anda sebenarnya memerlukan 8 gelas susu sehari untuk mencukupkan keperluan, sebab tak semua dari sumber kalsium itu 'berjaya diserap oleh badan'. Tapi kalau anda berjaya minum 8 gelas sehari, anda tak perlukan Ostematrix. Kat bawah ni saya senaraikan sebab-sebab mengapa kalsium kurang diserap oleh badan :-

Kurang vitamin D
Vitamin D membantu tubuh mengolah kalsium. Sumber terbaik ialah matahari. sumber makanan salmon, tuna, makarel, sardin, kuning telur, produk susu. Jumlah vitamin D yg diperlukan adalah 400 hingga 800 IU sehari

Kurang makan buah-buahan dan sayuran berwarna
Mengikut kajian mereka yang banyak makan sayur dan buah-buahan berwarna ini mampu mempertahankan lebih banyak kalsium dalam tubuh

Ambil alkohol, berkafein dan berkarbonat
Ia mengganggu penyerapan kalsium

Garam berlebihan 
Boleh sebabkan kehilangan kalsium

Pengambil makanan berlemak yang berlebihan
Kurangkan kalsium dari diserap oleh tubuh seterusnya menyebabkan kalsium dibuang melalui urin

Tidak aktif bersenam dan Stress
Mendorong kehilangan kalsium serta tingkatkan pembuangan melalui urin

Vitamin B pula bertindak dalam proses metabolisme iaitu menukarkan lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga yang akan menjadikan kita lebih bertenaga dan tidak lesu. Selain itu kandungan B5 dan biotin nya membantu melawat stress dan kemurangan, B2 (riboflavin) dan B12 (Cyanocobalamin) adalah untuk kekuatan otak dan tingkatkan konsentrasi dan ingatan.

Telefon : 012-6816979
Email noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Saturday, October 15, 2011

Vitamin Untuk Bakal Pengantin

Sedia maklum penghujung November hingga akhir bulan Disember adalah waktu yang di pilih oleh kebanyakan bakal pengantin kat negara kita ini. Memang macam-macam persiapan yang kena fikir dan kena buat. Bagi bakal pengantin yang berkemampuan pasti pusat kecantiukan dan spa menjadi pilihan untuk merehatkan diri dan memanjakan diri. Bagi yang tkurang berkemampuan jadikan vitamin sebagai amalan bagi menjadikan diri sihat dan berseri dari dalam.

Vitamin Shaklee adalah terbaik untuk semua tanpa ada batas untuk sesiapa, tapi saya suka khususkan vitamin di bawah khas untuk anda yang bakal melngsungkan perkahwinan. Set ini sesuai di ambil untuk pengantin lelaki dan perempuan kerana bakal pengantin hari ini tak kira lelaki atau perempuan mahu kelihatan cantik, tampan dan berseri. Vitamin yang saya maksudkan adalah :-

Vitamin C - kerana ia baik untuk kulit selain bertindak sebagai kologen yang penting untuk menyambung struktur otot, tisu, tulang dan cartilage (bahan yang menyelaputi sendi dalam badan). Baik untuk mereka yang sering selsema, juga untuk perokok dan mereka yang berada bersama mereka yang merokok.

Vitamin B - "B" untuk beautiful sebab ia menjaga kecantikan kulit dari dalam. Kandungan B5 bertindak sebagai vitamin anti-stress. Biotin pula bertindak untuk kurangkan depression. Selain itu vitamin B membantu proses metabolisma dengan menukarkan gula, karbohidrat, protein dan lemak menjadi tenaga, kesannya ia membantu mengatasi keletihan

Vitamin E - Ia untuk mencantikkan kulit, melembabkan kulit selain ia juga dikenali 'vitamin cinta'
Alfalfa - (tetapi pastikan anda tidak menghidap SLE ye!) Ia bagus untuk membuang toksik dalam badan kerana ia mengandungi fiber selain ia juga adalah komponen dalam set 'vitamin cinta'
GLA - Bagi wanita yang mengahadapi kitaran haid yang tidak tetap dan senggugut inilah jawapannya. Bagi lelaki ia membantu menjaga jantung anda untuk tempoh yang lama. Yang pnting GLA membantu menjadikan wajah yang kusam itu berseri.


Saya boleh dihubungi di talian 012-681979 atau email noorazrinnapalil@yahoo.com.my


Friday, October 14, 2011

Vitamin E Punca Kanser Prostat

Saya mengamalkan vitamin E sejak 3 tahun lepas selain GLA atas tujuan kecantikan kulit dan 'cuba lari dari sejarah keluarga yang mempunyai penyakit jantung'.
Bila di war-warkan tentang tajuk di atas, tidak saya nafikan kebenarannya, kerana terdapat pelbagai jenis vitamin E dalam pasaran. Kita sebagai pengguna berhak untuk tahu apa yang kita makan, jika anda mengambil vitamin E bukan dari Shaklee, sila semak pada label vitamin E anda berdasarkan maklumat di bawah hasil kajian dan tulisan Dr Bruce Miller.

Adakah vitamin E anda semulajadi ?
Vitamin semulajadi akan menggunakan huruf "d" yang kecil menunjukan ia dari sumber semulajadi (d-alfa-tocoferol). Manakal huruf "I" atau "dl" yang kecil biasanya menunjukan sumber tiruan atau sumber kimia (l-alfa-tokoferol atau dl-alfa-tokoferol. Kacang soya merupakan sumber vitamin E terbaik

Ada tak perkataan 'mixed tocopherol" atau "mixed tocopherol concentrate" dalam label ?
Jika ada ia bermakna campuran baik antara alfa-tokoferol dengan lain-lain tokoferol yang wujud dalam alam semulajadi

Ada tak vitamin E anda disertakan dengan selenium ?
Mengapa perlu ada selenium ? Sebab vitamin E dengan selenium adalah bersifat sinergistik iaitu ia sebagai pelengkap bagi menyempurnakan aktiviti vitamin E. Selain itu vitamin E tanpa selenium akan menyebabkan toksik pada jangka masa panjang.
 
Walaupun mungkin vitamin E Shaklee agak mahal berbanding yang berada di pasaran, tetapi anda tidak perlu memikirkan risiko yang perlu anda tanggung pada kemudian hari kerana vitamin E Shaklee adalah berasaskan sumber semulajadi dan telah siap sedia dengan selenium.

Hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Wednesday, October 12, 2011

Vitamin Untuk Semua...

Mungkin ada pembaca blog saya yang ingin mencuba vitamin tapi tak biasa untuk menelan dalam bentuk pil atau kapsul, saya ingin mencadangkan anda mengambil Meal Shakes.
Meal Shakes ini umpama multivitamin berasaskan kepada kandungannya yang terdiri 19 vitamin dan mineral, kaya dengan kalsium dan protein. Ia juga mengandungi 240 kalori dalam setiap sajian yang disarankan apabila dicampur dengan susu rendah lemak. Ia juga merupakan makanan segera yang rendah lemak, rendah-glycemic maknanya ia buatkan kita tidak mudah lapar, beri tenaga secara berterusan selain mengandungi fiber. 




Pada saya rasanya enak sebab rasa vanila. Boleh campur dengan susu atau apa sahaja minuman kegemaran kita kecuali teh dan kopi ye! Bancuh dengan air sejuk atau suam. Elakkan dari menggunakan air panas sebab ia akan menyebabkan kandungan protein di dalammya mati.

Sesuai untuk kanak-kanak yang berusia satu setengah tahun hingga dewasa. Cuma sukatanya adalah berbeza di antara kanak-kanak dan orang dewasa. Sesuai juga di ambil untuk kanak-kanak atau ibu yang masih menyusukan bayi yang menghadapi masalah eszema.

Sila hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my untuk maklumat  lanjut

Tuesday, October 11, 2011

Kesan Sampingan Breastfeeding Set Shaklee

Seperti yang kita tahu susu ibu telah cukup segala nutrien yang diperlukan oleh bayi, dan set ini berfungsi untuk membantu ibu yang menyusukan bayi berada dalam keadaan yang lebih sihat dan bertenaga kerana fungsinya untuk menambahkan keperluan vitamin dan mineral yang berkurangan dalam tubuh si ibu, tetapi kesan sampingan 'akibat' mendapat vitamin yang mencukupi juga menjadikan ibu bertambah jelita. Tak percaya mari baca testimoni kat bawah ni. Terima kasih untuk http://waniezam.blogspot.com/

Tapi antara perkara yang perlu diberi perhatian oleh si ibu jika mahukan kesan sampingan 10 dalam 1 ini iaitu kena minum air masak mengikut berat badan si ibu, iaitu 1 liter air untuk 25kg berat badan kita. Selain itu mengambil vitamin bukan bereti melupakan makanan berkhasiat ye!

Hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Sunday, October 9, 2011

Pentingnya Kalsium Untuk Kecantikan Wajah

Ketika di sekolah dulu cikgu saya dan anda mesti ada beritahu bahawa kalsium penting untuk tulang dan gigi kan? bila dewasa dan mengenali Shaklee baru saya tahu banyak lagi kepentingan kalsium ni. Salah satunya untuk kecantikan jangka panjang. 

Anda teruja nak tahu ? Baiklah saya kongsi tentangnya dari sumber bacaan saya. 

Wajah kita mempunyai beberapa otot, antaranya kumpulan otot pipi digelar meseter fungsi untuk mengunyah, otot bersiul dan meniup pula dinamakan buccinators. Otot dibahagian dagu dinamakan mentalis. Bagi membolehkan otot muka bekerja dengan baik beberapa perkara penting seperti kalsium kena cukup. Sebab kesan kekurangan kalsium ini dapat dilihat pada usia meningkat melebihi 40-an, apabila wajah kita tidak simetri iaitu senget sebelah.

Kalsium juga membantu mengembalikan kulit yang kusam, letih dan bernoda kerana ia berfungsi untuk menggantikan sel yang dirangsang oleh enzim protein kinase C sehingga kulit menjadi lebih lembut dan segar. kadar kalsium yang tinggi dalam jaringan epidermis berfungsi sebagai lapisan antioksida dari radikal bebas, seperti yang kita tahu antioksida sangat penting untuk awet muda serta mencegah kerosakan DNA yang dapat mempengaruhi tekstur kulit.

Kalsium juga berperanan untuk meminimakan kerosakan kologen, jadi disarankan anda yang memiliki kulit kering mencuba suplemen kalsium kerana ia sangat efektif untuk mengurangkan kekeringan kulit dan menjaganya agar tetap terhidrasi.

Tapi yang paling saya suka dengan kalsium ini ialah memudahkan untuk bangun pagi, sebab biasanya kita rasa letih dan malas bila nak bangun pagi, nak-nak hari Isnin. Maklumlah Monday Blues!

Ada seorang teman menyatakan pada saya mula-mula macam tak percaya bila saya katakan padanya kalsium bagus untuk mereka yang sembelit, tapi bila mencubanya dia benar-benar rasa keberkesanannya bahawa kalsium adalah penyelesaian masalah sembelit.

Hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my



Thursday, October 6, 2011

SET BASIC KECANTIKAN SHAKLEE - siapa tak mahu cantik kan?

Bila dah nama perempuan, wanita atau gadis pasti sinonim dengan kecantikan. Siapa tak mahu kulit yang licin dan bebas dari jerawat dan jeragat.
Secara peribadi ketika melewati usia remaja saya juga menghadapi masalah jerawat, terutama ketika belajar di kampus. Sampai tak ada ruang yang bersih dari jerawat. Bila tamat belajar jerawat semakin kurang, tetapi bekasnya sampai sekarang masih ada lagi kalau diperhatikan dari dekat. Tapi bila berada hampir pertengahan 30-an ini, saya bimbangkan jeragat pula. Kan? tak terlepas persoalan dari satu ke satu persoalan.

Di Shaklee ada sediakan set Skin Care tapi saya suka anggap ia sebagai basic terutama bagi mereka yang menghadapi masalah kulit muka dan tercari-cari suplemen yang dapat membantu ingin mencuba. Memanglah penjagaan luaran juga penting seperi pencuci, penyegar, pelembab dan pelindung UV. Selalukan kita dengar 'kecantikan bermula dari dalam' ? Nampak klise. Tapi pada hakikatnya kesihatan kulit dari dalam akan menyerlah keluar. 

Salah satu produk yang popular dan sinonim dengan kecantikan kulit yang ada dalam Skin Care Shaklee adalah Vitamin E. Rata-rata orang tahu Vitamin E untuk cantik. Apabila kita amalkan secara konsisten ia akan merapatkan pori-pori yang terbuka,hilangkan jeragat, serikan wajah, kurangkan pigmentasi ketika hamil, hilangkan jerawat dan parut.

Penggunaan yang konsisten juga akan buat kita awet muda sebab vitamin E adalah agen antioksida.Secara semulajadi manusia akan mengalami penuaan seiring dengan peningkatan usia akibat radikal bebas, tetapi ia dilambatkan oleh agen antioksida iaitu vitamin E. Oleh kerana itu kerosakan jaringan yang disebabkan radikal bebas akan berlaku secara perlahan-lahan - kesannya itu yang dikatakan awet muda! 

Dari segi kesihatan pula, antara manfaat Vitamin E ini ia membantu melindungi jantung, paru-paru dari pencemaran udara, rendahkan kolestrol dan meningkatkan kuasa sel-T untuk melawan penyakit.


Berapa hari ia akan mula berkesan? Terpulang bagaimana anda mengamalkan dari segi konsisten dan pengambilan air putih sebagai minuman. Kebiasaannya mereka yang menghadapi masalah jerawat yang serius akan beransur pulih apabila mengamalkannya selama 21 hari. 

Saya boleh dihubungi di noorazrinnapalil@yahoo.com.my atau 012-6816979

Nikmati Kebaikan Vitamin Dengan Berilmu

Bagi ibu atau bakal ibu yang baru pertama kali sampai ke blog saya mungkin tertanya-tanya apakah vitamin yang sesuai untuk mereka, walaubagiamanapun vitamin bukan sesuatu yang dapat menambahkan susuibu, tetapi ia berfungsi sebagai pemangkin untuk ibu lebih bertenaga dan seterusnya membantu misi penyusuan ibu hingga 2 tahun. Selain itu ingin saya tekankan kepada 3 aspek utama yang perlu untuk menjayakan misi ini.
  1. Pengepaman yang berjadual - 3 jam sekali. Saya juga sarankan untuk pengepam pada masa yang sama atau hampir sama. Contohnya mengepam pada pukul 9.30pagi hingga pukul 10.00.
  2. Minum air secukupnya untuk keperluan tubuh. Bagaimana mahu memastikan tubuh mendapat air yang secukupnya, kita perlu minum air mengikut berat badan kita, iaitu 1liter air untuk 25kg berat kita.
  3. Berdoa dan bertawakal kepada Pencipta Alam. Bagi yang beragama Islam amalkan membaca Ya-Matin ketika mengepam, banyakkan membaca Surah Al-Waqiah. Bagi yang bukan beragama Islam pula, pasti anda ada cara untuk memohon yang di ajar oleh agama anda.
Saya harap panduan kat bawah ini dapat membantu ibu untuk membuat penilaian :-




Mengambil makanan tambahan beserta ilmu mendatangkan keuntungan dan manfaat bukan buat si ibu saja, tetapi kelurga juga! Tak perlu berlebih-lebih dalam pengambilan vitamin ini, apa yang penting konsisten dalam pengambilan, sebab itu pentingnya ilmu!

Sekiranya anda berminat untuk tahu lebih lanjutboleh emailkan kepada saya di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
atau hubungi saya di 012-6816979

Tuesday, October 4, 2011

Kalsium Bukan Untuk Tulang Sahaja!

Pernah tak antara kita yang menghadapi masalah sakit tumit hingga terpaksa berjengkit-jengkit apabila berjalan, terutama apabila bangun dari tidur? Secara peribadi saya juga pernah menghadapi masalah ini selepas melahirkan beberapa tahun yang sudah. Tahukah anda itu adalah petanda awal bahawa tubuh anda menghadapi kekurangan kalsium ?

Ada beberapa tanda lagi, yang memerlukan kalsium sebagai makanan tambahan walaupun anda mengatakan anda minum susu setiap hari. Cuba periksa sekiranya tanda-tanda kat bawah ini menghantui anda.
  • Sering keletihan - hingga menyebabkan kita tidak bersemangat untuk bekerja
  • Sering mengalami sakit belakang - hingga nak bongkokkan badan untuk mencapai ibu jari pun sesuatu yang menyeksakan
  • Anggota badan sering cramp - terutama apabila duduk terlalu lama 
  • Sakit bahagian leher dan tengkuk - terutama apabila bangun dari tidur
  • Tumit kaki pecah dan kasar -Selain tu kita kena pakai selipar apabila berada kat tempat yang bersimen ye! Bagi saya sendiri saya alah dengan tempat bersimen
  • Susah bangun tidur - Terutama apabila tidur lewat dan perlu bangun awal untuk bekerja
  • Migrain - Masa ni rasa urat-urat kat sekitar bahu tegang
  • Sakit gigi - Ni semua orang tahu kan?
  • Ibu yang menyusukan bayi secara ekslusif - Bayi lambat tumbuh gigi
  • Ibu menghadapi kemeruduman susu pada waktu PMS
  • Sembelit hingga mengakibatkan buasir - Kandungan magnesium dalam kalsium membantu proses menghadaman
Jika anda ada tanda-tanda di atas, cuba amalkan kalsium Shaklee yang diberi nama Ostematrix satu rumusan formula baru yang dulu di kenali sebagai Kalsium Magnesium.

Kalsium yang mencukupi membantu memastikan tekanan darah berada dalam tahap normal. Selain itu kelancaran saraf dan pengecutan otot akan menjadi lebih baik. Kesannya kita tidak mudah senggugut, kejang dan mudah murung.


Jika rasa ragu-ragu untuk melabur sedikit dari pendapatan anda demi kesihatan anda, cuba anda bayangkan jika anda ditemukan kesakitan, Berapa banyak agaknya yang perlu anda habiskan demi kesakitan itu ? Saya boleh dihubungi di noorazrinnaplil@yahoo.com.my atau telefon di 012-6816979

Sunday, October 2, 2011

Asid Folik Bukan Sekadar Untuk Ibu Hamil

Kita biasa dengar perkataan asid folik sinonim dengan ibu hamil. Tahukah kita semua orang memerlukan asid folik ? Ini kerana fungsi utama asid folik adalah untuk menghasilkan sel baru, terutama sel darah merah. Manakala sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah untuk membekalkan oksigen akan mengakibatkan kita berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas

Selain dari kesan kekurangan asid folik di atas ia boleh menyebabkan kita kurang daya tumpuan, cepat marah, kerap pening atau migrain dan jantung sering berdebar.


Jika anda ingin mendapatkan vitamin b complex pastikan ia mengandungi asid folik dan biotin, apa fungsi biotin ? Nanti saya bincangkan pada entry akan datang ye! 
Vitamin B complex Shaklee antara vitamin yang lengkap dengan asid folik dan biotin. Selain itu vitamin B complex dari Shaklee mempunyai 6 lagi keluarga vitamin B yang penting iaitu B1, B2, B6, B12, niasin dan pantothenic.

Keistimewaan itu vitamin B complex Shaklee ia mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif kerana     asid folik tambahan dan vitamin B penting tidak mudah diserap.  Oleh itu, Shaklee berjaya menghasilkan kandungan asid folik yang unik serta boleh membuatkan zat makanan lebih mudah diserap dan teknologi berpaten ini eksklusif untuk Shaklee.



Untuk pertanyaan, hubungi saya di talian noorazrinnapalil@yahoo.com.my atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my














Saturday, October 1, 2011

Gula Untuk Kecantikan Kulit

Kita selalu di momokkan bahawa gula dengan penyakit diabetis. tahukah anda bahawa gula bermanfaat untuk kecantikan kulit kita? Biar betul ! Betul.... Saya tak tipu. 

Caranya dengan menjadikan gula sebagai scrub badan dan muka sebab gula mengandungi zat-zat pelembut yang berkhasiat untuk membantu menghilangkan sel-sel kulit mati. Malah beberapa spa di dunia menggunakan gula sebagai bahan unuk mencantikkan kulit. Caranya dengan basahkan muka atau badan dahulu kemudian gosok dengan gula perlahan-lahan. biarkan seketika supaya 'aura manis' gula menyerap dalam kulit dan hasilkan muka yang manis.( Bab 'aura manis' ni petua orang lama, terpulang pada anda nak percaya atau tidak)

Tetapi jangan jadikan gula sebagai bahan yang perlu ada dalam makanan kita, kerana ia tidak mengandungi sebarang khasiat, vitamin mahupun mineral. Ini kerana semua gizi gula telah terurai sewaktu proses pembuatannya. Jumalah kalori gula sekitar 394kalori dalam setiap 100 gram gula. Malahan untuk mengurai gula agar ia menjadi tenaga bagi satu tin minuman gas memerlukan 5 biji vitamin B complex (itu untuk air gas saja, belum lagi makanan lain yang berasaskan karbohidrat yang boleh bertukar menjadi gula tau!)

Jadi, mari kita jadikan gula sebagai salah satu bahan regim kecantikan tapi bukan dalam makanan kita!

Hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...