Thursday, September 29, 2011

Zat Besi Penyegar Darah

Bila kita tengok kawan kita yang sedang mengandung berwajah pucat mesti gatal nak bertanya,
"Ko ni kurang zat besikah?
Sebab wanita dan zat besi memang tak boleh dipisahkan sebab kebanyakan wanita mempunyai tahap simpanan zat besi yang rendah dan kurang pengambilan zat besi.

Terdapat beberapa persoalan berkaitan dengan zat besi yang biasa kita dengar. Mari saya kongsi hasil pembacaan saya.

Sebab wajah kita pucat bila kurang zat besi ?
Ini kerana zat besi dapat menyegarkan darah kita dengan membantu pengedaran oksigen ke seluruh tubuh badan dan mempertingkatkan tahap kecergasan, imuniti dan kesihatan secara menyeluruh.

Mengapa ibu hasil perlu memastikan zat besi yang diperolehi mencukupi?
Kekurangan zat besi akan mengganggu perkembangan kognitif sedari bayi lagi, walaupun ia sukar dikesan tetapi ia adalah sesuatu yang amat serius.

Apa kesan kekurangan zat besi dalam hidup seseorang?
Di katakan ia akan menyebabkan pencapaian kerjaya menurun, gangguan pengawalaturan suhu badan dan perubahan pencapaian intelek.


Apa tunggu lagi? Jika anda mahu tahu lagi tentang Vita-lea yang diformulasikan dengan zat besi hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com

Wednesday, September 28, 2011

Rahsia Vita-lea Yang Patut Anda Tahu...

Vita-lea adalah multivitamin dari Shaklee yang telah 90 tahun berada dalam pasaran dan telah menjalani sebanyak 349 ujian yang melibatkan kualiti, keaslian dan keberkesanan setiap kali produk ini dikeluarkan.

Sebelum mengenali Shaklee saya anggap semua multivitamin adalah sama, tanpa melihatkan kandungan yang tertera di label botol. Melalui artikal yang ditulis oleh Donovan Baldwin mengenai perbandingan Vita-lea dengan multivitamin yang ada di pasaran ini saya rasa wajar untuk anda cuba sendiri kehebatan Vita-lea ini. Jika benar apa yang ditulis oleh Baldwin kitalah yang beruntung kan ?!

Meh tengok...

Beta Carotene Shaklee (2 kali lebih baik) kerana ia berbentuk 'release' iaitu bertukar menjadi vitamin A sekiranya badan memerlukan sebab sekiranya ia terus bertukar menjadi vitamin A ia akan menjadi toksik dalam badan. berfungsi untuk memperbaiki penglihatan, pembahagian dan membezakan sel. Ia juga berfungsi mengatur sistem imun dan melindungi sel dari rosak akibat radikal bebas. 

Vitamin C (2 kali lebih baik), ia bertindak sebagai antioksidan yang melindungi sistem imun kita

Vitamin E (2 kali lebih baik) - bertindak sebagai antioksidan istimewanya ia dari sumber vitamin E asli yang punya penyerapan dan penyimpanan vitamin E dengan lebih baik dalam tubuh berbanding sintetik. Ia membantu memberikan sokongan kepada kesihatan hati, prostate, paru-paru, kolon dan fungsi sistem imun.

Selenium  (3 kali lebih baik) ia berfungsi membantu melindungi hati, prostate, paru-paru, kolon dan fungsi sistem imun, ia juga berfungsi menghapuskan toksik dari logam pada tubuh.

Kalsium (3 kali lebih baik) - Seperti yang kita tahu baik untuk tulang dan elak dari osteoporosis. Kalsium juga membantu banyak aspek terhadap sistem saraf dan membantu tubuh menggunakan vitamin D.

Boron (6 kali lebih baik) - Menyelerasakan metabolisme vitamin dan mineral yang diperlukan dalam pembentukan tulang yang sihat

Magnesium (2 kali lebih baik) - Berfungsi untuk mengekalkan fungsi otot dan saraf, untuk memastikan gerakan jantung berada dalam keadaan baik, memberi sokongan kepada kesihatan sistem imun dan membantu memastikan tulang berada dalam keadaan kuat.

Vitamin K (3 kali lebih baik) - Adalah vitamin untuk hati dan ia juga adalah sumber penting dalam pembentukan tulang

Biotin (10 kali lebih baik) - Membantu tubuh menghasilkan tenaga daripada protein dan lemak.

Anda bagaimana? Mahu mencuba? Mahu tahu lagi kehebatan Vita-lea ni? Ia adalah salah satu vitamin yang membantu untuk buat kulit cantik. Nak tahu lebih lanjut ? Mari SMS saya di 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Tuesday, September 20, 2011

Tidak Berpeluh Tanda Anda Ada Penyakit.......

Kadang-kadang kita suka bila tak berpeluh kan? Iyela kalau dah berpeluh mestilah badan berbau. Nak tau tak kalau orang lain berpeluh tapi kita tak berpeluh, malah rasa sejuk, nyaman, segar, ada yang tak kena dengan kesihatan kita tu! Nak tau apa kemungkinan penyakit yang 'hinggap' pada kita kalau tak berpeluh.
  • Berkaitan dengan neurologi misalnya kecederaan kepala, angin ahmar, histeria dan sebagainya
  • Ada masalah pada kulit yang menghalang kelenjar peluh contohnya 'miliari'- apa itu miliari lain kali saya bincangkan
  • Kulit terbakar
  • Dehidrasi - kehilangan cairan tubuh yang berlebihan
  • Berlakunya trauma pada kelenjar peluh
  • Amalan beberapa jenis ubat atau ubat anti peluh
  • Kencing manis - di mana badan gagal untuk melakukan metabolisme
Jadi, jika anda antara yang susah berpeluh, awas ! Berjumpalah dengan doktor anda untuk mengesahkan kesihatan anda. Sesungguhnya mencegah lebih baik dari mengubati.

Mahu mencuba Shaklee? Hubungi saya di talian 012-6816979 atau email saja di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Wednesday, September 14, 2011

Mata lebih Awas

Bila ada yang bertanya vitamin apa yang saya makan, tapi jarang-jarang, sejujurnya jawapan saya adalah CarotoMax. Padahal tau vitamin ini penting untuk mata. Apa lagi saya 'bermata empat', punya masalah mata yang rasa kering lebih-lebih lagi tugas seharian yang mendampingi komputer dan kerap rasa macam tak awas bila memandu waktu malam. Itulah yang menjadi sebab saya mencuba Carotomax. Ramai yang mengatakan penggunaan Carotomax secara konsisten membantu menurunkan 'power cerminmata', tapi setakat hari ini saya menggunakannya tiada tanda-tanda 'power cerminmata' saya akan turun, tapi yang saya perasan tiada lagi mata kering dan lebih awas bila memandu pada waktu malam.

 

O ye! mesti ada yang tertanya-tanya apa perbezaan carotoMax dengan betacorina? CarotoMax bersifat pro-betacorina, bermakna ia hanya akan bertukar menjadi betacorina jika badan memerlukannya dan ia tidak sesuai diambil dalam bentuk betacorina sahaja macam Vitamin B, C dan sebagainya. Ia perlu dalam bentuk Pro-betacorina seperti Carotomax atau multivitamin bagi mengelak menghadapi masalah pada masa depan.
Selain untuk mata, itu ia juga membantu menguatkan sistem imun kerana Carotomax adalah salah satu sumber antioksida dari Shaklee yang berfungsi melindungi sel-sel ini daripada radikal bebas, ia bertindak dengan meningkatkan kesihatan sel secara menyeluruh dan menyediakan perlindungan untuk menentang kerosakan sel-sel, sebab setiap hari, sel-sel di dalam badan anda diserang oleh berjuta-juta radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan DNA. 



Selain itu ia membantu mengekalkan kesihatan badan secara umumnya dalam jangkamasa panjang serta jantung, kulit, paru-paru, prostat dan serviks secara khasnya.

Hubungi saya di talian 012-6816979 atau email ke noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Monday, September 12, 2011

Benarkah Vita-lea Tiada Pewarna ?

Apa anda rasa bila tengok warna Vita-lea ni ? Mungkin ada yang berfikir, berapa banyak bahan pewarna yang ada dalam Vita-lea ni?!


Tahukah anda yang coating Vita-lea ini berasal dari klorofil Spirulina ? 

Sebab tu nampak warnanya begitu 'mengancam', Spirulina ni banyak khasiatnya, klorofil Spirulina ini sahaja dapat membantu meningkatkan penyingkiran racun dan antipenuaan. Selain itu itu, Spirulina ini mudah di hadam dan diserap sebab dinding sel 'mukopolisakarida'nya yang lembut dan tidak mengandungi selulosa iaitu fiber atau serat. Jadi jangan takut akan warnanya ye!

Anda tak percaya, cuba genggam sebiji Vita-lea selama beberapa minit ! Tapi pada suhu bilik ye ! bukan tempat yang ada penghawa dingin ! Itu tak aci !

Mahu tahu lagi? Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Friday, September 9, 2011

Masker Dari Vitamin E.

"Sebenarnya saya nak share, ada sorang customer baru saya, siang tadi call utk membeli supplemen yg sesuai utk burn fat (Lecithin dan fiber).. disamping tu beliau turut bercerita tentang pupur susu yg beliau pelajari di tpt facial nya... (masker).. apa yang membuatkan masker susu tu so special.. dan buat awet muda+ kulit halus lembut.. rahsianya.. ditambah dgn 1biji vitamin E.. Pecahkan satu kapsul.. add on dlm resipi buat masker tu.. Ianya bahan yg mmg ada didapur rumah kita.. jadi semua orang boleh buat sendiri.." bestttt."  
Apa bahan-bahannya? 
 Campur 1 sudu vitamin E (dapatkan dari satu kapsul vitamin E) , tambah 2sudu kecik plain yogurt,1/2 sudu teh madu, + sedikit jus lemon.campur rata. Usapkan ke seluruh wajah dan biarkan meresap selamat 15 menit. Basuh muka dengan air hangat hingga benar-benar bersih.kredit 

Apa khasiat bahan-bahan ni pada kulit, meh saya share hasil pencarian di 'google',

Vitamin E
  • Melembabkan kulit
  • Mengecilkan pori-pori
  • Mengurangkan parut
  • Vitamin awet muda
Yogurt
  • Membantu membuang sel kulit mati untuk membantu kulit kelihatan lembab
  • Membuat wajah lebih bercahaya
Lemon
  • Ia dapat membantu membuang sel kulit mati yang membuatkan wajah kusam dan kasar dan meningglkan kelembapan pada kulit
  • Ia juga dapat membantu mengurangkan kedutan pada wajah
  • Mengandungi vitamin C yang mampu mencerahkan wajah
Madu
  • Madu buat wajah jadi tegang kerana madu dapat mempertahankan air dari lapisan kulit dari hidrasi
  • Madu mengandungi antiseptik yang mampu menyembuhkan iritasi dan jerawat
  • Madu punya kandungan vitamin dan mineral yang hebat antaranya B complex, potasium, amino dan mikronutrien

 Saya untuk dihubungi di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Thursday, September 8, 2011

Tun Mahathir Dan Shaklee ?

Siapa tak kenal dengan beliau, seorang negarawan yang menjadi pernah menjadi Perdana Menteri ke-4 selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003. Walaupun pernah menjalani beberapa siri pembedahan yang melibatkan jantung tapi beliau masih maintain dan aktif dengan pelbagai aktiviti antaranya menulis blog chedet.cc.blog. Lihat corak pemikiran beliau dalam blognya, sangat kritis. Apa agaknya rahsia beliau kekal cergas sehingga usia emas ?


Gambar dari Google

Tidak Menghisap Rokok dan Tidak minum Arak
"Pendek kata kalau kita amalkan cara hidup yang sihat, tidak merokok, terutama rokoklah dan arak, kita boleh sedikit sebanyak (mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik), yang lain semua (peyakit) kurniaan Tuhanlah.. kita tak tahu -Tun Mahathir Mohamed

Makan secara sederhana
Prinsip yang diamalkan adalah makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang, begitu juga ketika beliau melepaskan jawatan PM pada 2003, prinsip yang dipegang lepaskan jawatan ketika orang masih suka.

Makan Vitamin
Saya difahamkan beliau mengamalkan beberapa jenis vitamin sejak muda, namun dikatakan Tun mengambil sebiji multivitamin/Shaklee setiap pagi. Jika benar dakwaan itu bertuah kita sebab sekurang-kurangnya kita tahu salah satu rahsia beliau kekal cergas.

Tidur mencukupi
Setiap orang punya waktu tidur berbeza, contohnya kanak-kanak dan warga emas mempunyai jumlah waktu tidur yang berbeza, yang penting kualiti tidur itu.

Sentiasa Aktif
Beliau percaya sekiranya selepas bersara kita kekal cergas dengan pelbagai aktiviti ia akan buat kita rasa lebih sihat. Senaman yang dilakukan adalah angkat dumbel pada waktu pagi, menggunakan  treadmill dan berjalan.

Diubahsuai dan diolah dari alkiram dan sususejat

Apakata anda mulakan pagi anda dengan multivitamin/vita-lea Shaklee setiap pagi ? Pada yang tidak pernah makan vitamin patut cuba Vita-lea, anda pasti sukakannya. Saya untuk di hubungi sdi talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Wednesday, September 7, 2011

Panduan Ketika Menghadiri Majlis Rumah Terbuka

Semalam dalam Wanita Hari Ini membicarakan tentang Gemuk Selepas Raya (kalau saya tak silap). Tetamu jemputan adalah Kevin Azhari, Ieda Moin dan Juliza Adlizan . Saya sempat catat sikit panduan untuk kongsi bersama.
  • Makan dulu di rumah sebelum menghadiri rumah terbuka
  • Jika ada banyak rumah yang ingin dikunjungi, makan sedikit di setiap rumah
  • Jika dihidangkan minuman manis dan tiada pilihan air masak, cukup sekadar minum setengah cawan air manis
  • 1 hiris lemang bersamaan 80 kalori, cukup jika makan sehiris lemang dan makan rendang tanpa kuah.
  • Bagi penganjur rumah terbuka, kalau boleh hidangkan sekali buah dan salad sebab ia akan menyeimbangkan pengambilan makanan
Paling menarik, ada cara yang diberi untuk 'takutkan' kita. Ehek! pada sayalah!iaitu Cuba kira kalori. Begini, untuk mengurangkan 1kg berat badan, anda kena buang 7700 kalori - Emmm jadi kesimpulannya kena beragak-agaklah bila nk makan

Bagi yang mahu mencuba Lechitin adalah amat berbaloi untuk 'menghadapi' rumah terbuka di sana sini. Tetapi walaupun mengambil suplemen, langkah berjaga-jaga yang lain juga amat perlu, sebab namapun Hari Raya dan segala makanan dah dilonggokkan depan mata, siapa yang tahan kan !?


  • Membantu memecahkan lemak dalam salur darah.
  • Lecitihin sangat membantu dalam program pengurangan berat badan kerana sifatnya yang boleh memecahkan lemak.
  • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids)
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol
  • Membantu proses penghadaman kerana Lecitin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil 'bile' daripada kolesterol.
  • Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel
  • Fungsi utama lecitin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung


Serat/fiber diperlukan faktor majlis hari raya yang biasa dihidangkan minuman manis, berkarbohidrat, berlemak dan sedikit sayuran dan buah-buahan. Fiber juga memberi kita rasa kenyang lebih lama dan dapat mengurangkan rasa lapar yang membantu mengelakkan kecenderungan untuk makan berlebihan. Ia berfungsi dengan menyerap dan bawa keluar bahan-bahan tak berkenaan dari dalam tubuh.


Hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Tuesday, September 6, 2011

3 Sebab Multivitamin Popular

Masa saya sekolah dulu, selalu benar rasa mengantuk dalam kelas, cikgu selalu cakap dengan saya "Pergilah beli multivitamin kat farmasi".
Saya angguk!
Pada hakikatnya saya pun tak tahu apa itu multivitamin, maklumlah zaman 1990-an mana kenal internet apa lagi En Google kan ?!
******************************************************************************************
Secara umumnya multivitamin ini merupakan istilah kepada pemaknana tambahan yang mengandungi vitamin larut lemak yang terdiri daripada vitamin A, D, E dan K, vitamin larut air yang mengandungi B1,B2,B6,B12,C,Folic Asid, Niacin, Pabtothenic Acid, Biotin dan mengandungi mineral-mineral penting contohnya calcium, phosphorus, iron, iodin, magnesium, copper, zink dan pelbagai lagi.
Multivitamin keluaran Shaklee adalah Vita-lea, secara umum ia mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral dan yang penting ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet.

Kat bawah ni ada 3 sebab yang paling popular mengapa kita perlukan multivitamin

Suplemen Untuk Kurus
Mereka yang mahu kurus juga perlukan multivitamin/Vitalea disebabkan sesetengah makanan yang mengandungi vitamin dan mineral yang tinggi contohnya telur mempunyai kandungan kolestrol, kalori dan lemak yang tinggi. Menurut kajian yang dilakukan oleh Fred Hutchinson Cancer Research Centre terhadap 15,000 pesakit kanser yang mengambil multivitamin selama beberapa tahun berjaya menurunkan berat sebanyak 14 paun berbanding yang tidak mengambil multivitamin. Ini kerana kehilangan nutrisi penting boleh sebabkan rasa lapar dan kromium boleh bantu normalkan kandungan gula dalam darah seterusnya kawal nafsu makan

Faktor kehidupan Yang Sibuk
Kesibukan kadang-kadang buat kita lupa untuk mengambil makanan yang seimbang pada setiap hari, biasa main capai aje asal kita rasa kenyang (termasuklah yang menulis ni!). apatah lagi faktor sering membeli makanan di luar pada hari ini sudah menjadi lumrah, faham-faham sahaja dengan perisa yang digunakan bagi menyedapkan hidangan.Kehidupan yang sibuk juga mendekatkan diri kita dengan tekanan perasaan yang akan menyebabkn kita akan kehilangan beberapa nutrien penting seperti magnesium dek kerana tekanan.

Faktor Dari Makanan Itu Sendiri
Kemodenan dan kepesatan dalam sektor pertanian dan pembuatan makan juga akan menyebabkan bahan makanan akan kekurangan nutrisinya akibat bahan kimia yang digunakan atau akibat proses memasak itu sendiri. Selain itu, tabiat memilih makanan itu sendiri, sebab ada sesetenagh kita yang tidak suka makan sayur dan hanya memilih buah-buahan tertentu sahaja. Bagi mereka yang mengamalkan diet vegetarian pula tidak mengambil makanan dari protein haiwan akan menyebabkan kekurangan vitamin dan mineral yang diperlukan setiap hari.


Mahu mencuba Vita-lea dari Shaklee ? Hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Monday, September 5, 2011

Killer Produk Dari Shaklee ?

Masih berhari raya? Ah! silakan ! Sebab sudah menjadi budaya masyarakat kita Aidilfitri disambut selama sebulan. Budaya yang baik seharusnya dikekalkan apatah lagi budaya saling berkunjung, berkenalan dan bermaaf-maafan. Walaubagaimanapun jangan dilupa aspek kesihatan dan keselamatan diri dalam berhari raya ini. Begitu juga, berhari raya bukan bererti melupakan pemakanan vitamin bagi mereka yang percaya akan kebaikan dan manfaatnya dalam masa panjang.

Mungkin ada yang baru berjinak-jinak dengan vitamin dan ingin mencuba multivitamin, apa kata anda mencuba Vita-lea iatu killer produk dari Shaklee. Apa itu Vita-lea ? Ia adalah satu gabungan multivitamin dan multimineral. Sejarah Vita-lea bermula dengan nama Vitalized Mineral yang dicipta oleh Dr. Shaklee pada tahun 1915 dan menjadikan ia produk Shaklee yang paling popular sehingga kini. Mungkin sebab nak menyebut Vitalized Mineral adalah panjang, maka nama Vita-lea adalah mudah dan ringkas untuk disebut!
Vitalized Minerals

Keistimewaan Vita-lea dari segi saintifik
  • Disokong oleh 7 kajian klinikal yang dilakukan ke atas manusia, bukan haiwan
  • Lebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali vitalea dihasilkan
  • Vita-lea mempunyai Sistem Penyerapan Bioaktif iaitu untuk membantu pembebasan segera di dalam perut untuk memastikan penyerapan asid folik kritikal berlaku.
Fungsi Penting Vita-lea kepada kita
Paling penting Vita-lea ini berfungsi sebagai insurans bagi menampung kepada apa-apa pemakanan yang kurang dalam diet kita, kerana ia mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang dikatakan bersamaan dengan 40 jenis makanan yang perlu kita ambil dalam sehari. 

Pengambilan Vita-lea setiap hari boleh :
  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
  • Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata
  • Mebingkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi
  • Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas
  • Membantu meningkatkan kegegaran otak
  • Penting bagi proses pertumbuhan dan keupayaan reproduktif
Keistimewaan Dari Sudut Nutrisi
  • Salah satu keistimewaanya adalah mengandungi  9% iron (zat besi) bagi setiap dua biji Vita-lea. Kita amat perlukan iron untuk mendapatkan darah yang sihat. kekurangannya akan menyebabkan wajah pucat, tercungah-cungah, keletihan dan kelesuan ynag luar biasa, pergerakan yang perlahan, anemia, masalah sembelit, tidak bermaya, kuku pecah atau retak.

Anda nak tahu September Special Offer ? berminat nak tahu lebih lanjut tentang vitamin ? Sila hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my untuk mendapatkan kauntasi percuma dan vitamin anda.

Friday, September 2, 2011

Smoothie Hebat!

Ketika sibuk berhari raya, pasti kita dihidangkan dengan pelbagai menu yang enak-enak kan? Sebelum anda berkunjung ke rumah saudara sera taulan, mungkin ada baiknya kita menikmati sedikit snek dari buah-buahan atau sayuran, supaya kita tidak rasa hendak menikmati semua makanan yang dihidang tanpa had.

Em...Biasa dengarkan, jika lapar ketika bukan waktu makan, elok anda ambil buah-buahan atau sayuran ? Memang ia snek yang sihat, tapi tak jamin kita rasa kenyang. Jadi anda boleh mencampurkan 15-20 peratus sumber protein dalam menu buah atau sayur anda, ia bertujuan untuk meningkatkan kadar metabolisme badan. Sistem pencernaan memerlukan tenaga untuk melakukan proses metabolisme. Apa kata cuba jadikan smoothie dari Energizing Soy Protein(ESP) amat sesuai sebagai snek sihat anda. Gabungkan ESP bersama buah-buahan atau sertakan sedikit sayuran seperti daun pudina untuk snek hebat.

Gambar dari En Google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...