Monday, August 29, 2011

Salam Aidil Fitri

Salam Aidilfitri Dari Saya.

Anda Bertudung ?

Biasa tak kita dengar "Rambut berbau kalau bertudung?". Sebenarnya tak kiralah samada bertudung atau tidak, rambut panjang atau pendek tetapi rutin penjagaan dan perawatan yang sempurna adalah perlu. Bagi saya dan anda yang bertudung penjagaan beberapa tip yang saya petik dari majalah Rapi ini harap dapat membantu apatah lagi di musim perayaan ini.
  • Cuci rambut secara teratur iaiti selang dua atau tiga kali sehari. Syampu yang sesuai amat perlu. Selepas itu pastikan rambut kering sebelum mengenakan tudung. Pemakaian tudung semasa rambut masih basah atau lembab bukan sahaja boleh menyebabkan rambut gagal bernafas dengan baik, bahkan boleh mengakibatkan masalah pening kepala.
  • Masker rambut seminggu sekali untuk menjaga kesihatan dan kekuatan akar rambut.
  • Pemilihan tudung dari material kapas dapat membantu agar kulit kepala bernafas, selain itu tudung dan anak tudung perlu ditukar setiap hari.
  • Lakukan creambath seminggu sekali sebagai langkah membekalkan nutrisi untuk rambut dan pada masa yang sama memastikan agar kulit kepala kekal sihat.
  • Untuk menguatkan akar rambut, manfaatkan serum atau tonik rambut. Sapukan selepas rambut selesai dicuci.
  • Pelihara keharuman rambut anda dengan rawatan ramuan rempah ratus. Memakai tudung menyebabkan rambut tertutup dan menimbulkan bau yang tidak enak kerana faktor kelembapan
  • Amalkan memakan sayur dan buah-buahan yang mengandungi vitamin C. Ini kerana ia membantu pertumbuhan semula sel-sel rambut yang baru dan memelihara kesihatan kulit kepala.
Sekiranya pengambilan sumber vitamin C anda rasa tak mencukupi, apakata anda mencuba vitamin C Shaklee yang bertindak secara Sustained Release iaitu bertindak mengikut keperluan badan, kesannya tiada vitamin C yang membazir !

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
                      

Friday, August 26, 2011

Liang Roma Malu Nak Tonjolkan Diri ?

Seorang teman baik ketika zaman kampus mencuba vitamin E Shaklee, tak silap untuk bulan kedua. Err.. Vitamin E Shaklee ini sebotol boleh tahan 4 bulan ye jika 'sendiri guna' ! Saya pujuk-pujuk dia untuk share kat blog dia, katanya "Malas! Nak bagi bersawang jap blog sampai lepas raya!". Whatever! He!He!He! Blog teman saya ni disini.
Selain membantu memberi kelembapan pada kulit wajah, pengambilan vitamin E yang berterusan beserta vitamin sokongan lain akan menyebabkan 'liang roma malu untuk menonjolkan dirinya' Sekarang ni pun teman saya ni telah mengambil beberapa jenis vitamin lain, katanya untuk menambah kekal awet muda. Em... lepas ni bolehlah kita tubuhkan KELAB IBU KEKAL MUDA DAN CERIA ! Siapa nak join kelab ni, sila angkat tangan !

Saya untuk di talian 012-6816979 atau email pertanyaan anda di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Thursday, August 25, 2011

Kulit Muka Ku Kusam..... Tolong...

Bila dipenghujung Ramadhan kita mesti belek-belek cermin melihat rupa kita, bagi yang berkemampuan pasti saloon kecantikan menjadi destinasi penting, bagi yang tidak meh saya kongsi sikit panduan !

  • tidur perlu mencukupi iaitu antara 7 hingga 8 jam bagi mengelakkan terbentuknya kantung dan garisan hitam dibawah mata
  • senaman berkala bagi melancarkan aliran darah
  • elakkan terdedah kepada cahaya matahari yang terik terutama di antara 10 pagi hingga 4 petang
  • Amalkan set penjagaan kulit muka yang serasi secara rutin iaitu pencuci, penyegar dan melembab, scrub dan sesekali masker di samping losyen perlindungan matahari yang mengandungi sekurang-kurangnya SPF 15
  • Pilih makanan yang segar, kaya dengan nutrisi dan seimbang
  • minum air masak 3 liter sehari.
  • dapatkan vitamin tambahan. Berbagai vitamin ada dalam Shaklee pasti ada yang sesuai dengan baget anda.





Sebelum itu hubungi saya melalui email noorazrinnapalil@yahoo.com.my atau sms pun boleh di talian 012-6816979 untuk konsultasi percuma.

Tuesday, August 23, 2011

Tiada Lagi Kulit Kering

Bila tiba dipertengahan Ramadhan saya perasan sesuatu pada kulit, iaitu kelihatan kering terutama disekitar mulut, ditambah lagi dengan cuaca yang panas terik hampir setiap hari sepanjang Ramadhan ini. (Tapi hari ini mendung dan hujan sekejap-sekejap). Salah satu faktornya kadang-kadang saya sendiri gagal melengkapkan diri untuk minum sebanyak 3 liter air sehari sepanjang Ramadhan ini. Di tambah lagi beberapa hari lepas minuman kesukaan saya ketika berpuasa iaitu PD sudah habis. Terasa perit kat tekak. Selepas belian PD sampai dua hari lepas, terasa kelegaan pulak. (Tak pasal-pasal!) Berbuka dan bersahur dengan PD, dan mencampurkan ESP sebelum tidur, ikut petua N. Hasilnya tiada lagi kulit kering terutama dikeliling mulut.

Bagi kalian yang kali pertama membeli PD, sila simpan dalam peti sejuk bagi elakkan ia jadi bergentil-gentil jika dibiarkan pada suhu bilik. Bagi yang pertama kali sampai di blog saya ini mungkin ingin tahu apa keistimewaan PD ni, istimewanya adalah ia mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik , membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina, dan paling istimewa ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah. Oleh itu ia sesuai diambil oleh sesiapa sahaja walaupun mereka yang menghidap diabetis.

PD juga sesuai dijadikan minuman ketika anda pulang ke kampung pada hari raya nanti bagi menggantikan minuman isotonik yang biasa kita ambil kerana selain keistimewaan diatas, ia tiada gula dan gas! ibu boleh minum, ibu pun boleh, anak-anak pun boleh!

Jemput Minum Untuk Berbuka Nanti !
Saya untuk dihubungi di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Perlunya bertanya dan sesi konsultasi

Semalam ramai yang baru mengenali blog saya membuat pesanan Euphoria Trial Pack. Namun seperti biasa saya akan ingatkan konsep asas penyusuan terutama yang mendapatkan vitamin untuk terus menjayakan penyusuan susuibu.

 Saya turut sediakan panduan bagaimana membuat sesi perahan yang konsisten bersama cara makan yang betul. Pengambilan vitamin perlu ada cara dan tips yang betul kalau tidak ia tak beri kesan kepada pengamalnya.
Begitu juga dengan pengambilan alfalfa yang membantu mempercepatkan penghasilan susu namun tahukah anda pengambilan dengan cara yang salah boleh membuatkan duktus susu tersumbat malah lebih teruk jika susu semakin kering?

Saya dah amal Shaklee 11 tahun, maka perkongsian saya memang menekankan ilmu supaya kita tahu kenapa kita makan, cara yang betul supaya dapat kesan yang optimum.

Maka sekiranya anda baru mencuba supplement, tanya dengan secukupnya kepada pengedar serta konsultasi yang beterusan supaya anda lebih memahami keperluan supplement kepada anda. Setiap orang punya cara konsult yang berbeza namun pastikan anda dapatkan semula pengedar anda sekiranya anda punya permasalahan. Demi mengelakkan pengedar yang pandai berjual tetapi tak tahu langsung apa kepentingan produk yang di cadangkan.

Ada sorang customer ini mahu membeli vitamin C sebanyak 3 botol, lantas saya bertanya ..." tahukah sebotol vitamin C Shaklee boleh consume untuk sehingga 6 bulan?" lantas customer saya jawab ..." Oh tak tahu pula, sebab sebelum ni pengedar lama saya kata sebotol memang untuk sebulan. Maka saya beli untuk 3 bulan sekaligus...jimat postage ". Beliau membeli dengan saya sebab pengedar lama telah berpindah dan tak dapat dihubungi.

Tersenyum seorang diri memikirkan cara pemasaran pengedar....kalau ya pun nak berjual, berpada-padalah.
So sebagai pembeli, bertanyalah sehingga anda benar-benar yakin dengan pembelian yang bakal anda buat.

kredit

Beruban Sebelum Masanya?

RAMAI antara kita yang bimbang dengan proses penuaan yang berlaku pada wajah tak kira lelaki atau perempuan. Namun penuaan adalah proses semula jadi yang tidak dapat dielakkan. Penuaan membabitkan kemerosotan fungsi organ dan sel dalam sistem tubuh yang berlaku secara berperingkat ketika usia meningkat. Proses itu menyebabkan berlaku perubahan fizikal dan fisiologi yang tentunya menakutkan wanita. Namun proses berkenaan berbeza antara individu, bergantung kepada genetik, diet, gaya hidup dan persekitaran.

Perubahan fizikal disebabkan proses penuaan ini termasuk rambut menipis dan mula beruban, kulit menipis dan kurang anjal serta muncul garis halus. Tenaga semakin berkurangan malah lemak mula terkumpul sehingga menyukarkan seseorang mendapatkan berat badan yang ideal. Malah proses penuaan juga akan menyebabkan muncul pelbagai penyakit termasuk kemerosotan sistem daya tahan melawan penyakit, kerapuhan tulang serta kurang daya penglihatan.

Anggur muskat yang juga dikenali sebagai anggur nombor satu di Amerika menimbulkan kekecohan di kalangan masyarakat kerana kebaikannya yang boleh membuatkan kulit bertambah muda serta memberi kesihatan berpanjangan.

Anggur muskat dan bijinya adalah satu daripada sumber terbaik antioksidan dan mempunyai ciri antiradang. Ini kerana sebatian phenolik tertumpu pada bahagian biji. Jika dibandingkan anggur lain, ia mempunyai 40 kali ganda lebih polifenol yang terdapat dalam arak merah yang terbukti berfaedah bagi kesihatan kardiovaskular, menurunkan tahap gula dalam darah selain melambatkan proses penuaan.

Selain anggur muskat, tumbuh-tumbuhan lain yang baik untuk kesihatan serta agen penuaan ialah elderberi. Ia adalah tumbuhan lasak tanah lembap di sepanjang tepi jalan dan sungai hanya di Eropah dan Amerika Utara.

Elderberi sudah digunakan sekian lama dalam perubatan tradisional bagi mengubati asma, sembelit, artritis dan selesema. Tumbuhan ini adalah antioksidan yang kuat dan melindungi sel daripada kerosakan disebabkan toksin alam sekitar, diet tidak seimbang serta tekanan.

Polygonum cuspidatum sejenis pokok saka terbesar di Asia adalah sumber semula jadi resveratrol sama seperti yang terdapat pada kulit anggur merah dan biji anggur merah. Tumbuhan ini mempunyai banyak faedah kesihatan dan sering terdapat dalam produk antipenuaan. Ini kerana kandungan resveratrol membantu memperlahankan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah dan mengurangkan lebihan lemak yang tidak diperlukan tubuh.

Akhir sekali lobak ungu adalah sumber vitamin A terbaik, mengandungi fitokimia yang mengandungi antioksidan, antibakteria, antiradang penyakit serta mengurangkan risiko penyakit jantung.







Jenama produk kesihatan terkenal Shaklee memperkenalkan minuman kesihatan Vivix Botanical Beverage Mix yang menghimpunkan semua kebaikan tumbuhan berkenaan.

Malah ia adalah produk terlaris dengan jualan sejuta botol sejak tahun pertama diperkenalkan di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.

Menurut Ketua Pegawai Saintis Shaklee Corporation Amerika Syarikat, Dr Carsten R Smidt, Vivix adalah kuasa baru menghalang proses penuaan wajah.

Kandungan anggur muskat, elderberi, lobak ungu dan polygonum cuspidatum terbukti membantu untuk melawan penyakit serta melambatkan proses penuaan. "Kajian yang dijalankan membuktikan kandungan dalam tumbuh-tumbuhan terutama anggur muskat memberi tindak balas melawan agen penuaan.

"Terdapat empat mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix iaitu ia mengandungi resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas arak merah. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan. Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya. Menurut Carsten, Vivix berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif kepada genetik sekali gus mengurangkan sel penuaan.

Katanya, Vivix kini menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia disebabkan kebaikan kandungan selain melawan pelbagai jenis penyakit. Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain. Dengan hanya minum sesudu sehari, pengguna akan merasai perbezaannya. Minuman yang sesuai untuk lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas itu juga boleh dijadikan masker pada wajah iaitu caranya dengan menyapu dan biarkan beberapa minit untuk dilihat hasilnya.

*Credit To Shaklee & Harian Metro.

Walaubagimanapun wanita hamil dan penyusukan bayi dilarang mengambil vivix

Saya untuk di hubungi di talian 012-6816979 atau email noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Friday, August 19, 2011

Suplemen Kerohanian Juga Perlu Dalam Penyusuan Bayi

Pada pendapat saya terdapat dua suplemen penting dan saling berkait keduanya dalam menjayakan proses penyusuan ibu ini.
Pertama, melalui kaedah saintifik iaitu pemakanan suplemen, walaubagaimanapun si ibu yang menyusukan perlu tahu bahawa suplemen tidak membanyakkan susu (kecuali alfalfa iaitu booster penyusuan) manakala yang lain berfungsi untuk memastikan tubuh ibu sustained sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat dan secara langsung mampu membekalkan susuibu kepada si manja. Ada baiknya ibu-ibu mengetahui peranan setiap vitamin yang di ambil setiap hari, kerana setiap vitamin punya fungsi yang berbeza tetapi tetap bersatu untuk memastikan kesihatan si ibu yang menyusukan berada dalam tahap optimum.

Multivitamin lengkap dengan formula zat besi : perlu untuk pembentukan darah dan ianya lengkap untuk semua jenis vitamin dan garam galian yang diperlukan oleh badan.

B complex : Menukarkan glukos kepada tenaga, agar si ibu lebih bertenaga, sihat dan ceria sepanjang hari.

Vitamin C : bagus untuk antibodi dan pembentukan kolagen. Ia membantu mengurangkan rasa stress yang dilalui oleh individu.

Alfalfa : mengandungi protien dan zat galian dan ini membantu mempercepatkan penghasilan susuibu.

Keempat-empat ini adalah suplemen yang asas yang dicadangkan, tetapi untuk hasil yang lebih baik boleh di tambah dengan ESP/ kalsium atau kedua-dua sekali.  Pengambilan protein dan kalsium yang seimbang dan mengikut keperluan tubuh sangat membantu mempercepatkan penghasilan susuibu dan ditambah baik apabila si ibu kerap kosongkan payudara melalui direct feeding atau pumping session disamping meminum 3 liter air setiap hari.

Kedua adalah suplement kerohanian juga  perlu supaya mudah-mudahan air susu yang mengalir dalam mulut si anak adalah rezeki barkah yang dapat dapat membentuk hati anak agar lembut dan takut dengan PenciptaNya. Suplement rohani yang dianjurkan adalah membaca Surah Waqiah setiap malam, zikir Asmaul Husna terutama Al-Matin.
Adalah di anjurkan agar amalan pengambilan vitamin ini bukan dijadikan pilihan terahir setelah menghadapi kemeruduman susu kerana kesannya adalah tidak sama dengan pengambilan sedari awal dan secara berterusan.

Thursday, August 18, 2011

Kesan Jika Kurang


Seronok sebenarnya mempelajari bidang kesihatan dan pemakanan ini. Pada saya, ilmu yang diperolehi sangat bermanfaat untuk diaplikasi dalam setiap aspek kehidupan kita sehari-hari. Tidak ada yang terkecuali.

Pagi ini saya membaca satu artikel yang ditulis oleh teman saya, Mommy Lyna, tentang kaitan kekurangan vitamin kepada emosi dan mental kita. Nah! Betapa pentingnya tubuh kita consume vitamin yang cukup bukan sahaja untuk kesihatan fizikal, malahan mental juga (yang membawa kepada emosi yang stabil).

Berdasarkan artikel tersebut, terdapat 4 jenis vitamin/ mineral penting yang diperlukan oleh tubuh kita demi melestarikan mental dan emosi yang sihat. Saya ringkaskan dalam jadual di bawah.

#Vitamin/ Mineral Yang Diperlukan TubuhKesan Kekurangan Kepada Mental/ Emosi
1B Complexvitamin yang paling banyak dikaitkan dengan masalah mental dan otak

Vitamin B1kurang kosentrasi dan daya tumpuan

Vitamin B3tekanan perasaan

Vitamin B5kurang daya ingatan, stress

Vitamin B6mudah terasa hati, kurang daya ingatan, tekanan perasaan, stress

Vitamin B12kurang daya ingatan, keliru

Asid Foliktekanan perasaan, gemuruh
2Vitamin C

(bukan untuk kulit sahaja)Kekurangannya menyebabkan seseorang menjadi tertekan

3MagnesiumKekurangannya menyebabkan seseorang mengalami tekanan perasaan, sukar tidur
4ZincKekurangannya menyebabkan seseorang mengalami kekeliruan, ‘blank’, tertekan, kurang motivasi, hilang selera makan, kurang kosentrasi.

kredit

Wednesday, August 17, 2011

Wajah bersih, Berseri dan Kulit Lebih Mulus Di Pagi Aidilfitri

" Saya amik vitamin ni sebab period saya tak teratur. Tapi siapa sangka lepas makan vitamin ni, suami dan keluarga mertua puji kulit saya makin cantik. Bukan nak puji diri sendiri tapi saya memang dapat rasakan perubahan yang ketara amik vitamin ni. Dulu makan vitamin E pun tak nampak ketara seperti sekarang. Terima kasih kak N"
Ini adalah testimoni yang rakan saya terima dari seorang customer beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Puan S. Customer ini merasa sangat gembira dan teruja selepas mengambil vitamin yang rakan saya sarankan kepada beliau ini.

Beliau amalkan vitamin yang sangat penting untuk seorang wanita mengekalkan kestabilan hormon dan secara langsung ianya dapat melihat hasilnya dari kulitnya yang makin cantik dan berseri.

Berapa lamakah boleh melihat kesan ini pada wajah bila amalkan? Paling cepat ialah 7 hari dan paling lewat ialah 21 hari. Adakah anda ingin tahu apa yang beliau amalkan ?

Emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my tajuk Saya ingin kelihatan cantik!

Saya akan emailkan kepada anda rahsia puan S.

Tuesday, August 16, 2011

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Dulu ketika belum mengenali Shaklee dan belajar mengenai kepentingan vitamin, saya sering terfikir pentingkah vitamin untuk ibu hamil? Apatah lagi dimomokkan dengan kata-kata "makan vitamin nanti bayi besar susah nak keluar". Tapi kini setelah mengenal kepentingan vitamin barulah saya tau setiap dari kita memerlukan vitamin tambahan jika pengambilan makanan harian tidak dapat memenuhi keperluan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan.

Bagi ibu hamil pasti rasa risau akan kesihatan dan perkembangan bayi dalam kandungan. Terutama pada trimeter 1 kerana ramai ibu yang akan mengalami alahan dan tidak berselera untuk makan, kalau berselera pun makanan yang sedap kat tekak aje, tapi tolak tepi akan khasiatnya untuk kesihatan ibu dan bayi, contohnya makanan rapu lah! Masa tu la yang sedap, padahal sebelumnya memang tak jamah pun makanan rapu ( ni sayalah!). Disinilah peranan makanan tambahan diperlukan oleh ibu hamil.

SET 1 - 1st Termister
Vitalea @ Multivitamin
B Complex
Vitamin C
Ostematrix (Kalsium Magnesium)

SET 2 - 2nd Termister
Vitalea @ Multivitamin
B complex
Vitamin C
OMEGA GUARD 

Supplements lain jika selalu lemah dan tidak bertenaga ialah,
Energizing Soy Protein

Sebab apa vitamin ini Sebab apa vitamin-vitamin ini penting kepada ibu hamil ? Setiap vitamin punya peranan yang tersendiri tetapi 'bersatu' untuk membantu perkembangan dan kesihatan bayi dalam kandungan mengikut usia kehamilan dan memastikan si ibu kekal sihat dan cergas ketika melalui fasa kehamilan. Kat bawah ni kepentingan setiap vitamin yang ibu hamil perlu miliki :-

B Complex
Terdiri daripada lapan vit B beserta Folic Acid dan Biotin. Perlu bagi urat saraf dan sangat penting bagi ibu hamil.

Vitamin C
Melindungi sel , penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat besi di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.

Multivitamin (Vitalea)
Mengandungi 12 vitamin dan 7 galian. Tidak mengandungi pewarna dan ianya adalah produk pertama yang ditemui oleh founder Shaklee.

Omega 3 (Omega Guard)
Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari petingkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak.

Kalsium (Ostematrix)Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki ransangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.

Energizing Soy Protein (ESP)
Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protien yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit.

Cubalah, rasakan perbezaannya, ramai ibu yang telah mencuba. Saya untuk dihubungi di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Monday, August 15, 2011

Saya Suka Nasi Ketika bersahur...

Sahur adalah satu keperluan bagi saya walaupun hukumnya sunat dan ramai meningglakannya. Saya suka makan nasi disamping kurma dan minum campuran ESP dan PD. Gabungan ESP dan PD memang bagus untuk elak tekak sakit ketika berpuasa selain untuk elak kulit kering akibat pengambilan air yang kurang dari 3 liter sehari ketika bulan puasa.

Selain itu, saya ambil B complex Shaklee pada pagi hari bagi mengelakkan rasa mengantuk terutama pada waktu pagi disebab pengambilan nasi, ini kerana nasi adalah makanan berkarbohidrat yang akan mengubah tahap 'serotonin' yang akan menjadikan kita rasa benar-benar tenang dan mengantuk di pagi hari. Tujuan utama vitamin B ini adalah supaya ia dapat membantu proses metabolisme 'nasi' tadi agar ia bertukar menjadi tenaga dan membolehkan badan supaya badan kekal cergas sepanjang hari.

Manakala vitamin lain saya ambil secara berperingkat selepas berbuka puasa sambil penuhkan 'kuota' air 3 liter pada malam hari sehingga bersahur. Berpuasa tidak bermakna sukar untuk mengambil vitamin, cuma perlukan sedikit pengubahsuaian waktu dan displin diri yang tinggi.

Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email noorazrinnapalil@yahoo.com.my untuk mendapatkan penerangan

Friday, August 12, 2011

Ramadhan Terakhir.....

Ramadhan ini bermakna mungkin berakhir tugas saya sebagai ibu yang menyusukan bayi kanak-kanak kerana Danish telah menolak susuibu. Kalian boleh baca catatan saya DISINI. Tapi kenangan pahit manis ketika 3 tahun membawa peralatan mengepam tersemat dalam hati. Saya mengepam sehingga anak 3 tahun bukan dua tahun. Pada saya menyusukan kanak-kanak lebih seronok berbanding ketika bayi sebab dia pandai cakap terima kasih selepas menyusu ! ump!

Sepanjang melaksanakan misi ini, selain Set Euphoria Breastfeeding (SEB) ini saya juga mengambil ESP dan Ostematrik bagi melengkapkan misi saya ini. Saya perasan apabila anak sudah hampir melebihi 2 tahun "operasi pengepaman" semakin sukar untuk mencukupkan bekalan susuibu. Walaupun hasil tidak semeriah dulu tetapi setiap kali pam hasil tidak menghampakan. Maksud saya tidaklah mendapat Ooz. Anda ketawa? Benar! Sebab ketika mengepam susuibu selepas anak berusia 2 tahun kadang2 hasil 15 minit pengepaman adalah Ooz. Tetapi dengan pengambilan ESP bersama Ostematrik dan ESP ia membantu mempercepatkan urusan pengeluaran susuibu. Tetapi dengan 3 syarat yang wajib dipatuhi, iaitu :-
1) Pam ikut jadual iaitu setiap 3 jam sekali
2) Minum 3 liter air masak
3) Memohon kepada yang Maha Esa agar dipermudahkan urusan 

Mungkin ada pembaca yang ingin bertanyakan soalan mengenai penyusuan ibu boleh email saya di noorazrinnapalil@yahoo.com.my saya akan cuba jawab atau saya akan dapatkan pendapat kawan-kawan laktasi lain dan akan saya keluarkan dalam entry akan datang. 

Thursday, August 11, 2011

Perlunya Amalan Rohani Dalam Penyusuan

Adakala kerana kesibukan dengan tugas kerja di pejabat ditambah berlarutan dengan kerja rumah selepas pulang kerja, kita terlupa sesuatu....MASA KITA UNTUK ALLAH, pencipta sekalian alam.

Bagi mereka yang beringat, pasti disediakan masa untuk mengaji dan berzikir memuji ALLAH. Dalam firman ALLAH....         

Tidak Aku Jadikan Jin dan Manusia Melainkan Untuk Menyembah Aku - Az-Zariyat:56


Memang kita solat...solat yang wajib. Hanya beberapa minit kita dengan ALLAH, tetapi adakah HATI kita ada untuk ALLAH waktu itu?

Arwah abah pernah pesan, jangan lupa sediakan ruang MASA untuk ALLAH, barulah akan dapat nikmat kasih sayangnya, rezeki yang hebat, rahmat yang luas.
Bercerita tentang rezeki, mengingatkan saya dengan rezeki anak2 saya melalui susuibu. Alhamdulillah ternyata, perjalanan penyusuan saya walaupun terdapat ujian, saya mampu melaksanakan dan menyempurnakan selama 2 tahun malah lebih dari itu.

Saya selalu berpesan pada kawan-kawan yang menyusu anak, jangan lupa mengaji surah Al waqiah tiap malam, zikirkan Asmaul Husna terutama Ya Matin....sebenarnya amalan ini adalah supplement kepada rohani kita.


Kita hari ini sibuk mencari supplement jasmani, tanpa kita sedari kita kekurangan supplement rohani. Mengapa saya kata ianya supplement? Ini kerana makanan utama adalah solat.

Sempena bulan baik ini, mari kita tingkatkan amalan kita pada yang Esa. Semoga rezeki kita diberkati. Semoga susu yang mengalir ke dalam mulut anak tadi penuh dengan barakah berkat mulut ibu dia yang banyak berzikir.

Pada saya secara peribadi, apabila seorang ibu itu menyusukan anaknya dengan susuibu, dia telah menunaikan tanggungjawabnya sebagai ibu yang baik. Bertambah baik lagi apabila dilengkapi dengan ucapan zikrulah dan amalan mengaji , susuibu yang mengalir tadi akan membentuk hati anak yang lembut dan penuh tawaduk pada pencipta, insyaALLAH.


Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah kelancaran dalam penghasilan susuibu, cubalah banyakkan berzikir Ya Matin serta jadikan mengaji Al Waqiah satu amalan. InsyaALLAH dipermudahkan rezeki untuk anak tadi.
kredit

Wednesday, August 10, 2011

Anda Stress Hari Ni?

Mungkin hari ini ada yang rasa stress dengan suatu beban kerja yang telah anda cuba berulangkali untuk menjayakan tetapi tidak seperti yang anda harapkan. Ditambah lagi dengan beban tugas setiap hari yang pelbagai, kesesakkan lalu lintas, cuaca yang panas. Cuba ambil masa sedikit untuk membaca beberapa tip yang saya dapatkan dari pelbagai sumber ini untuk dikongsi bersama.

1)Redha
Redha dengan setiap yang berlaku. Setelah segala usaha kita lakukan dengan berbekalkan doa dan bertawakal seharusnya kita menerima Qada' dan Qadar Nya sama ada tugas kita berjaya atau sebaliknya kita seharusnya menerima dengan lapang dada.

2) Mandi. Mandi. Mandi
Cara mandi yang terbaik ialah dimulakan dengan menjirus air dari kaki ke bawah, selepas itu terpulang pada anda nak mandi macamana. Kalau berada ditempat yang tak memungkinkan anda untuk mandi, ambillah wudhuk bagi yang beragama Islam (dah wudhuk tu solatlah sunat) atau cuci muka bagi yang bukan beragama Islam.

3) Tidur
Bila kita stress, kita mudah merasa marah. Bukankah Islam mengajar sekiranya sedang marah ketika berdiri maka duduklah, sekiranya marah ketika sedang duduk maka berbaringlah. Melalui sebuah buku yang saya baca, ada baiknya ketika sedang marah dan stress kita cuba untuk tidur walau seminit.

4) Minum Banyak Air
Minumlah air masak sekurang-kurang 3 liter kerana sifat air itu sendiri menenang dan menyejukkan.

5)Pengambilan vitamin
Harus dipertimbangkan, terutama vitamin B dan C. Vitamin B terkenal dengan nama vitamin "morale" disebabkan kandungan B1nya yang membantu urat saraf untuk sihat, B5 untuk mengawal stress serta keletihan selain Biotin mampu mengurangkan kesedihan akibat stress.

 
Vitamin C juga mempunyai kehebatan dalam mengurangkan stress kerana sifatnya boleh mengawal pengeluaran hormon yang menyebabkan stress


Selamat mencuba.

Sekiranya ingin mendapatkan maklumat, salurkan pertanyaan anda di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Tuesday, August 9, 2011

Lagi Resepi Ais Krim Dari ESP

Lagi resepi dari ESP dari kawan baik ketika di kampus dulu. Kredit untuk Kak Cik. Bilalah saya sendiri mau cuba buat ais krim ni ! Lagi kepelbagaian resepi ais krim dari ESP walau Kak Cik cakap resepi derhaka! hik! hik!

Aiskrim buatan sendiri cubaan pertama. resepi asalnya dari sini --> norazrinna & kiosk
Oleh sebab saya dah derhakakan resepi asalnya, maka kurang menjadi lah ia. sukar mencari ovalette yang punya logo halal di sini...pulak tu saya dah tukarkan susu cair kepada susu rendah lemak. kurang berkrimlah rasanya. dan saya paksa anak2 saudara saya makannya. oh! mereka dah angkat ibujari. maklang..sedap! 


ini rupanya. tabur serbuk ESP dan gula manik warna warni. 


cara nak buatnya...
putar putih telur dan gula - hingga kembang

masukkan susu dan putar lagi

+ satu setengah sudu ESP - gaul sebati

masukkan ke bekas

bekukan

dah boleh makannya.....

Hubungi saya sebarang pertanyaan atau maklumat di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Monday, August 8, 2011

Vitamin C untuk Cegah Katarak

Tahukah kita vitamin C juga penting untuk mata yang sihat ? Meh saya kongsi dai sumber bacaan yang saya perolehi, ni kerana kandungan kepekatan vitamin C agak tinggi dalam secair bola mata iaitu dalam Aqueous dan Vitreous Humour serta kanta mata. Kekurangan vitamin C dalam badan boleh menyebabkan katarak terutama mereka yang menghidap diabetis.


imej dari google

Makanan semulajadi yang mengandungi vitamin C banyak diperolehi daripada buah-buahan segar seperti limau, sayur segar seperti kubis dan tomato. Sekiranya tidak yakin untuk memperolehi jumlah vitamin C yang diperlukan oleh tubuh, apa salahnya berbelanja sedikit untuk mendapatkan vitamin tambahan! kerana mencegah jauh lebih baik dari mengubati.

Hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut di talian 012-6816979 atau email noorazrinnapalil@yahoo.com.

Saturday, August 6, 2011

Bulan puasa susu mencurah-curah!

Sekadar perkongsian ringkas dan mudah2an memberi manfaat kepada semua ibu yang berpuasa.

Perasan tak apa yang beliau lakukan untuk membanyakkan susunya?

" Saya telah tambahkan sesi mengepam"
Apa yang beliau perolehi hasil kesungguhan beliau?

" Di bulan puasa ini saya amalkan ESP + PD + set B. Ya ALLAH! mencurah-curah susu. Menangis saya kerana kesabaran saya membuahkan hasil akhirnya. Alhamdulillah..."
Nak berjaya dalam penyusuan tidak semudah ABC...perlu kesungguhan, kesabaran dan sifat istiqamah. Maka ibu-ibu yang sedang berusaha , amiklah iktibar dan semangat puan ini. Mudah-mudahan usaha diberkati dan hasil diperolehi seperti yang dihajati. Amin.
Kredit Untuk N
Mahu mendapatkan maklumat ? Hubungi saya di 012-6816979 atau email noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Thursday, August 4, 2011

Terlalu Letih Ketika Berpuasa

Kadang-kadang kita terlalu letih bila berpuasa walaupun ketika cuaca mendung dan hujan seperti cuaca di Muar ketika ini ! Sejuk dan lembab ! Saya harap panduan ini dapat membantu kita menjalani ibadah puasa dengan sebaiknya.

Perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah menjalani pemeriksaan menyeluruh, kerana keletihan mungkin tanda sesuatu penyakit. Seandainya kita disahkan sihat ada beberapa tip yang boleh di amalkan.

Pemakanan
  • Elakkan makan kanji (nasi) di waktu sahur. Gantikan dengan protein yang letih mengenyangkan. Ini kerana protein akan dihadamkan menjadi asid amino dan salah satu dari asid amino tersebut iaitu 'tyrosine' dapat meningkatkan tenaga dan kesegaran mental. Manakala kanji pula akan mengubah tahap 'serotonin' yang akan memberikan rasa tenang dan boleh menyebabkan rasa mengantuk. Contoh menu seperti sebiji telur, ikan, ayam dan sayur. Ataupun kita boleh memilih Energizing Soy Protein (ESP) dengan hanya mencampurkan dengan minuman kegemaran anda kecuali teh dan kopi dengan menggunakan air suam.
  • Tingkatkan pengambilan zat besi kerana wanita sentiasa kehilangan zat besi ketika haid. Zat besi penting sebagai komponen darah yang akan membawa lebih oksigen ke seluruh badan kita. Contoh hidangan adalah daging merah, hati dan limpa. Jika keberatan untuk mengambilnya diawal pagi atau anda rasa tidak cukup sukatan zat besinya boleh ambil Vitalea Shaklee. Selain punya zat besi ia juga mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang penting dalam satu rumusan seimbang yang diperlukan oleh tubuh.
  • Elak makanan yang manis kerana makanan ini akan meningkatkan tahap insulin dengan cepat dan menurunkannya dengan cepat yang mana puan mungkin mendapat tenaga segera dan kemudian pula akan merasa letih. Boleh juga mengambil Performance Drink (PD) yang mengandungi karbohidrat unik Shaklee yang diberi nama 'opticarb' yang memberi tenaga tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
  • Elakkan minuman berkafein ketika sahur. Ia akan merangsang buat seketika akan tetapi setelah kesannya pudar, tenaga juga akan turut pudar. Selain itu, kafein juga akan menyebabkan kita kerap buang air kecil yang boleh menyebabkan kita kekurangan air.
  • Minum air yang secukupnya iaitu 3 liter air diantara waktu berbuka sehingga sahur.
Senaman
  • Senaman boleh meningkatkan pembakaran tenaga.
  • Lakukan senaman ringan di waktu tengahari supaya membantu meningkatkan metabolisme dan menghasilkan tenaga di waktu petang.
Rehat
  • Jika terlalu letih di waktu tengahari, puan boleh tidur sebentar tetapi jangan melebihi 20 minit jika tidak akan bertambah letih.
Vitamin Lain Yang Dicadangkan
  • Vitamin B yang dapat membantubadan dalam metabolisme lemak dan karbohidrat
  • Vitamin C yang dapat membantu penyerapan zat besi selain agen antioksida yang baik disamping meningkatkan antibodi badan.
Mahu mendapatkan maklumat, sila hubungi saya di 012-6816979
atau email saja di noorazrinnapalil@yahoo.com.my 

Wednesday, August 3, 2011

Hidangan Sahur Dan Berbuka Saya...



Selain kurma, gabungan ESP dan PD menjadi kesukaan saya. Mula-mula dulu macam rasa pelik! Tapi lama-lama jatuh cinta akan aroma dan rasanya.  Hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Panduan Penyimpanan Susu Ibu

Sebelum anda membuat persiapan untuk mengetahui tentang penyimpanan susu ibu, anda perlu tahu dulu istilah-istilah yang digunakan untuk susu ibu itu sendiri. Antaranya yang penting ialah:
  • EBM - express breast milk
  • FRESH EBM - susu yang baru diperah
  • CHILLED EBM - susu yg sudah diperah, dan disejukkan di dalam peti ais (bukan di rungan beku / freeze). Ia akan membentuk 2 lapisan (BUKAN BASI YE...)
  • FROZEN EBM - susu yang dibekukan.
  • THAWED EBM - susu beku yang telah dicairkan, dan tidak boleh dibekukan semula setelah dicairkan.

Bekas Yang Sesuai Digunakan

1. Bekas kaca (the best), tetapi sukar dikendalikan dan perlukan kos yang tinggi.
2. Bekas plastik atau botol susu (BPA FREE).
3. Bekas plastik berbucu keras seperti tupperware.
4. Bekas dadid - boleh digunakan sehingga 3 kali SAHAJA.
5. Breastmilk storage dlm bentuk liner khas untuk penyimpanan EBM.

Kadar / Tempoh Ketahanan Susu Ibu

1. Suhu Bilik
  • Bilik tak de aircond (suhu antara 25C - 37C) - tidak lebih 4 jam.
  • Bilik ade aircond (suhu antara 15C - 25C) - antara 6-8 jam, dimana suhu perlu stabil, maksudnye aircond sentiasa 'on' sepanjang masa.
2. Dalam Fridge/Freezer

  • Cooler bag/box - tahan antara 12 - 24 jam.
  • Peti sejuk 2 pintu - bahagian beku (suhu antara -18C - -20C), boleh tahan hingga 3 bulan, bahagian pintu bawah ( suhu antara 0C - 4C), boleh tahan 3-7 hari (sebelum  dibekukan) dan 24 jam (selepas dibekukan).
  • Peti sejuk 1 pintu - bahagian beku, 2 minggu
  • Freezer - tahan antara 6 bulan
Kaedah Penyimpanan

1. Pastikan kuantiti mencukupi setiap kali penyusuan. Contohnya, jika bayi minum 2oz tiap kali penyusuan, letakkan susu sebanyak 2-3 oz bagi setiap bekas.
2. Simpan di dalam bekas yang bersih dan tertutup.
3. Labelkan bekas dengan tarikh dan masa perahan dilakukan.
4. Simpan di dalam peti sejuk, di bahagian paling atas dan paling dalam peti sejuk bagi memastikan suhunya lebih stabil.
5. Jika susu ingin dibekukan, pastikan bekas tidak diisi terlalu penuh, maksudnye ada ruang untuk pembekuan susu berlaku.

EBM Basi???

EBM tidak mungkin akan basi, jika anda mengambil langkah2 penjagaan dan penyediaan dengan kaedah yang betul. Sewaktu penyimpanan berlangsung, mungkian akan berlaku perubahan dari segi warna dan rasa. Tetapi itu tidak bermakna ebm anda basi.Asalkan anda menjaga kebersihan sewaktu pengepaman atau perahan, menyimpan ebm dengan cara yang betul, memanskan ebm dengan cara yang betul, maka insyaAllah akan mengelak terjadinya ebm basi.

kredit

Hubungi saya untuk maklumat lanjut ditalian 012-6816979 atau email noorazrinnapalil@yahoo.com

Tuesday, August 2, 2011

Vitamin C Shaklee Istimewa Sebab......

  • Vitamin C pertama yang natural yang bertindak secara Sustained Release yang bermaksud ia bertindak perlahan-lahan selama 24 jam dalam tubuh badan mengikut keperluan tubuh. Jadi tidak membazirkan vitamin C!
  • Satu tablet bersamaan 7 1/2 biji buah oren
  • Rumusan unik yang membenarkan pelepasan vitamin C tulen secara perlahan dan berterusan selama 5 jam iaitu 100 mg dilepaskan setiap jam.
  • Melalui ujian klinikal menunjukkan jika diambil 2 biji selang 5 jam akan mengekalkan paras vitamin C plasma lebih 24 jam.
  • Bekalkan 'bioflavinoid' dalam jumlah yang seimbang (120 mg)
  • Ia vitamin asli dapat dilihat dari perkataan bioflavinoid' pada label dan tidak ada silika gel dalam pembungkusan


Hubungi saya untuk maklumat lanjut di talian 012-6816979 atau email sahaja pada noorazrinnapalil@yahoo.com.my.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...