Wednesday, December 29, 2010

Migrain O Migrain

Sejak bekerja setiap kali masuk bulan Disember entah berapa kali migrain menyerang. Mana taknya masa ni 'ramai' betul yang menjadi 'peminat' saya. Dari lawyer syarikat, LHDN sampai kadang-kadang SSM cari saya. Tu belum lagi apabila tiba masuk 1 Januari setiap tahun kerana tuga-tugas untuk laporan audit sudah melambai-lambai kat saya. Masa tu tidur pun terganggu kerana asyik terbayang-bayang akaun yang tak balance, belum lagi deringan telefon 'bila boleh prepare Mesyuarat Agung" Sabar aje lah....
Biasanya ada beberapa perkara yang saya lakukan apabila kena serangan migrain ini.Meh! saya nak share.

1) Dapatkan tidur yang berkualiti- sebenarnya sangat sukar

2) sapu minyak angin kat temapt yang sakit dan leher

3) Mandi dengan air sejuk (bukan ais ye, agak-agak la..) dari kaki ke atas. Kalau boleh mandi awal pagi, nak lagi bagus mandi sebelum azan Subuh.

4)Saya makan vitamin-Ostematrix dan Vitamin B. Apa istimewanya vitamin ni? jom saya share. TQ untuk Mommylyna atas info ini.

Ostematrix (mengandungi Kalsium, vitamin D, magnesium,)
Kalsium
-Ia boleh mengawal degupan jantung-kerana biasanya ketika migrain menyerang degupan jantung kita rasakan ia menjadi terlalu cepat.
-Membolehkan saraf berfungsi dengan baik-kerana bila migrain biasanya kita rasakan saraf kita menjadi tegang
-Membantu kita dapt tidur dengan nyenyak- biasa kalau kena migrain kita akan tidur dalam bilik yang senyap, gelap dan suhu bilik yang selesa
Magnesium
- Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya kesakitannya.
Vitamin D
-Membantu penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing

B Compleks
-Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang mograin, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya

Kalau anda mempunyai kemampuan, anda boleh tambah dengan Energizing Soy Protein (ESP). Apa keistimewaan ESP ini? untuk memperbaharui sel-sel tisu , hormon dan enzim yang kebiasaanya rosak akibat dari tekanan migrain dan ubat tahan sakit yang biasa kita perolehi dari klinik akibat migrain.ESP juga adalah sejenis protien juga adalah kunci untuk membantu sistem pertahanan bagi melawan penyakit.

Tuesday, December 28, 2010

Kenapa Perlu Minum Banyak Air Masak?

Anda tau tak kepentingan minum air selain dari meningkatkan metabolisme badan kita? Jom tengok..

1) Air dapat mencegah dehidrasi yang membawa kepada keletihan dan sakit kepala

2)Membantu menangani strees kerana air mengandungi oksigen yang banyak dan diperlukan dalam tubuh badan untuk memerangkap perasaan negatif dan menukarkannya kepada positif.

3) Air juga dapat mengelakkan dari sembelit

4)Air dapat membantu melawan penyakit kerana air terdapat dalam limfa-sejenis cecair yang termasuk di dalam sistem imun badan.

4) Air dapat membantu  buang toksik dan zat-zat yang badan tak perlukan melalui urine.

5)Membantu penyerapan zat dari vitamin B dan C dengan baik dan menyingkirkan lebihan zat yang tidak diperlukan oleh badan melalui urine.

6) Rahsia awet muda kerana ia dapat menghindari terjadinya kerutan pada kulit dan kulit akan sentiasa lembab.

*Eh! kalau g pusat pelangsingan badan pun dia akan minta kita minum at least 3 litter air sehari untuk langsing tau!

Monday, December 27, 2010

Mengapa Kita Perlu Vitamin Tambahan ?

Apa itu vitamin ye? Dari apa yang saya baca Vitamin ialah bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat dan lemak dalam badan anda. Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien.

Mengapa Perlu Vitamin Tambahan ?
1)Memilih makanan -Contohnya tak suka minum susu atau apa sahaja jenis makanan yang bernutrien tinggi. tidak lalu makan atau tidak mahu makan sayur, ikan, dan daging.Sekiranya anda amalkan cara pemakanan sebegini, lama-kelamaan badan akan kehilangan vitamin dan nutrien.

2) Mungkin makanan yang kita makan telah kurang nutriennya kerana melalui proses memasak, menyimpan atau memproses. Tahukan anda dengan memotong sayur kecil-kecil juga akan menyebabkan sayur kekurangan nutrien? Memasak menggunakan pinggan mangkuk atau periuk dari loyang atau tembaga boleh mengurangkan nutrien makanan?

3)Sering Makan Di Luar - Memilih secara kerap untuk makan diluar mendedahkan diri kita untuk menerima 'nutrien' pelbagai bahan perasa, lemak, gula dan garam berlebihan yang digunakan untuk menambah kesedapan sesuatu makanan itu.

Apa fungsi vitamin?
1) Mengisi kekurangan nutrien dalam makanan yang kita ambil seharian untuk membantu tubuh berfungsi secara normal.

Salah faham tentang pengambilan vitamin?
vitamin bukan pengganti kepada makanan harian anda. Oleh kerana itu kita tetap perlu kepada makanan kerana vitamin berfungsi untuk mengisi kekurangan nutrien dari makanan.






Thursday, December 23, 2010

Bila Demam @ Selsema Kenapa Vitamin C Kena Patahkan?

Apa maksud Sustained released seperti yang tertera pada Vitamin C 500mg Shaklee? Maksudnya vitamin ini akan dirembeskan secaraperlahan-lahan dalam badan mengikut keperluan badan kita. Ia larut air dan mudah dihapuskan dalam keadaan tertentu seperti stress, cuaca panas dan sebagainya.

Tetapi jika kita demam adalah dinasihatkan untuk mengambil 2 biji sehari iaitu sebiji pagi dan sebiji malam. Selain itu ia perlu dipath dua sebelum ditelan. tujuannya supaya vitamin C itu merembeskan kesemuanya vitamin C 500mg. Ini kerana semasa kita sakit badan kita memerlukan vitamin C pada kadar yang lebih tinggi dari biasa.

Tuesday, December 21, 2010

Alfalfa

Alfalfa adalah antara tumbuhan perubatan yang sangat terkenal di seluruh dunia sebagai bapa kepada semua makanan. Ia juga mempunyai kedudukan penting dalam tradisi herba purba di India, China dan Sepanyol. para ancient healers telah mempelajari melalui pemerhatian selama beberapa abad yang lalu dan kami pula mengesahkan melalui sains bahawa alfalfa adalah gudang zat. Akar tunjangnya menembusi sehingga 20 kaki ke dalam tanah bagi memperolehi kekayaan hasil nutrien dan mineral bumi, sementara daunnya mengumpul klofil dalam amaun yang bayak melalui proses fotosintesis yang semula jadi.

Apa keistimewaan Alfalfa Shaklee ni?
*Ia adalah Formula Shaklee Signature yang dibangunkan oleh Dr. Shaklee dalam tahun 1950-an.
*Hanya menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat termasuk kalsium, fosforous, zat besi dan magnesium, klorofil, bioflavonoid serta pelbagai mineral surih dan vitamin.

Fungsi Alfalfa Untuk Tubuh Badan Kita adalah :
* Bagi yang menyusukan: Ia adalah Galactagouge iaitu penggalak untuk penghasilan susu ibu

*Bagi yang tidak menyusukan pula ia dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang

*Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan

*Membantu Perkumuhan menjadi lebih lawas.

3) Membantu membuang angin di dalam badan.

4) Termasuk kategori fiber dan mengenyangkan.

5) Bagus untuk buah pinggang.

6) Sangat sesuai dalam merawat asma, allergik dan athritis.

7) Berkhasiat untuk membantu masalah :

* Penyakit Usus (Colon disorder)

* Buah pinggang
* Kencing manis

* Melawaskan usus
* Ulcer
* Fluid retention (sembab)
* Kurang selera
 
8) Mengandungi 8 enzim yang boleh membantu masalah :
* Penghadaman
* Pencernaan


9) Terkaya dengan klorofil yang dapat membantu masalah :

* Gastrik

* Penyakit kulit (Eczema)
* Kurang darah (Anemia)
* Sembelit

* Badan, nafas dan kaki berbau

10) Promotes pituitary gland function

11) Meneutralkan asid dalam badan (Alkalize’s the body and detorities the body especially the liver)


12) Merawat masalah keputihan pada wanita. Sifatnya yang mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti Kacip Fatimah, maka ia membantu dalam "hubungan" suami isteri (enhance libido). Malah, ada juga yang mengaitkannya dengan membantu pembesaran payudara. Memang sangat bagus diambil oleh wanita dan para isteri.
Keistimewaan alfalfa adalah Walaupun alfalfa dikenali sebagai tumbuhan yang kaya dengan micro nutrient namun ia tidak mempunyai sukatan khas yang memenuhi keperluan badan kita. Selain itu juga pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa
*kredit to N

Friday, December 17, 2010

Yang Mana Satu Pilihan Hati

SET A?
Untuk sesiapa sahaja yang memerlukan vitamin untuk kesihatan. Samada lelaki atau perempuan.

Fungsi setiap vitamin

Multivitamin-
*asas keperluan semua vitamin termasuk zat besi untuk pembinaan darah


B complex-
*Membantu membakar glukos untuk ditukarkan menjadi tenaga. (Sangat perlu terutama mereka yang rendah metabolisme).
*Menjadikan kita lebih bertenaga dan gembira kerana kestabilan hormon.
*Selain itu ia juga membantu membantu penumpuan kerja kita menjadi lebih baik.
(Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan)

Vitamin C-
*untuk peningkatan imunisasi badan
*sebagai agen antioksida
*meningkatkan kandungan antibodi badan si ibu yang menyusukan bayi. Sekiranya bayi demam ambil 2 biji sehari.
*bagi ibu yang menghadapi puting melecet/luka/berdarah Insyallah mudah sembuh
Ia juga membantu mencantikkan kulit agar ia semakin bersih, cerah dan cantik
*Ia juga membantu pembentukan kologen yang lebih baik.

Set B?
Mempunyai kandungan yang sama dengan SET A kecuali mempunyai tambahan Alfalfa.

Untuk siapa SET B ?
-Untuk mereka yang menyusukan anak
-Mereka yang mempunyai masalah dengan perkumuhan

Apa fungsi alfalfa?
*Sebagai fiber atau serat yang membantu kelancaran usus untuk memudahkan perkumuhan
*Mengandungi lebih 40 zat nutrien- merangsang  penyerapan nutrien dalam badan
*Menggalakkan penghasilan susuibu kerana ia mengandungi protein yang menyebabkan susuibu lebih pekat berkrim.(Alfalfa tidak boleh di ambil oleh mereka yang mempunyai penyakit SLE)



Wednesday, December 15, 2010

Waktu Pengambilan Vitamin Yang Sesuai

Selalu tak kita tertanya-tanya bila waktu yang sesuai nak makan vitamin. Siang ke? malam ke?. Pada saya bergantung pada sifat vitamin itu sendiri. Kat bawah ni saya ambil dari blog Mommy Lyna.

Bilakah waktu pengambilan vitamin yang sesuai? Biasanya soalan ini bermain di kepala setiap pengamal pemakanan tambahan, terutama bagi yang baru mengamalkannya. Biasanya saya mencadangkan agar pengambilan vitamin pada sebelah malam (Selepas makan malam) bagi memudahkan. Maklum, tidak semua orang sentiasa ingat untuk menelan vitamin pada masa2 yang berbeza. Rule of thumb ialah, badan lebih mudah menyerap nutrient pada waktu malam (waktu tidur).

Walau bagaimanapun, terdapat general rule dalam pengambilan vitamin, sebagai panduan buat semua:
VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak.

VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.

Ostematrix (Kalsium) : Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.

Lecithin : Diambil bersama2 vitamin larut lemak lain.

APA YANG TIDAK DIGALAKKAN
Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa.
Mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi bersama2 VitaLea. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya.
Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin &  mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.
Sekiranya anda merasakan praktik anda mengambil vitamin sekarang tidak mendatangkan kesan yang memuaskan, anda boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Walau bagaimanapun, ia bukanlah muktamad dan masih bergantung kepada tubuh badan
Kredit To Mommy Lyna

Thursday, December 9, 2010

VITAMIN UNTUK IBU MENGANDUNG........

Ibu sebenarnya tidak perasan sama ada ibu pernah menulis tentang vitamin untuk ibu mengandung atau belum pernah, namun jika pernah anggaplah ini iklan dan selingan bagi ibu2 yang baru mengandung dan mencari2 vitamin yang sesuai. Sebenarnya vitamin yang perlu bagi ibu mengandung adalah sama dengan vitamin ibu2 yang nak meningkatkan pengeluaran susu badannya iaitu ....multivitamin, b complex, vitamin C dan tambahan kalsium.

Mengapa pentingnya multivitamin?

1.Selalunya doktor akan bagi ibu yang mengandung vitamin Obimin atau kata lain multivitamin. Secara peribadi pada ibu ia lebih mengandungi pewarna... masakan tidak, cuba genggam di dalam tapak tangan sebiji obimin, kita akan dapati ianya menjadi melekit di tapak tangan kita dan warnanya akan turun di dalam tapak tangan kita. Apakah fungsi multivitamin? Ianya adalah supplement yang dipanggil pelengkap kepada keperluan asas semua vitamin oleh tubuh kita. Mutlivitamin Shaklee mengandungi 12 vitamin dan 7 galian dan ianya lengkap dengan iron formula. Iron sangat penting bagi ibu yang mengandung dan menyusukan anaknya. Kekurangan iron boleh membuatkan si ibu lemah, mudah nak pitam atau pengsan , hb rendah dan sentiasa kelihatan pucat lesu.

2. B complex ... Shaklee mempunyai B complex yang lengkap dengan 8 B iaitu keperluan tubuh yang sempurna ke atas vitamin B. B complex Shaklee mengandungi Folic acid, Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon. Vitamin B dikatakan sangat penting untuk pembentukkan tulang tengkorak anak di dalam kandungan.

3. Vitamin C Shaklee sangat unik. Ianya tidak mempunyai pewarna malah pengawet tambahan. Sebiji vitamin C bersamaan dengan 7 setengah biji oren dan memenuhi keperluan vit C minima tubuh kita iaitu 500mg. Ianya adalah sustained release dan akan digunakan secara beransur2 mengikut keperluan oleh badan kita.

4. Kalsium Shaklee atau nama lainnya Ostematrix sangat perlu bagi mereka yang sering mengalami sakit tulang belakang, kaki cramp, sendi2 yang bisa. Ianya juga penting agar keperluan tubuh badan si ibu dipenuhi dan tidak lupa juga bagi bayi yang dalam kandungan, kalsium sangat penting untuk pembentukan tulang bayi yang kuat. Kalsium Shaklee tidak hanya diperbuat dari kalsium Karbonat semata2 yang boleh membuatkan seseorang sembelit dengan teruk tetapi Kalsium Shaklee dihasilkan oleh campuran kalsium karbonat dan kalsium sitrat dan setakat ini ramai yang jatuh cinta dengan Kalsium shaklee ini.

Selain dari vitamin ini, bagi ibu yang berkemampuan bolehlah menambah pengambilan minyak ikan seperti Omega untuk meningkat sistem imunne baby dan DHA otak bayi.

Wednesday, December 8, 2010

Jom Kita Tingkatkan Metabolisme Tubuh?

Apa itu metabolisme ?Ia adalah jumlah kalori yang dibakar oleh badan untuk mengekalkan fungsi dan nyawa. Segala aktiviti (termasuk proses pernafasan dan sistem badan) memerlukan tenaga (sumber kalori).

Seperti yang kita tahu, peningkatan usia menyebabkan semakin rendah tahap metabolisme tubuh. Bagaimanapun ada beberapa cara yang boleh kita cuba untuk meningkatkan kembali paras metabolisme, antaranya:-

1) Pemakanan - Pastikan kita mendapat sekurang-kurangnya 1,000 kalori setiap hari. Seperti badan proses metabolime memerlukan tenaga daripada makanan. Jika kita mengaamalkan diet kurang daripada 1,000 kalori sehari, secara automatik badan akan memperlahankan kadar metabolisme untuk menjimatkan tenaga.

2) Sarapan - Pastikan diri kita mengambil sarapan kerana kajian menunjukkan individu yang mengambil sarapan secara tetap dalam masa dua jam selepas bangun tidur mempunyai keupayaan lebih baik untuk mengawal berat badan.

3) Minum air masak - Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari, kerana ia membantu meningkatkan kadar metabolisme, proses pencernaan dan perkumuhan bahan toksin daripada badan. Kajian menunjukan minum sekitar 500ml air dapat meningkatkan metabolisme sampai 30 peratus selama 40minit.

4) Makan Dalam Kuantiti Kecil Tetapi Kerap - iaitu setiap empat hingga lima jam. Apabila ada kemasukan makanan, kadar metabolisme akan meningkat kerana badan perlu bekerja untuk mencerna makanan. Secara tidak langsung ia akan menyebabkan kadar metabolisme meningkat bagi menukarkan makanan kepada tenaga.

5) Protein - Mengambil protein disetiap kali makan dikatakan mampu meningkatkan kadar metabolisme lebih baik berbanding karbohidrat dan lemak. Bahkan pengambilan protein pada kadar sederhana mampu mengekalkan dan membina jisim otot. Contohnya Energizing Soy Protein (ESP) dari Shaklee merupakan hidangan lengkap yang mampu membekalkan sumber protein, Kalsium, Thiamin dan riboflavin untuk tubuh badan yang dihasilkan daripada kacang soya. 

6) Teh hijau - Kajian menunjukkan bahawa dengan lima cawan sehari dapat meningkatkan sebanyak 5 peratus kadar metabolisme

*Sumber: Majalah Rapi 15 Januari 2007


Monday, December 6, 2010

Vitamin B Untuk Elak Rambut Beruban Dan Gugur?

Rambut boleh kehilangan warna kerana kekurangan melanin iaitu bahan pewarna semulajadi yang terdapat di dalam badan yang juga dikenali sebagai pigmen.

Apabila usia semakin meningkat, penghasilan pigmen dalam folikel rambut semakin menurun dan mungkin akan berhenti membekalkan bahan perwarna dan menyebabkan rambut menjadi putih atau beruban.
Bagaimanapun seluruh rambut tidak akan beruban dalam masa yang singkat kerana ia mengambil masa 10 hingga 20 tahun. Waktu seluruh rambut akan beruban bergantung kepada tempoh jam biologi masing-masing.

Mari kita tengok fakta tentang rambut :-

* Rambut adalah tisu paling cepat tumbuh pada tubuh.

* 35 meter serat rambut dihasilkan setiap hari pada tempurung kepala golongan dewasa

* Secara umumnya, tempurung kepala ditumbuhi 100,000 helai rambut (untuk rambut hitam),
80,000 (merah), perang (120,000)

* 90 peratus tempurung kepala ditumbuhi rambut manakala 10 peratus lagi 'berehat'
100 helai rambut  gugur setiap hari dianggap biasa

* Penggunaan banyak bahan kimia boleh menyebabkan masalah keguguran rambut

* Kekurangan zat besi dan ketidakseimbangan tiroid boleh juga menyebabkan masalah keguguran rambut

* Hampir 50 peratus lelaki akan mula berhadapan dengan masalah keguguran rambut pada
usia 50 tahun kerana hormon testosterone.

*Secara genetik, 70 peratus lelaki sensitif dengan hormon ini dan seawal usia 8 tahun, folikel rambut yang sensitif akan semakin lemah dan menyebabkan rambut yang tumbuh semakin sedikit dan seterusnya langsung tiada.

* Pada usia 50 tahun juga, kebanyakan wanita mula putus haid dan akan berhadapan dengan masalah sama.

*Kekurangan nutrisi akibat diet rendah lemak atau diet tanpa lemak akan lebih berisiko
mengalami masalah kehilangan rambut yang berkait dengan nutrisi bermula dengan rambut kering, suram dan putus.

Sumber; Dr Jerry Shapiro, Director University of British Columbia Hair
Research and Treatment Centre Vancouver Hospital and Health Sciences

Percayakah anda yang vitamin B Compleks bukan sekadar untuk kurus, tetapi bagus untuk rambut kita juga. Daripada lapan jenis vitamin  B yang diperlukan tubuh, lima daripadanya adalah untuk rambut. Jenis vitamin B tersebut adalah :-

-Vitamin B3 (Niasin)-
  * Ia berguna untuk memperbaiki aliran darah pada kulit kepala.

-Vitamin B5 (Pantotenik)-
  * Jika tidak mahu rambut beruban inilah nutrisinya selain untuk mengatasi rambut
  gugur

-Vitamin B6 (Piridoksin)-
  * Untuk mengelak rambut dari gugur dan penghasilkan melanin untuk elak rambut dari beruban

-Vitamin B12(Sianokobalamin)-
  * Mengatasi masalah rambut gugur.

-Biotin -
 * Biotin digunakan untuk menghasilkan keratin dan mengatasi masalah keguguran rambut. Ia juga berfungsi
 mengawal rambut beruban
*Sumber: Majalah Rapi 1 Oktober 2010




*Vitamin B yang baik mempunyai sistem penyerapan Bioaktif Berpaten, selain mempunyai ke lapan-lapan jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh termasuk biotin.

Friday, December 3, 2010

Apa Pentingnya Vitamin C untuk Kita?

Apa kepentingan vitamin c untuk tubuh badan kita ? Jom cek!
*Sangat penting untuk menjaga salur darah

*Sebagai antioksidan

*Membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan
  antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu.

*Kesannya kulit ibu dan bayi makin bersih, cerah & cantik.

*Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik

B compleks

Mengapa B compleks ?

*Penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein

* Anti stress (sebagai penenang),

*Membantu meninggikan sistem pertahanan badan,

*Menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga

* dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa -sennag cakap sentiasa dalam mood yang baik

*Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantikberseri dan tidak kusam

Wednesday, December 1, 2010

Radikal Bebas vs Anti Oksida

Radikal Bebas bahaya kerana ia memainkan peranan penting dalam terjadinya pelbagai jenis penyakit. Lazimnya ia hanya bersifat perantara yang mampu dengan cepat diubah menjadi sumber yang tidak lagi membahayakan tubuh. Namun begitu, apabila radikal bebas sempat bertemu dengan enzim atau asid lemak tak tepu, ia merupakan petanda awal kerosakan sel lain.

Antara Kesan radikal bebas ialah :

1) Kerosakan DNA yang serius apabila terputusnya rantaian DNA di pelbagai tempat dan tidak boleh diperbaiki oleh sistem pembaikan DNA hingga menyebabkan pembelahan sel akan terganggu akan mengakibatkan berlakunya perubahan tidak normal gen tertentu yang menyebabkan penyakit kanser.

2) Kerosakan Membran Sel - Komponen terpenting membran sel mengandungi asid lemak tak tepu berganda yang sangat lemah terhadap serangan radikal bebas. Sekiranya ia diserang, struktur dan fungsi membran sel akan berubah. Di dalam kedaan yang ekstrem akan mematikan sel pada jaringan tubuh

3) Kerosakan Protein akibat serangan radikal bebas ini termasuklah oksidasi protein yang mengakibatkan kerosakan jaringan tempat protein itu berada. Contohnya kerosakan protein pada lensa mata akan mengakibatkan katarak.

4) Kerosakan Lipid Peroksida yang salah satunya mengakibatkan penyakit degeneratif (kemerosotan fungsi tubuh)

5) Proses Penuaan - Secara semulajadinya manusia mengalami (penurunan) seiring dengan peningkatan usia akibat radikal bebas itu sendiri, secara automatiknya kerosakannya tidak mencapai 100% walaupun secara teori dapat dihalang oleh pelbagai antioksida. Oleh kerana itu kerosakan jaringan oleh radikal bebas akan berlaku secara perlahan-lahan. Proses inilah merupakan proses penuaan seperti kulit tidak lagi anjal, berkedut dan bintik-bintik pigmen kecoklatan di kulit.

6) Mampu Menimbulkan 'Autoimun' - Dalam keadaan normal antibodi hanya terbentuk apabila ada antigen yang masuk ke dalam tubuh. 'automun' adalah terbentuknya antibodi terhadap sesuatu sel tubuh biasa dan ia merosakkan jaringan tubuh dan sangat berbahaya.

Sumber Radikal Bebas

1) Sumber Dalaman- Radiakal bebas dijanakan di dalam tubuh sebagai produk sampingan semasa proses metabolisme biasa. Ada kalanya sel sistem imun tubuh secara sengaja mewujudkan radikal bebas untuk meneutralkan virus dan bakteria.

2) Sumber luaran - Proses pemprosesan makanan, penggunaan racun kimia, asap rokok, makanan yang digoreng, panggang dan bakar,ozon, pendedahan terlalu lama kepada cahaya matahari, penggunaan sinar X, latihan fizikal yang terlampau dan pencemaran alam

Apa itu antioksida?

* tubuh kita mengeluarkan lebih kurang 7 trilion radikal bebas, namun begitu tubuh kita juga dibekalkan dengan antioksida untuk melawan radikal bebas.


Peranan antioksia?

* Menuetralkan radikal bebas dengan 'mendermakan' salah satu elektronnya dan menamatkan tindak balas 'mencuri' elektron. Kesannya antioksida yang kehilangan elektron tadi, tidak akan menjadi radikal bebas kerana keadaannya begitu stabil dalam apa jua bentuk.

* Antioksida bertindak sebagai 'pemburu', membantu mencegah kerosakan selular dan tisu yang boleh membawa kerosakan sel dan penyakit.

* Antioksida menggalakan pertahanan semulajadi melawan proses penuaan pra matang dan melanjutkan hayat.

Sumber Agen Anti Oksida

Vitamin E - Antioksida larut lemak paling banyak terkandung dalam badan. Salah satu daripada antioksida yang paling berkesan memecahkan rantaian kimia.

Vitamin C - Antioksida larut air yang paling banyak terkandung di dalam tubuh. Bertindak di dalam cecair selular. Ia melawan pembentukan radikal bebas yang disebabkn oleh pencemaran dan asap rokok. Vitamin C juga membantu mengembalikan bentuk aktif vitamin E.

*Sumber Rapi 1 Jun 2005

Bagaimana memilih vitamin C dan E yang baik?
Vitamin C- Pilih yang yang berlabel sustained release atau pelepasan masa iaitu ia akan release sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Ia juga tidak mengandungi pewarna dan perasa tambahan kerana ianya tidak mendatangkan kesan yang baik untuk tubuh kita.

Vitamin E -Pilih yang bersifat semulajadi (ada di tulis pada botol bahagian label). Pilihlah vitamin E yang dibekalkan dengan selenium. Ini kerana ia bersifat sinergistik iaitu diserap bersama, keberkesanan setiap vitamin itu saling dipertingkatkan satu sama lain.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...