Friday, November 26, 2010

Panduan Membaca Label Pada Botol Vitamin


Panduan ringkas dari buku tulisan Dr. Bruce Miller.

1. Multivitamin
- Perlu ada 12 vitamin dan 7 galian.

2. B complex:
-perlu ada 8 B untuk mendapat kesan paling baik
-Pastikan folic asid dan biotin dibekalkan sekali.

3. Vitamin C
- minima 500mg
-bersifat pelepasan masa-sustained release
-membekalkan spektrum bioflavonoid dalam amaun yang mencukupi.
-diuji secara klinikal.

4. Vitamin E
- Pilih yang bersifat semulajadi(d-alfa-tocoferol)ada di tulis pada botol bahagian label.Untuk sumber tiruan atau sumber kimia ("l" atau "dl" dan akan ditulis seperti ini; l-alfa-tocoferol atau dl-alfa-tocoferol).
- Pilihlah vitamin E yang dibekalkan dengan selenium. Ini kerana ia bersifat sinergistik iaitu diserap bersama , keberkesanan setiap vitamin itu saling dipertingkatkan satu sama lain.

5. Kalsium
-Pilihlah supplement kalsium yang ada mengandungi Vitamin D dan Magnesium untuk penyerapan yang sempurna.Magnesium sangat berguna dalam mencegah kalsifikasi di buah pinggang, pundi kencing dan sendi.

*Kredit to N

Beza Vitamin Sintetik Dengan Yang Asli

Vitamin Asli - diperolehi dari eksra bahan-bahan semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber vitamin c diperolehi dari pati asid askorbik dalam buah limau.

Vitamin sintetik - Adalah manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri-ciri seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. Dan anda janganterkejut juka tar yang digunakan untuk menurap jalan raya digunakan sebagai salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B compleks sintetik.

Walaupun tidak semua vitamin asli mengambil intipati dari bahan-bahan semulajadi, contohnya kalsium, digabungkan bersama dengan magnesium vitamin D untuk memastikan tubuh dapat menyerap lebih optima. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dalam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.

Wednesday, November 24, 2010

Cantik Dengan Vitamin E

Siapa tak mahu cantik? Lebih-lebih lagi wanita yang dah bergelar ibu. Pelbagai produk kosmetik berada dipasaran, tetapi ramai di antara kita terlupa, tak tahu atau buat-buat tak tau bahawa kecantikan seorang wanita bermula dari dalam. Bagaimana jika anda mencuba vitamin E Shaklee? Apa perbezaan vitamin E biasa dengan vitamin E Shaklee? Vitamin E Shaklee mengandungi keperluan lengkap yang diperlukan oleh tubuh iaitu 400iu dan beserta selenium.

Apa kepentingan vitamin E untuk kecantikan sekiranya di amalkan berterusan?

1. Pengamal vitamin E akan kelihatan muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan.

2.Merapatkan pori-pori dan struktur kulit menjadi halus

3. Membantu menghilangkan jeragat

4. Menjadikan wajah berseri tidak kusam

5. Pigmentasi ketika hamil berkurangan

6. Menghilangkan parut jerawat

Jerawat Oh! Jerawat!

Jerawat! Kadang-kadang pelik ingatkan ketika umur remaja sahaja dia muncul. Umur tak berapa remaja pun dia muncul juga?! Ada beberapa benda yang kita kena tengok berdasarkan pembacaan saya :-

  1. KEBERSIHAN DIRI- Perlu melakukan 3 rejim asas iaitu pencuci, menyegar dan pelembab. Selain itu kebersihan rambut perlu di ambil kira, rambut yang berminyak juga menjadi punca tumbuh jerawat. Pastikan juga sarung bantal dan tilam perlu dibasuh sekurang-kurangnya sebulan sekali. Penggunaan berus, span dan peralatan untuk menyolek perlu dibersihkan selalu bagi menghindar dari jangkitan kuman ke muka.
  2. ALAT SOLEK- Pastikan anda memilih alat solek yang tidak mengandungi minyak. Contoh kita kena beli alat solek yang tertulis oil free, noncomedogenic @ noncnegenic
  3. AIR MASAK- Sekurang-kurangnya 3 liter sehari
  4. TIDUR BERKUALITI- bergantung pada setiap orang berpa jam diperlukan. Biasanya semakin meningkat usia semakin kurang jumlah jam tidur diperlukan.
  5. SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN-Yang ni semua orang tau kan?
  6. VITAMIN- Dapatkan suplement vitamin C dan E with selenium sebagai agen antioksida terbaik

Tuesday, November 23, 2010

Mengapa saya memilih Shaklee...

Kisah bermula selepas melahirkan anak saya berazam untuk BF sehingga umur 2 tahun sekurang-kurangnya. Tetapi saya menghadapi masalah kerap demam dan selsema. Cuma pelbagai jenama makanan tambahan tetapi gagal. Selain itu seperti kebanyakan ibu selepas melahirkan berat badan pasti bertambah dan sukar menurunkannya pula.

Entah bagaimana apabila surf internet membaca satu forum berkaitan penyusuan susuibu, terlihat satu blog berkaitan dengan vitamin Shaklee milik N, lantas saya buka blognya dan mengirimkan es-em-es. Vitamin pertama yang saya beli ialah vitamin c, b dan Performance Drink. (maklum ketika itu hampir tiba bulan puasa). Sebulan menggunakan rasa perbezaan, kurang rasa letih dan semakin jarang selsema, jika ada adatlah tetapi sembuh dalam sehari dua. Sekejap sahaja.

Pasal berat badan dalam masa kurang setahun berjaya turunkan berat badan sebanyak 7kg. Aha! mungkin ada yang berkata sikitnya. Tapi lebih baik dari terus naik dan tidak mahu turun. Perjalanan BF saya berjalan lancar dan masih sehingga kini iaitu 2 tahun 5 bulan dan masih mengepam walau tidak semeriah dulu, tapi cukup untuk keperluan sehariaanya. Alhamdulillah!

Friday, November 19, 2010

VitaLea/Multivitamin Untuk Cantik?

Biar betul? Vitalea mengandungi 12 vitamin, 7 galian dan zat besi bersamaan dengan 40 jenis hidangan lauk untuk setiap 2biji vitalea untuk kecantikan. Ini bermakna, kita kena makan 40 jenis lauk untuk mendapatkan kebaikan 2 biji multivitamin itu. Wah! berapa perbelanjaanya pula untuk 40 jenis lauk tu? Tentu banyak kan?
Apa Kaitan Vitalea dengan kecantikan ?

* Mengurangkan rasa keletihan yang mudah terpancar melalui wajah

* Cantikkan kulit kerana ia dapat menyerap semua zat dari vitamin yang kita makan dengan baik kerana
   vitalea tidak mengandungi pewarna, perasa atau pengawet.

* Cantikkan rambut
   Menurut buku yang saya baca, salah satu punca rambut gugur adalah berpunca dari kekurangan zat besi
   Dan B - Dalam Vitalea mempunyai Zat besi dan B6 untuk elak keguguran rambut dan B12 untuk
   mengatasi keguguran rambut

* Suplement penting untuk kurus
   Menurut Fred Hutchinson Cancer Research Centre terhadap 15,000 pesakit kanser yang mengambil 
   multivitamin selama beberapa tahun berjaya menurunkan berat sebanyak 14 paun berbanding yang tidak
   mengambil multivitamin. Ini kerana kehilangan nutrisi penting boleh sebabkan rasa lapar dan kromium boleh
   bantu normalkan kandungan gula dalam darah seterusnya kawal nafsu makan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...