Monday, May 22, 2017

Kenal Tak Jenis Kulit Muka Kita ?

Bila nak beli produk penjagaan kulit satu benda yang perlu diberi perhatian selain produk itu selamat adalah jenis kulit.

Jenis kulit itu akan kekal bersama anda disepanjang hayat. Tetapi keadaan kulit anda akan berubah-rubah mengikut usia, hormone dan cara menjaga kulit.

Satu pembacaan saya, mengatakan hanya lebih kurang 10 peratus penduduk dunia berkulit normal. Selainnya adalah berminyak, kombinasi atau kering.

Macamana nak tau jenis kulit kita ?

Sedikit tip ni harap membantu untuk memilih produk penjagaan kulit.

Kulit berminyak wajah kita nampak melekit dan berminyak-minyak. Dari jauh dah nampak minyak-minyak tu terutama kat hidung tu. Lubang liang roma pula jelas kelihatan.

Kulit kering ciri-cirinya kasar dan tidak bersinar, kering dan pecah-pecah, sensitif, lubang pori kecil, kulit kelihatan pucat dan berkedut.

Kulit normal pula pori-pori halus, kulit bercahaya, cerah, halus dan struktur kulit lembut.

Kombinasi pula bercirikan di atas pada bahagian-bahagian wajah. Kebiasaannya zon T berminyak, pipi normal atau kering.

Apa pun kena bersyukur dengan kulit wajah kita. Paling penting kena pastikan produk penjagaan kulit yang kita beli sesuai dengan kulit.

Juga, dapatkan suplemen untuk kulit supaya ia seimbang. Tidak terlalu berminyak atau terlalu kering yang akan mendatangkan masalah seperti berkedut walau usia masih muda, atau jerawat tak terkawal.

Kulit anda macamana ?

Nak dapatkan produk penjagaan kulit atau suplemen yang baik untuk kulit?

Hubungi saya di 012-6816979

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...