Sunday, July 23, 2017

Suka Berlari ?

Bagusnya kalau dapat berlari setiap hari kan ? Apatah lagi kalau dapat berlari pada waktu pagi, Vitamin D pun dapat sama.

Saturday, July 22, 2017

Sedap Di Tapak Kaki

Mencari sabun untuk mop atau basuh lantai, apabila selepas cucian kering tak rasa melekit-lekit di kaki, walau tanpa membilasnya?

Saya suka Basic H. Memang ia tidak berbau harum seperti sabun cuci yang lain kerana tiada bahan kimia yang perlu disembunyikan disebalik haruman wangi.

Diperbuat daripada bahan super organic yang ditambah buih-buih ringan. Itu yang membuatkan ia tidak melekit di tapak kaki bila kering.

Paling pasti ia selamat sekiranya ada anak-anak yang baru belajar merangkak atau ada alah dengan cucian.

Berminat? Hubungi saya di 012-6816979

Thursday, July 20, 2017

Makanan Mengatasi Ketagihan Gula

Saya tertarik dengan satu idea yang dicetuskan oleh pengkaji mengenali makanan untuk memerangi ketagihan gula.

Bukan dadah sahaja perlu diperangi!

Jika anda rasa anda sangat ketagih dengan gula, amalkan 3 jenis makanan ni, iaitu kurma, serbuk kayu manis dan makanan yang mengandungi kromium.

Makanan yang mengandungi kromium contohnya adalah roti gandum penuh, daging tanpa lemak, epal, organ dalaman haiwan, keju, cendawan, asparagus dan kacang hijau.

Jadi, siapa yang memang ambil Vitalea setiap hari, memang bertuahlah sebab ia lengkap mengandungi Kromium.

Anda rasa anda ketagihan gula?

Nak dapatkan Vitalea, boleh dihubungi di 012-6816979

Friday, July 14, 2017

Membantu Ketidakhadaman

Masih lagi berhari raya berkunjung ke sana sini.

Makan di sana makan di sini. Walau pada hakikatnya kita tak berhajat makan sampai kenyang. Tapi, makan di rumah ini sikit, di rumah sana sikit, dah rasa kenyang sangat.

Bagi nak atasi rasa yang macam tu, bagus ambil 2 ulas bawang putih mentah-mentah tau!

Fungsinya membantu meningkatkan ketidakhadaman perut.

Sanggup ke nak kunyah-kunyah bawang putih tu? Sedangkan yang ada dalam makanan pun kita ketepikan?

Sebab tu saya suka aje nak telan Garlic Shaklee ni.

Berminat ke dengan Garlic Shaklee ni?

Boleh wassapp saya di 012-6816979.

Tuesday, July 11, 2017

Ibu Hamil, Bila Boleh Berhenti Ambil Iron?

HB rendah selalu dikaitkan dengan kekurangan iron dalam darah. Iron pula mesti berkait rapat dengan ibu hamil.

Walau pada hakikatnya semua orang pun perlukan iron.

Eh! Kita cerita dulu bila seorang ibu tu boleh berhenti ambil iron.

Satu artikel di akhbar hasil wawancara dengan seorang Pakar Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Premitha Damodaran mengatakan, wanita perlu terus mengambil makanan kaya dengan zat besi dan pemakanan tambahan sehingga mereka berhenti menyusukan bayi atau selama enam bulan selepas melahirkan anak.

Zat besi atau iron ni antara fungsinya menghantar oksigen ke sel di seluruh badan.

Kekurangannya iron akan menyebabkan kekurangan oksigen ke sel otak dan ini boleh menyebabkan seseorang itu merasa lesu, pucat, sesak nafas dan sentiasa beras penat.

Jadi, samada anda hamil atau tidak. Lelaki atau perempuan memang amat memerlukan iron.

Pastikan hidangan kita setiap hari ada sumber iron, kalau rasa tak cukup wajib topup dengan suplemen.

Nak beli iron Shaklee? Iron Shaklee ni dah berusia 100 tahun.

Berminat? Wassapp saya di 012-6816979

Monday, July 10, 2017

Baik Untuk Otak, Baik Untuk Badan !

Satu status yang di muatnaik oleh Dr Rizal Abu Bakar menyebut, nutrisi yang bagus untuk otak, bagus untuk jantung, bagus untuk seluruh badan.

Mengapa? Mengapa ? Dan mengapa ?

Kalau difikir-fikir betul juga. Okay, kalau dalam Shaklee, vitamin yang bagus untuk otak tu contohnya Lecithin, Omega Guard antara yang bagus juga untuk jantung kita.

Bagusnya untuk badan kita kerana fungsinya menyingkirkan kolestrol, melembabkan kulit.

Kan, kira satu badan tu!

Satu buku yang di tulis oleh Dr Tuah Iskandar menyebut, kajian sains mengakui kebanyakkan penyakit berkait rapat dengan otak.

Otak bekerja tanpa rehat, menyebabkan fikiran dan sistem tubuh menjadi lemah lalu jemput macam-macam penyakit termasuk berkaitan jantung.

Jadi, makanan yang bagus untuk otak akan buat otak dapat berfikir dengan baik, bertenang, cepat membuat keputusan - jadi tubuh pun dapat rehat.

Jadi, jangan fikir makanan yang kaya dengan nutrisi untuk otak hanya untuk otak cergas, bijak. Tapi ia bagus untuk kesihatan seluruh badan.

Berminat untuk dapatkan vitamin untuk otak ?

Sunday, July 9, 2017

Idea memvariasi Minuman Untuk Tetamu!

Aidilfitri dan budaya kunjung mengunjungi sesuatu amalan yang sangat elok diteruskan dari zaman ke zaman.

Tetamu yang berkunjung pasti akan dihidang dengan juadah yang menyelerakan ikut kemampuan tuan rumah.

Selalu benar kita dihidang dengan minuman manis lagi bergas. Mungkin kita selaku tuan rumah boleh mengubah tradisi itu. Supaya minuman yang terhidang lebih sihat, menyegarkan dan sedap itu dah tentu!

Boleh cuba buat teh dengan mencampurkan serai, lemon dan daun pudina. Boleh dihidangkan panas atau sejuk.

Jika teh biasa, lebih sedap jika guna sedikit gula putih. Pasti lebih menyihatkan.

Jika gunakan Cinch Tea sebagai hidangan tersebut harus tanpa gula, tetapi boleh di ganti dengan madu.

Cinch Tea membantu mengurangkan rasa mengantuk lepas makan berat-berat, singkirkan sedikit sebanyak lemak, hilangkan angin yang buat sendawa tak habis-habis tu.

Mudah-mudahan entry ini bagi idea nak variasikan minuman untuk tetamu.

Berminat dengan Cinch Tea, boleh hubungi saya di 012-6816979

Wednesday, July 5, 2017

Bandar 'Vantage'!

Muar Bandar Vantage. Ye betul! Sebab banyak bangunan lama yang dipulihara dan kekal masih berfungsi, termasuk rumah kedai ini.

Sesuatu yang dah lama kewujudannya dan masih berfungsi sampai hari ini sesuatu yang bernilai.

Begitu juga dengan kewujudan Shaklee. Bermula pada tahun 1915 Dr C. Shaklee mencipta multivitamin pertama dalam dunia dengan nama Vitalized Minerals.

Sehingga hari ini multivitamin tersebut masih ada dalam pasaran dengan nama Vitalea.

Jika ia bukan multivitamin yang baik, mustahil ia masih ada dalam pasaran.

Melalui lebih 83,000 kali ujian kualiti setiap tahun untuk setiap produknya.

Menjalankan 350 ujian ke atas setiap bahan baru untuk memastikan ia selamat digunakan dalam jangkamasa panjang.

Itu antara untuk kekal relevan dan 'vantage' pada kelas yang tersendiri.

Berminat dengan produk Shaklee? Boleh hubungi saya di 012-6816979

Monday, June 19, 2017

Musim Raya Musim Demam

Begitulah kan rutinnya? Lepas raya penuh klinik. Demam. Belum lagi dengan cirit biritnya dan muntah-muntah, terutama kanak-kanak.

Tersalah makan. Ada anak-anak yang alah dengan makanan tertentu tapi budak-budak macam biasalah! Nampak sedap, mereka pun makan.

Lagi satu, gula. Gula antara penyebab kepada lemahnya sistem imun kita. Pengambilan makanan dan minuman yang banyak dihidang dan kita mengambilnya dalam kuantiti yang banyak memang memudaratkan.

Juga, jangkitan. Kau demam selang dua tiga hari, kita pula demam!

Suplemen yang bagus untuk mencegah tak sihat pada musim perayaan di samping jaga sikit apa yang kita makan, ambillah Vitamin C untuk tingkatkan sistem imun setiap hari dan ambil Nutriferon sesekali sebagai 'first Aid' kepada badan.

Berminat? Hubungi saya di 012-6816979

Friday, June 9, 2017

Kenapa Wanita Nampak Cepat Tua Berbanding Lelaki ?

✔kulit muka lelaki lebih banyak kologen semulajadi berbanding kulit muka perempuan

✔ Kulit muka lelaki 25% lebih tebal berbanding wanita

✔Sebab itu kulit wanita dewasa boleh kelihatan 15 tahun lebih tua berbanding lelaki yang sebaya dengannya.

Lagi satu,
✔wanita melalui kitaran setiap bulan
✔hamil
✔melahirkan
✔menyusukan
Situasi ini menyebabkan banyak nutrien dalam badan di bawa keluar yang menyebabkan wanita kekurangan nutrisi. Tanpa nutrisi diganti ia menjadikan wanita kelihatan lebih cepat tua berbanding lelaki.

Itu dari segi biologi, belum lagi psikologi.

Sebab itu banyak suplemen dicipta untuk wanita. Paling penting sebelum menjadi pengguna perlu pastikan suplemen itu selamat digunakan.

Lagi satu, pengambilan suplemen masih perlu makanan seimbang sebagai asas dan senaman sebagai rutin- itu prinsip Shaklee tau!

Tiada, ambil suplemen sekian-sekian sebagai ganti jika anda tak suka makan sayur atau sebagainya.

Berminat dengan suplemen Shaklee? Boleh wassapp saya di 012-6816979

Thursday, June 8, 2017

Cerita Wanita Di 10 Ramadan Akhir

Saya ambil daripada facebook  Dr Zaharuddin Abd Rahman‬.

Kita sudah menjengah ke 10 hari terakhir bulan Ramadan..ada yang hati semakin sayu namun ada yang semakin gembira untuk hariraya...Sepuluh terakhir terdapat malam al-qadar...

Ada yang bertanya, adakah wanita sedang haid terhalang dari keberkatan lailatul Qadar?. 

Sudah tentu jawabnya tidak, Allah s.w.t maha adil. Bagi wanita sedang uzur pelbagai amalan dan ibadah yang masih boleh dilakukan seperti :-

1) Berzikir
2) Berdoa
3) Membawa terjemahan Al-Quran serta memahaminya.
4) Mendengar bacaan Al-Quran oleh suaminya, adik beradik atau dari kaset.
5) Mendengar dan menghayati kuliah agama yang menghuraikan pengajaran ayat al-Quran, Hadis, kaedah beramal dan hukum hakam.
6) Banyakkan menderma dan bersedeqah
7) Menulis dan memberi nasihat-nasihat berguna kepada ahli keluarga dan sahabat handai.

Berkenaan wanita haid untuk membaca al-Quran tanpa menyentuh mushaf atau secara hafalan, sebahagian ulama silam seperti mazhab Imam Malik, satu pendapat pada mazhab Ahmad, Ibn Taimiyyah dan al-Syaukani juga memilih pendapat ini berdasarkan ketiadaan dalil yang kuat dan jelas yang melarangnya. Demikian ijtihad dari mereka setelah menganggap hadis specifik yang melarang sebagai lemah. Ini termasuklah bacaan sama ada dari smartphone atau tafsir. 

Manakala ilmuwan kontemporari yang mengharuskan seperti Syeikh Prof. Dr Muhammad Abu Laylah ( Prof Syariah di Univ Al-Azhar), Ibn Baz, Albani berpendapat mereka dibenarkan juga membaca al-Quran tanpa memegangnya  (melalui hafazan), malah sebahagian yang lain seperti Fatwa Ulama Saudi pula membenarkan mereka membacanya melalui mushaf. Saya tidak ingin membincangkannya di sini. Sekadar memberikan idea dan keterbukaan di kalangan para ulama.

Pun begitu, majoriti mazhab termasuk mazhab al-Syafie tidak mengharuskan wanita hadi membaca al-quran kecuali pada kadar yang sederhana dan niat zikir dan bukannya bacaan al-Quran. Wallahu'alam.

Wednesday, June 7, 2017

Idea Nak Minum Cinch Tea

Ada orang tak boleh minum teh kosong. Kena bubuh gula atau susu pekat manis.

Tapi untuk konsep Cinch Tea, akan hilang kemujarabannya jika dicampur gula atau susu pekat manis.

Rendam serai dengan sedikit air panas. Bila dah keluar aroma harum serai, letak air masak, masukkan hirisan lemon dan Performance Drink. Kalau suka ais kiub, boleh letak.
Serius, sangat sedap, segar dan lebih menyihatkan!

Boleh, dapatkan Cinch Tea dan Performance Drink daripada saya di 012-6816979, serai dan lemon boleh beli di pasar ye!

Friday, June 2, 2017

Nak Beli Suplemen Shaklee Murah ?

Anda 'survey' di sana sini mencari siapa Pengedar Shaklee atau Shaklee Independent Distribute (SID) yang menjual vitamin harga paling murah.

Dari satu nombor ke satu nombor anda dail. Susah kan?

Apa kata, anda saja mendaftar menjadi SID ! Confirm boleh dapat harga ahli untuk anda amalkan vitamin itu. Jadi ahli tak bermakna anda kena jual vitamin.

Jadi, tak payah susah-susah survey sana sini ! Malah, anda boleh dapat dapat vitamin percuma.

Oh! Bukan Shaklee bagi vitamin percuma, tetapi dapat bonus hasil belian suplemen tu, anda boleh beli vitamin lain tanpa mengganggu perbelanjaan lain anda.

Jadi, anda tak payah keluarkan duit !

Nak beli vitamin murah tanpa survey? Wassapp saya di 012-6816979

Sunday, May 28, 2017

Ramadan. Lepas Subuh dan Tidur.

Selepas Solat Subuh rasa mengantuk sangat. Berazam mahu Qatam Al-Quraan Ramadan tahun ini, tapi baru dapat satu lembaran sudah terlelap dua, tiga kali.

Mungkin tadi sahur nasi, tapi tak sahur nasi memang tak boleh. Perut Melayu!

Suka minum teh O masa sahur? Bukan ke teh banyak kaffein? Nanti asyik buang air kecil.

Istimewanya teh ini tidak memerlukan gula dan air panas untuk menyediakannya. Malah, mengandungi semua nutrien yang terdapat dalam daun teh termasuk serta, mineral dan antioksidan.

Teh yang saya maksudkan tu adalah Cinch Tea. Hampir tiada kaffein. Satu peket ada 5mg kaffein saja, terlalu sedikit jika dibandingkan dengan teh biasa.

Membantu mengurangkan rasa mengantuk lepas bersahur kerana mengandungi taurina.

Macamana nak ambil ? Rasa banyak sangat air nak minum. ESP, PD. Ni Cinch Tea pula!

Ada banyak cara. Boleh minum bila bangun pagi, selepas minum air masak, sambil menyediakan juadah untuk bersahur, boleh bancuh Cinch Tea tu. Bancuh tanpa gula. Kalau tekak tak boleh terima, titiskan jus limau nipis atau lemon.

Setelah menghampiri imsyak, boleh minum ESP bersama PD untuk pastikan tubuh terhidrat dan rasa kenyang lebih lama.

Ada orang bancuh sekali ESP, PD dan Cinch Tea. Kemudian minum ketika nak menghampiri imsyak.

Ikut kesesuaian diri. Malah ada yang tak lalu nak bersahur, jadi cuma ambil 3 biji kurma dan ESP, PD dan Cinch Tea dengan bancuhan lebih pekat supaya dapat bertahan.

Berminat nak dapatkan Cinch Tea atau kesemua minuman hot Ramadan ini?

Hubungi saya di 012-6816979

Thursday, May 25, 2017

Performance Drink Hilangkan Dahaga Ketika Berpuasa ?

Betul ke, minum Performance Drink (PD) boleh menghilangkan dahaga ketika berpuasa ?

Itu dah menyalahi salah satu konsep berpuasa iaitu menahan diri dari lapar dan dahaga serta perkara yang membatalkan puasa !

Minum PD bukan tidak dahaga ye! Setiap hari kita memerlukan antara 2 hingga 3 liter air kosong. Tetapi bila berpuasa, jumlah itu menjadi terhad. Tak larat nak minum air masak banyak-banyak wei !

Di tambah lagi bila berbuka, atau bersahur atau selepas Solat Terawikh minum kaffein dalam jumlah yang banyak, ia akan buat air cepat hilang dari badan.

Jadi, bila minum PD, jumlah air dalam badan dapat dijaga supaya tubuh tidak kering supaya tidak terlalu letih hingga tak boleh kerja apa!

Mahu dapatkan PD. Insyallah jika order hari ini, esok sampai. Bolehlah bersahur dengan PD.

Hubungi saya di wassapp 012-6816979

Monday, May 22, 2017

Kenal Tak Jenis Kulit Muka Kita ?

Bila nak beli produk penjagaan kulit satu benda yang perlu diberi perhatian selain produk itu selamat adalah jenis kulit.

Jenis kulit itu akan kekal bersama anda disepanjang hayat. Tetapi keadaan kulit anda akan berubah-rubah mengikut usia, hormone dan cara menjaga kulit.

Satu pembacaan saya, mengatakan hanya lebih kurang 10 peratus penduduk dunia berkulit normal. Selainnya adalah berminyak, kombinasi atau kering.

Macamana nak tau jenis kulit kita ?

Sedikit tip ni harap membantu untuk memilih produk penjagaan kulit.

Kulit berminyak wajah kita nampak melekit dan berminyak-minyak. Dari jauh dah nampak minyak-minyak tu terutama kat hidung tu. Lubang liang roma pula jelas kelihatan.

Kulit kering ciri-cirinya kasar dan tidak bersinar, kering dan pecah-pecah, sensitif, lubang pori kecil, kulit kelihatan pucat dan berkedut.

Kulit normal pula pori-pori halus, kulit bercahaya, cerah, halus dan struktur kulit lembut.

Kombinasi pula bercirikan di atas pada bahagian-bahagian wajah. Kebiasaannya zon T berminyak, pipi normal atau kering.

Apa pun kena bersyukur dengan kulit wajah kita. Paling penting kena pastikan produk penjagaan kulit yang kita beli sesuai dengan kulit.

Juga, dapatkan suplemen untuk kulit supaya ia seimbang. Tidak terlalu berminyak atau terlalu kering yang akan mendatangkan masalah seperti berkedut walau usia masih muda, atau jerawat tak terkawal.

Kulit anda macamana ?

Nak dapatkan produk penjagaan kulit atau suplemen yang baik untuk kulit?

Hubungi saya di 012-6816979

Sunday, May 21, 2017

Alami Kekeringan Di Sekitar Mulut Ketika Berpuasa ?

Kerap tak alami kekeringan disekeliling mulut bila memasuki minggu kedua Ramadhan ?

Jika ye, itu tanda ketidakseimbangan pengaliran air dalam badan. Ia bukan disebabkan kerana berpuasa.

Tetapi diet yang tak seimbang termasuk berlebihan mengambil minuman berkaffein selepas masuk waktu berbuka atau ketika bersahur buat air lebih cepat hilang dari badan.

Jadi, bancuhlah Performance Drink(PD) yang punya perisa asli oren ketika bersahur dan berbuka.

PD jika di ambil ketika bersahur membantu mengekalkan air dalam badan untuk mencegah pendehidratan.

Jika di ambil ketika berbuka PD membantu menggantikan air yang telah hilang.

Nak dapatkan PD? Hubungi saya di 012-6816979

Saturday, May 20, 2017

Mahu Ke Tidak Beli Tembikai Begini ?

Jika beli tembikai mahu tak beli tembikai macam ni ?


Penuh dengan biji dan berongga sana sini. Rasa tak berbaloi nak beli. Berbanding tembikai yang ada kat pasaran sekarang. Tiada biji dan nampak padat.

Rata-rata antara kita memilih yang tiada biji. Sebab tidak mahu gangguan ketika sedang menikmatinya.

Buah tembikai yang tiada biji adalah sebahagian makanan yang telah melalui proses pengubahsuai genetik atau Genetically Modified Organism (GMO).

GMO dilakukan ke atas sumber makanan kita demi pengguna dan pengeluar.

Bagi pihak pengguna tentulah supaya makanan itu lebih mudah di makan. Cuba tengok tembikai yang Non-GMO tu, penuh dengan biji. Jika GMO tak ada biji, senang masuk mulut.

Selain itu, ia lebih berbaloi untuk di beli. Cuba bayangkan anda beli tembikai Non-GMO tu, dah la banyak biji, banyak pula rongganya. Memang tak berbaloi kalau nak beli.

Lagi satu, GMO akan membuatkan mudah untuk kita dapat sesuatu makanan tu dipasaran, kerana GMO dapat menghasilkan makanan dengan banyak. Apatah lagi hari ini jumlah penduduk dunia semakin ramai.

Bagi pihak pengeluar pula, GMO untuk memastikan dapat mengeluarkan dengan lebih banyak makanan, kerana salah satu fungsi GMO proses tumbesaran makanan dapat disingkatkan masanya.

Tumbuhan yang telah melalui proses GMO ini akan rintang terhadap penyakit dan makhluk perosak berbanding tumbuhan yang Non GMO. Tujuan masih sama seperti di atas - dapat menghasilkan pengeluaran dengan banyak.

Disebalik kebaikan proses GMO ini, ia bukan sesuatu yang bagus untuk tubuh badan kita. 

Salah satunya GMO ini menjadi penyebab kepada pengubahsuaian DNA kita. Mungkin tidak kepada kita, tetapi kepada anak-anak dan generasi akan datang.

Pengubahsuaian genetik tu antaranya akan menyebabkan kita mendapat penyakit yang mungkin tidak diwarisi oleh generasi terdahulu. 

Biasakan pada hari ini kita dengar atau di alami oleh ahli keluarga kita sendiri - mendapat penyakit kronik dari kecil atau pada usia masih muda sedangkan tiada penyakit itu pada datuk dan nenek.

Salah satu sebabnya bila DNA yang terletak dalam sel kita telah berubah kodnya hasil pemakanan penuh GMO itu.

Kita tak boleh elak kaitan antara makanan dan GMO tu, tetapi kita masih boleh berusaha mencari titik keseimbangan tu.

Shaklee menyarankan agar dalam kehidupan kita amalkan 3 konsep, iaitu ;-
* Eat Healthy
* Exercise 
* Supplement Wisely

Mahu sertai keluarga Shaklee saya ? Hubungi saya di 012-6816979

Friday, May 19, 2017

Mencari Pengganti Minuman Berkaffein ?

Rasa mengantuk selepas bersahur ? Kadang-kadang ketika sedang berzikir selepas Solat Subuh pun boleh terlelap.

Lalu, sesetengah kita ambil minuman berkaffein ketika bersahur untuk hilangkan rasa mengantuk pada awal pagi.

Sudahnya tekak terasa kering walaupun masih di awal pagi.

Minuman berkaffein akan buat kita selalu hendak ke bilik air, dan tubuh jadi kehilangan banyak air.

Boleh cuba ganti minuman berkaffein tu dengan Cinch Tea. Sejenis teh yang cuma ada 5mg kaffein untuk satu peket kecil berbanding minuman lain.

Mengandungi 4 jenis teh yang ditambah dengan taurina untuk meningkatkan tenaga dan kurangkan rasa mengantuk. Tiada gluten, perisa tiruan, pewarna atau bahan pemanis.

Ye, di bancuh tanpa gula dan minum dengan hampas-hampas teh sekali !

Ambil ketika bersahur dan ketika hendak Solat Terawikh supaya tidak mengantuk dan bertenaga. Maklumlah kedua-dua situasi tu kita lepas makan kan?

Berminat ? Nak dapatkan Cinch Tea ? Hubungi saya di 012-6816979

Wednesday, May 17, 2017

Kekal Fokus dan Kekal Konsisten !

Satu tip yang saya baca, untuk kekal fokus dan konsisten dengan apa yang kita buat. Kita perlu :-

✔ Utamakan yang utama
✔ Tinggalkan yang tidak berkepentingan.

Berminat nak sertai Shaklee ? Hubungi saya di 012-6816979

Apa Yang Kita Perlu Lihat Bila Beli Vitamin C ?

Bila beli Vitamin C, apakah yang antaranya yang kita perlu tengok ?

Bioflavonoid. Itu salah satu yang perlu kita tengok. Bioflavonoid itu diekstrak daripada kulit buah.

Bioflavonoid banyak fungsinya kepada tubuh badan kita.

Paling utama, Bioflavonoid membantu meningkatkan kemampuan keberkesanan Vitamin C di dalam tubuh kita.

Bioflavonoid ini membantu menjaga kestabilan Vitamin C itu daripada teroksida kepada udara. Tiada guna kita ambil Vitamin C sekiranya ia sudah teroksida sedangkan salah satu fungsi Vitamin C adalah membantu mengurangkan kerosakan badan akibat bahan kimia bertoksik.

Selain daripada itu, jika anda adalah penghidap sembelit berdarah, jangan tidak tahu bahawa pengambilan Vitamin C yang lengkap dengan Bioflavonoid membantu penyembuhan kerana ia membantu mengurangkan, meredakan peradangan, kurangkan sakit dan menguatkan dinding rektrum stabil.

Jika anda ambil Vitamin C tanpa Bioflavonoid, ia sama macam makan oren dengan membuang kulitnya, sedangkan kita mahu dapatkan khasiat kulit oren tu!

Vitamin C Shaklee diperbuat daripada jagung kerana ia sama molekul dengan buah-buahan sitrus supaya kurang berasid supaya selamat untuk penghidap gastrik. Tetapi ia telah ditambah dengan kulit buah-buah sitrus untuk mendapatkan Bioflavonoid.

Berminat? Hubungi saya di 012-6816979


Monday, May 15, 2017

Lepas Makan Manis-Manis Terus Minum Vivix, Tau!

Saya terjumpa nota yang saya salin mengenai Vivix. Tarikh kelas tu 19 Disember 2015 bertempat ni Shaklee Johor Bahru.

Ada orang dalam sehari tak boleh tinggal makanan dan minuman manis. Perlu. Teh tarik, kek, puding. Dalam pada berusaha nak kurangkan tu, pasti kena makan dan minum juga manis-manis tu!

Ada tak solusi nak kurangkan risiko terjadinya penyakit sementara usaha nak kurangkan ambil manis-manis tu berhasil ?

Ada.

Begini, selepas minum atau makan manis, terus minum Vivix. Dalam masa 5 jam ia membantu kurangkan risiko manis-manis yang kita ambil tu menjadi AGE.

AGE tu apa ? AGE adalah gula yang berlebihan dalam badan pergi ke sel dan bergabung dengan protein.

Gabungan antara gula dan protein bukan sesuatu yang baik, ia menjadi antara punca utama kepada penyakit  Diabetis, nampak tua dari usia sebenar, serangan jantung, masalah buah pinggang dan banyak lagi.

Tapi, bukannya bila kita makan-makan di luar rumah bawa Vivix. Lagipun Vivix perlu disimpan dalam peti sejuk.

Jadi, ada baiknya tak perlu tunggu lepas  ambil manis-manis baru minum Vivix. Mengikut kajian klinikal, minum Vivix setiap hari nyata mampu melambatkan sebanyak 90% penghasilan AGE.

Suka makan dan minum manis-manis ?

Nak dapatkan Vivix ? Boleh hubungi saya di 012-6816979

Sunday, May 14, 2017

Magnesium Mencegah Diabetis

Magnesium. Tak sah kalau tak kaitkan Magnesium Shaklee dengan  cara nak selesaikan masalah sembelit.

Tapi kali ni kita lari jauh sikit sebab saya nak kongsi tentang fungsi Magnesium dalam usaha mencegah Diabetis.

Magnesium ini akan bekerjasama rapat dengan insulin. Magnesium diperlukan bagi membolehkan glukosa masuk ke dalam sel untuk diuraikan menjadi tenaga.

Tanpa proses penguraian akan menyebabkan glukosa tertinggal dalam darah dan salah satu kesannya ia akan menjadikan tubuh lesu sebagaimana yang kerap pesakit Diabetis alami.

Jadi, cegah lebih mudah dan murah.

Berminat dengan Magnesium Shaklee ? Ia ada dalam Ostematrix.

Hubungi saya di 012-6816979

Sunday, May 7, 2017

Set Berpuasa Yang Selalu Laris

Beberapa hari lagi kita akan menyambut Ramadhan.

Tercari-cari minuman yang membantu tubuh badan kita tidak kering, rasa lebih bertenaga, atasi kekurangan pengambilan fiber ketika berpuasa dan pastinya selamat di ambil seisi keluarga dari kanak-kanak sampai orang dewasa.

Boleh hubungi saya di 012-6816979

Saturday, May 6, 2017

Kerja Kahwin Dan Migrain

Dulu, setiap kali pulang dari menghadiri majlis kerja kahwin mesti saya kena migrain.

Panas. Ramai orang. Berserabut. Penat. Minum ais.

Itu antara yang menjadi penyebab.

Tapi, itu dulu. Sekarang dah takde lagi kena migrain setiap kali menghadiri majlis kerja kahwin.

Suplemen yang bagus untuk mereka yang menghidap migrain ini adalah ESP, Vitamin B dan Ostematrix.

Ia adalah suplemen, membantu dengan mengurangkan kekerapan diserang migrain.

Membantu punca kena migrain, contohnya kekurangan magnesium, Vitamin B6. Orang kata baiki punca yang kita boleh kawal adalah lebih bagus untuk tubuh kita menerima punca dari luar seperti faktor persekitaran, cuaca dan macam-macam lagi.

Oh ye! Saya nak kongsi dua keping kampung majlis kahwin sepupu siang tadi.

Anda penghidap migrain ? Nak cuba kurangkan kekerapan kena migrain?

Boleh hubungi saya di 012-6816979

Friday, May 5, 2017

Macamana Nak Tau Kulit Wajah Kita Dalam Kategori Sihat Atau Tidak ?

Semua wanita suka kulit yang sihat.

Tetapi, kulit yang sihat tu bagaimana? Putih melepak, licin macam porselin, atau macamana?

Satu sumber yang saya dapat daripada penulisan Puan Mary Ani di Facebook beliau, kategori di bawah masih dalam kategori 'Kulit Sihat'.

* Ada jerawat kecil-kecil, satu dua
* Tona kulit tak sekata sikit-sikit
* Jeragat sikit-sikit
* kedut sikit-sikit

Pokoknya semua tu sikit-sikit dan masih terkawal maka kulit kita masih dalam kategori sihat.

Paling penting, perlu tahu jenis kulit sebelum memilih 'skincare'.

Berminat nak tau skincare Shaklee yang sesuai untuk kulit anda ?

Boleh hubungi saya di 012-6816979

Thursday, May 4, 2017

Api Dalam Sekam !

Satu buku yang di tulis oleh Dr Jau-Fei Chen bertajuk NUTRITION.IMMUNITY.LONGEVITY ada sesuatu yang baru saya tahu. Mungkin orang lain dah lama tahu.

Tak mengapa. Saya kongsi saja.

Beberapa fakta menarik tentang kanser yang patut kita cegah awal dari mengubatinya.

Menurut penulis buku ini, walau secanggih mana bidang perubatan tidak dapat mengenal pasti tumor kecuali selepas ia berdiameter 1 mm.

Sekiranya tumor itu dikesan sebagai kanser, ia bukan hanya mengandungi satu sel kanser, tapi mengandungi berjuta sel kanser. Kemudian, bayangkan sel-sel itu adalah yang sukar dijangka perkembangannya.

Manakala kanser payudara mungkin ambil masa 6 hingga 8 tahun untuk membesar dari satu sel ke saiz 1cm.

Ada satu lagi kanser, iaitu Colorectal cancer yang mengambil masa 10 hingga 20 untuk di kesan.

Sebab tu kanser selalu di kesan dalam situasi yang terlambat. Kehadirannya sukar di kesan dari awal.

Vivix antara suplemen yang bagus di ambil untuk mencegah kanser, kerana fungsinya hingga jauh ke dalam sel. Membantu sel berfungsi sepatutnya tanpa membenarkan terjadinya sel kanser.

Nak dapatkan harga Vivix bersama keahlian percuma? Boleh hubungi saya di 012-6816979.


Wednesday, May 3, 2017

Satu Tip Cegah Diabetis Tanpa Suplemen?

Saya teringat masa kelas berkaitan Diabetis, ada satu tip nak mencegah Diabetis selain menjaga pengambilan makanan setiap hari.

Apa tu? Bersenam setiap hari antara 30 hingga 45 minit sehari antara cara mencegah Diabetis.

Mengapa bersenam ? Bersenam mampu mengaktifkan insulin supaya dapat menjalankan fungsinya dengan baik.

Anda bersenam berapa kali seminggu ? Adakah setiap hari ?

Berminat nak tambah dengan pengambilan suplemen?

Boleh wassapp saya di 012-6816979

Tuesday, May 2, 2017

Beza Antara Jenis Dan Keadaan Kulit !

"Kulit saya berminyak, berjerawat, kusam, berjeragat!"

Selalu kita baca dan dengar ayat kat atas tu!

Tahu tak kita bahawa ia sebenarnya merujuk kepada situasi berbeza iaitu JENIS dan KEADAAN kulit.

Jenis kulit terdiri daripada normal, berminyak dan kombinasi. Jika tak silap saya, hanya 10% kulit wajah manusia dalam kategori normal.

Jenis kulit ini akan kekal pada sepanjang hayat. Ia tidak akan berubah sampai bila-bila.

"Masa muda kulit saya berminyak, bila dah sedikit berumur, kulit saya kering!"

Sebenarnya itu bukan jenis kulit, tetapi ia merujuk kepada KEADAAN kulit.

Keadaan kulit ini memang boleh berubah-rubah akibat cuaca, umur, hormon, pemakanan, cara kita jaga kebersihan dan banyak lagi.

Keadaan kulit kita itulah yang mencetuskan masalah pada kulit kita, samada berjerawat, berjeragat, kusam dan macam-macam lagi.

Jadi, pengambilan suplemen dan produk penjagaan kulit yang baik akan membantu kita memperbaiki keadaan kulit kita supaya sihat dan cantik.

Anda nak dapatkan suplemen dan produk penjagaan kulit yang sesuai dengan anda ?

Boleh hubungi saya di 012-6816979


Monday, May 1, 2017

Kulit Muka Saya Kusam !

Kulit muka kusam. Nampak macam tak berseri kan? Cuba tutup dengan solekan ? Itu sementara saja. Tak selesaikan masalah.

Apakata, kita baiki masalah kulit kusam dari dalam kulit kita.

Pertama sekali kulit kusam sebab sel-sel mati kat kulit tak dapat nak disingkirkan. Setiap 3 minggu sel-sel kulit muka akan bertukar dengan sel yang baru.

Ketika itu  tubuh memerlukan protein untuk menghasilkan sel-sel yang baru. Kekurangan protein yang lengkap dengan 9 asid amino perlu menggagalkan sel-sel baru lagi sihat untuk hidup dan singkirkan sel-sel kulit mati tu!

Kedua, cuaca panas membuatkan kulit memerlukan pelindung matahari supaya kulit sihat.

Jika losyen pelindung matahari melindungi kulit dilapisan luar, Vitamin E dan vitamin C  memberi perlindungan dari pancaran matahari di bawah lapisan kulit. Selain ia berfungsi sebagai antioksida yang membantu mencegah kerosakan dan kematian sel sebelum waktunya akibat radikal bebas.

Anda sedang alami masalah kulit kusam ? Boleh amalkan protein ESP kerana ia lengkap dengan 9 asid amino perlu untuk memastikan sel-sel kulit yang tumbuh sihat. Juga Vitamin C dan E dari Shaklee untuk melindungi kulit dari matahari dan lindungi sel dari mati atau rosak.

Berminat? Boleh wassapp saya di 012-6816979

Sunday, April 30, 2017

9 Asid Amino Perlu Untuk Secangkir Insulin.

Insulin ini adalah hormon yang dihasilkan oleh sel beta di pankreas. Insulin dihasilkan dengan banyak selepas makan. Fungsi insulin ini untuk memudahkan glukos memasuki sel hati.

Ketika menghadiri bengkel Shaklee, satu yang saya baru tau adalah insulin adalah sejenis protein. Maksudnya insulin yang memang dihasilkan oleh pankreas tau, bukan yang digunakan oleh pesakit Diabetis.

Insulin ini dihasilkan hasil gabungan 9 asid amino perlu yang memang kita boleh dapat dalam makanan harian, jika kita makan ayam, ikan, daging mentah. Insyallah akan dapat 9 asid amino perlu.

Tetapi 9 asid amino itu memang akan berkurang jika kita ambil sumber protein yang telah dimasak. Sebab protein sangat sensitif dengan haba panas, apatah lagi jika kita masak sampai mendidih.

Adakah pesakit Diabetis jenis 1 bermula dengan kekurangan 9 asid amino perlu apabila pankreas tak boleh buat insulin ?

Waallahualam.

Anda nak tak protein Shaklee yang diberi nama ESP. Ia mengandungi lengkap dengan 9 asid amino perlu. Di samping kita nikmati pelbagai jua dah dari sumber protein harian, kita tambah dengan protein ESP untuk memastikan tubuh dapat 9 asid amino perlu setiap hari.

Boleh wassapp saya di 012-6816979

Saturday, April 29, 2017

Boleh Ke Berhenti Makan Ubat Doktor Bila Ambil Suplemen?

Rasanya isu berkaitan tajuk kat atas tu memang sentiasa jadi 'panas'.

Betul, anda memang tak payah makan ubat doktor pun jika anda memang sihat.

Tetapi, sesekali kena jumpa doktor untuk buat pemeriksaan kesihatan. Suplemen di sini membantu anda mencegah dari mendapat penyakit kronik.

Jika anda memang disahkan menghidap penyakit kronik, anda memang perlu mengambil ubat-ubatan yang dibekalkan oleh doktor serta mengikuti jadual untuk berjumpa doktor bagi memeriksa tahap kesihatan anda dari semasa ke semasa.

Juga, mengamalkan diet yang di syorkan serta mengamalkan cara hidup yang sihat dengan berhenti merokok dan kerap bersenam.

Kalau begitu, buat apa ambil suplemen ?

Suplemen ini bertindak sebagai 'penyelamat' kepada penyakit anda supaya tidak menjadi komplikasi yang lebih teruk.

Contohnya anda menghidap Diabetis yang dikenali sebagai ibu penyakit yang boleh menyebabkan anda menghadapi penyakit berangkai-rangkai yang lain.

Pengambilan suplemen yang betul, mengambil ubat-ubatan, mengamalkan diet yang sesuai dan mengubah cara hidup membantu anda mengurangkan risiko penyakit lain seperti sakit jantung, kegagalan buah pinggang, darah tinggi dan pelbagai lagi.

Jadi, anda perlukan suplemen yang tepat untuk menjadi penyelamat kepada masalah kesihatan anda.

Vivix, antara suplemen yang bagus di ambil jika anda menghidap menyakit kronik.

Bagi anda yang masih sihat, Vivix membantu mencegah risiko penyakit kronik.

Berminat untuk mendapatkan suplemen yang bersesuaian ? Hubungi saya di 012-6816979

Gamnar hiasan sahaja.

Friday, April 28, 2017

Dilema Kulit Berminyak

Orang kata, mereka yang miliki kulit berminyak ni awet muda sebab kedut-kedut sukar nak kelihatan.

Itu memang saya suka! Sebab saya miliki kulit jenis berminyak.

Tetapi, saya dan mereka yang memiliki kulit berminyak ni kalau penjagaan tak kena jerawat senang singgah dan mekap yang dikenakan di wajah sukar nak rapi.

Nak tau tak, JENIS kulit kita ni samada berminyak, normal atau kombinasi akan kekal disepanjang hayat.

Namun, KEADAAN kulit kita samada berjerawat, berjeragat, berkedut akan berubah mengikut cuaca, hormon, pemakanan dan cara kita jaga kulit.

Bercakap tentang penjagaan kulit untuk kulit berminyak semestinya kena pilih yang sesuai dengan mereka yang punya jenis kulit berminyak.

Produk penjagaan yang bagus bukan untuk 'mengeringkan' kulit, tetapi ia mesti bertujuan supaya minyak kat kulit berkurangan dan terkawal supaya kulit kita lebih sihat. Kalau ada jerawat ia menjadi semakin berkurangan. Juga jika bermekap walau hanya memakai bedak, ia menjadi lebih rapi, tidak sememeh.

Saya suka guna Makeup Remove ni. Ia tidak berbuih tetapi ia membersih hingga jauh ke dalam tetapi tidak buat kulit saya kering, merengsa atau pedih.

Lagi satu yang saya suka, ia melambatkan kulit wajah saya kembali berminyak selepas mencuci. Jadi, kulit rasa lebih sihat, segar, bedak tahan lama dan mengawal kemunculan jerawat dari kerap tumbuh.


Berminat nak dapatkan pencuci yang best ni ? Boleh wassapp saya di 012-6816979

Wednesday, April 26, 2017

Nak Kaki Kuat, Makan Kaki Ayam!

Pernah dengar ?
Kenapa kaki ayam?

Sebab dikatakan kaki ayam mengandungi banyak kologen.

Kologen ni fungsinya bukan sahaja untuk tegangkan kulit. Tetapi ia membantu mengurangkan kesakitan dan geseran di sendi-sendi terutama dilutut. Sebab itu ia dikaitkan dengan makan kaki ayam kalau nak kaki kuat!

Tapi, sukar nak agak, berapa banyak kaki ayam nak kita ambil setiap hari untuk menampung keperluan kologen yang dah hilang dan nak legakan kesakitan lutut.

Paling mudah, ambil kologen dalam bentuk suplemen. Mudah nak agak, keperluan kologen yang kita perlukan.

Contohnya kologen Shaklee, satu sacket mengandungi 4000mg kologen sisik ikan merah, iaitu sumber kologen yang mahal kerana kualitinya.

Juga, mengandungi ekstrak kekerang yang penting untuk membuat cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi, kerana semakin kita berusia, semakin kurang pelincir ini. Sebab itu, bila kita dah berusia, selalu alami sakit lutut.

Berminat tak, nak hadiahkan Kologen Shaklee kepada mak dan ayah yang selalu sakit lutut tu ? Ramadhan dah semakin hampir, mudah-mudahan hadiah anda ini membantu mereka menunaikan Solat Terawikh dengan sempurna.

Berminat? Hubungi saya di 012-6816979

Tuesday, April 25, 2017

Vitamin Untuk Orang Sihat Dan Menjimatkan!

Menjadi kebiasaan kita akan mencari suplemen jika disahkan menghidap sesuatu penyakit dengan asbab nak cepat sihat.

Nak tau tak, jika kita ambil ketika masih sihat ia macam tali pinggang kelender. Sebagai ikhtiar memberi perlindungan kepada tubuh badan kita dari penyakit kronik.

Walaubagaimanapun, ia tak bermakna kita takkan jatuh sakit. Tapi risiko akan menjadi kurang. Senang cakap mencegah lebih baik dari merawat.

Lagi satu, bila kita ambil ketika masih sihat, semua vitamin menjadi lebih jimat, kerana kita ambil dalam jumlah yang minima untuk kesihatan optima.

Apa dia yang dikatakan vitamin untuk orang sihat dan menjimatkan ini ?

Tentulah ia berkaitan dengan vitamin untuk sel-sel badan kita ni.

ESP : untuk memastikan sel-sel yang tumbuh menggantikan sel-sel yang mati tu sihat.

Vitalea/multivitamin : makanan kepada sel-sel untuk hidup dengan sihat.

Vitamin B : memberi tenaga kepada sel-sel melalui pelepasan tenaga daripada makanan yang kita ambil

Vitamin C : sebagai antioksida melindungi sel-sel kita dari radikal bebas.

Tu baru fungsinya untuk sel-sel badan kita. Ada banyak lagi fungsinya untuk kesihatan badan kita walau nampak macam basic aje!

Anda orang yang sihat kan? Nak dapatkan vitamin untuk orang sihat?

Berminat nak dapatkan? Boleh wassapp saya di 012-6816979

Sunday, April 23, 2017

Vanadium dan Insulin

Vanadium. Ketika 'slide' Kelas Shaklee yang bertajuk Diabetis oleh Datuk Dr Azizon Osman memaparkan perkataan tu saya dah kerut dahi.

Apa benda pula ni ? Kat kelas dulu Kromium. Ni Vanadium pula.

Balik rumah saya belek semua botol Vitamin Shaklee sebab nak cari perkataan Vanadium.

Ye! Saya menemuinya di label Vitalea atau multivitamin.

Apa fungsi Vanadium untuk membantu kita mencegah penyakit Diabetis atau kencing manis ?

Insulin ni di hasilkan oleh sel beta di pankreas. Ia dihasilkan dengan banyak selepas makan kerana ketika itu glukos dalam badan tinggi.

Fungsi insulin ini untuk mudahkan glukos memasuki sel hati.

Salah satu penyebab penyakit Diabetis adalah apabila insulin tidak sensitif atau peka akan kehadiran glukos dalam darah.

Jadi fungsi Vanadium ini untuk membantu meningkatkan sensitif insulin pada kehadiran glukos dalam badan dengan cara mengawal rembesan insulin selepas makan. Bermakna bila kita makan, Vanadium akan memastikan insulin keluar bersesuian dengan apa yang kita makan.

Bagi pesakit Diabetis, pengambilan suplemen beserta ubat dan diet yang bagus, membantu mengawal gula dalam darah dan mencegah komplikasi akibat Diabetis.

Bagaimanapun, mencegah lebih baik dari merawat.

Ingat! Vanadium ada dalam Vitalea !

Berminat? Hubungi saya di 012-6816979

Wednesday, April 19, 2017

Runsing Fikirkan Hutang Keliling Pinggang?

Cikgu saya pesan baca doa di bawah ni tiga kali selepas solat, hendak tidur atau ketika keruncingan itu datang.

Mudah-mudahan dengan asbab berdoa dimudahkan semua urusan dan tiada kemalasan yang buat kerugian masa.

Tuesday, April 18, 2017

Vitamin B Complex Yang Ditakuti!

Serius!

Bila sebut ambillah B Complex, muka dah kerut-kerut.

Apa fungsi Vitamin B Complex ni?

Fungsi utamanya adalah menukarkan makanan kita yang terdiri daripada lemak, karbohidrat dan protein itu menjadi tenaga.

Supaya unsur-unsur tu tidak disimpan dalam badan sebaliknya dikeluarkan menjadi tenaga.

Lagi satu Vitamin ni bagus di ambil supaya tak stress, sebab mengandungi B5 atau Pantothenic Acid iaitu vitamin anti-stress.

Jadi, jangan takut nak telan Vitamin B. Makan dan rajin-rajin minum air masak.

Nak dapatkan Vitamin B? Boleh wassapp saya di 012-6816979

Monday, April 17, 2017

Anda Bakal Raja Sehari ?

Bila sebut bakal pengantin mesti terbayang persiapan majlis perkahwinan dari pakaian hinggalah hidangan apakah yang bakal disajikan.

Namun, bakal pengantin selalu lupa nak masukkan dalam senarai beberapa suplemen yang perlu diambil untuk hari bahagia itu.

Bukan saja untuk tampil menawan pada hari bahagia dengan kulit yang sihat, tetapi untuk memastikan tubuh badan juga bertenaga, dapat kawal tekanan. Tak mau tertekan-tekan, berkerut-kerut wajah nanti jerawat tumbuh dan muka pun nampak tua!

Paling penting set ini khusus juga sebagai persiapan untuk kehamilan.

Biasa bakal ibu bila hamil baru nak cari suplemen yang baik, masa tu ramai yang mengalami alahan. Jangankan nak telan suplemen, nak makan minum pun terkeluar balik.

Begitu juga ibu hamil yang minat dengan makanan rapu ketika hamil untuk melayan permintaan tekak. Keadaan itu akan buat tubuh kekurangan nutrisi untuk tumbesaran bayi dalam rahim.

Jadi, jika ambil sebelum hamil, ia umpama tabungan dalam badan untuk menghadapi sebarang kemungkinan di awal kehamilan sebelum keadaan menjadi lebih baik pada trismeter kedua.

Malah, ramai yang tak perasan hamil, masuk bulan kedua baru ketahuan. 


Anda bakal pengantin ? Perlukan suplemen untuk cantik dan sihat sepanjang majlis dan persediaan bergelar ibu ?

Boleh wassapp saya di 012-6816979

Sunday, April 16, 2017

Leader Build Leaders

Jika sebelah pagi semalam kami belajar tentang Diabetis. Pada sebelah petang kami belajar tentang Leader Build Leaders, modul kedua.

Orang kata nak buat apa-apa kena berseni. Tak semua orang lahir-lahir memang berseni.

Nak sertai geng Shaklee saya? Boleh hubungi saya di 012-6816979

Semua Tentang Diabetis

Diabetis. Hari ini ia seperti penyakit yang macam tak menakutkan. Sebab hari ini, dari umur kanak-kanak dah ada penghidapnya.

Semalam 15 April 2017 bertempat di Hotel Sri Petaling saya dapat menghadirkan diri dalam satu kelas yang membincangkan tentang Diabetis.

Tetamu khas yang di jemput adalah Datuk Doktor Azizon Othman seorang doktor pakar darah dari sebuah hospital.

Sesi kedua, adalah membincangkan tentang suplemen yang bagus diambil untuk mencegah dan sesuai untuk penghidap Diabetis. Topik ini dibincangkan oleh Puan Sarah iaitu seorang Nutritionist Shaklee.

Dengan hanya bayar RM30, saya dapat macam-macam ilmu. Alhamdulillah. Mudah-mudahan saya dapat 'sharing' sesuatu yang bermanfaat bukan setakat menjual vitamin aje !

Oh ye! Nak beli vitamin, boleh wassapp saya di 012-6816979

Monday, April 10, 2017

Ambil Vitamin Tapi Tiada Kesan ?

Orang tu ambil vitamin nampak kesan, kenapa saya ambil vitamin dah lama tapi tak dak kesan !?

Pertama, pastikan usus kita sebagai penyerap vitamin yang kita ambil berfungsi dengan baik. Tiada sisa-sisa yang tak berkenaan tu menempel kat usus. Caranya ambil Herbalax untuk buang sisa-sisa tak berkenaan itu.

Kedua, mudahkan proses penyerapan itu dengan ambil protein ESP. Salah satu fungsi protein adalah membantu penyerapan vitamin dalam badan dengan baik dan sempurna.

Jadi, kalau orang lain ambil vitamin nampak kesan, anda tak, tambah dengan dua suplemen hebat ni !

Berminat ?

Wassapp saya di 012-6816979

Wednesday, March 29, 2017

Dapat Hadiah Dari Shaklee Jepun !

Julai tahun lepas saya sertai esei berkaitan Shaklee anjuran blog #anakkuwiraku anjuran Puan Norita.

Tajuk esei saya adalah Nak Hadiah Dari Shaklee Jepun. Siap-siap tulis nak hadiah dari Shaklee Jepun. Memang macam dah confidence dapat kan? Walau tau yang sertai ramai.

Bila Puan Norita hubungi saya menang hadiah saguhati yang berupa ESP pelbagai perisa yang belum ada kat Malaysia.

Wah...... Selsema-selsema terus baik ! Hahahaha!

Satu hari nanti nak pergi Shaklee Jepun dan beli belah di sana!

Anda nak sertai keluarga Shaklee saya ? Boleh wassapp saya di 012-6816979

Friday, March 24, 2017

Buang Angin Dan Panaskan Badan

Seorang mak cik membeli Peppermint kerana alami masalah angin macam tak lepas kat perut. Serta alami badan yang sering sejuk-sejuk.

Beliau try and error cara pengambilan. Cara pengambilan yang sesuai untuk mak cik ni adalah ambil sebelum tidur.

Kesannya dia dah tak rasa sejuk-sejuk badan yang sering di alami wanita yang seusia dengannya.

Sebelum ni beliau rasa alami banyak angin dibahagian perut hingga rasa keras, sekarang dah takde lagi.

Alhamdulillah.

Anda alami banyak angin dan sejuk-sejuk badan ?

Boleh wassapp saya di 012-6816979

Wednesday, March 22, 2017

Selsema Dan Batuk Lambat Sembuh ?

Cuaca panas kat luar, mulalah ramai yang demam, selsema dan batuk.

Termasuklah saya. 3 hari lepas saya pun demam, batuk dan selsema.

Cara saya ambil Nutriferon tiga peket sekaligus kemudian setiap 2 jam saya ambil Vitamin C. Alhamdulillah batuk dah baik hari ni, cuma selsema masih ada sesekali. Tapi tak seteruk masa hari pertama dan kedua.

Anda batuk dan selsema tak baik-baik ?

Ambillah Nutriferon dan Vitamin C untuk tingkatkan sistem imun kita. Selain ambillah air suam yang secukupnya.

Berminat ?
Wassapp saya di 012-6816979

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...