Friday, October 28, 2016

Jawapan Istikharah

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Bila sebut Solat Istikharah mesti fikir nak pilih calon wife atau husband. 


Tapi sebenarnya banyak sebab mengapa kita mesti Solat Istikharah, dan kena percaya apabila kita tidak mengetepikan Allah dalam membuat keputusan, maka kita akan jauh dari kekecewaan.

Solat Istikharah adalah satu anugerah istimewa buat orang Islam. Allah bagi kita peluang bertanya kepadanya-Nya dalam dilema membuat sebarang keputusan.

Bagaimana jika Solat Istikharah itu tetap buat hati berbolak balik ? Saya teringat satu buku yang menyatakan, 'Solat lagi, sampai puas hati, sampai hati tak berbelah bagi lagi atau sampai peluang kedua berlalu pergi.

Menurut buku itu lagi, ramai orang fikir bila kita buat Istikharah mereka boleh dapat kepurtusan segera. Tidak. ada yang menuntut kita bermain dengan masa. Ada keputusan yang hanya boleh kita putuskan apabila kita sudah tidak punya sebarang pilihan.

Beristikharah maknanya minta tolong dengan Allah, jadi kena iringi dengan rasa percaya Allah akan bantu. Percaya Allah akan leraikan kekusutan ini dan percaya apa yang berlaku itu adalah yang terbaik untuk kita !

Salam Jumaat !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...