Saturday, October 29, 2016

Usah Berdukacita, Usah Berkeluh Kesah

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Ada satu doa yang yang di ajar oleh Baginda Rasullah SAW kepada seseorang seorang sahabat yang bernama Umaimah yang memikirkan hutangnya. Lalu baginda mengajarkan doa di bawah ini.



Cikgu saya ajar baca doa ini setiap hari usai solat 5 waktu. Pesannya lagi bukan hanya di 'share' di ruangan maya, amalkan baru 'share' - baru berkat !

Walaupun doa itu berkaitan dengan hutang, tetapi sebenarnya yang kita tak tahu di sebalik ini.

Dalam doa ini ada perkataan keluh kesah dan dukacita. Saya nak kongsi sedikit hasil tulisan Puan Norli binti Madian salah seorang penulis dalam Majalah Anis.

Menurut rencana itu, 'keluh kesah ' itu terkait dengan rasa bimbang atas sesuatu yang belum pasti. Kita belum melalui sesuatu, belum buat pun, tapi kita asyik memikirkan boleh ke melaluinya sekali lagi. Adakah akan melalui peristiwa sedih lagi. Boleh ke ? Boleh ke ?

Manakala 'dukacita' merujuk kepada sesuatu yang dah berlaku. Menimbulkan trauma, mungkin berbulan-bulan. Tapi tak akan lama.

Dalam rencana itu juga di tunjukkan bagaimana menundukkan perasaan 'keluh kesah' itu. Bawa hati kita kepada Allah dan redha walaupun pada sesuatu yang belum terjadi. Bukankah itu termasuk dalam Rukun Iman iaitu Percaya Pada Qada dan Qadar.

Percaya semua perkara berkaitan jodoh, rezeki, amal dan ajal telah ditentukan semasa kita dalam kandungan ibu lagi. Tak perlu bimbang - percaya sahaja kepada ketentuan Allah.

Tapi memang tak mudah sebab sifat manusia itu - penuh dengan tergesa-gesa.

Dalam Surah Al- Isra' "Dan manusia berdoa untuk keburukan sebagaimana dia berdoa untuk kebaikan. Dan manusia bersifat tergesa-gesa"

Macamana tu ? Menurut penulis ini, Ada ketikanya kita memohon sesuatu yang tidak ada kebaikan kepada kita. Contohnya kita nak memiliki sesuatu, tetapi Allah Maha Tahu jika kita miliki nanti kita akan menderita - Inilah maksudnya manusia tergesa-gesa hingga tanpa sedar mendoakan keburukan terhadap takdirnya sendiri.

Begitulah takdir hidup kita, kita tak boleh memaksa sesuatu sebelum masanya. Yakin bahawa semua yang ditetapkan dan Allah Maha Baik dalam setiap perencanaan. Selain usaha dan ikhtiar, ada sesuatu yang lebih diperlukan. Sabar. Dan sabar.

Ibrah (pengajaran) untuk saya dan mungkin anda yang sedang membaca.

Friday, October 28, 2016

Jawapan Istikharah

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Bila sebut Solat Istikharah mesti fikir nak pilih calon wife atau husband. 


Tapi sebenarnya banyak sebab mengapa kita mesti Solat Istikharah, dan kena percaya apabila kita tidak mengetepikan Allah dalam membuat keputusan, maka kita akan jauh dari kekecewaan.

Solat Istikharah adalah satu anugerah istimewa buat orang Islam. Allah bagi kita peluang bertanya kepadanya-Nya dalam dilema membuat sebarang keputusan.

Bagaimana jika Solat Istikharah itu tetap buat hati berbolak balik ? Saya teringat satu buku yang menyatakan, 'Solat lagi, sampai puas hati, sampai hati tak berbelah bagi lagi atau sampai peluang kedua berlalu pergi.

Menurut buku itu lagi, ramai orang fikir bila kita buat Istikharah mereka boleh dapat kepurtusan segera. Tidak. ada yang menuntut kita bermain dengan masa. Ada keputusan yang hanya boleh kita putuskan apabila kita sudah tidak punya sebarang pilihan.

Beristikharah maknanya minta tolong dengan Allah, jadi kena iringi dengan rasa percaya Allah akan bantu. Percaya Allah akan leraikan kekusutan ini dan percaya apa yang berlaku itu adalah yang terbaik untuk kita !

Salam Jumaat !

Thursday, October 27, 2016

Bila Ibu Hamil Boleh Mula Ambil Omega Guard?

Salah satu suplemen dalam Set Untuk Ibu Hamil adalah Omega Guard selain Vitalea/multivitamin, Vitamin C, Vitamin B dan ESP.

Waktu yang sesuai untuk ambil Omega Guard adalah selepas kandungan memasuki trimester kedua.

Waktu untuk menghentikan seketika pengambilan Omega Guard adalah 2 minggu sebelum bersalin dan boleh sambung selepas habis pantang. Supaya ibu rasa lebih selesa menjalani proses kelahiran.

Berminat? Boleh wassapp di 012-6826979

Sunday, October 23, 2016

Tidak Sabar Dengan Rezeki Yang Sedikit

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 



Saturday, October 22, 2016

Suka Makan Manis Dan Hilang Fokus Tanda Badan Kurang Protein ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Selama ni saya mempelajari tanda-tanda mudah kita kekurangan protein apabila kena gigit nyamuk, parutnya sahaja ambil masa yang lama nak hilang. Tu baru kena gigit nyamuk, belum lagi parut jerawat !

Sebabnya tubuh kita memerlukan protein untuk menukarkan sel-sel lama ke baru setiap 90 hari, tetapi kekurangan protein buat sel lama gagal untuk ditukar dan sel lama berkumpul disitu !

Saya nak share dapatan dari sebuah  artikel sebagai nilai tambah dari ilmu dahulu. Iyelah makin lama makin tak pandai. Hehehe !



Anda mengalami tanda-tanda kat atas ? Banyak kan ?

Apa kata saya share kenapa kekurangan protein buat kita suka makan manis-manis dan sukar beri tumpuan dulu !

Kenapa kekurangan protein buat kita suka makan manis-manis ?
Sebab salah satu fungsi protein adalah menjaga kestabilan gula dalam darah. Kekurangan protein akan menjejaskan tahap gula anda ia akan menyebabkan tubuh anda mencari makanan manis seperti gula-gula dan air manis.

Kenapa Sukar memberi tumpuan ?
Bermula dari kestabilan gula dalam darah tadi, ia juga perlu untuk membantu kita kekal fokus. Jika tubuh kekurangan protein, ia menyebabkan otak tidak mendapat karbohidrat yang mencukupi, kerana fungsi protein ini adalah membantu proses pelepasan karbohidrat secara stabil dan konsisten ke otak supaya kita kekal fokus.

Jadi, adakah sumber protein anda setiap hari mencukupi ? 

Sumber protein ada banyak, tetapi barangkali ada antara kita yang mengurangkan jumlah pengambilan protein kerana ia hadir bersama kolestrol, lemak dan bahan-bahan yang bersifat GMO supaya sumber berkenaan cepat matang dan rintang penyakit. Malah proses memasak itu sendiri menghilangkan sebahagian 'keistimewaan' protein tu sebab protein sensitif pada suhu tinggi.

Ada bagusnya tambah dengan pengambilan suplemen protein ESP ini bagi membantu menambahbaikkan keperluan sumber protein harian anda.

Lengkap mengandungi 9 asid amino perlu yang kita perlu ambil dari makanan dan daripadanya membantu tubuh badan kita menghasilkan 11 lagi asid amino yang dinamakan asid amino tidak perlu yang menjalankan pelbagai fungsi dalam tubuh kerana sebahagian besar dari tubuh badan kita diperbuat daripada protein.

Berminat nak tambah baik keperluan sumber protein anda ?

Boleh wassapp saya di 012-6816979

Friday, October 21, 2016

Serupa Tapi Tak Sama !


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Kedua-dua kelihatan macam sama, sebenarnya tidak ! Tujuan yang sama, tetapi ia berfungsi dengan cara yang berbeza.




Antara yang popular, kedua-duanya sama bagus untuk otak, tetapi menjalankan fungsi yang berbeza !

Omega Guard ni berasal daripada minyak ikan yang membekalkan DHA dan EPA kepada otak dan mata. Ia berfungsi untuk memberi respon dan memproses maklumat dengan lebih cepat dari apa yang di baca, dipelajari atau disampaikan.

Lecithin pula adalah berasal daripada soya yang sangat bagus membantu meningkatkan acetylcholine dan inositol dalam otak yang berfungsi untuk membantu daya ingatan yang lebih baik dan fokus pada apa yang dipelajari. So, bagi mereka yang mudah lupa disarankan ambil Lecithin untuk mengurangkan kadar lupa.

Shaklee di muar

Nampak macam sama tapi sebenarnya berlainan peranan Omega Guard dan Lecithin ni ? Pengambilan keduanya umpama gabungan mantap untuk otak. Rugi tak cuba !

Nak cuba tak ?

Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Surah Al-Mulk Umpama 'Bodyguard' Yang Tak Kelihatan !

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


Biasa saya membaca dan mendengar Surah Al-Mulk ini adalah surah berkaitan dengan keamanan dan keselamatan kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pengamalnya.

Walaupun ia berkisar kepada kehidupan di alam satu lagi, namun cikgu saya  berpesan amalkan setiap hari selepas Maghrib atau Isyak sebab ia juga melindungi diri kita dari apa-apa sahaja yang kita ada termasuk perniagaan dan keluarga kita. Ya, umpama bodyguard yang tidak kelihatan ! 

Iyelah musuh kita pun bukan semua nyata kelihatan depan mata.

Malah saya terbaca dalam satu laman web mengenai istimewanya surah ini.




Sesungguhnya manusia tak pernah jauh dari isu peribadi, jadi mengadulah segala isu peribadi kepada pemilik peribadi kita sendiri.

Waallahualam.

Thursday, October 20, 2016

Perlindungan 20 Kali Ganda !

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Makin lama makin tak tau ! Selama ni saya telan benda ni sebab ia mengekalkan 'kuasa' cermin mata saya, mata rasa sihat, tidak kering dan lebi awas bila memandu pada waktu malam.


Semalam saya membaca blog Cikgu Shaklee saya, Puan Norita mengenai vitamin 20 kali ganda ni ! Beliau dapat ilmu ni masa kelas Nutrisi Shaklee yg di adakan di Kuala Terengganu. Lama saya tak hadir ke kelas Shaklee. Kat Muar pun dah lama tak ada. kali terakhir dibuat kat Muar Bulan Januari kalau tak silap saya.

Ok, dalam kelas tu mengatakan vitamin ni 20 kal ganda dari Vitamin C. Ia menghapuskan 20 radikal bebas berbanding Vitamin C hanya menghapusn 1 radikal bebas.
 
Amenda Radikal Bebas ni ? Ia adalah sel jahat yang merosakkan DNA tubuh kita. Jika tidak dikawal ia boleh menyebabkan penyakit dan  jika dah terlalu teruk ia boleh sebabka ketumbuhan atau kanser.

Takut kan ?

Vitamin apa yang saya maksudkan ni ? Ia adalah CAROTOMAX !


 
Saya ada terbaca kat nota Shaklee lama saya, gabungan Vitamin E, Vitamin C dan Carotomax bukan sahaja untuk kulit yang cantik, tetapi ia sangat bagus sebagai gabungan mantap lagi ummpp ! untuk menjaga kesihatan kita mencegah dari penyakit kronik.

Betul ke Carotomax ni bagus untuk kulit ? Saya ada kawan seorang yang berusia 54 tahun, dahulu wajahnya penuh dengan jeragat, sejak beliau amalkan Coroomx secara konsisten dalam setahun, jeragatnya semakin menipis. Kenapa lama sangat nak menipis ? Barangan Shaklee bukan telan hari ni esok jadi cantik! Sebab ia memastikan sel dapat menjalankan fungsinya secara normal, contohnya bertukar ke sel baru setiap 90 hari. Lagipun jeragat tak tumbuh dalam masa sehari kan ?

Berminat tak nak cuba Carotomax ?

Boleh wassapp saya di 012-6816979

 

Wednesday, October 19, 2016

Cemburu Yang Membunuh !

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Setiap orang ada rasa cemburu pada seseorang. Bohonglah tak ada !
Cemburu barangkali tanda sayang !
 
Cemburu pada kejayaan seseorang barangkali ia menjadi pendorong kepada kita untuk berusaha lebih gigih supaya kita dapat macam orang yang kita cemburukan tu ! Atau barangkali akan menjadi lebih baik.

Tapi tak baiknya jika rasa cemburu tu buat kita rasa nak buat macam-macam kat orang tu sampai tahap tergamak lagi sampai hati.

Cuma bila rasa cemburu tu datang kita sama-sama ingat balik Sabda Rasullah SAW yang bermaksud : “Tidak boleh cemburu melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengajarkannya pula kepada orang lain”.
Riwayat Hadith al-Bukhari

Ada tak kita cemburukan seseorang hari ni ?

Berminat nak beli Shaklee ? Wassapp saya di 012-6816979

Tuesday, October 18, 2016

Ikan Dan Matematik !

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Saya terbaca satu viral di media sosial tak silap saya, pencapaian pelajar-pelajar yang bersekolah di Pantai Timur baik terutama mata pelajaran Matematik sebab menu harian mereka adalah ikan !





Anak kita suka makan ikan atau tidak ? Anak saya memilih ikan. Tak semua ikan dia suka ! Dan kena cara masaknya, kalau tak dia makan cuit-cuit aje !

Ada logiknya viral tu, sebab ada satu artikel lain yang mengatakan pengambilan Omega 3 (tentulah dari ikan tertentu) membantu pembelajaran Matematik !




Kita anologikan belajar matematik tu macam main bola. Padang bola kita andaikan otak sebagai wadah untuk menimba ilmu. Pemain bola mudah menngelecek bola tanpa tersangkut-sangkut dan score gol tanpa banyak masalah sebab padangnya rata dan bersesuaian, begitu juga ilmu, mudah diterima kerana badan dan otak 'bersedia' menerima, menaakul, menyerap ilmu, mengingat atau segala proses menimba ilmu.

Kalau anak tak suka makan ikan, boleh bagi suplemen ikan. Kalau dari Shaklee, 'suplemen ikan' ni di beri nama Omega Guard. 

Tak salah mencuba suplemen yang dikatakan, dikaji, sebagai penyumbang kepada kepintaran, kecerdikan dan kekuatan memori. Tak rugi mengambil, mencuba sesuatu yang telah di ambil oleh beribu-ribu orang sejak dulu sampai sekarang. 

Nak cuba tak ?

Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Monday, October 17, 2016

Teh Hijau Dan Mata Panda !

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Biasa tak buat untuk mengatasi mata panda kita rendam uncang teh dalam air sejuk dan tekap kat mata ?


Saya selalu ler buat, terasa sejuk, nyaman. Tapi nak lagi best guna uncang teh hijau. Biarkan atas mata selama 20 minit. Kandungan tanin dalam teh boleh membantu mengurangkan bengkak dan mengembalikan kesegaran kulit disekitar mata. Malah khasiat teh hijau lagi bagus sebagai salah satu agen antioksidan membantu mengurangkan dan mengelakkan kedutan halus disekeliling mata. Paling penting kena rajin dan selalu buat.

Nak lagi best, selepas tekap mata dengan uncang teh, sapu dengan Enfuselle Eye Treatment dari Shaklee untuk mengurangkan mata panda. Ia tak berminyak yang boleh buat bintik-bintik putih keliling mata, tak pedihkan kulit disekeliling mata, melalui ujian klinikal supaya selamat dan berkesan, iyelah dah sapu kat mata kot-kot termasuk mata. Oh ye! Lagi satu ia selamat untuk pengguna kanta tekap.

Dah kulit keliling mata dapat khasiat teh hijau, apa kata telan juga teh hijau tu. Tak gemar rasa teh hijau sebab keras ? Boleh cuba campuran pelbagai teh dalam sacket kecil ni yang diberi nama Cinch Tea. Walaupun punya pelbagai jenis teh di dalamnya termasuk teh hijau, rasanya 'mild' aje, tak keras.

Bagus supaya hilang rasa mengantuk dan bertenaga selalu. Iyelah, kan macam-macam kita nak buat dalam sehari, dengan stressnya, barangkali dengan satu sacket dengan hirisan lemon buat anda kembali bersemangat !

Berminat ? Boleh wassapp saya di 012-6816979

Sunday, October 16, 2016

Sayangi Daku !

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

" sekiranya tidak mempunyai rasa kasih dan cinta terhadap kita, maka jangan berharap bahawa orang lain akan mengasihi dan menyintai diri kita " - Datuk Maznah Hamid.

 
Kita selalu fikir, untungnya jadi orang itu, orang ini... Aku tiada apa keistimewaan yang nak dibanggakan.

Apatah lagi dalam kehidupan kita, merendah diri yang amat adalah suatu budaya sehingga kita merasa kita tiada keistimewaan apa-apa untuk kita banggakan apatah lagi buat kita sayang diri kita.

Satu rencana yang ditulis oleh Dr Rozieta Shaary menyebut, bila kita sayangi diri ia akan mencetuskan sejenis kimia yang dipanggil endorfin yang buat kita lebih bertenaga untuk mencapai kejayaan lebih tinggi yang kita idam-idamkan.

Manakala jika kita suka mengutuk diri sendiri, membenci diri sendiri ia akan mencetuskan sejenis kimia  yang membuatkan otak jadi lemah dan membuatkan tubuh jadi lemah dan akibatnya keyakinan diri jadi rendah.

Jadi mana satu yang kita nak ?

Berminat nak dapatkan produk Shaklee atau nak jadi ahli, hubungi saya di wassapp 012-6816979


Saturday, October 15, 2016

Buah Berangan Penyebab Jerawat ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pagi ni saya membuat melihat 'traffic' dalam blog saya. Tiba-tiba....... Terkedu sekejap melihat 'keyword' yang pernah sampai kat blog saya ni !



Buah berangan ? Atau barangkali kuat berangan kot ! Adoi ! Tak pernah saya tulis buah berangan penyebab jerawat. Tak pernah !

Penyebab utama jerawat adalah apabila folikel rambut pada kulit tersumbat. Manusia menghasilkan minyak di bawah kulit (ia dipanggil  sebum) daripada kelenjar di sebelah folikel rambut yang membantu mengekalkan kulit daripada kering. Namun, apabila ada jerawat maka terlalu banyak sebum dihasilkan. Minyak yang berlebihan dan digabungkan dengan sel kulit mati boleh menyebabkan folikel kulit tersumbat. Jerawat atau sista berlaku apabila bakteria yang biasanya tidak merbahaya hidup di dalam kulit, membesar dan menghalang folikel sehingga menjadi radang.

Tapi ada banyak penyebab lain, contohnya tidak menjaga kebersihan. Kenalah raji nbasuh sarung bantal, cadar dan selimut. Kena juga rajin shampoo rambut, cuci muka sebelum tidur.

Lagi satu yang orang jarang perasan adalah pemakanan. Makanan berminyak tu rasanya ramai dah tau penyebab jerawat. Tau tak peminat makanan dan minuman manis juga punca jerawat. Lebihkan minum air putih, banyakkan makan buah-buahan dan sayuran.

Lagi satu perubahan hormon - GLA Complex untuk seimbangkan hormon, terutama remaja yang sedang akil baligh.

Apa vitamin yang bagus untuk atasinya ? Paling asas boleh ambil Vitamin B, Vitamin C dan Vitamin E. Lagi satu, bagi yang alami jerawat yang besar-besar, bagus ambil Omega Guard beberapa biji sehari kerana ia membantu mengatasi keradangan kulit akibat jerawat dan juga bersifat anti abnormal sel. Jerawat tu adalah abnormal sel ye ! 

Selamat berhujung minggu ?

Nak dapatkan vitamin atau nak jadi ahli boleh wassapp di 012-6816979


Friday, October 14, 2016

Bila Saya Bertukar Menjadi OPAH !

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Hai! Anda pernah tak sertai projek dengan anak-anak kat sekolah macam saya dan ibu bapa di sebuah sekolah ni buat ?

Hari tu saya bertukar peranan menjadi opah yang suka bercerita sambil dikelilingi oleh 'cucu-cucu' ! Memang 'win' lah!




Best apa, tapi dalam hati berdoa supaya budak-budak ni faham sebab saya kalau bercakap laju. Tapi takpe, kawan baik saya menterjemahkan dalam Bahasa Cina.

Budak-budak seronok suruh saya cerita lagi dan lagi, lain kalilah ye ! Dah pukul 7:30pagi - masuk kelas !

Berminat nak jadi ahli Shaklee ? Wassapp saya di 012-6816979


Sepuluh Ganda Rahmat Dari Sekali Ucapan Selawat Pada Hari Jumaat !

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Jumaat adalah ‘Sayyidul Ayyam’ iaitu penghulu bagi seluruh hari. Amalan yang paling mudah adalah berselawat kepada junjungan kita Rasullah SAW.

Sebagaimana maksud hadith "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali)”.(HR.Al-Baihaqi)  

Hakikatnya adalah sangat baik mengamalkan membaca selawat setiap masa setiap hari bukan Hari Jumaat sahaja.

Banyak fadhilat berselawat ke atas Rasullah SAW :
  • Sabda Rasulullah saw :"Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali nescaya Allah akan menurunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda. (HR.Muslim
  • Allah akan menghapuskan dosa-dosa kecil dengan kita berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai solat fardu. 
  • Jodoh ditentukan Allah SWT amalkan dengan selawat 100 kali sehari. Insaallah akan dipermudahkan bertemu jodoh. 
  • Setiap penyakit ada penawarnya. Kalau sakit perut bacalah selawat 7 kali pada air dan minum insaallah , perut yang sakit atau memulas akan sembuh. 
  •  Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menyelesaikan masalah. 
  • Amalkan membaca swlawat sebanyak 1,000 kali sehari. Insaallah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. 
  • Sesiapa yang mengamalkan selawat 11 kali sehari ia akan dihormati dan dihargai oleh orang lain. 
  • Menurut Sayyid Ahmad Dahlan sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam jumaat saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh Nabi. 
  • Sesiapa yang berselawat 42 kali sehari. Insaallah akan dihindarkan daripada sifat yang tercela dalam seperti dengki dan sebagainya. 
  • Sesiapa yang amalkan berselawat 1,000 kali pada malam jumaat. Insaallah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia maupun akhirat. 
  • Amalkan selawat 11 kali setiap kali selesai solat fardu. Allah SWT akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain. 
  • Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati agar mudah untuk memahami sesuatu ilmu disamping memperolehi ketenangan fikiran. 
  • Sesiapa yang berselawat tak kira banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya. 
  • Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih di saat menghadapi kesukaran hidup. 
  • Menurut Syibab Ahmad sesiapa yang berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib dan Insyak Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana. 
  • Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1,000 setiap hari Allah memeliharanya daripada ancaman musuh serta bahaya fitnah. 
  • Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa serta dipermudahkan Allah segala urusan dan mendapat keampunanNya. 
  • Menurut As-Shawi sesiapa yang membaca selawat secara rutin akan terpelihara hatinya daripada gangguan tipu daya syaitan yang melalaikan. 
  • Membaca selawat 10 kali pada waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhi mendapat kemurkaan Allah. 
  • Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada Rasulullah saw. 
  • Menurut Al-Hafiz Dimyati sesiapa yang berhajat menemnui Rasulullah saw dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari. 
  •  Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali setiap kali selepas solat Asar pada hari Jumaat Insaallah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang itu. 
  • Sesiapa yang sering mengamalkan selawat pada setiap hari Allah SWT akan membuka pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya. 
  • Jiwa orang gelisah akan tenang dengan berzikir termasuk berselawat sekerap yang mungkin. 
  • Sesiapa yang mengamalkan selawat setiap hari taak kira berapa hitungannya Insaallah terhindar daripada wabak taun dan penyakit berbahaya yang lain. 
  • Membaca selawat 1,000 selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, dukacita serta dikabulkan Allah segala hajatnya. 
  • Sesiapa yang ingin mati dengan kesudahan yang baik maka berselawatlah sebanyak 10 kali selepas solat Maghrib. 
  • Allah SWT akan sempurnakan hajat baik dengan sentiasa berselawat 40 - 100 kali sehari dengan diikuti usaha yang istiqamah. 
  • Sabda Rasulullah saw :"Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari jumaat maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan yang bercahaya. (HR.Abu Naim) 
  • Sabda Rasulullah saw :"Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada pagi dan 10 kali pada waktu petang setiap hari ia akan beroleh syafaatku pada hari kiamat- (HR.Thabrani ).
 Sama-sama ye kita berkongsi dan sama-sama amalkan.

 

Thursday, October 13, 2016

Vitamin Cegah Sel Abnormal Membantu Melembabkan Kulit !

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Ada orang ambil vitamin sebab nak sihat, ada orang sebab nak cantik.

Kalau anda amalkan Vitamin E dan Omega Guard secara konsisten dua-dua anda dapat.


Kedua-duanya adalah vitamin mencegah kehadiran sel abnormal, iaitu sel yg tak sepatutnya tumbuh pada atau dalam organ kita contohnya jerawat, bisul, ketumbuhan, cyst dan sebagainya.

Lagi satu kedua-duanya membantu dalam memberi kelembapan dan menjaga kelembapan sedia ada kulit.

Paling penting, kena amalkan secara konsisten, baru nampak hasil.

Untungkan dua-dua dapat. Tak cuba tak tau !

Berminat ?

Wassapp saya di 012-6816979

 

Monday, October 10, 2016

Teh Hilangkan Rasa Mengantuk !

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Saya tertarik tengok cara Master Norita letak Cinch Tea dan Nutriferonnya. Saya pun ikutlah ! Hehehe...



Kalau Master Norita letak dalam bekas polkadot, saya letak dalam bekas plastik lutsinar. Bak kata beliau, supaya senang tarik perhatian untuk ambil sepeket.

Minuman wajib ketika bersahur. Kalau tak berpuasa saya suka minum pada waktu tengahari sebab salah satu fungsinya memberi tenaga dan hilangkan rasa mengantuk.

Ada sesetengah orang akan minum kaffein untuk hilangkan rasa mengantuk. Tapi saya suka dengan Cinch Tea sebab selain ia hilangkan rasa mengantuk, ia buat saya kekal fokus dan tak rasa letih. Lagi, teh ni juga membantu mengurangkan berat badan tanpa cirit birit.

Berminat nak cuba ?

Wassapp saya di 012-6816979

Saturday, October 8, 2016

Hei Si Pencuri Impian !

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pernah tak anda berborak-borak dengan kawan-kawan dan ceritakan impian-impian luar biasa anda pada mereka.

Lalu mereka ketawakan dan katakan anda adalah MAT JENIN !

Tak hidup di alam realiti ! Hidup kena berpijak pada bumi nyata!

Tahu tak kita siapa mereka yang sering perkecilkan, mentertawakan impian, memandang rendah pada kebolehan kita tu ?

Mereka itulah PENCURI IMPIAN kita !

Mereka ini akan sentiasa membuat senyuman sinis atas usaha kita untuk memperbaiki keadaan diri kita, menghalang usaha kita.

Paling menyedihkan orang yang mencuru impian kita bukan orang asing, selalunya orang yang rapat dengan kita, kalau orang asing tak mengapalah juga kan?

Sesungguhnya nak jadi orang yang luar biasa yang keluar dari generalisasi biasa-biasa memang begitu cabarannya.

Anda macamana ? Ada kisah pencuri impian anda ? Jika ada, anda satu laluan dengan saya. Jika tiada anda kena cipta impian luar biasa anda untuk merasai dicuri impian anda.

Salam hujung minggu !

Nak beli Shaklee atau nak jadi ahli ? Boleh wassapp di 012-6816979

Friday, October 7, 2016

Keliru Nak Pilih Vitamin Mana Satu ?

Anda  melayari internet, lalu keluar di 'Google' tentang vitamin Shaklee.

Keluar macam-macam jenis, buat anda semakin keliru. Mana satu nak pilih!

Apa kata saya cadangkan 'Set Kesihatan Optimum' atau dalam bahasa mudahnya 'Set Kesihatan Menyeluruh' ?

Set ini mengandungi 4 suplemen paling asas iaitu :-

Protein ESP - membantu membina sel yang sihat

Vitalea - makanan sel-sel yang dibina oleh protein

Vitamin B - untuk sel sihat dan aktif

Vitamin C - sifatnya sebagai agen antioksida memberi perlindungan kepada sel supaya tak tua atau rosak sebelum waktunya.

Banyak sangat ? Banyak lagi kos diperlukan untuk memulih kesihatan yang tercalar.

Berminat ? Wassapp saya di 012-6816979

Wednesday, October 5, 2016

Kemewahan Kecil Untuk Semua

Satu kajian yang dinamakan 'The Lipstick Effect' mengatakan lipstik adalah barangan 'kemewahan kecil' bagi wanita. Maknanya apa jua status wanita akan ada lipstik walaupun lip balm. Betul ?

Lipstik yang macamana menjadi kesukaan anda ? Saya suka jenis yang berpelembab. Saya tak sesuai pakai dari jenis matte.

Macamana pula dengan menjadikan multivitamin sebagai kemewahan kecil ?

Baru cuba-cuba nak makan vitamin, alami kuku berlekuk-lekuk atau bertompok putih atau kerap merasa letih atau rambut gugur dalam jumlah yang banyak setiap hari ?

Mari cuba multivitamin untuk masalah di atas.

Multivitamin sebagai kemewahan kecil tak kira untuk lelaki atau perempuan.

Nak cuba multivitamin dari Shaklee yang dah berusia 100 tahun. Lengkap dengan vitamin dan mineral yang seimbang untuk keperluan harian tubuh badan.

Nak cuba ? Wassapp saya di 012-6816979

Tuesday, October 4, 2016

Mengawal Serangan Lelah Dengan Minyak Ikan

Lelah atau Asthma kebiasaannya adalah penyakit yang diwarisi oleh anak-anak daripada ibu bapa.

Walaupun saya tidak ada sejarah dengan lelah, tetapi selalu mendengar dan membaca daripada perkongsian kawan2 FB.

Lelah tidak boleh sembuh sepenuhnya, tetapi kita boleh mengurangkan kekerapan serangannya.

Cara biasa yang pesakit atau ibu bapa lakukan adalah mengelakkan daripada perkara-perkara yang boleh triggger serangan asma dan setiap individu tak sama. Ada yang tidak boleh makan makanan tertentu tetapi tidak pada individu lain.

Selain itu, pengambilan makanan yang kaya dengan Omega 3 dapat mengurangkan kekerapan.

Sebab Omega-3 asid lemak, asid docosahexaenoic (DHA) dan asid eicosapentaenoic (EPA), didapati secara semulajadi dalam minyak ikan dan biasanya dianggap sebagai nutrien anti-radang, dengan kesan perlindungan dalam penyakit radang termasuk asthma atau lelah.

Beberapa biji Omega Guard mudah-mudahan membantu mengurangkan kekerapan diserang lelah.

Berminat ?

Hubungi saya di wassapp 012-6816979

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...