Monday, July 25, 2016

Mengapa Kena Bangun Awal Pagi ?


Dari sudut pandangan Islam melihat waktu itu turunnya rezeki dari langit. Rezeki itu bukan sahaja bermakna sesuatu yang bersifat materialistik tapi apa-apa sahaja yang memberi manfaat. Oleh itu tak hairanlah pada waktu itu doa-doa yang kita pohon termakbul seperti dalam riwayat daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasullah SAW bersabda,

"Allah turun ke langit dunia pada setiap malam ketika berlalu sepertiga malam pertama. Maka Dia berkata: "Aku adalah Sang Raja, Aku adalah Sang Raja, siapa sahaja yang memohon kepada-Ku maka Aku akan mengabulkannya, sesiapa sahaja yang meminta kepada-Ku maka Aku akan memberinya, siapa sahaja yang memohon ampunan kepada-Ku maka Aku akan mengampuninya. Dia tetap seperti itu hingga munculnya cahaya fajar"

Kajian Barat menunjukkan sebelum terbit matahari, gas ozon memenuhi sebahagian besar ruang udara. Jika bangun awal pagi dan kita menghirup gas ozon itu dalam jumlah yang banyak, ia umpama 'suplemen' untuk saraf kita.

Malah menurut kajian barat lagi, gas ozon ini juga merangsang semangat bekerja, percambahan minda dan sangat baik untuk perkembangan tubuh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...