Sunday, May 22, 2016

Ketuk Pintu Pagar Tanpa Mangga

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Ketika mesyuarat di adakan untuk melaksanakan satu majlis berunsur keagamaan di kawasan kejiranan saya, ditanya apakah objektif majlis berkenaan.

Lalu dijawab oleh pengerusi kejiranan yang telah pun bersara dari sebuah syarikat milik kerajaan memberitahu ia bukanlah sekadar nak baca tahlil, dengar ceramah agama dan makan-makan. Sebab semua tu boleh didapati dalam rumahtangga sendiri. Malah ceramah agama pun boleh di tonton dari Youtube.

Sebenarnya objektifnya adalah lebih kepada untuk membantu memasyarakatkan masyarakat bandar, yang masing-masing kebanyakkannya pagar rumah pun tak ada mangga. Lalu tak payah susah-susah nak keluar dari kereta untuk buka pintu pagar. Sudahnya jiran sebelah pun tak kenal !

Juga, memuliakan kanak-kanak, tengoklah dalam apa jua majlis kanak-kanak yang meriah bermain sesama mereka, makan sama-sama, suruh marhaban mereka yang over walaupun tak kenal nama pun kawan-kawan. Main belasah aje ! Sekurang-kurangnya mereka tahu ia adalah budaya Melayu bukan budaya kampung ! 

Comelkan objektifnya ! Memasyarakatkan masyarakat bandar dan ketuk pintu tanpa mangga !

Salam Nisfu Saaban !

Nak beli Shaklee boleh wassapp saya di 012-6816979
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...