Monday, February 29, 2016

Vitamin B Ekslusif Hanya Untuk Ibu Hamil, Sebab Ada Asid Folik !?


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Masa mula-mula kenal Shaklee kan, saya adalah antara orang yang pelik apabila disarankan ambil Vitamin B Complex sepanjang tempoh penyusuan. Eh! Bukan Vitamin B untuk ibu hamil aje ke ?

Lagi pelik bila penuntut universiti dicadangkan ambil Vitamin B bersama Lecithin supaya dapat memberi tumpuan ketika belajar !

Pelik! Pelik !

Lama-lama baru saya tahu yang Vitamin B ini bukan EKSLUSIF untuk ibu hamil sahaja. Memang betul bagi wanita yang ingin hamil, asid folik ini membantu untuk meningkatkan kesuburan. Bagi yang telah hamil ia membantu mencegah kecacatan pada bayi. Malah ada kajian yang menunjukkan pengambilan asid folik juga boleh membantu mencegah kecacatan jantung pada bayi dan kelhiran kecacatan di dalam mulut yang dikenali sebagai sumbing.

Tapi sebenarnya nilai Vitamin B Complex dari Shaklee ini memang mengandungi Asid Folik yang amat berharga untuk kita semua. Tak kira lelaki atau perempuan.

Asid folik ini sangat penting dalam membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah merah yang baru. Sel-sel darah merah ini penting untuk membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh bahagian badan.

Tanpa sel-sel darah merah ini, seseorang individu itu mungkin mengalami rasa cepat penat apabila membuat kerja, cepat merasa mengah apabila berjalan jauh, mudah mengantuk dan tiada tenaga.



Anda alami tanda-tanda di atas ? Ambillah Vitamin B beserta Asid Folik untuk mengatasinya.

Nak dapatkan Vitamin B Shaklee ? 

Hubungi saya di wassapp 012-6816979



Friday, February 26, 2016

Terjangkit Selsema Dengan Kawan Sebelah ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Pernah tak alami keadaan, kawan sebelah anda selsema, esoknya anda pula selsema ?

 
Suatu waktu dulu, saya pun macam tu bahkan, lebih teruk. Dulu saya naik bas pergi balik sekolah, bila orang kat sebelah selsema, esoknya saya pula selsema. Kadang-kadang dia cuma bersin aje pun ! Jadi dalam  sebulan mesti ada seminggu lebih saya selsema. Tu baru bab selalu selsema, belum lagi migrain. 

Bila menyusukan bayi, lagilah kerap kena selsema. Bukan aje saya, anak pun sama.

Sangat tak sihat !

Bila sertai Shaklee, baru saya tahu itu tanda-tanda sistem imun dalam badan saya lemah. Jadi vitamin pertama yang saya ambil untuk masalah itu adalah Vitamin C, tapi macam tak ada kesan sebab dah lama sangat kan kerap selsema ni, sejak dari zaman sekolah menengah. Jadi, seorang leader Shaklee cadangkan ambil Nutriferon.



Kalau rasa-rasa nak selsema, ambil Nutriferon setiap hari bersama Vivix dan Vitamin C. Masa mula-mula  ambil gabungan suplemen tu, selsema juga tapi kesan-kesan macam moody, sakit kepala , rasa nak tampar orang tak ada. Lagi satu tempoh masa selsema singkat.

Bila dah lama-lama, selsema juga, tapi tempoh tak lama, dalam 4 hari aje.

Seronok tau bila selsema tak lama tak de effect pelik-pelik ! Bila kita kerap selsema ni sangat tak selesa. Sebab bila nak bercakap rasa macam tak kuat padahal ketika kita selsema pendengaran kita sendiri macam terbatas. Kemudian rasa letih, sakit kepala, senang marah-marah - iyelah sebab serba serbi tak selesa !

O ye ! Anda tergolong daripada mereka yang mudah selsema ?

Jom, tingkakan tahap kesihatan anda. Rajin-rajin bersenam, tukar diet pemakanan kepada yang lebih baik dan sokong dengan pengambilan Nutriferon yang melalui ujian klinikal mampu meningkatkan sistem imun badan kita. Di uji dalam maklmal selama 40 tahun baru dipasarkan dan diperbuat daripada tumbuhan supaya berkesan dan selamat !


Nak dapatkan Nutriferon ? Bulan ni beli 2 kotak diskaun 5 %.

Hubungi saya di wassapp 012-6816979




Thursday, February 25, 2016

Rutin Harian Kita Menyebabkan Sistem Imun Kita Lemah ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sistem imun kita ni bukan tiba-tiba aje menjadi lemah. Ia ambil masa untuk jadi lemah. Dan paling utama, sistem imun kita jadi lemah datang dari cara hidup kita sehari-hari juga.

Nak tau tak, cara hidup kita yang tidak mahu bersenam menyebabkan sistem imun kita menjadi lemah. Apa yang dikatakan senaman ? Ia memerlukan masa 30 minit tanpa henti, itu yang dikatakan senaman. Kalau kita parking kereta jauh dari tempat yang nak kita tuju, katalah 10 minit, ia tak cukup yang dikatakan bersenam yang tubuh kita perlukan.

Tak cukup tidur pun boleh buat sistem imun kita lemah. Maksud tak cukup tidur ni lebih kepada kualiti tidur. Waktu paling bagus untuk kita tidur adalah daripada pukul 10 malam sampai 3 pagi. Sebab pada waktu itu adalah waktu yang sangat effektif untuk tubuh kita memperbaiki hati, memperbaiki sel dalam badan dan tubuh mendapat rehat secukupnya.

Apa yang kita makan hari-hari pun mempengaruhi sistem imun kita. Makanan ringan, segera semua orang tau tak bagus untuk badan kita. Termasuklah makanan warna-warni yang bukan dari sumber semulajadi. Apatah lagi makanan manis-manis yang boleh melemahkan sel darah putih kita memerangi virus dalam badan.
Lagi satu bila kita kerap berada dalam keadaan tertekan, sentiasa marah-marah, sentiasa rasa bimbang juga akan mengurangkan bilangan sel darah putih yang berperanan untuk menghapuskan virus dalam badan.

Bagaimana nak memulihkan kembali sistem imun kita yang lemah, tentulah ubah rutin kita ni. Bersenam, mengambil pemakanan seimbang, dapatkan tidur berkualiti, urus tekanan dengan cara yang baik - bak kata seorang kawan dunia ini masih indah !

Dan, ada baiknya ambil suplemen yang dapat menguatkan kembali sistem imun badan kita dalam menyokong usaha-usaha kita untuk memperbaiki keupayaan sistem imun kita.

Suplemen yang bagus untuk sistem imun kita adalah Garlic, Zink, Nutriferon dan Vitamin C. Mana satu yang badan kita perlukan ?

Dapatkan konsaltansi di wassapp saya 012-6816979






Wednesday, February 24, 2016

Doa Dalam Solat Tahajjud Tiada Saingan

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Saya tertarik dengan satu topik mengenai Solat Tahujjud dalam buku ini, mengenai tiada saingan dengan doa orang lain ketika berdoa pada waktu Tahajjud kerana pada waktu itu ramai yang masih diulit mimpi.



Nak beli Vitamin Shaklee ? Hubungi saya di wassapp 012-6816979

Tuesday, February 23, 2016

Nampak Macam Biasa-Biasa Aje, Tapi Luar Biasa Sebenarnya !

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pernah alami tak tanda-tanda di bawah ?


PERTAMA, ketika orang lain rasa panas, iyelah cuaca sekarang ni panas terik kan ? Malam pun boleh tahan panas, tapi kita rasa sejuk kala orang panas.

KEDUA, sering mengalami ulser mulut yang berulang-ulang walau pada bahagian lain dalam mulut. Kalau sesekali kena tu tanda badan kita kekurangan air, tapi kalau berulang-ulang itu tanda sistem imun kita lemah.

KETIGA, luka lambat baik. Ia bukan merujuk hanya kepada pesakit Diabetis, tetapi pada yang sihat, tiada apa-apa penyakit.

KEEMPAT, mengalami alahan pada sesuatu, tak kiralah pada makanan laut, persekitaran yang berhabuk misalnya walaupun pada asalnya kita tidak mengalami alahan pada benda-benda tersebut. 

Anda sedang mengalami salah satu daripadanya ?

Nak tau tak, itu adalah antara tanda bahawa badan kita memiliki sistem imun yang lemah yang menyebabkan badan kita kurang daya tahan melawan menyakit.

Nak tingkatkan sistem imun badan kita ? Ambillah Nutriferon yang diperbuat daripada tumbuhan yang berfungsi meningkatkan sistem imun kita.

Bulan ni diskaun 5% untuk 2 kotak pembelian Nutriferon.

Nak dapatkan wassapp saya di 012-6816979.
 

Monday, February 22, 2016

Alami Kencing Kotor ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Kencing kotor ni ada banyak puncanya, antaranya yang saya pelajari dalam Kelas-kelas Shaklee disebabkan bakteria daripada najis air besar yang entah macamana boleh memasuki saluran air kecil.

Jadi, suplemen apa yang bagus untuk mengatasinya ? Selama ini saya hanya tau  sahaja. Tapi dari kelas ini saya mempelajari bahawa suplemen yang utama perlulah bersifat membunuh bakteria itu, iaitu Nutriferon, Vitamin C dan Garlic.
 

Di antara ketiga-tiga suplemen itu, mengapa Garlic ?
Sebab garlic atau bawah putih ini mengandungi Alisin yang berperanan  sebgai egen yang kuat dalam membantu tubuh menghalang keupayaan kuman untuk membesar dan membiak. Alisin ni bila bawang putih kita masak, automatik ia telah rosak ! Nak telah 2 ulas bawang putih mentah rasa-rasanya ramai yang tak berani !

Anda sebahagian yang alami kencing kotor ? Boleh dapatkan suplemen ni dari saya. Bulan ni diskaun 5% dengan pembelian 2 kotak Nutriferon.

Jika anda hamil, ada di antara suplemen di atas tidak sesuai di ambil. Dapatkan konsaltansi ye!

Hubungi saya di wassapp 012-6816979

Sunday, February 21, 2016

Macamana Vivix Membantu Menjaga Kesihatan Mata Kita ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saya nak share apa yang saya dapat dalam kelas Shaklee tentang macamana Vivix membantu menjaga kesihatan mata kita. Tentulah dari apa yang saya hadam dan faham dari kelas tu.



Vivix menjaga kesihatan mata kita dengan 2 cara.

PERTAMA oleh kerana ia mengandungi tinggi kandungan antioksida yang tinggi, jadi Vivix melambatkan penuaan urat saraf kat mata kita ni. Apatah lagi pada hari ini penggunaan telefon, tablet dan sewaktu dengannya menyebabkan radikal bebas yang merosakkan mata lebih cepat berlaku.

KEDUA, bila gula banyak sangat dalam badan kita, (ini bukan hanya untuk pesakit Diabetis aje tau, tapi untuk kita yang sihat juga!) mata dan buah pinggang kita ni akan ambil gula yang ia perlukan daripada insulin dalam badan, tetapi bila badan kita dah banyak sangat gula, secara automatik gula akan masuk sendiri ke buah pinggang dan mata walaupun keduanya tidak memerlukan.

Bila gula dah memasuki mata dan buah pinggang ia akan bertukar menjadi komponen lain yang besar dan tak boleh keluar. Tentulah ia tak elok untuk mata dan buah pinggang. Gula itu umpama kristal yang tajam yang akan merosakkan urat saraf yang halus pada mata dan buah pinggang yang boleh menyebabkan kebutaan dan masalah buah pinggang.

Jadi, Vivix berperanan dengan ni akan memasuki saraf terutama yang dipenuhi oleh gula itu dengan menukarkan gula yang telah menjadi komponen besar itu kepada molekul kecil supaya ia boleh keluar dari saraf.

Bukan bererti mengambil Vivix boleh hadap komputer, tablet, telefon berjam-jam, atau makan makanan manis terlalu banyak, tetapi ia sebagai menyokong kepada cara kita jaga kesihatan. 

Nak dapatkan Vivix ? Wassapp saya di 012-6816979


Saturday, February 20, 2016

Apa Kaitan Gula Dengan Sistem Imun Badan Kita ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Dulu, saya ada terbaca satu artikel seorang doktor perubatan yang menjadi leader Shaklee menulis, jika kita di antara orang yang suka makan manis, pastikan kita juga jadikan Nutriferon sebagai rutin.





Apa kaitannya Nutriferon dengan gula pulak ni ? Kelas Shaklee hari tu baru saya faham. Mengapa dan kenapa suka makan manis-manis patut ambil Nutriferon secara kerap.  

Nak tau tak, gula putih yang kita ambil secara berlebihan akan menyebabkan sistem imun kita menjadi lemah kerana ia mengurangkan keupayaan sel darah putih untuk 'scan' kuman bahaya dalam badan kita dan membunuh kuman. 

Jadi, apa pula kaitan dengan Nutriferon ?
Nutriferon ini membantu menguatkan kembali sistem imun dalam sel badan kita dengan menggalakkan penghasilan interferon semulajadi dalam badan. 

Interferon ni umpama system alarm dalam tubuh kita yang bertindak memberi isyarat kepada sel-sel jika badan kita diserang kuman.

Jadi, dah terjawab persoalan yang sekian lama nak tahu sampai terlupa. He3!

Bulan ni promosi Nutriferon, beli 2 kotak diskaun 5%.

Nak dapatkan boleh wassapp saya di 012-6816979

Tuesday, February 16, 2016

Perlu Ke Herbalax Di Ambil Setiap Hari ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Herbalax ini fungsinya untuk membantu membersihkan usus dengan mudah buang air besar, selain itu ia dapat mengelakkan gangguan kepada sistem pencernaan, mengelakkan gangguan sistem peredaran darah dan sistem pertahanan badan dengan memudahkan urusan membuang air besar !



Ramai yang antara kita yang hanya beberapa 2 - 3 kali membuang air besar, malah ada yang hanya seminggu sekali membuang air besar. Sedangkan kita makan macam-macam setiap hari !

Kegagalan membuang air besar akan mengganggu sistem pencernaan.
Sistem pencernaan sangat penting demi menyahkan toksin dari tubuh badan. Jika ia tidak dapat berlaku dengan baik maka ia akan mengundang penyakit. Paling mudah selalu sakit kepala,kulit bermasalah, nafas berbau dan macam-macam lagi.

Jadi perlu ke ambil Herbalax setiap hari ? Adakah perlu bergantung pada suplemen selamanya untuk membuang air besar ?

Herbalax ini sebenarnya adalah suplemen 'sekali-sekala'. Jadi, bagi yang hadapi masalah sukar buang air besar, untuk sementara boleh bergantung kepada Herbalax setiap hari, SEHINGGA pada suatu tempoh diri kita sendiri tentukan, bila nak jadikan Herbalax suplemen 'sekali-sekala'. Contohnya kita tentulah dalam masa 2 bulan, kita kena betulkan diet kita, lebihkan ambil serat  yang terbaik tentulah dari sayuran. Masa kat kelas Shaklee, untuk pastikan kita dapat kesihatan optima termasuk urusan toilet kita kena ambil 3 mangkuk sayuran setiap hari. Lebihkan minum air kosong, bukan air  berwarna apatah lagi air manis.

Selepas itu, barulah boleh jadikan Herbalax suplemen 'sekali-sekala' yang merujuk kepada seminggu sekali, untuk membersihkan usus dari kotoran yang gagal di bawa keluar oleh proses biasa.Jadi, anda nak jadikan Herbalax suplemen 'sekali-sekala' atau suplemen harian ? Nak dapatkan Herbalax ? Hubungi saya di wassapp 012-6816979.

Monday, February 15, 2016

Rahsia Di Sebalik Surah Al-Waqiah Untuk Kehidupan Harian !

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Saya share dari blog anakkuwiraku.


 
Oh ya! Nak Order Shaklee boleh Wassapp saya di 012-6816979

Sunday, February 14, 2016

Jom Gugirl Cegah Osteoprorosis !

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Osteoporosis adalah penyakit yang dikaitkan dengan kerapuhan/patah tulang. Lelaki dan perempuan terdedah pada risiko ini, jadi ia bukan ekslusif. Cuma lelaki berada dalam kategori lebih lambat berisiko berbanding perempuan.




Ialah sebab kita perempuan lebih banyak terdedah kepada kehilangan kalsium sebab kita melalui kehamilan demi kehamilan dan menyusukan bayi.

Osteoporosis adalah penyakit sistamik yang bererti ia melibatkan semua tulang dalam badan kita ni, walaupun ada bahagian tulang yang lebih cepat reput atau patah dulu berbanding tulang yg lain. Kebiasaannya tulang yg patah atau reput dahulu adalah pergelangan tangan, belakang dan paha.

Osteoporosis ni adalah penyakit senyap yang hanya akan disedari bila berlaku kepatahan tulang.

Cara mencegahnya perlulah mengambil kalsium yang mencukupi dengan keperluan tubuh kita, juga lakukan senaman berkala supaya tulang kita mendapat 'tenaga'.

Adakalanya kita ambil makanan bersumberkan kalsium, tapi tak mencukupi, jadi topuplah dengan suplemen.

Apa istimewanya suplemen kasium dari Shaklee ni ?

Istimewanya Osteomatrix Shaklee ia umpama dinding simen yang kukuh kerana ia turut mengandungi magnesium yang berfungsi untuk menghantar kalsium untuk diserap oleh Vitamin D, 

Manakala Boron berperanan untuk membuat tulang, Mangan, tembaga dan zink untuk kuatkan tulang. 

Selain itu gabungan vitamin dan mineral ini membantu penyerapan yang hampir 100% selepas diambil selama 12 jam. Jadi tak timbul kesan sampingan seperti batu karang dan sebagainya.

Nak cuba Osteomatrix ? Hubungi saya di wassapp 012-6816979


Thursday, February 11, 2016

Ikhtiar Berhenti Merokok Cara Shaklee ? Nak Cuba ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Anda atau pasangan anda sedang mencari ikhtiar untuk berhenti merokok ?

Boleh ikhtiar dengan amalkan Vivix yang terkenal sebagai tonik ajaib dalam Shaklee. 

MACAMANA Vivix berfungsi ?
Ia bukan terapi pengganti nikotin untuk hilangkan ketagihan, tapi sebaliknya ia membantu sebagai terapi membuang nikotin dari DNA. Bila dah buang nikotin yang menyebabkan ketagihan merokok, Insyallah keinginan merokok menjadi berkurangan dan terasa deria rasa terhadap rokokjuga  berlainan.




Nak cuba tak ? Insyallah Vivix berbaloi sesuai dengan harganya.

Hubungi saya di wassapp 012-6816979



Wednesday, February 10, 2016

Suplemen Atasi Kulat Air

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pernah alami kulat air ? Biasa kena kat kaki dan bila kita banyak 'main air'. Main air ? Maksudnya 'nature' kerja kitalah ! Kalau orang dulu-dulu hari-hari cuci baju, sebab dulu tak ramai yang mampu miliki mesin basuh. Sekarang, mungkin ada aktiviti kita yang buat kaki kita berendam lama dengan air. Lama kelamaan jadilah kulat air. Rasa gatal jangan cakaplah!



Secara luaran kita boleh sapu dengan Herbal Blend. 

Tapi PALING PENTING kita kena kuatkan sistem imun dalam badan kita dari sebarang jangkitan. Suplemen terbaik adalah Garlic dan Nutriferon. Jika anda tercari-cari suplemen yang sesuai untuk sembuhkan kulat air, paling basic cuba amalkan Garlic dan Vitamin C. Nak kesan lebih cepat, tambah dengan Nutriferon.

Nak dapatkan suplemen hebat ini ? Bulan ni offer 2 kotak dapat diskaun 5%.


Hubungi saya di wassapp 012-6816979


Sunday, February 7, 2016

Sambutan Tahun Baru Cina Sekolah Anak-Anak Kami

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Sambutan ini untuk anak-anak kami yang bersekolah di sebuah SJKC. Tapi, macam biasa, mak-mak tumpang sekaki meraikan rakan-rakan yang menyambut Tahun Baru Cina.

Tema macam biasa mesti ada warna merah.










Kedai Shaklee saya tetap buka walaupun Cuti Tahun Baru Cina. Hubungi saya di wassapp 012-6816979

Saturday, February 6, 2016

Suka Makan Manis-Manis Tak ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Kadang-kadang datang penyakit kemaruk saya pada makanan dan minuman manis-manis. Memang tak bagus jika ia menjadi amalan dalam jangkamasa panjang atau pendek. Nak-nak pada musim perayaan, semua manis-manis belaka.

 

Tapi bila perangai suka makan manis-manis ni datang, saya akan pastikan ambil 2 suplemen ini lebih sikit dari biasa.

Pertama Vivix, selepas kita ambil manis-manis, kita terus ambil Vivix untuk mencegah dari gula berlebihan tu bergabung dengan protein lalu terjadinya AGE (Advanced Glycation Ends Product). Ada banyak buruknya kalau AGE ni dah menebal dalam badan kita. 



Ikut kefahaman saya dari kelas-kelas Shaklee yang saya hadiri, antara akibat buruk kalau dah banyak sangat AGE dalam badan antaranya ia membuatkan sel menjadi lemah sehingga gagal 'alert' dengan kehadiran insulin lalu menghasilkan Diabetis. 

Adakalanya kehadiran AGE juga menyebabkan sel mati sebelum waktunya. Bila sel tersebut mati sebelum waktunya kat kulit, kita akan nampak lebih tua dari usia. 

Kalau kebetulan yang yana mati di jantung ? Maka kita akan mendapat sakit jantung yang kadang-kadang boleh sebabkan kematian secara mengejut.

Pendek kata, AGE ini akan mendedahkan kita pada penyakit yang biasa menyerang orang-orang tua walaupun kita masih muda belia.

Lagi satu suplemen yang akan saya ambil lebih bila perangai kemaruk makan manis-manis saya datang adalah Vitamin B. Sebab Sebab ia berfungsi menukarkan gula yang kita ambil menjadi tenaga. Supaya ia tak terperangkap dalam badan.



Jadi Vitamin B bukan untuk ibu-ibu hamil sahaja tau !

Anda suka makan manis-manis ? Kalau suka, kena juga kurang-kurangkan. 

Nak dapatkan Vivix atau Vitamin B ?

Hubungi saya di wassapp 012-6816979






Thursday, February 4, 2016

Tumbuhan Yang Boleh Sebabkan Cirit Birit Jadi Suplemen Mujarab ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tumbuhan yang saya maksudkan adalah Polygonum Cuspidatum. Ia adalah tumbuhan menjalar yang banyak tumbuh di Jepun. Tumbuhan ini, memang tak sesuai di makan untuk buat ulam ke sayur ke, sebab tak kena gaya boleh sebabkan cirit birit.


Tapi, masyarakat Jepun menggunakan tumbuhan ini sebagai 'pewarna' untuk hitamkan rambut beruban. Tapi, mereka memang 'tak suka' dengan tumbuhan ini kerana senang membiak. Dalam masyarakat kita kira ia macam lalang ler.

Lagi satu pokok ni bila dimusnahkan, dibakar, akar yang tertinggal walau sikit tetap membolehkan ia tumbuh semula dengan cepat dan kembali subur kerana pokok ini mengandungi anti penuaan atau resveratrol yang tinggi bagi membolehkan sel pokok ini boleh memulihkan dirinya sendiri.

Sebenarnya nak cerita apa ni ?

Nak cerita, tumbuhan ini adalah di antara ramuan utama dalam Vivix. SEBAB TU VIVIX SUPLEMEN SHAKLEE YANG CEPAT NAMPAK KESAN !

Apalagi keistimewaan tumbuhan ini selain anti penuaan sel ?  Ia sangat bagus untuk merendahkan kolestrol dan tekanan darah.

Lagi satu, kita kembali pada Masyarakat Jepun yang menggunakan tumbuhan ini untuk menghitamkan rambut. Jadi, bagi anda yang alami masalah rambut beruban pada usianya boleh amalkan Vivix untuk mengembalikan warna hitam rambut anda. 

Ini bukan kes tua nak jadi muda tau ! sebab rambut beruban sebelum waktunya ada banyak sebab, antaranya keturunan dan jangan lupa, cara hidup yang tidak sihat dengan cara pengambilan makanan, merokok, tertekan  dan persekitaran kita yang kian tercemar boleh jadi punca.

Nak, dapatkan Vivix ? Wassapp saya di 012-6816979







Wednesday, February 3, 2016

Untuk Siapa Yang Amat Perlukan Nutriferon

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Bulan ni offer Shaklee adalah Nutriferon. beli 2 diskaun 5%. Untuk siapa sebenarnya Nutriferon ini :-
  • Sesiapa yang menghadapi masalah berkaitan dengan sistem imun. Contohnya orang sebelah bersin, tak lama kemudian anda pula dijangkiti selsema, walhal orang yang bersin tu tak selsema pun.
  • Orang yang memang nak kukuhkan sistem imun.
  • Sesiapa yang merasakan vitamin C yang di ambil walau lebih dari dos tidak memberi kesan keatas kesakitannya
  • Sesiapa yang demam, batuknya, selsemanya berpanjangan melebihi seminggu
  • Ibu menyusu tetapi anaknya kerap demam dan jika setelah 3 hari masih tak sembuh, ibu ambillah Nuriferon
  • Anak anda kerap demam/selsema/batuk terutama setelah bersekolah - beri  anak anda Nutriferon tapi campur dengan Performance Drink
Jadi, Nutriferon bukanlah suplemen yang perlu di ambil setiap hari kecuali jika anda tak sihat. Makan boleh jadikan Nutriferon sebagai first aid anda di mana sahaja anda pergi.

Jika anda mahu dapatkannya, hubungi saya di WA 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Tuesday, February 2, 2016

Vivix Dan Bekas Jerawat

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Best baca testimoni seorang kawan ni. Beliau baru mengamalkan Vivix kurang dari sebulan ? 


Vivix ini membantu 'meremajakan' kologen dalam badan kita. Faktor usia membuatkan badan semakin kurang menghasilkan kologen sedangkan badan memerlukan lebih banyak kologen. Jadi, Vivix ni membantu menormalkan 2 situasi tu. 

Kologen ni membantu memperbaiki struktur kulit dengan lebih cepat, sesuai dengan harganya !

Nak cuba Vivix ?

Wassapp saya di 012-6816979




ghhj
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...