Saturday, October 3, 2015

Mak Cun ! Mak Cun ! Pusing Dunia !

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Siapa yang mengikuti kisah Mak Cun yang bermula dengan tajuk Spain Uoolss pada  musim Aidilfitri 2 tahun lepas bersamaan dengan meletupnya drama Rindu Awak 200 % ?




Kemudian ada lagi drama yang membabitkan Mak Cun sebagai watak sampingan, tapi yang paling meletup bila ia menjadi drama rantaian sekitar Ogos lalu.

Walaupun cerita tu hanya tentang mak cik kampung yang jual bedak sejuk. Sekolah tak tinggi. Tak boleh berbahasa Inggeris. Tapi ada sesuatu yang kita boleh belajar melaluinya siri-siri drama ini.

Perasan tak ? Dia sangat yakin bahawa produk dia adalah terbaik.

Kalau kita perasan Mak Cun ni dari drama Spain Uoolss dia dah mempromosikan bedak sejuknya kepada rakan-rakan sekuliah anak-anaknya di bumi Sepanyol. Dan, ketika alamat anaknya hilang, mak cun duduk di kaki lima dan buka bekalan bedak sejuknya dan jual kepada penduduk Sepanyol yang lalu lalang guna bahasa tangan sebelum dijumpai oleh teman sekuliah anaknya yang kebetulan berjalan-jalan di situ.

Dia juga yakin pada diri dia yang dia boleh pergi jauh hanya dengan bedak sejuknya. Sehingga sanggup ke Bangkok bersama seorang anaknya hanya berdasarkan alamat bakal pelanggannya tanpa kebolehan bahasa. Setelah entah berapa kali sesat dan hilang semua duitnya barulah dia berjaya menemui bakal pelanggannya yang telah menempah 500 botol bedak sejuknya.

Betullah, apa sahaja yang kita buat perlu berbalik pada diri kita sendiri, samada mahu atau tidak, yakin atau tidak !

Selamat berhujung minggu !

Kalau anda nak tahu tentang Shaklee boleh hubungi saya di Wassapp di no ini 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...