Monday, September 21, 2015

Tip Buat Bubur Som-Som Confirm Jadi !

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Hari ni kita keluar dari topik. Sesekali ! Cuaca panas, time anak-anak cuti sekolah pula. Mungkin bubur ni boleh jadi hidangan petang. Mudah aje, takdelah susah.

Bubur som-som ? Nama lain ? Saya tak tau !


Kadang-kadang kita buat bubur som-som ni terkeras, baling dinding baru hancur. Kadang-kadang terlembik ! Jadi saya nak share sukatan ni. Memang confirm jadi. Ni petua mak saya, takde main timbang-timbang bagai, main guna sukat guna cawan or mangkuk aje.

Tip/ Bahan-bahan :
1 cawan tepung beras
4 cawan santan (kalau santan pekat, 2 cawan santan pekat, 2 cawan air )
Secubit garam untuk rasa lemak.

Itu aje tipnya ! Gunakan cawan yang sama untuk sukat tepung dengan santan, jangan DERHAKA kat tip ni tau !

Campur semua dan renih dengan api yang perlahan dan kacau sampai tanak. Macamana nak tau dah tanak ? Tunggulah sampai ia berkilat. Macamana nak tau dah berkilat ke belum ? Tunggu ia sampai meletup-letup. Dah itu aje. Sambil-sambil kacau tu boleh aje nak berselawat kan ?

Dah tanak, tuang dalam bekas kesukaan. Sementara ia sejuk boleh sediakan kuahnya.

Bahan-bahan
Gula Melaka
Daun pandan
Air secukupnya

Renih dengan api sederhana sampai mendidih.

Dah sejuk semuanya, kalau rasa nak DERHAKA boleh letak ais kecik-kecik masa hidang.

Selamat mencuba !

Oh! ye, kalau nak order, ada pertanyaaan, nak jadi ahli Shaklee, boleh hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...