Tuesday, September 29, 2015

Scrub Muka Yang Boleh Di pakai Setiap Hari !

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Scrub muka seperti yang kita tahu tak tak boleh ambil setiap hari walaupun dari jenis yg halus sebab ia akan buat semakin mengaktifkan kelenjar minyak maka bagi yg kulit berminyak ia akan menjadi semakin berminyak. Lagi satu jika dipakai setiap hari boleh buat pori semakin membesar dan mencederakan struktur kulit.

Tapi scrub muka Shaklee ni best, sebab boleh di pakai setiap hari malah boleh dipakai 2 hingga 3 kali sehari. Nama scrub ini adalah Nutriwhite Makeup Remover. Memang tak ada perkataan 'scrub' kat nama tu. Tapi saya anggap ia macam scub kerana kandungan tunas pokok Bic yang berfungsi menghilangkan sel mati.


 
Istimewanya scrub ini walau dipakai banyak kali sehari, ia tidak mengeringkan kulit, sebaliknya ia meninggalkan selapisan rasa lembab kat kulit.
 
Suka pakai ia setiap hari sebab kurangkan kulit berminyak, cepat kecutkan jerawat. Sangat sesuai untuk remaja yang alami kulit berjerawat selain pengambilan suplemen secara konsisten !
 
Walaupun namanya makeup remover, tapi sesuai juga untuk lelaki yang nak berbedak pun memang taklah kan ? sebab ia bantu singkirkan minyak-minyak kat kulit muka dan debu-debu, apatah lagi kala cuaca berjerebu sekarang ni.


Lagi satu, pengambilan yg kerap bantu hilangkan jerawat halus dan merapatkan liang roma sebab ia membantu membersihkan liang roma yg tersumbat. Malah bantu hilangkan blackhead kat hidung.

Nak cuba?
Besar ni bekasnya. 150gm. Harga tak sampai RM100 pun !


Hubungi saya untuk pertanyaan, pembelian atau cara nak jadi ahli di 012-6816979 



Monday, September 28, 2015

Pening Makan Banyak Sangat daging ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Hari Raya Aidiladha sinonim dengan 'daging korban'. Tak banyk sikit mesti dapat. Alhamdulillah ! Rezeki jangan di tolak !

Masalahnya bila mulut banyak sangat menjamah makanan berasaskan daging, maka mulalah kepala pening. Bagi yang nak cuba cara suplemen, boleh amalkan 4 produk ni yang sangat berpatutan harganya jika dibandingkan dengan kesihatan kita.
 
Lecitin
   bantu untuk bakar lemak
Alfalfa
   bantu angkut keluar lemak

Garlic  
 Buang angin [ kurangkan senak perut bila kenyang] dan bantu cairkan 
 darah.
 
Herb Lax
 bantu bersihkan usus.

Selain itu, seimbangkan dengan pengambilan sayuran dan buah-buahan.

Nak cuba ? 

Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Wednesday, September 23, 2015

Catatan Zulhijjah

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

 Saya petik daripada Zaharuddin 

AMALAN-AMALAN UTAMA
Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :-
a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.
Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.." (Al-Hajj : 28).
Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.
b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.
Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :
"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).
Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.
c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.
d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.
Bertawbatlah dengan sebenar-benar tawbat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.
e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.
f)  Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut :
وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب

Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32) 

Salam Aidiladha untuk semua yang pernah mengunjungi blog kesayangan saya ini.

Tuesday, September 22, 2015

Percutian Percuma 4H3M Ke Bangkok

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Anda punya keinginan nak jalan-jalan di Bangkok ?
Anda memang pengamal suplemen Shaklee ?

Jomlah ambil peluang bercuti ke Bangkok ini dengan percuma.



Percuma ? Iye, percuma aje. Malah semua kat bawah ini di tanggung oleh Shaklee.
 * Tiket penerbangan pergi balik
 * Penginapan di hotel 5 bintang
 * Transport
 * Duit belanja

Termasuklah tak payah susah nak fikir mana nak cari makanan Halal, semua tersedia.

Jadi, kalau anda memang pengamal product Shaklee, ambillah peluang ini.

Hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Monday, September 21, 2015

Tip Buat Bubur Som-Som Confirm Jadi !

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Hari ni kita keluar dari topik. Sesekali ! Cuaca panas, time anak-anak cuti sekolah pula. Mungkin bubur ni boleh jadi hidangan petang. Mudah aje, takdelah susah.

Bubur som-som ? Nama lain ? Saya tak tau !


Kadang-kadang kita buat bubur som-som ni terkeras, baling dinding baru hancur. Kadang-kadang terlembik ! Jadi saya nak share sukatan ni. Memang confirm jadi. Ni petua mak saya, takde main timbang-timbang bagai, main guna sukat guna cawan or mangkuk aje.

Tip/ Bahan-bahan :
1 cawan tepung beras
4 cawan santan (kalau santan pekat, 2 cawan santan pekat, 2 cawan air )
Secubit garam untuk rasa lemak.

Itu aje tipnya ! Gunakan cawan yang sama untuk sukat tepung dengan santan, jangan DERHAKA kat tip ni tau !

Campur semua dan renih dengan api yang perlahan dan kacau sampai tanak. Macamana nak tau dah tanak ? Tunggulah sampai ia berkilat. Macamana nak tau dah berkilat ke belum ? Tunggu ia sampai meletup-letup. Dah itu aje. Sambil-sambil kacau tu boleh aje nak berselawat kan ?

Dah tanak, tuang dalam bekas kesukaan. Sementara ia sejuk boleh sediakan kuahnya.

Bahan-bahan
Gula Melaka
Daun pandan
Air secukupnya

Renih dengan api sederhana sampai mendidih.

Dah sejuk semuanya, kalau rasa nak DERHAKA boleh letak ais kecik-kecik masa hidang.

Selamat mencuba !

Oh! ye, kalau nak order, ada pertanyaaan, nak jadi ahli Shaklee, boleh hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
 

Thursday, September 17, 2015

Kasut Mana Yang Terbaik ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Merancang nak beli kasut hujung minggu ni ?

Apa kata tengok tip kat bawah ni cara pilih kasut. Bukan aje nak kasut yang cantik, bergaya tapi 'sihat' untuk kaki kita untuk jangka masa panjang. 
 
Tapi kalau nature kerja anda yang mewajibkan anda perlu berkasut tumit tinggi, ambillah Osteomatrix dan Vitamin B Complex untuk melegakan ketegangan otot betis kita tu. Sebab kadang-kadang saya memakai kasut yang sedikit tinggi, memang meletihkan, mungkin juga sebab tak biasa. Jadi sebelum tidur saya ambil Vitamin B dan Osteomatrix dan Alhamdulillah lega bila bangun tidur.

Nak dapatkan vitamin Shaklee ? Nak jadi ahli ? Atau ada pertanyaan ?
Boleh hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my






Tuesday, September 15, 2015

Event Shaklee Di Muar


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

* Nak tau pasal Shaklee ?

* Anda berminat nak cari pendapatan tambahan melalui Shaklee ?

* Anda tercari-cari suplemen untuk mengubah kesihatan anda ?

* Berminat tak nak jalan-jalan ke bangkok secara percuma beserta duit shopping ?


Kalau anda berada di Muar pada 16 September 2015 iaitu pada hari Rabu dari pukul 8 malam hingga 10 malam, jemput datang ke Hotel Riverview Muar.

Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my untuk pertanyaan, nak dapatkan Shaklee atau keahlian Shaklee.

Monday, September 14, 2015

Serbagunanya Multivitamin

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Bila sebut multivitamin ; maka akan tergambar kat minda tanda soal. Apa fungsi multivitamin ini kepada kesihatan dan kecantikan ? Sebab ada banyak dalam senarai suplemen yang menjurus kepada permasaalahan kepada kesihatan dan kecantikan.

Tahukah kita, multivitamin ni sangat penting kepada tubuh badan kita sebab ia menyumbang kepada keperluan vitamin dan mineral yang seimbang kepada tubuh badan kita. Tanpa vitamin dan mineral yang mencukupi, kita akan mendedahkan diri kita kepada penyakit disebabkan kekurangannya.

Adakah mencukupi sekadar ambil multivitamin ?

Kandungan setiap multivitamin adalah telah lengkap dan seimbang dengan vitamin dan mineral, tetapi ia adalah pada tahap minimum, jadi tubuh perlukan vitamin yang khusus untuk kesan lebih baik.

Selain itu, pengambilan multivitamin membantu dalam proses penyerapan vitamin lain yang kita ambil untuk kesan yang lebih baik.

Shaklee juga punya multivitamin yang diberi nama Vitalea. Pengambilan 2 biji sehari bersamaan dengan 40 jenis hidangan lauk pauk yang berkhasiat. Serta ia juga adalah asli, tiada bahan pewarna walaupun warnanya hijau gah . Warna hijau yang menyeliputi Vitalea ini adalah Alfalfa. Tak percaya ? Cuba gengam Vitalea ini pada suhu bilik. Tidak akan luntur warnanya dan tidak akan melekit.


Apa lagi serbagunanya multivitamin/Vitalea ni ?

* Ia adalah suplemen basic bagi mengatasi masalah rambut gugur selain ESP dan Zink.

* Multivitamin ini juga mengandungi kromium yang amat berguna bagi pesakit Diabetis supaya mereka rasa lebih bertenaga.

* Jika anda nak kurangkan berat badan, adalah sangat bagus mengambil multivitamin setiap hari tanpa culas, kerana ia membantu kurangkan rasa lapar seterusnya dapat kawal nafsu makan.

* Dalam multivitamin terkandung Boron, pengambilan yang mencukupi mengurangkan risiko sebanyak 96% kanser prostat di kalangan lelaki. Selain Boron membantu meningkatkan keupayaan daya ingatan dan tumpuan.

Nak tak sertai kami dan anda akan dapat Vitalea ini secara percuma ?

Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my untuk buat pembelian, pertanyaan atau keahlian. 

Sunday, September 13, 2015

Kalau Nak Kurus, Kena Kurangkan Juga Gula Dan Kaffein

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Daripada laman sosial rakan Shaklee saya telah memberitahu bahawa seseorang telah hilang banyak berat badan apabila mengambil suplemen Shaklee dan menjauhkan kaffein.



Kenapa kaffein ye ? Sebab kaffein ini dikatakan menimbulkan hormon stress kortisol yang meningkatkan denyutan jantung dan tekanan darah dan memberitahu tubuh untuk tingkatkan penggunaan tenaga. Bila dah banyak tenaga keluar, maka kita akan rasa nak makan dan nak makan lagi. Lagi satu, dikatakan pengambilan kaffein akan meningkatkan selera kita kepada makanan bergula pula.

Lagi satu GULA, ilmu ni saya dapat masa kelas nutrisi Shaklee, gula ini juga penyebab kepada peningkatan selera makan kita, selain jika kita ambil secara berlebihan akan membentuk lemak jika kita tak singkirkan selalui senaman. Satu lagi pendapat daripada jurulatih kecergasan yang mengatakan pipi tembam adalah akibat banyak mengambil makanan atau minuman manis.



Jadi, paling penting, kalau kita nak kurus bukan ambil masa yang singkat, sebab lemak tak terbentuk dalam sehari, jadi nak kurus bukan sehari. lagi satu, walau kita ambil suplemen Shaklee untuk kurangkan berat badan, (suplemen yang popular adalah Lecithin, Alfalfa dan Herbalax) kita kena juga amal pemakanan yang seimbang dan lakukan aktiviti riada supaya dapat kurus dengan sihat.

Anda antara yang sedang dalam proses nak kurangkan berat badan ? Boleh cuba tip di atas.

Nak dapatkan suplemen, hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my.

Friday, September 11, 2015

Pada Saya Daily Defense Whitening Essence Bantu Cerahkan Tompok-Tompok Hitam

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Saya baru aje beli Daily Defense Whitening Essence ni. Tak sampai sebulan. 


Jadi apa yang boleh saya share tentang keistimewaan essence ni,
#Ia mudah diserap oleh kulit, memang takkan ada rasa melekit kat kulit dan strukturnya ringan. 

#Ia adalah dari tumbuhan herba, ada sedikit bau herba yang ringan tapi bila dah sapu kat kulit dah takde bau herba tu. Jadi tak delah kita berbau herba sepanjang jalan. Memang tak ada !

Sesuatu yang saya perasan walau baru pakai belum sebulan pun, adalah sedikit tompok-tompok hitam kat kulit saya dah semakin pudar, sekali imbas dah memang tak nampak. Best sangat walau taklah banyak pun !

 
Saya nak tengok apalagi jadi selepas beberapa bulan ambil essence ni.

Di samping tu saya nak share apa lagi keistimewaan essence ini melalui ujian klinikal :-

*membantu mencerahkan dan menegangkan kulit
*mengimbangi pigmen
*mengandungi Vitamin C aktif untuk memperbaiki kulit serta buat wajah berseri

Walaubagaimanapun, adalah sangat baik jika kita amalkan penjagaan kulit luaran diikuti pengambilan suplemen juga. Suplemen yang sangat bagus untuk hilangkan jeragat adalah Corotomax, Vitamin C, ESP, GLA dan Vitamin E.

Nak cuba skincare atau suplemen Shaklee ?

Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my


Thursday, September 10, 2015

Perencah Dari Herba-Herba Shaklee

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Pada suatu hari, kita nak masak sayur atau lauk, kita hancurkan suplemen tertentu Shaklee kemudian kita tabur pada masakan. Atau barangkali kita hancurkan suplemen tertentu dan masukkan dalam minuman kita ? Boleh gitu ?




Tahu tak, sebahagian suplemen Shaklee mengandungi bahan-bahan di atas. Oleh kerana bahan-bahan itu boleh kita boleh makan macam tu aje atau campur dalam makanan kita ia adalah dalam kategori herba.

Mana satu suplemen Shaklee yang mengandungi bahan-bahan kat atas tu ?

Ni dia.



Ketika kelas nutrisi Shaklee, saya mempelajari, bahawa suplemen di atas boleh dihancurkan dan di campur dalam minuman atau masakan kita sebab ia tidak dipaternkan sebagai suplemen yang perlu ditelan dalam bentuk tablet. Ia tidak seperti suplemen lain seperti Vitalea, Vitamin B dan Vitamin C yang perlu ditelan, tidak sesuai dihancurkan sebab nanti ia mengganggu proses penyerapan dan buat ia kurang berkesan.

Ok, keempat-empat suplemen ini adalah suplemen untuk menyingkirkan toksin dalam badan kita supaya tubuh badan kita lebih segar dan sihat. Nanti saya kongsi lagi tentang fungsinya.

Oh ya ! Antara 4 di atas tu, Peppermint Gingger sahaja yang saya pernah buat air. Cara saya campur air panas dan minumlah macam kita minum air teh. Ia rasa berangin, jadi memang bagus orang yang sedang selsema minum. Lega !

Nak dapatkan suplemen ?

Hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailka di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Monday, September 7, 2015

Suplemen Penghadam Fiber

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Kita di ajar untuk ambil makanan seimbang. Sayur dan buah-buahan adalah antara makanan yang digalakkan di ambil lebih - Ni siapa pun tahu kan ?


Sesuatu yang baru saya tahu dan belajar, walaupun kedua-dua makanan ini dalam kategori fiber yang bagus untuk penghadaman kita, tapi sebenarnya ia tak dapat dihadam sepenuhnya oleh sistem penghadaman kita kerana sifat fibernya itu. Maknanya ia tak semua akan keluar dari tubuh dan tertinggal sebahagiannya dalam usus kita menjadi sisa.

Bila fikir-fikir balik, memang ada betulnya. Siapa yang ambil Herbalax dan tak ambil Alfalfa pasti akan rasa perbezaannya semasa buang air besar.

Jadi, tubuh memerlukan suatu makanan lain untuk menghancurkan makanan berfiber supaya ia hancur, mampu diserap nutrisinya dan keluar tanpa meninggalkan sisa didalam usus, demi kesihatan usus. 

Itulah yang saya pelajari dalam Kelas Shaklee, nak tau tak, Alfalfa membantu menghancurkan makanan berfiber menjadi halus supaya boleh dihadam dan sisanya dapat keluar. Unikkan ?
Walaupun harganya murah dan ambil masa yang lama tau nak habiskan sebotol tu, tapi ia banyak manfaatnya sesuai dengan gelarannya Raja Segala Tumbuhan.

Ada banyak lagi manfaat Alfalfa ni, nanti saya kongsikan lagi.

Nak cuba Alfalfa ?

Hubungi saya ditalian 012-6816979, bagi yang duduk di Muar boleh COD.

Sunday, September 6, 2015

Resepi Daripada ESP

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Ni salah satu resepi ESP yang saya dapat dari Majalah Rapi. Sesuai untuk minum petang, apatah lagi dalam cuaca yang panas macam sekarang.




Nak dapatkan ESP ?

Hubungi saya untuk COD di Muar ditalian 012-6816979

Cerita Si Pencuci Bangunan !

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Ketika menghadiri Kelas Shaklee minggu lepas, saya berkenalan dengan sepasang suami isteri yang menjalankan perniagaan membersihkan rumah kediaman.


Menariknya mereka menggunakan Basic H sebagai bahan untuk mencuci kediaman pelanggan. Menurutnya ia adalah salah satu daripada amal jariahnya sambil cari rezeki, sambil mereka bersedekah dengan cara kurangkan kesan toksin yang pelanggan dapat.

Selain itu, usaha mereka itu juga untuk membantu supaya mereka lebih sihat, dengan kurangkan pendedahan diri mereka bahan bahan-bahan kimia yang boleh diserap melalui kulit. Antara kesan-kesan yang akan mereka yang bekerja dalam persekitaran bahan kimia ini adalah mudah terasa sangat letih, mengantuk, urine yang sangat kotor dan ada banyak lagi tanda.
 
Mereka hadir ke kelas ini untuk tambah ilmu, supaya dapat berkongsi lebih banyak dengan pelanggan. Sebab sesetengah pelanggan akan komplen mengapa kediaman mereka tak wangi walau setelah dibersihkan ? Kerana pada pandangan mereka, wangi bermakna bersih. 

Dari jauh tau mereka berdua ni datang menuntut ilmu !

Sebenarnya kehidupan kita hari ini memang kaya dengan toksin. Jangan kata kita tak kerja dalam persekitaran kimia tak perlu risau, sebab bahan cuci kita, kosmetik, makanan kita yang kaya bahan perasa dan pewarna pendek kata hampir semuanya bertoksin.

Jadi, kita cuba kurangkan dan pastikan mana yang terserap dalam badan kita keluar.

Salah satu untuk kurangkan toksin adalah menggunakan alat cuci yang selamat.

Shaklee bukan sahaja mengeluarkan suplemen, tapi ada bahan cuci yang terjamin selamat, tidak bertoksin, bukan daripada bahan kimia tetapi daripada ekstrak jagung dan kepala, bebas bauan, lembut pada tangan, bukan klorin, hipoalergenik, tiada fosfat, tiada nitrat, tiada borat dan tidak diuji pada haiwan.


Bagi anda yang ada anak-anak kecil alami masalah kesihatan seperti alahan, astma menukar alat cuci kepada yang selamat adalah amat perlu. Bukan perlu bersih tetapi selamat.

Nak cuba ?

Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my


Friday, September 4, 2015

Nyahkan Bra Fat !

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Bra fat. Ada yang panggil donut mendonut yang bererti macam kita bancuh donut, bila dah kembang ia melimpah keluar. Ada juga yang panggil babat. Walau apa pun gelaran yang signifikan, ia merujuk pada gambar ini.





  

Anda alami ? Atau tak perasan, sebab kita lebih nampak lemak berkrim kat perut, paha. Tapi sesekali cuba tengok belakang kita melalui cermin. Ia terjadi tak kira orang tu berbadan besar atau berbadan kecil. Cantik tak ? He3!

Semalam, masa 'meronda-ronda' kat blog orang saya sangat tertarik dengan petua yang diamalkan untuk atasi bra fat ni. Beliau menyatakan 2 tip yang diamalkan ambil masa selama lebih kurang 6 bulan untuk berjaya.

Cara pertama yang dia amalkan adalah dengan menggunakan bra yang betul. Guna bra yang menyokong penuh belakang kita. Supaya tak ada lebihan yang melimpah keluar.







Kedua, lakukan senaman untuk menyingkirkan bra fat ini. Ada banyak senaman yang boleh kita lakukan. Boleh google. Salah satunya senaman di bawah ini.



Lagi satu, siapa yang amalkan Lecithin akan dapat rasa bra fat dia makin mengecil. Perasan tak ? Fungsi Lecithin ini salah satunya adalah untuk mengemulsi dan metabolisme lemak.


Jadi bayangkan jika anda gabungkan ketiga-tiga ini sebagai rutin harian, rasa-rasanya tak sampai 6 bulan anda akan berjaya singkarkan bra fat ini.

Yang penting kita nak cantik dan sihat, walau ambil sedikit masa.

Nak cuba Lecithin ?

Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Thursday, September 3, 2015

Harga Lebih Jimat Dan Dapat Vitamin Free Lagi !

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 





Jika anda jadi ahli dalam bulan promosi ini dengan membeli salah satu set ini, anda akan dapat  2 botol Vitalea percuma sempena Ulangtahun Ke100 Vitalea.

Hadiah Vitalea percuma tu bolelah hadiahkan untuk adik beradik ke, ibu dan ayah ke !

Jom sihat bersama-sama !

Hubungi saya untuk pembelian atau pertanyaan di 01-6816979











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...