Thursday, July 30, 2015

Atasi Blocked Duct Cara Shaklee ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Lecithin terkenal sebagai suplemen untuk kurangkan berat badan. Vitamin E terkenal sebagai suplemen untuk kulit dan kesuburan. 

Tau tak, kedua- dua suplemen ini membantu perjalanan penyusuan ibu secara tidak langsung. Namun ia bukan booster tau !

Pernah tak ibu hadapi bengkak susu atau blocked duct ? Biasa di alami pada hari-hari pertama penyusuan. Ada banyak cara untuk atasinya, antaranya dengan mengambil Lecithin dan vitamin E untuk mengatasinya. Lecithin membantu pengaliran susu menjadi lebih lancar dan Vitamin E membantu mengatasi bengkak.

Nak cuba ?

Hubungi saya di talian 012-6816979

Tuesday, July 28, 2015

Vivix : Mencegah Adalah Lebih Baik

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Anda ada sejarah keluarga menghidap penyakit kronik ? Mencegah adalah lebih baik dari merawat.

Makan minum baik-baik, cara hidup baik-baik dan tambah dengan Vivix. Mudah-mudahan terhindar dari penyakit kronik.

Nak cuba ?



 

Monday, July 27, 2015

'B' For Beautiful


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Kita selalu dengar dan baca tentang  Vitamin C, Vitamin E, GLA, kologen dan ESP untuk kulit cantik. Sangat Betul! Tapi jangan tak tahu, B-Complex juga penting untuk memastikan kulit wajah kita sihat, cantik berseri.


Shaklee di muar azrinna-kiosk


Jadi tak hairan jika  B-Complex digabungkan dengan Vitamin E dan Vitamin C di dalam Set Kecantikan Kulit Shaklee.

Apa sebenarnya manfaat B-Complex untuk kulit ?



Shaklee di muar azrinna-kiosk
 
1) Anti stress
Bila kita stress otot-otot muka kita akan bekerja lebih kuat bekerja lebih kuat berbanding otot-otot ketika kita senyum. Lagi satu, bila kita stress mesti kita suka kerut-kerutkan dahi, bila kerap sangat buat ia akan tinggalkan kesan-kesan kedutlah. Dan jangan tak tahu, stress boleh menjemput jerawat. awas!

2) Membantu meringankan kesan dari terik matahari sebab jika kita kerap terdedah kepada matahari kulit jadi kusam dan peranan B Complex ini membantu sebagai pewarna kulit (melanin) yang rosak bila kulit 'tan'.
 
3) Vitamin B membantu melancarkan peredaran darah supaya kelihatan awet muda

4) Peranan Vitamin B yang membantu mengubah karbohidrat, lemak dan protein kepada tenaga akan buat kita rasa cergas dan bermaya. Kekurangan Vitamin B akan buat kita kelihatan lesu yang pastinya terpamer kat kulit juga. 

5) Vitamin B Complex yang mengandungi B3 berfungsi untuk meningkatkan asid lemak pada kulit, merangsang eksfoliasi (pengelupasan kulit mati) dan membuatkan kulit kenyal

6) Vitamin B5 dan B9 pula berfungsi untuk mengatasi jerawat dan iritasi kulit.

Jadi, bagi yang obses untuk kelihatan cantik dan sihat tanpa suntikan, pisau pembedahan dan yang sewaktu dengannya, apa kata masukan Shaklee Vitamin B Complex dalam rutin harian anda.

Bulan ni sangat istimewa, sebab untuk pertama kali selama 5 tahun saya join Shaklee, ada sale Vitamin B. Beli 3 percuma satu.

Nak dapatkan ?

Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my untuk konsaltansi dan belian.

Simptom Rumah Terbuka


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Musim rumah terbuka di sana sini. Macam-macam menu. Makan sini sikit, sana sikit, akhirnya banyaklah jugak makan kan ? Walau pada mulanya berazam untuk berjaga-jaga.

Pening makan banyak sangat daging ?
Sebu makan banyak sangat ?

Pernah alami tak ?
Shaklee Di Muar


Ada bagusnya kita sediakan 'Product Awareness' yang tak mahal pun harganya, sebagai langkah berjaga-jaga supaya musim perayaan bukan penyebab anda jatuh sakit.


Apa produknya dan bagaimana berfungsi ?

Lecitin 
bantu untuk bakar lemak

Alfalfa
bantu angkut keluar lemak
 

Garlic
Buang angin [ kurangkan senak perut bila kenyang] dan bantu cairkan        darah.
 

Herb Lax 
bantu bersihkan usus.

Mahu dapatkan ? 

Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Thursday, July 23, 2015

Sebab Apa Ibu Hamil Kerap Mengalami Cramp ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Ibu hamil dan cramp berpisah tiada.
Mengapa ?


Sesuatu yang saya pelajari dalam salah satu kelas nutrisi anjuran Shaklee mengapa ia terjadi ? Cramp terjadi sebab bayi 'sedang tarik' kalsium dari badan si ibu untuk keperluan dan tumbesaran bayi.

Sebab itu ibu hamil amat memerlukan kasium, bukan sahaja untuk bayi, tetapi keperluan ibu sendiri. Sebab selalu kita di omokkan dengan cerita setiap kelahiran akan korbankan sebatang gigi ibu, tak mahu terjadi pada kita kan ?

Jika tak lalu ambil minuman atau makanan yang kaya kalsium, ambilkan suplemen contohnya Osteomatrix. Oh ! Shaklee juga mempunyai set suplemen lengkap untuk ibu hamil.

Nak cuba ?

Hubungi saya di talian 012-6816979

Sunday, July 12, 2015

Andai Duit Boleh Bersuara

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sukalah saya nak share dari buku Mudahnya Menjemput Rezeki tulisan Saudara Fathuri Salehuddin. Rasanya ramai dah baca buku ni kan ?

Tentang bila duit yang kita ada ini andai ia boleh berbicara macam kita.


Saya masih ingat pesan Cikgu Shaklee saya Master Norita, kalau ahli keluarga kita sakit, apa kata kita bersedekah dan niatkan supaya sembuh penyakit. Bukan setakat penyakit, malah apa-apa jua kesulitan yang kita hadapi. Sebagaimana Sabda Rasullah S.A.W seperti yang diriwayatkan oleh Baihaqi "Ubatilah orang sakit di antara kalian dengan sedekah"

Jom sedekah !

Cinch Tea Untuk Perjalanan Jauh

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Hari raya dan balik kampung adalah sinonim. Perjalanan jauh memang tak terasa. Tapi rasa mengantuk pasti terasa. Apatah lagi tidak cukup rehat dan tidur.



Just nak share barangkali Cinch Tea dapat membantu perjalanan balik kampung anda agar lebih bertenaga tanpa rasa mengantuk dan keletihan yang melampau. Jadi pada waktu sahur atau pada waktu berbuka (bergantung pada waktu perjalanan anda) bancuh tea Cinch bersama Performance Drink memang gabungan mantap pada saya, supaya badan bertenaga. Pstt... Nak lagi best tambah dengan lemon memang sedap tahap gaban ! Dan bestnya tak mudah rasa nak ke toilet banyak kali berbanding jika ambil minuman berkafein atau minuman isotonik.

Sepanjang Ramadhan memang saya 'tutup' sahur dengan Cinch Tea dan Performance Drink dan pernah sekali terlupa ambil Cinch Tea. Memang terasa perbezaannya. Walaupun tidur awal dan bangun lewat sikit berbanding selalu, tapi punyalah mengantuk ketika memandu. Bila duduk rasa macam mudah betul nak terlelap tanpa kira waktu berbanding ambil Tea Cinch. Walaupun kadang-kadang tak sempat lelap pada waktu tengahari takde rasa mengantuk pada waktu Solat Terawikh.

Lagi satu, apa kata sebelum memulakan perjalanan, buat sedikit sedekah. Mudah-mudahan selamat perjalanan anda sampai ke destinasi sebab sedekah menolak penyakit dan bala.

Nak dapatkan Performance Drink dan Cinch Tea ? Hubungi saya di 012-6816979



Thursday, July 9, 2015

Istimewanya Vitamin E Untuk Seorang Ibu Yang Baru Melahirkan

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Ramai wanita yang sudah melahirkan anak akan menyedari banyak perubahan pada tubuh badan mereka.


Antara yang paling ketara apabila seorang ibu itu melahirkan anak, erola mereka akan membesar & menjadi lebih gelap. Makin ramai anak yang dilahirkan makin gelap erola si ibu. Ia berlaku kerana perubahan hormone dan pigmentation.

Tahukah anda pengambilan Vitamin E yang berterusan akan membantu kawasan erola itu mengecil & bertukar menjadi pinkish semula.

Ramai testimoni ibu-ibu yang dah berusia lebih 45 tahun, mereka sendiri terkejut kerana berjaya mendapatkan kembali salah satu kecantikan tubuh walaupun telah melahirkan anak.

Nak dapatkan Vitamin ? Hubungi saya ditalian 012-6816979

10 Malam Terakhir Ramadhan

Cepatnya masa berlalu, terasa baru semalam kita berpuasa, hari ini melalui fasa-fasa hari terakhir.


Jika sepuluh hari terakhir Ramadhan merupakan saat di mana Rasulullah SAW memperbanyakkan amalan  dengan berjaga malam, beriktikaf, dan mengejutkan ahli keluarga untuk bersama dengannya melaksanakan ibadah-ibadah sunat, bagaimanakah pula dengan kita? Sewajarnya contoh yang ditunjukkan oleh Baginda dalam menghayati sepuluh hari terakhir Ramadhan dijadikan teladan kepada seluruh umat Islam pada hari ini.
Sesungguhnya pedoman yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW jelas mencerminkan kepada kita betapa tinggi dan bernilainya detik-detik terakhir Ramadhan yang sedang kita lalui saat ini. Alangkah malangnya jika kita semakin alpa dan lalai dalam melaksanakan ibadah kita pada saat-saat Ramadhan yang kian melabuhkan tirainya.
Sedangkan kita seharusnya menghidupkannya dengan meningkatkan lagi amalan-amalan sunat bagi meraih pahala berlipat ganda yang telah dijanjikan oleh Allah SWT. Lebih manis lagi apabila Allah SWT turut menjanjikan kehadiran malam Lailatulqadar (yakni malam yang lebih baik daripada seribu bulan) pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.
Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah al-Qadr (ayat 1-5) yang bermaksud: "Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam Lailatulqadar, dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatulqadar? Malam Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan.Pada malam itu, turun Malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"
Dalam ayat di atas, Allah SWT menerangkan bahawa Dia telah menurunkan al-Quran al-Karim pada malam al-Qadar. Ini adalah bukti yang jelas tentang keutamaan, kemuliaan, keberkatan dan keistimewaan malam Lailatulqadar. Malah, jika dihitung; seribu bulan adalah bersamaan dengan 83 tahun dan empat bulan, ini bermakna bahawa satu malam ini sahaja adalah lebih baik daripada seluruh umur seseorang. Ia secara jelas menunjukkam bahawa keistimewaan malam tersebut tiada tolok bandingannya.
Malam Lailatulqadar merupakan malam yang sengaja dirahsiakan oleh Allah SWT sebagai satu ujian kepada umat Islam dalam mencari rahmat dan kasih sayang-Nya. Oleh yang demikian, bagi mereka yang benar-benar beriman kepada Allah SWT, maka mereka akan lebih ghairah dan teruja mencari keredhaan dengan memperbanyakkan amalan dalam meraih ganjaran pahala yang berlipat kali ganda daripada Allah SWT di penghujung Ramadhan.
Justeru, umat Islam dianjurkan agar mencari dan merebut Lailatulqadar. Hal ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Carilah malam Lailatulqadar pada 10 malam terakhir" (hadis riwayat al-Bukhari). Dalam salah satu riwayat yang lain, dinyatakan juga bahawa Rasulullah SAW melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib. Baginda tidak akan melalui ayat rahmat kecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat azab kecuali memohon perlindungan daripada Allah daripada azab itu.
Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam-malam terakhir Ramadan. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah pada waktu malam,maka  dia juga telah menghidupkan seluruh malam itu" (hadis riwayat Abu Dawud). Di sini bermaksud, sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh sahaja dianggap telah mendapat sebahagian daripada apa yang dimaksudkan dengan Lailatulqadar.
Apatah lagi jika mengisinya dengan amalan-amalan lain sepanjang malam itu. Antara amalan yang boleh dilakukan bagi menghidupkan sepuluh hari terakhir Ramadhan ialah menghidupkan malam-malam tersebut dengan memperbanyakkan solat sunat seperti tahajjud, hajat, taubat dan juga berzikir kepada Allah SWT.
Selain itu, amalan beriktikaf juga wajar diteruskan di penghujung Ramadhan yakni dengan memperbanyakkan duduk di masjid untuk beribadah kepada Allah SWT. Iktikaf merupakan sunnah yang dianjurkan oleh Baginda SAW demi memperolehi kelebihan dan ganjaran Lailatulqadar.
Malah, menjelang 10 akhir Ramadan secara rutinnya Rasulullah SAW mengisi waktu-waktunya dengan beriktikaf di masjid. Pelakuan baginda ini adalah berdasarkan hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a, bahawa Rasulullah SAW beritikaf pada 10 akhir Ramadan sehingga baginda diwafatkan oleh Allah SWT, kemudian (diteruskan sunnah) iktikaf selepas kewafatannya oleh para isterinya.
Dalam sebuah hadis yang lain Abu Hurairah berkata: "Rasulullah SAW selalu beriktikaf pada tiap-tiap sepuluh hari terakhir Ramadan, manakala pada tahun Baginda diwafatkan, Baginda beriktikaf selama 20 hari"(hadis riwayat Ahmad, Abu Dawud, al-Tirmidzi dan dinilai sahih oleh al-Tirmidzi).
Di samping itu, kita juga turut dianjurkan untuk memperbanyakkan doa, khasnya dengan memohon keampunan kepada Allah SWT. Dalam konteks ini, para Ulama telah bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam Lailatulqadar adalah doa memohon keampunan atau maghfirah daripada Allah SWT.
Dalam satu hadis sahih yang diriwayatkan daripada Aisyah dan dikeluarkan oleh al-Tirmidzi, Aisyah diajar oleh Rasulullah SAW membaca doa pada malam Lailatulqadar yang bermaksud: "Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun, yang suka mengampun, maka ampunilah aku" (hadis riwayat al-Tirmidzi, 5:535).
Rasulullah SAW turut berdoa yang bermaksud: "Ya Allah, jadikan sebaik-baik umurku adalah penghujungnya. Dan jadikan sebaik-baik amalku adalah penutupnya. Dan jadikan sebaik-baik hari-hariku adalah hari di mana aku bertemu dengan-Mu kelak" (Musannaf Ibn Abi Syaibah 6: 65).
Begitulah teladan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW kepada seluruh umat Islam dalam menjalani ibadah puasa. Namun persoalannya, sejauh manakah kita mencontohi keperibadian Baginda dalam melaksanakan ibadah puasa dan menghidupkan malam-malam terakhir Ramadhan?
Mudah-mudahan, dalam menghitung hari-hari terakhir Ramadhan kita dapat bermuhasabah diri dan merenung kembali pengisian yang telah kita laksanakan sepanjang tempoh 19 hari yang telah berlalu. Jika, masih terdapat banyak lagi kelemahan dalam kita melunaskan puasa kita sebelum ini, maka masih belum terlewat untuk kita memperbaiki kelemahan tersebut agar kita mampu mencapai takwa dalam erti kata sebenar.

Tuesday, July 7, 2015

Tip Paling Berkesan Nak Berhenti Merokok !


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Bagaimana nak berhenti merokok ? Macam-macam tip kita terima dan baca. Tapi mana satu yang betul-betul menjadi dan berkesan ?

shaklee di muar


Tip Pertama

Keazaman yang tinggi untuk berhenti merokok







Tip Kedua

Keazaman yang tinggi untuk berhenti merokok






Tip Ketiga
Keazaman yang tinggi untuk berhenti merokok





Tip Keempat
TAMBAH Vivix - Ia bukan terapi pengganti nikotin, tapi ia dikatakan terapi membuang nikotin dari DNA. Bila dah buang nikotin yang menyebabkan ketagihan merokok, Insyallah keinginan merokok menjadi berkurangan dan terasa deria rasa terhadap rokok berlainan. Waallahualam !








Nak cuba ? Bulan ini offer Vivix. Beli 2 keahlian percuma, dapat diskaun 5% dan Vitalea percuma.

Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Monday, July 6, 2015

Tip Hilangkan Panas Makan Durian !

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Sekarang musim durian kan ? Di mana-mana ada aje orang jual durian. Rugilah siapa tak makan durian !


Lepas berbuka terus capai durian. Kaki durianlah katakan ! Tapi yang tak bestnya esoknya berpuasa, mulalah tekak terasa kering. Sebab sifat durian tu PANAS ! Betul kan ?

Satu tip yang orang tua bagi nak hilangkan panas badan tu adalah, lepas makan durian, ambil kulit dan tuang air masak kat ruas tu dan minum. Sebelum tu Selawat lah ye!


Lagi satu, Sebelum tidur dan ketika sahur minum Performance Drink. Insyallah sepanjang puasa pada keesokkan harinya takdelah tekak terasa perit, kering atau haus sangat sebab 'overdose' makan durian. Sebab salah satu fungsi Performance Drink adalah membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan, makan durian kan panas !

Nak makan durian dengan aman tak ? Meh ambil Performance Drink.

Hubungi saya di talian 012-6816979


 

Sunday, July 5, 2015

Shaklee Ada Air Beskal, Nak Cuba ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


Macamana ada gambar orang tengah berbasikal pulak kat canister Performance Drink (PD) ni ?


Sebab salah satu fungsi PD yg telah diuji secara klinikal dlm memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan mempercepatkan sembuhan akibat kecederaan otot. Jadi ia sesuai diambil untuk mereka yang kerap bersukan dan melakukan kerja-kerja berat, apatah lagi pada waktu sekarang yang panas di tambah lagi pada bulan puasa.

 Shaklee di Muar azrinna-kiosk

Selain itu, tentu kandungan komponen elektrolit membantu tubuh kita dlm membantu menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
Sesuai di ambil untuk :
* mereka yg aktif bersukan
* mereka yg bekerja di tempat yg terdedah dgn cuaca panas
*ibu hamil / menyusukan bayi
*kanak2 yg sedang demam
*bersahur & berbuka

Nak Cuba ?
Hubungi saya di 012-6816979

Antara Sebab Kita Nampak Tua Sebelum Waktunya !

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Ambil Vivix untuk awet muda ! Begitulah salah satu ilmu yang saya perolehi dalam banyak-banyak kelas Shaklee yang saya hadiri.

Mengapa kita jadi tua sebelum waktunya ? Salah satu puncanya adalah sebab AGE protein iaitu gabungan protein dan gula yang berlebihan dalam tubuh kita bergabung menjadi satu. AGE ni nama singkatan bagi Advanced Glycation Ends Product.

 
AGE protein inilah yang menyebabkan kita nampak tua sebelum waktunya.

Selain daripada buat kita nampak tua sebelum waktunya, AGE protein ini mendedahkan kita kepada penyakit kencing manis, masalah penglihatan, penyakit jantung, kegagalan buah pinggang dan nyanyuk.

Istimewanya Vivix ini ini membantu mengurangkan kadar AGE protein dalam tubuh badan kita. 

Tapi bagi kita yang sihat, mungkin tak berapa nampak kesan Vivix secara luarannya berbanding mereka yang sakit. Namun, mencegah adalah lebih baik dari merawat, sebab kadang-kadang penyakit kronik ni datang tanpa bertanda.  

Nak dapatkan Vivix ? Hubungi saya di talian 012-6816979 

Thursday, July 2, 2015

Lelaki Pun Perlukan Asid Folik


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Bila sebut Asid Folik mesti terfikir ia ditujukan untuk mereka yang merancang nak hamil atau 'khas' untuk ibu hamil !

Tau tak, mereka yang tak hamil dan lelaki juga memerlukan Asid Folik ?!
Ini kerana fungsi utama asid folik adalah untuk menghasilkan sel baru, terutama sel darah merah. Manakala sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah untuk membekalkan oksigen akan mengakibatkan kita berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas. 

Selain dari kesan kekurangan asid folik di atas ia boleh menyebabkan kita kurang daya tumpuan, cepat marah, kerap pening atau migrain dan jantung sering berdebar.

Asid Folik ni adalah dalam keluarga Vitamin B, cuma kadang-kadang bila kita beli Vitamin B, perlu beli Vitamin B dan Asid Folik sebab ia diasingkan. Jadi, istimewanya Vitamin B Complex Shaklee ini  tak payah di ambil berasingan. Ambil sebiji Vitamin B Complex Shaklee lengkap dengan 8 lagi keluarga vitamin B yang penting termasuk Asid Folik.

Shaklee di Muar azrinna-kiosk

Lagi satu keistimewaan itu vitamin B complex Shaklee ia mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif kerana Asid Folik tambahan dan vitamin B penting tidak mudah diserap.  Oleh itu, Shaklee berjaya menghasilkan kandungan asid folik yang unik serta boleh membuatkan zat makanan lebih mudah diserap dan teknologi berpaten ini eksklusif untuk Shaklee.

Anda lelaki ? Tak payah takut dengan kata-kata Asid Folik hanya untuk wanita hamil, okey !



Untuk pertanyaan, hubungi saya di talian noorazrinnapalil@yahoo.com.my atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...