Monday, June 22, 2015

Mana Lagi Best Untuk Kulit, Vitamin E atau Vitamin C ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Mana lagi bagus, Vitamin C atau Vitamin E untuk kulit ?

Ummpp... Saya ibaratkan Vitamin C dan Vitamin E ni macam kaki kanan dan kaki kiri. Andai kita cuba berjalan dengan kaki kanan atau kiri sahaja, kira macam kita main teng teng lah gamaknya.


Tapi sebelum tu kita tengok fungsi Vitamin C dan Vitamin E ini.

Vitamin C ini untuk bina kologen. Sebab Vitamin C ni mampu mengaktifkan fibroblast iaitu sejenis sel yang menghasilkan kologen. Semakin bagus kologen yang dihasilkan dalam tubuh, maka semakin anjal dan cerahlah kulit. Kekurangan kologen buat kulit nampak kendur sana kendur sini.

Lagi satu, Vitamin C membantu sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang baik. Sebab kalau kurang zat besi dalam badan maka pucat lesilah muka walau cuba disorok dengan warna-warni mekap.

Vitamin C ini juga membantu mengurangkan masalah stress yang biasa kita alami. Stress ni buat kita selalu berwajah ketat. Bila muka dah ketat maka cepatlah nampak tua. Kan kata orang lama, marah-marah cepat tua.

Vitamin E ini bertindak macam 'pelindung' kepada kulit kerana sifatnya yang tinggi kandungan anti-oksidan jadi bila kita konsisten amal Vitamin E, ia membantu menghindari kulit dari kerosakan akibat sinaran uv, asap, sinaran UV ni buat jeragat (bila dah ada susah tau nak hilangkan), gelap (tak mau kan), cepat berkedut, kulit kering.

Vitamin E juga berperanan secara langsung dalam membantu hilangkan parut. Macamana ? Kulit kita secara semulajadi boleh hilangkan parut tapi radikal bebas yang berpunca dari sinaran matahari menghalang proses itu dari berlaku. Baru nak hilang parut, rosak balik dek kerana sinaran uv tu.

Jadi, Vitamin C dan E ni sama-sama penting untuk kulit sebab masing-masing ada peranannya. Nak lagi best tambah dengan Vitamin B dan ESP.

Nak cuba Suplemen untuk kulit ni ?

Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...