Thursday, October 30, 2014

Suplemen Untuk Hindari Masalah Rambut Gugur

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Menyisir rambut adalah momen indah seorang wanita, tak kira rambut kita panjang atau pendek. Namun ia jadi igauan ngeri apabila setiap kali kita menyikat rambut akan tertinggal disikat dengan banyak, belum lagi yang bertaburan di lantai. Sekelip mata rambut menipis dan menampakkan bahagian tengah kepala.Takut kan ?


Best artikel kat bawah ni, sebab kadang-kadang kita pun tak tahu tanda rambut sihat tu macamana. Tandanya rambut berkilat, tidak putus dan boleh menyerap air.


Rambut gugur ? 
Kalau sehari gugur 50 hingga 100 helai adalah NORMAL. Tapi kalau gugur hingga nampak tanda-tanda kebotakan, carilah solusinya.

Jika anda menghadapi rambut gugur, cuba amalkan vitamin yang membantu menambah darah.

Antaranya :

Protein ESP
Protein adalah asas kepada semua sel termasuk sel rambut dan 90 peratus komponen di dalam rambut daripada protein 

Vitalea
Pemakanan yg lengkap dengan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh sel.

Vitamin C
Membantu sel rambut yang sihat dan anjal.

Vitamin B complex
Membantu rambut yang sihat dan akar yang kuat.

Zinc
Membantu pertumbuhan rambut dengan lebih baik dan menyihatkan rambut yang sedia ada supaya mudah diurus.

Mahu cuba vitamin ini?

Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Wednesday, October 29, 2014

Testimoni : Saya Dan ESP

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

ESP, soya dan kontroversi. Namun ia serasi dengan saya. Dah 5 tahun saya ambil ESP.


ESP adalah antara suplemen awal yang saya ambil ketika menyusukan bayi. Saya bukanlah golongan yang mewah dengan stok susuibu, tapi Alhamdulillah dapat juga 2 tahun menyusukan. ESP ni bantu mempercepatkan proses pengeluaran susuibu dan susuibu jadi lebih pekat dan bayi mudah kenyang.

Lagi satu bila dah menyusukan bayi kerap rasa lapar. Jadi saya ambil ESP antara waktu makan sambil makan biskut bantu elak asyik rasa lapar dan nak carik nasi aje !

ESP bantu saya mengurangkan parut jerawat. Sebab kulit saya pernah ditumbuhi jerawat yang serius. Memang ia ambil masa nak hilang tapi puas hati sebab kulit nampak sihat, kulit tak nampak tipis dan bestnya pengamalan secara konsisten bantu struktur kulit jadi halus, bukan halus sahaja kat kulit muka tau ! Terutama kat siku, lutut dan tapak kaki. Maklumlah tak berapa rajin dan kerap terlupa nak menyapu losyen ni !

Migrain ! Satu word yang saya tak gemar sebab dulu ia kerap menyerang saya, tetapi pengamalan ESP secara konsisten bantu saya mengurangkan kekerapan dari diserang migrain. Dulu, kalau cuaca panas, kena hujan, minum ais pasti menjadi penyebab datangnya migrain. Sekarang Alhamdulillah ! Sebab ESP ini mengandungi salah satu asid amino perlu yang bernama Tryptophan. Ia berfungsi untuk sintesis neurotransmitter serotonin jadi ia membantu meringankan migrain dan kemurungan. 

Alhamdulillah itu cerita saya dan ESP.
Anda nak cuba ?

Hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Tuesday, October 28, 2014

Mimpi Indah 2015

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Mimpi ? Berangan ? Memang indah ! Tak perlu bayar apa-apa untuk memilikinya !

Mimpi indah saya untuk Disember 2015 adalah untuk ke Turki.



Jadi, kena setiap hari tengok Blue Mosque ni biar ia sentiasa meresap dalam setiap sendi supaya cepat jadi kenyataan !

Nak beli Shaklee ?
Nak jadi ahli ?

Hubungi saya di 012-6816979 atau noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Monday, October 27, 2014

Ais krim Bertabur Meal Shakes Untuk Si Manja

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Ada macam-macam cara orang sediakan Meal Shakes untuk si manja. Cuma pantangnya jangan air panas mendidih, campur kopi dan teh.

Cara saya, bancuh aje ESP dengan Meal Shakes sebab itu yang anak saya suka. Cuma tanya dia, nak sejuk or suam.

Eh! Tabur Meal Shakes atas ais krim pun not bad tau. Ais krim ni jangankan anak-anak, orang dewasa pun suka ! Apalagi dalam cuaca yang panas terik sekarang. Apa kata sapu ais krim pada roti lepas tu tabur Meal Shakes. Atau tabur Meal Shakes kemudian scoop letak dalam kon ais krim pun ok !

Shaklee Di Muar

















Yang pasti Meal Shakes adalah multivitamin, multimineral, protein dan serat yang :-
  • Dibuat dari bahan semulajadi
  • Tiada bahan perangsang 
  • Tiada kesan sampingan
Nak dapatkan Meal Shakes ? 

Hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Sunday, October 26, 2014

Meal Shakes Boleh Buat Si Manja Obesiti ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Salah satu fungsi Meal Shakes adalah untuk membantu anak-anak yang cerewet dan tak de selera nak makan. 


Apakah yang menyebabkan anak cerewet dan tiada selera makan?
Menurut kajian, selera makan berkait dengan kekurangan beberapa vitamin dan mineral di dalam tubuh. Contohnya kekurangan asid folik  atau Vitamin B9 akan membuatkan selera makan menurun. Contoh makanan yang mengandungi asid folik adalah :-


Dan jangan tak tahu kekurangan zink juga boleh menyebabkan selera makan menurun. Antara makanan yang mengandungi zink adalah :-


Tapi, bagaimana nak beri anak makan semua tu kalau dia pun tak selera nak makan?

Sebab itu jawapannya ada dalam canister Meal Shakes ini yang mengandungi multivitamin, multimineral, protein, serat meningkatkan selera makan, menguatkan imuniti tubuh, menyelesaikan masalah sembelit dan pelbagai lagi berkaitan dengan kesihatan optimum. Yang pastinya, ia dibuat dari bahan semulajadi, tiada bahan perangsang dan tiada kesan sampingan.

Meal Shakes sebagai usaha kita membantu si manja mendapat khasiat yang diperlukan untuk perkembangan mereka bukan sahaja perkembangan dari segi jasmani, emosi, mental dan sosial, Insyallah.

Adakah bila beri Meal Shakes buat si manja berselera makan dan menjadi obesiti ?
Jika si manja telah berselera makan, berilah mereka makanan seimbang, bukan jajan, bukan makanan segera dan kurangkan pengambilan makanan yang manis-manis seperti coklat dan gula-gula. Insyallah tiada istilah obesiti jika ambil meal Shakes.
Nak cuba tak Meal Shakes untuk anak-anak kita ? Maklumlah kita bekerja pun untuk anak-anak kita kan ? 
Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email saya di noorazrinnapalil@yahoo.com.my


Saturday, October 25, 2014

Makan Vitamin B Buat Saya Gemuk ! Serius ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Vitamin B sering dikatakan sebagai vitamin buat cepat lapar dan buat jadi gemuk !

Vitamin B adalah antara vitamin awal yang saya ambil, dan sehingga kini tak pernah miss. Malah ketika menyiapkan tugas-tugas perakaunan saya pernah ambil 5 biji sehari. Sebab tension punya pasal!

Dan kalau nak dikatakan BETUL makan Vitamin B buat jadi gemuk, confirm sekarang saya dah berada dalam kategori obesiti ! Sebab, Vitamin B memang tidak boleh menggemukkan badan kita.

Betul ambil Vitamin B akan rasa cepat lapar sebab Vitamin B membakar glukos untuk menghasilkan tenaga. Rasa lapar itu adalah body sign yang menunjukkan tubuh memerlukan gula untuk ditukarkan kepada tenaga. Kita perlu makan, tapi bukanlah sampai kenyang. Cukup untuk alas perut.

Lagi satu, barangkali ia bodysign menunjukkan kita kekurangan air ketika proses tersebut. Sebab tubuh tak dapat membezakan antara rasa lapar dengan kekurangan air. Jadi jangan lupa minumlah air masak sedikit demi sedikit juga !

Sesuatu yang saya belajar dan belajar nak amalkannya dalam dunia suplemen adalah untuk menguruskan rasa lapar selepas waktu breakfast, lunch dan dinner adalah dengan ambil buah-buahan, kismis, kurma, biskut tawar dan jangan lupa air masak . Bukan kembali kepada hidangan berat untuk menawan rasa lapar. Sebab Cikgu Shaklee saya kata, bila kita dapat menguruskan rasa lapar dengan baik, kita dapat menguruskan minda kita dengan baik, dan lapar bukan hanya perlu diisi dengan makanan.


Mereka yang amalkan Vitamin B seorang yang ceria, tak mudah merajuk, kulit berseri-seri, tak mudah berdebar-debar. 

Jika anda kerap merajuk, mudah marah, mudah berdebar-debar bila hadapi situasi tertentu, kerap merajuk tak pasal-pasal, bad mood sepanjang hari, mudah melenting, kulit kusam, tak ceria... itu tanda-tanda anda kurang Vitamin B.

Vitamin B Shaklee lengkap dengan 8 jenis Vitamin B dalam nilai yang seimbang yang diperlukan oleh tubuh badan kita.

Kalau anda tak mahu dipandang lebih tua dari usia, ambillah vitamin terutama Vitamin B sebab ia akan buat anda ceria, tak mudah marah-marah, bertenaga sepanjang hari ! Bukankah orang cakap marah-marah nanti cepat tua !

Nak cuba tak ?

Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Friday, October 24, 2014

Jom Singkirkan Kulit Kusam !

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Apa nak buat bila kita merasakan kulit kita KUSAM dan tak bermaya ? Adakah kita akan sembunyikan di bawah mekap tebal ? Atau menggunakan krim pemutih yang barangkali anda tak tahu selamat atau tidak !?




Adakah itu dapat menyelesaikan ?

Mula-mula kenalah tahu punca kulit kusam. Ia di sebabkan pengumpulan sel kulit yang telah mati dipermukaan kulit. Pengambilan protein ESP membantu menghasilkan sel yang sihat untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati yang berkumpul dan wajah akan kembali cerah dan berseri secara beransur-ansur.

Shaklee Di Muar 
Selain itu adalah amat baik jika pengambilan ESP disertakan suplemen untuk kulit yang lain seperti Vitamin B, Vitamin C dan Vitamin E. Sebab kekurangan nutrisi tertentu pada badan kita juga akan mempengaruhi wajah kelihatan tak bermaya. Contohnya Vitamin E berperanan melindungi kulit dari ultra violet dengan membentuk lapisan perlindungan di bawah kulit. Sebab pancaran matahari yang terik pun boleh buat kulit kusam.

Anda nak cuba tak ambil suplemen untuk singkirkan kulit kusam dengan selamat ?

Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my






Wednesday, October 22, 2014

Kekurangan Nutrisi Sekat Pembentukan Otak Sihat Dan Cergas !

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Semua ibu bapa nak anak-anak punya perkembangan otak yang sihat dan cergas.


Perkembangan otak ini akan sedikit sebanyak terjejas jika tumbesaran anak-anak kita tidak selari dengan usia akibat kekurangan nutrisi.Sebab kekurangan nutrisi ini boleh menyekat perkembangan otak dan kapasiti intelektual kanak-kanak. Satu kajian menunjukkan 1 daripada 10 kanak-kanak Malaysia terbantut dan tidak sesuai dengan usia kanak-kanak tersebut.

Kekurangan nutrisi ini disebabkan faktor makanan tak seimbang, suka memilih hanya makanan tertentu yang anak-anak suka, paling kerap.... anak-anak lagi suka makanan ringan dan segera.

Sebab itu pengambilan suplemen untuk kanak-kanak perlu bagi menyeimbangkan keperluan nutrisi yang mereka perlukan tanpa menafikan makanan seimbang setiap hari ! Lagi satu pengambilan suplemen ini memberikan tubuh anak-anak kita nutrisi micro sifatnya yang mungkin sedikit atau hampir tiada nilainya dalam makanan tetapi tubuh badan perlukan lebih contohnya Krominium, zink, copper, manganese dan Selenium.


Jadi, suplemen yang bagus untuk pembentukan otak anak yang sihat dan cergas di sarankan  Meal Shakes dan Omega Guard

 

Meal Shakes suplemen yang lengkap dengan 19 vitamin dan mineral, protein dan serat. Membantu anak-anak membesar dengan sihat, membantu anak-anak mengatasi masalah sembelit dan tak selera makan.

Omega Guard pula membantu anak-anak dengan untuk memenuhi keperluan DHA bagi membantu meningkatkan daya tumpuan dan ingatan serta baik untuk kesihatan mata anak-anak.


Dapatkan Meal Shake dan Omega Guard untuk si manja anda sekarang !

Saya untuk dihubungi di talian 012-6816979 atau emailkan di nnorazrinnapalil@yahoo.com.my

Tuesday, October 21, 2014

Suplemen Untuk Ibu Menyusukan Bayi !

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Dah lama tak cerita tentang penyusuan susuibu. Maklumlah anak pun dah berusia 6 tahun. Tapi adalah menjadi pengalaman manis bila berjaya menyusukan anak secara ekslusif selama 2 tahun. Banyak kisah pahit dan manis ! manis ! manis !

Pergi bawa bakul yang berisi pam, cooler belum masuk lagi handbag. Tak cukup tangan rasanya.



Dulu jerawat dan bekas jerawat banyak, kerap kena migrain dan selsema pula, namun sejak ambil 6 jenis vitamin di bawah migrain jarang-jarang dah kena, selsema setahun 2, 3 kali aje kena, jerawat pun jarang-jarang berani menyinggah!

So, untung sangat ambil vitamin ketika menyusukan. Ibu sihat dan tampil berketrampilan dan bayi sihat dan perkembangannya sempurna sesuai dengan peningkatan umur. Nikmat Allah mana yang mampu di dustakan.

6 Vitamin yang saya maksudkan adalah :-

ESP - membantu penghasilan sel baru yang sihat dan memperbaiki sel yang rosak. ESP mengandungi protien dan kalsium dan komposisi utama susuibu ialah protien dan kalsium.

Vitalea - multivitamin yang lengkap dengan zat besi. Membantu ibu sihat dan tiada masalah rendah HB. Anak juga membesar dengan sihat apabila si ibu mengamalkan pengambilan multivitamin.

B Complex - memberi ibu kesihatan yang optimum, mencantikkan kulit, membantu menstabilkan perasaan dari tekanan dan perlu untuk pembesaran bayi kerana B complex perlu untuk membina sel darah merah.

Vitamin C - ia juga dikenali vitamin yang mencegah kemurungan dan bagus untuk kulit si ibu dan bayi. Membantu meningkatkan imun sistem bayi.

Ostematrix - membantu mengurangkan risiko osteoporosis dikalangan ibu yang melahirkan dan menyusukan anak. Penting untuk perkembangan tulang dan sistem saraf anak.

Alfalfa - terkenal sebagai milk booster kerana ia membantu mempercepatkan penghasilan susuibu. Ia juga vitamin kecantikan dan membantu si ibu mempunyai kulit yang cantik, sihat luar dan dalam.

6 vitamin ini terdapat dalam Set 3M kami. Jika anda ibu yang menyusu ingin dapatkan ke semua iaitu sihat, cantik luar dan dalam serta perjalanan penyusuan yang lebih baik boleh hubungi saya.

Oh ye ! Lagi satu, bagus jika ibu menyusukan anak ambil Omega dan Lecitin sebab ia bagus untuk otak anak dan paling best ia bantu ibu kekal langsing secara sihat tanpa mengganggu perkembangan otak dan tubuh anak.

Saya untuk dihubungi ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnaplail@yahoo.com.my

 

Sunday, October 19, 2014

Tanda-Tanda Awal Badan Kita Kekurangan Protein

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

* Kulit wajah yang kusam?
* Wajah penuh dengan tompokan bekas jerawat yang hitam?
* Bekas gigitan nyamuk yang akhirnya menjadi kudis dan meninggalkan 
   kesan ?
* Rambut sering gugur?
* Lemah dan tidak bertenaga?


Di atas itu adalah tanda-tanda badan kita kekurangan protein. Kita memang boleh mendapatkan sumber protein daripada makanan seharian kita, namun cara kita memasak sehingga mendidih atau goreng hingga garing telah mengurangkan kualiti sumber protein. Sebab protein memang sensitif dengan suhu yang terlalu panas kerana ia akan memusnahkan atau mengurangkan jumlah 9 asid amino perlu, apatah lagi jika memasak makanan sehingga mendidih dan garing.

Sebab itu, saya ambil protein ESP sebagai sumber suplemen tambahan untuk menyokong keperluan protein seharian.Ia diperbuat daripada non-GMO soya dan diproses tanpa menyebabkan ia kehilangan 9 asid amino perlu. Sebab tu tak boleh bancuh ESP dengan air panas mendidih, cukuplah suam-suam kuku.

 Shaklee di muar azrinna-kiosk

Kita memerlukan 9 asid amino perlu kerana badan kita tidak membuatnya, jadi kita perlu ambil dari sumber makanan untuk dihadam bagi menghasilkan 13 asid amino tidak perlu.

Kekurangan protein akan beri tanda-tanda macam kat atas tu, sebelum menjurus pada masalah kesihatan yang lain seperti :-
# Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
# Kidney disease (penyakit buah pinggang)
# Liver (penyakit hati)
# High Cholesterol (kolesterol tinggi)
# Low blood pressure (tekanan darah rendah)
# Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
# Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
# Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
# Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
# Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
# Poor vision (Penglihatan kurang baik)
# Irritability (Badan menggeletar)
# Fatigue (Letih lesu)
# Weakness (Lemah)
# Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
# Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
# Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan

Hanya kita yang tahu akan diri kita.

Jika berminat nak dapatkan ESP, sila hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Saturday, October 18, 2014

Makin Tumbuh Jerawat Bila Ambil Vitamin

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pernah tak kita ambil vitamin sebab target nak kulit canteks sebab ada function yang nak dihadiri. Tapi berakhir dengan 'pilu' sebab jerawat semakin banyak lepas ambil vitamin ?
Pernah ?

Saya sendiri alami, bulan lepas saya target kulit akan bersih without jerawat. Sebab ada banyak majlis kena hadiri. Salah satunya majlis kahwin sepupu saya ni !

Shaklee Di Muar

Tapi malangnya jerawat saya tumbuh secara marathon. Lepas sebiji tumbuh lagi sebiji. Walaupun ada yang dah sembuh, tapi bekas jerawat memang banyak.

Apa puncanya ?
Adakah ambil banyak vitamin buat jerawat semakin suka tumbuh ?

Puncanya satu aje. Saya kurang minum air. Apasal ? Saja nak bereksperimen dengan jerawat ! Hi!Hi!Hi! Kalau tak tak boleh terbit entry ini. (Alasan bela diri dan tak boleh pakai, jangan ikut !).

Pengambilan air ini penting untuk membantu penyerapan vitamin yang kita ambil dan bawa keluar toksin dalam badan melalui pembuangan air besar dan kecil. Jadi, jika kita tak cukup minum air toksin ini perlu dikeluarkan juga tetapi melalui jalan yang tak sepatutnya dan kita tak senang, contohnya ia tembak kulit, maka jadilah JERAWAT!

Berapa banyak air kita perlu minum bila ambil vitamin ni ? Formulanya adalah setiap 25kg berat badan kita perlu ambil 1 litter air. 

Vitamin untuk kulit yang berjerawat ni paling simple adalah ESP, Vitamin B, C dan E. dan bagi mereka yang ada jerawat yang serius tambah GLA complex.

Tu, cerita bulan lepas, hari ni jerawat dah tak tumbuh, parut pun semakin hilang . So, tak nak malas minum air dan tak mau tolenran nak berekperimen dengan jerawat lagi!

Lagi satu, kena juga jaga kebersihan, contohnya cuci muka beberapa kali sehari. Alhamdulillah kita umat Islam paling kurang 5 kali sehari kita cuci muka. Sebab faktor cuaca dan persekitaran kita yang tercemar buat jerawat senang singgah. 

Namun bagi yang cuti Solat, ambillah masa juga untuk rajin-rajin cuci muka. Maklumlah perempuan ni banyak cuti-cuti. Cuti Solat, cuti puasa, cuti bersalin, cuti-cuti Malaysia - Ni dialog sebuah drama ! Hi!Hi!Hi!

Anda rasa anda ambil vitamin makin banyak jerawat ? Saya juga percaya anda kurang minum air masak !

Nak cuba vitamin untuk kulit ? 

Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my


Friday, October 17, 2014

Bukan Spirulina Tapi Alfalfa !

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pernah tengok Vitalea ? Warna mengancam kan ? HIJAU gitu ! 

Shaklee di muar


Selama ini saya sangka warna hijau yang menyelaputi Vitalea adalah daripada Spirulina. Mati ! Mati ! Serius ! Rupanya ia daripada Alfalfa. 


Walaupun warnanya hijau jangan bimbang ia tiada pewarna tambahan, perisa tambahan. Semuanya pure. Tak percaya cuma rendam dalam air masak selama 7 minit. Warna air tak berubah pun. Lagi satu, anda genggam Vitalea dalam suhu bilik - tiada pelunturan warna dan meleket kat tangan berlaku.

Saya nak bagi tahu, kalau tak datang kelas Shaklee dari Siri jelajah Shaklee Effect 3R di Petaling Jaya tu, sampai sekarang saya tak tau yang warna hijau tu bukan dari Spirulina !



Oleh sebab bisness Shaklee berasaskan produk, jadi jika anda nak jadikan ia sebagai sumber pendapatan maka datanglah ke kelas-kelas Shaklee yang kebanyakkannya percuma dan jika ada dikenakan bayaran pun, tak mahal, tak sampai beratus-ratus RM untuk ilmu pasal produk. Bukan pasal RM semata-mata !

Anda nak jadikan Shaklee sebagai sumber pendapatan ? 

Hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Wednesday, October 15, 2014

Terima Kasih Atas Sumbangan Anda !

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


Shaklee Cares for Our Children! 




Dengan tujuan utama untuk membantu 2000 keluarga tidak berkemampuan yang berdaftar dengan MyKasih dengan sumbangan bernilai RM 1,000,000.00 (RM 1 Juta!) dalam bentuk sumbangan Mealshakes selama 1 tahun!

Serta sumbangan TAMBAHAN! Satu canister Mealshakes satu keluarga untuk 5000 keluarga yang juga tidak berkemampuan berdaftar dgn MyKasih! 

Pemberian Meal Shakes ini bertujuan supaya ia dapat memberi sedikit sinar perubahan kepada mereka yang berada dalam kelompok kemiskinan, supaya membantu mereka supaya berada pada tahap kesihatan yang baik. Bagi melahirkan otak cergas supaya dapat memberi perhatian lebih baik kepada pembelajaran mereka.

Sumbangan ini adalah hasil daripada 10% pembelian anda sepanjang September hingga Oktober 2015 promo Mealshakes Beli 3 percuma 1.

Saya sebagai pengedar ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang menyumbang melalui pembelian sepanjang promo ini berlangsung.


Bagi anda yang ingin turut serta menyumbang, ada 15 hari lagi promosi Meal Shakes ini.

Saya untuk dihubungi di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Tuesday, October 14, 2014

Sarapan Pagi Dengan Tripple Gems Untuk Kecergasan Otak Anak-Anak

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Budak-budak kan, bila bangun pagi nak ke sekolah macam-macam cerita. Dengan liat bangun paginya, belum lagi kes sambung tidur sambil gosok gigi, sujud tak bangun-bangun ! - Macam-macam hal !



Belum lagi terkejar-kejar nak bersarapan pagi. Bila dah lambat, semua tak sempat termasuk sarapan. Padahal sarapan sesuatu yang perlu bagi anak-anak yang bersekolah.

Hasil kajian menunjukkan bersarapan membantu beri tenaga, membantu mereka berfikir dengan lebih cepat, membantu mereka untuk tidak berkhayal dalam kelas dan paling UTAMA tentulah membantu hilangkan simptom rasa lapar seperti cepat marah, sakit kepala, lesu dan sebagainya.

Sebab tu anak-anak kecil terutamanya yang baru kenal sekolah perlukan sarapan yang 'segera' tetapi berkhasiat untuk memulakan hari, sarapan bernutrisi untuk menjana, menyegarkan sel-sel dalam badan termasuk otak.

Sarapan pagi yang saya maksudkan adalah Tripple Gems yang mengandungi ESP, Meal Shakes dan Performance Drink.


ESP adalah sumber protein yang menghantar impuls saraf. Semakin tinggi ia menghasilkan impuls saraf semakin tinggi kecergasan otak mereka.

Meal Shakes memberikan 19 mineral dan vitamin penting untuk tubuh bagi proses pembesaran dan mengekalkan kesihatan kepada anak-anak. Sebab biasa kanak-kanak memilih makanan, mereka hanya makan apa yang mereka suka. Kekurangan vitamin dan nutrisi boleh mengganggu perkembangan semulajadi yang sepatutnya dilalui kanak-kanak.

Performance drink untuk membekalkan tenaga segera dan menstabilkan kandungan air dalam badan. Maklumlah budak-budak ni kadang-kadang tak suka minum air masak. Kekurangan minum air akan buat mereka kerap jatuh sakit.

Apa rasa campuran Tripple Gem ni ? Rasanya macam minuman kultur perasa oren.

Selain itu, campuran ini buat mereka rasa kenyang tetapi tidak mengantuk dalam kelas.

Anda nak dapatkannya ?

Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Sunday, October 12, 2014

Nak Anak Otak Sihat Dan Cergas ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Siapa tak mahu dapat  anak yang cergas dan cerdik kan ?

 Shaklee Di Muar

Tahu tak bahawa protein adalah salah satu sumber makanan untuk melahirkan otak yang cergas dan sihat ? Sebab komponen utama dalam sel otak manusia adalah protein. Protein ini juga penting kerana ia pesat melalui batasan darah otak (selaput membrane) jadi tentu ia amat diperlukan oleh otak.

Kalau sekarang anda ibu hamil pastikan anda mengambil sumber protein yang berkualiti untuk membantu pembentukan otak bayi.


Jika anda ibu yang menyusukan bayi ambillah juga protein sebagai sumber makanan tambahan kerana pada perkembangan otak yang pesat adalah ketika dua tahun pada awal selepas kelahiran. Kekurangan tenaga protein pada peringkat awal tumbesaran kanak-kanak akan menjelaskan perkembangan mental dalam jangkamasa panjang. 

Jika anak telah berada dalam bangku sekolah, pengambilan protein sebagai makanan tambahan kerana asid lemak dalam protein ini diperlukan sebagai 'pembawa maklumat otak pancar saraf' yang mengawal kebanyakan fungsi otak seperti perasaan, hati, pengeluaran hormon dan cara tidur. Dan kesemua proses  badan itu boleh mempengaruhi tindakbalas tingkahlaku seseorang kanak-kanak terhadap persekitaran dan juga proses pembelajaran mereka.

Bulan ini bulan istimewa untuk dua sumber protein Shaklee yang best iaitu ESP dan Meal Shakes . ESP untuk anak seawal umur 2 tahun dan Meal Shakes untuk anak-anak umur setahun setengah. Dan untuk orang dewasa, tentulah boleh !

Jom, ibu hamil, ibu menyusu dan punya anak-anak dapatkan ESP dan Meal Shakes !





Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my





Friday, October 10, 2014

Selesa Walau berpeluh !

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Kita selalu rasa malas nak kenakan losyen di tangan atau di kaki sebab meleket terutama bila berada di bawah panas matahari bukan ?

Jadi, hari ni saya nak share tentang Shaklee Herbal Blend.

Shaklee Di Muar 
Losyen ni bagus untuk kita sapu kat tumit yang pecah-pecah, siku dan lutut yang biasanya kasar. Juga boleh di jadikan losyen tangan.

Apa yang saya suka dengan losyen ni ialah selain tak meleket walau kita berada pada suhu bilik adalah ia mudah menyerap pada kulit. Jadi lepas pakai tak delah kena buka tangan untuk beberapa minit supaya ia menyerap.

Lagi satu yang best ia mudah nak cuci. Jika kita dah pakai 3 hingga 4 jam kemudian nak berwudhuk, tak payahlah susah-susah cari sabun nak bersihkan sebab ia tiada kesan berminyak walau hanya dibersihkan menggunakan air.

Harganya juga amat berpatutan iaitu RM27.50 sahaja dengan berat 113g bercirikan Paraben Free. So, memang selamat !

Nak cuba tak ?

Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Thursday, October 9, 2014

Bahayakah Soya ?


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Soya. Banyak makanan tradisi masyarakat kita diperbuat soya sejak sekian lama ni. Tempe, tauhu, kicap, taucu antara makanan masyarakat kita yang popular.

Namun hari ini bila disebut soya maka banyaklah kenyataan berbaur negatif termasuk penyebab kanser, melebatkan pertumbuhan bulu roma, menipiskan kulit dan macam-macam lagi.

Kenyataan berbau negatif juga tak lepas terkena tempias ESP sebab ia diperbuat dari soya. Dah 7 tahun tau saya seisi keluarga ambil ESP ni !

Namun, walau macam-macam cerita yang bertebaran saya berpegang kepada apa yang saya belajar tentang ESP ni.

  • ESP Non-GMO dari tumbuh dan matang secara semulajadi.
  • ESP diproses pada suhu yang rendah yang akan menghilangkan kandungan zatnya
  • ESP mengandungi lengkap 9 asid amino perlu
  • ESP mengandungi Isoflavon
  • ESP bebas gula dan kolestrol
  • ESP rendah Glimik indeks 
Walau apa pun cerita buruk yang disampaikan dan ditebarkan tentang soya dan ESP kita berpegang pada kebaikannya asalkan kita tak ambil berlebihan seperti yang panduan yang diberikan.

Bak kata ibunda Shaklee saya, pengambilan vitamin bukan bererti kita tak akan jatuh sakit, tapi jika telah ketetapan Allah untuk kita jatuh sakit, ia tak seteruk mereka yang tak amalkan apa-apa suplemen dan Insyallah cepat sembuh !

Katanya lagi, ia umpama kita pakai tali pinggang keledar, bukan bererti kita tidak akan terlibat dalam kemalangan, tetapi ia mengurangkan risiko dari kecederaan serius!

Anda nak cuba ESP ? Bulan ni ada promo ESP, beli 6 percuma 1.




Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

COD : Saya di Jalan Joned, Pagoh Jaya dan kawasan sekitarnya.

Wednesday, October 8, 2014

Jom Memberi !

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Teringat dalam salah satu cerita Upin dan Ipin tentang nilai 10sen apa yang individu tu boleh dapat ? Tetapi jika dikumpulkan nilai 10sen tu dari ramai orang nilainya jadi banyak dan lebih bernilai dari nilai asalnya - 10sen dari individu.

Jadi, jom pakat ramai-ramai beli Promo Meal Shakes Beli 3 Percuma 1 yang sedang berlangsung sepanjang bulan September 2014 dan Oktober 2014 untuk program Shaklee Cares For Our Children.




Melalui program ini setiap pembelian Meal Shakes melalui Beli 3 Percuma 1 ini, 10% daripadanya akan disumbangkan kepada 2000 keluarga miskin diseluruh Malaysia. Sumbangan ini akan dilakukan dalam bentuk kewangan dan juga Meal Shakes setiap bulan selama setahun.

Nilai 10% mungkin tak banyak jika secara individu, tetapi jika dikumpulkan, 2000 keluarga miskin akan dapat manfaatnya.

Juga, melalui promo ini juga sangat sesuai jika anda berhajat nak buat sumbangan secara persendirian pun molek, sebab dapat beri kepada lebih ramai individu atau keluarga yang memerlukan !

Jom memberi ! Walau sedikit pada kita, tapi besar nilainya bagi mereka yang teringin tapi tak mampu nak nikmati Meal Shakes !

Mudah-mudahan ia beri senyuman pada mereka ! 


Saya untuk dihubungi ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my



Tuesday, October 7, 2014

Hilangkan Bekas Kehitaman Akibat Jerawat

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Ada sesetengah orang yang tak perlu berbelanja mahal, untuk mendapatkan kulit yang sihat lagi cantik. Gunakanlah apa sahaja skincare yang dia terlintas nak cuba dari rak supermarket tanpa buat kulit berjerawat, berparut mahupun berjeragat. Beruntungkan jadi mereka !

Tetapi ada yang tak bernasib baik mereka beria-ia dalam penjagaan wajah namun, masalah kulit umpama 'ruji'. Masalah kulit paling popular dalam konteks negara kita yang panas lembab sepanjang tahun ini adalah jerawat ! Dan tak dapat lari dari kesan jerawat itu iaitu berparut dengan kesan kehitaman.

Tapi serius nak bagi tau, saya bukan dalam golongan berkulit kat perenggan pertama. Saya juga punya masalah jerawat. Sampai naik boring dengan jerawat, tiap kali bangun tidur, tumbuh dua biji jerawat. Sampai tak ada space jerawat nak tumbuh kat muka. Namun jerawat hilang sendiri kala usia 25 tahun, namun bekas jerawat memang sukar nak hilang. Macam-macam tip saya cuba.

Nak dijadikan cerita, ketika menyusukan bayi saya mengambil ESP sebab salah satu fungsinya adalah membantu mempercepatkan proses penghasilan susuibu dan tak semena-mena kesan jerawat kian pudar. Seronok sangat ! Tapi ia memang ambil sedikit masa, tak silap saya dalam 4 ke 5 bulan baru nampak kesan !

Sebenarnya suplemen untuk skin yang sihat dan cantik ni banyak. Selain ESP, ada Vitamin B, Vitamin C, Vitamin E, GLA Complex, Collagen dan ada banyak lagi.

Tetapi paling asas untuk mendapatkan kulit yang sihat adalah dengan mengambil protein ESP, kerana sel kulit terbina daripada protein dan, sel yang sihat akan menghasilkan kulit yang sihat.

Bagi anda yang hadapi kulit berbekas hitam akibat jerawat, ia terjadi apabila sel-sel mati tidak dapat disingkirkan dari wajah. Jadi, pengambilan ESP membantu penghasilan sel yang sihat untuk menggantikan sel-sel mati pada kulit wajah dan kulit wajah akan kembali cerah secara beransur-ansur.

Paling penting konsisten dan sabar untuk mendapatkan kesannya !

Nak cuba ESP ? Bulan ini adalah bulan ESP, dengan pembelian 6 canister anda akan dapat percuma 1 canister.


Saya untuk dihubungi di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Monday, October 6, 2014

Semakin berumur Semakin Kurang Ketinggian !

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Perasan tak, semakin kita berumur kita menjadi semakin rendah walaupun dulunya kita tinggi sebenarnya. Dan jika kita dah memang rendah, semakin berusia semakin rendah kita.
Shaklee di Muar



Bila saya baca status begini dalam laman sosial seorang rakan Shaklee terdetik juga berapa ketinggian saya sekarang. Kalau dulu 163cm, sekarang ? 

Penting sangatkah soal ketinggian ni ? Soalnya bukan ketinggian itu sebab nanti ada yang kata, ada apa dengan ketinggian, bukan saya model atau retis, jadi ketinggian bukan masalah !

Sebenarnya kehilangan ketinggian ini disebabkan tanda-tanda proses osteoporosis yang telah bermula iaitu badan menjadi rendah serta bongkok akibat kepatahan tulang belakang (spinal ). Ini bermakna tulang belakang tidak lagi mampu untuk menyokong berat badan.

Kesannya lama kelamaan akan menyukarkan kita untuk menjalani kehidupan termasuk soal beribadah terutama apabila menjelang hari tua. Sebab semua orang nak melalui hari tua dalam keadaan sihat tanpa menyusahkan orang-orang disekeliling kita.  

Cuba baca artikel comel kat bawah ni !


Cara yang paling mudah nak mencegahnya adalah melalui pengambilan kalsium iaitu 1200mg sehari melalui susu dalam anggaran 4 gelas susu. Tapi benarkah kita mengambil susu atau makanan berkalsium dalam jumlah yang disarankan sebab seorang rakan bertugas dalam bidang dietetik di sebuah hospital mengatakan dalam konteks penduduk Malaysia pengambilan susu terhenti bila kanak-kanak berumur 7 tahun ?!

Selain dari pengambilan sumber kalsium yang kurang, terdapat juga faktor yang menghalang kalsium yang kita ambil dari terus diserap oleh badan, antaranya banyak sangat ambil minuman berkafein, banyak sangat ambil makanan bergaram, lagi... banyak tak suka bersenam walau cuma berjalan kaki.

Jadi, pengambilan suplemen seperti Osteomatrix membantu 'kekurangan' sumber kalsium yang kita ambil. Nak lagi bagus ambil Osteomatrix bersama susu dan badam ! Osteomatrix dicipta dengan kandungannya yang seimbang supaya memastikan penyerapannya adalah 99% oleh badan. 
Jadi, mulai sekarang nak tak ubah tanggapan kita terhadap kepentingan kalsium ni ? Walaupun ia bukan suplemen yang direct untuk kecantikan tetapi ia mainkan peranan lebih penting untuk 'kecantikan' tulang kita yang terletak jauh di dalam sana.

Nak dapatkan Osteomatrix ?

Hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Sunday, October 5, 2014

Salam Aidiladha !

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Friday, October 3, 2014

Non-GMO Itu Apa ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Non-GMO. Bermaksud bermaksud ‘Non-Genetically Modified Organisms’ di mana kandungan genetiknya tidak pernah diubah oleh manusia.

Pengubahsuaian kandungan genetik ini dilakukan supaya ia rintang terhadap penyakit, makhluk perosak, cepat matang sudah tentu supaya kuantitinya banyak dapat dikeluarkan. 

Dan, menariknya bila kita taip perkataan "Non-GMO dan soya" di engine carian Google, automatik akan keluar pelbagai info mengenai ESP ! Tak percaya, cuba taip ! Kan ?
 Shaklee Di Muar

Memang benar, ESP adalah produk Non-GMO  yang dipantau penghasilannya sejak sebelum penanamannya sehingga proses pengeluarannya melalui IPP (Identity Preservation Program) supaya ia benar-benar Non-GMO. Salah satu ciri untuk memastikan ia benar-benar Non-GMO adalah proses matang soya itu sendiri, contohnya jika ia memerlukan 9 bulan untuk matang, maka sembilan bulan jualah masa di ambil untuk matang. Bukan sekadar ditulis di label Non-GMO ye !

Apa istimewanya ESP yang Non-GMO ni ? Kita cerita dari segi "kesedapan"nya. Kalau kita beli tembikai, kadang-kadang bijinya putih, kadang-kadang bijinya hitam kan ? Perasan tak, tembikai yang berbiji hitam lebih sedap, manis dan terasa rangup berbanding yang berbiji putih ? Senang cerita tembikai yang berbiji putih telah diubah genetiknya supaya cepat matang berbanding tembikai berbiji hitam. Nampak tak beza "kesedapan"nya ?

Shaklee Di muar

Bulan ni bulan ESP, ramai ibu menyusu yang bertepuk tangan, walau saya dah tak menyusukan tapi saya pun bertepuk tangan juga, sebab saya dan Aiman penggemar ESP !
Istimewanya bulan ni, beli 6 ESP percuma 1 ESP dan dapat keahlian percuma tau ! Jika anda memang pengamal ESP, ambillah peluang bulan ini untuk beli dengan tawaran best dan jadi ahli.
Hubungi saya di talian 012-6816979


Thursday, October 2, 2014

Bulan Istimewa Untuk Peminat ESP !

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Oktober ini bulan yang bagus untuk peminat ESP sebab bulan ni Beli 6 ESP percuma 1.

Jika anda ada tanda-tanda macam kat bawah ni,

#Kulit wajah yang kusam ?
#Wajah penuh dengan tompokan bekas jerawat yang hitam ?
#Bekas gigitan nyamuk yang akhirnya menjadi kudis dan meninggalkan kesan ?
#Rambut sering gugur ?
#Lemah dan tidak bertenaga ?
Itu tanda-tanda tubuh kita kekurangan protein. Jadi, sempena bulan istimewa ini, dapatkan promosi ESP ini. 


Hubungi saya untuk pembelian di 012-6816979
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...