Friday, August 22, 2014

Malaysia Berkabung - Bersatu Dalam Kesedihan


Hari ini di istiharkan sebagai Hari Berkabung sebagai penghormatan buat mangsa MH17.

“balik kampung” anda yang amat jauh perjalanannya sebelum tiba ke destinasi. 

Bermula dengan “terkandas” di Donetsk, Ukraine.

Seluruh dunia terkejut. 
Seluruh dunia mengutuk.
Angkara siapa perjalanan anda terkandas.


Lalu perjalanan anda diteruskan kembali dengan menaiki keretapi  ke Kharkiv sebelum diterbangkan kembali ke Belanda.

Setibanya anda di Belanda, sambutan penuh hormat oleh pihak Belanda. Di sanalah anda menjalani proses identifikasi. Setelah sebulan anda menanti untuk pulang kepangkuan, akhirnya hari ini baru impian anda tercapai.

Selamat kembali ke tanah air

Selamat pulang ke pangkuan keluarga

Walaupun anda sudah kaku tidak bernyawa lagi


Kami semua bertafakur untuk anda MH17


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...