Monday, May 26, 2014

Tip Mendepani Kanak-kanak Hyperactive

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Cerita seorang kawan buat daku refresh nota ini kembali, mudah-mudahan ia dapat membantunya. Jauh sekali sebagai pakar cuma sebagai pendengar setia.
Shaklee di muar

Menurut Dr. H. M Tuah dalam buku Bukan Main Lagi, perkara pertama sekali sebagai ibu bapa perlu lakukan adalah minum air masak banyak-banyak kerana ia boleh menenangkan dan kembalikan emosi pada tahap alpha iatu arus ketenangan. 

Menurut buku berkenaan lagi, parent boleh amalkan secara konsisten tip kat bawah ni !

1) Semak - Bawa anak berjumpa mereka yang pakar supaya tahap kecerdasan emosi dan IQnya dapat diukur. Kerana kadang-kadang latar belakang keluarga yang berada dalam keadaan senyap tiba-tiba ada kanak-kanak yang lasak dalam keluarga itu lantas kita mengatakan dia hyperactive.

2) Faham - Join support group dan parenting skill-training supaya lebih memahami anak supaya meningkatkan kemungkinan dia membesar seperti orang yang normal.

3) Latih - Tidak perlu tegas tapi konsisten. Contoh jika tidak boleh duduk diam di satu tempat cuba pegang tangan dia dengan lembut kemudian ajak dia duduk diam.

4) Puji bila betul - Berikan pujian bila dia melakukan sesuatu seperti yang kita arahkan. Contoh puji jika dia makan dengan tertib.

5) Layan - Jangan dilarang apa yang dilakukannya walau agak bahaya, tetapi pantau sahaja. Jika terlalu bahaya barulah larang.
Beri ruang gerak yang cukup supaya dia boleh guna seluruh tenaganya. Kalau dia ingin ke padang bola, bawa saja. Mana tau datang minat bergaul dan dapat mendisplinkan diri. Kerana kawan-kawan yang betul selalunya akan membetulkan dia, dengan syarat kawan-kawan yang betul ni ramai, kalau tidak, kawan-kawannya pula yang akan jadi hyperactive.

6) Cakap- Minta dia selalu bercakap, kerana anak hyperactive susah berkomunikasi kerana sibuk dengan dunianya sendiri. Kerana secara teorinya sekiranya dia bercakap tentang apa yang kita rasa bahaya dia tidak jadi melakukannya. Boleh tak kalau kita anggap bercakap itu sebagai sesuatu untuk melepaskan apa saja yang ada didalam jiwa.

Lagi satu, satu kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA dalam Omega Guard dikatakan amat bagus di ambil oleh anak-anak hyperactive ni kerana ia mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental - Jika telah dikaji secara klinikal, tak salah mencuba !

Saya kira kawan saya cukup tabah bila berhenti kerja dan jaga sendiri anak sebab hanya dia yang tahu how nak uruskan anaknya ini. Dari hantar sekolah, menjemput pulang dan mengajar mengaji. Dan saya percaya bukan calang-calang orang mampu melakukannya. Mudah-mudahan mereka suami isteri akan terus diberi kekuatan untuk menjaga dan mendidiknya. Mudah-mudaan usaha anda akan sentiasa diberkati Allah.


Saya untuk dihubungi ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@ayhoo.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...