Sunday, May 11, 2014

Meragui Doa ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 
Selamat berhujung minggu bagi yang bercuti hari ini. Saya nak kongsi apa yang saya baca dari buku Screaming-Free Parenting tentang doa pada mukasurat 76. untuk ingatan saya dan rakan-rakan pembaca blog ini.
 
Pertama : Allah suka mendengar keluh kesah hamba-Nya, walaupun pada perkara yang Nampak 'remeh' kepada kita. Allah s.w.t bukan seperti kita. Allah suka 'diganggu' dengan pelbagai permintaan hambanya. Rasullah s.a.w dikhabarkan selalu meminta petunjuk daripada Allah sehingga dalam urusan mengikat tali kasut Baginda.
 
Kedua : Doa-doa tidak selalu dipanjatkan pada saat-saat genting dan dalam suasana formal. Mari kita membina pendekatan yang lebih intim dengan Tuhan melalui doa dalam perkara yang kita anggap kecil, pada setiap saat yang kita mahukan, walaupun ketika sedang menguap rambut anak kita kerana bangga dengan pencapaiannya.
 
Jadi, berdoalah kita setiap hari walau untuk perkara-perkara remeh, Wallahualam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...