Saturday, May 31, 2014

Apa Ada Dalam Basic H ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Dah lama tak cerita pasal Basic H. Salah satu produk yang popular. Juga 'membosankan' sebab susah nak habis. Iyalah, guna sedikit aje dah cukup. Memang jimat !

Shaklee di Muar


Apa bahan asas Basic H ni ye ? Bahan-bahannya hanya di bawah.

Water, Alkyl Polyglucoside (from corn & coconut), Ethyoxylated Fatty Alcohol (from coconut), Xanthan Gum (from vegetables) and Methyl Chloro Isothiazolinone (biodegradable preservative).

Apa ciri-ciri Basic H ni ?
* tidak bertoksik
* tidak punya haruman
* pH yang seimbang
* lembut pada tangan
* tidak memedihkan mata
* tidak mengganggu sistem air dan tanah jika dibuang ke longkang mahupun sistem septik dan
   pembentungan.

Jadi, ia memang GO GREEN lah!

Basic H ada 1000 kegunaannya  untuk seisi keluarga. Tapi memang kena pelajari cara menggunakannya dengan betul. So, sila hubungi SID anda untuk mengetahui cara menggunakan Basic H dengan betul.
 
Saya untuk dihubungi ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Thursday, May 29, 2014

Kenapa Mesti Cuba ?!

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Ambil satu sudu Meal Shakes letak dalam cawan lalu dia ratah-ratah aje depan tv tanpa bancuh dengan air - Itu yang selalu Aiman buat.

Apa kandungan Meal Shakes yang buat ia istimewa untuk kanak-kanak ?
  1. Mengandungi 24 jenis vitamin, mineral dan zat
  2. Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa)
  3. Membantu tumbesaran sebab mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium
  4. Mengandungi anti-oksida iaitu vitamin A, C, E, zink dan selenium
  5. Mengandungi vitamin B yang lengkap, termasuk zat besi dan copper untuk membina sel darah merah
  6. Kaya dengan serat larut untuk membantu sistem penghadaman supaya lawas dan supaya tak mudah rasa lapar- terutama jika kanak-kanak obesiti yang tak mahu bersarapan tetapi suka terus makan tengahari dalam kuantiti yang banyak
  7. Rasanya yang lazat tanpa mengandungi pewarna dan gula tiruan



Sebab itu ia istimewa untuk kanak-kanak bermula dari setahun setengah. Cerewet nak makan. Sembelit. Terpengaruh dengan junk food yang buat mereka kelaparan nutrisi dalam kekenyangan makanan. Kerap demam - Itu antara dilema ibu hadapi.

Sekurang-kurangnya dengan ambil Meal Shakes, ibu tau anak mereka kekenyangan nutrisi yang diperlukan supaya membesar dengan sihat.
 
Tak cuba tak Meal Shakes ?

Hubungi saya di 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Sakitnya 'Mata Ikan'

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pernah tak anda kena ulser dalam mulut atau terkenal dengan panggilan mata ikan ? Sakit sangat ! Nak kunyah makanan pun susah. Pernah kena suatu tika dulu dalam sepanjang hidup saya kena 5 mata ikan sekaligus dalam mulut. Jangankan nak mengunyah makanan, tak bercakap pun susah ! Alahai....

Bukan setakat mata ikan yang memenuhi ruang mulut, tapi diikuti dengan bibir menggelupas dan memang pedih.

Lalu saya ambil Performance Drink (PD) secara konsisten, iaitu saya bancuh bersama 1.5 liter air dan simpan dalam peti sejuk dan kena habiskan untuk sehari tu. PD membantu mengelakkan dehidrasi  dan seimbangkan kandungan air dalam badan. Selain beri tenaga serta merta pada badan. Sebab punca utama terjadinya 'mata ikan' ini adalah kekurangan air dalam b

Lagi satu, akibat sukar nak makan dan boleh telan bubur berlaukkan telur sahaja sebabkan saya asyik terasa lapar tapi tak lalu makan saya ambil Energizing Soy Protein (ESP) bagi membantu mengurangkan rasa lapar. Sebab pengambilan protein boleh merangsang hormon leptin untuk membantu rasa lebih kenyang selain kadar pencernaan dan penyerapan protein adalah lebih lama berbanding makanan tinggi karbohidrat. 

Alhamdulillah, setelah 4 hari '5 mata ikan' dalam mulut sembuh jua.

Jadi, sesiapa yang demam, ada 'mata ikan' dalam mulut tu, terutama dalam keadaan cuaca sekarang boleh cuba minum PD. Bagus juga sebagai persediaan bulan puasa nanti.


Saya untuk dihubungi di 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Wednesday, May 28, 2014

Sebagai Persediaan Berpuasa

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Anda dah sediakan Meal Shakes sebagai persediaan berpuasa ? Jika belum bagus dapatkan sekarang untuk kecergasan dan kesihatan untuk berpuasa seisi keluarga terutama kanak-kanak yang baru nak belajar puasa.

Selain itu, ia juga bagus sebagai hidangan lengkap dengan protein, 24 jenis vitamin, mineral dan zat juga kaya dengan serat larut untuk bersahur dan minuman sebelum tidur.

Maklumlah kadang-kadang bila berpuasa kita tak sempat nak ambil suplemen ditambah lagi bila bersahur dan iftar selalu kita akan ambil makanan yang tekak kita suka tapi bukan tubuh kita suka. Jadi kuranglah nutrisi yang badan perlukan.

Lagi satu bagus buat sahur kot terjaga lagi 10minit waktu imsyak tak sempat nak prepare apa. So bancuh Meal Shake, ESP dan PD serta 3 biji kurma Insyallah badan sedia untuk berpuasa.


Bagus juga di ambil sebelum tidur bersama susu suam (saya suka aroma vanillanya bila bercampur susu) supaya tidur lena nak badan segar bila bangun tidur.
Jika belum, boleh dapatkan daripada saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Tuesday, May 27, 2014

Set Kat Minda !

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Suatu hari nanti akan ku jejaki tempat ini.


Anda ada impian ? Mari tulis impian anda !

Nak beli Shaklee ? Hubungi saya di 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnaplail@yahoo.com.my

Monday, May 26, 2014

Tip Mendepani Kanak-kanak Hyperactive

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Cerita seorang kawan buat daku refresh nota ini kembali, mudah-mudahan ia dapat membantunya. Jauh sekali sebagai pakar cuma sebagai pendengar setia.
Shaklee di muar

Menurut Dr. H. M Tuah dalam buku Bukan Main Lagi, perkara pertama sekali sebagai ibu bapa perlu lakukan adalah minum air masak banyak-banyak kerana ia boleh menenangkan dan kembalikan emosi pada tahap alpha iatu arus ketenangan. 

Menurut buku berkenaan lagi, parent boleh amalkan secara konsisten tip kat bawah ni !

1) Semak - Bawa anak berjumpa mereka yang pakar supaya tahap kecerdasan emosi dan IQnya dapat diukur. Kerana kadang-kadang latar belakang keluarga yang berada dalam keadaan senyap tiba-tiba ada kanak-kanak yang lasak dalam keluarga itu lantas kita mengatakan dia hyperactive.

2) Faham - Join support group dan parenting skill-training supaya lebih memahami anak supaya meningkatkan kemungkinan dia membesar seperti orang yang normal.

3) Latih - Tidak perlu tegas tapi konsisten. Contoh jika tidak boleh duduk diam di satu tempat cuba pegang tangan dia dengan lembut kemudian ajak dia duduk diam.

4) Puji bila betul - Berikan pujian bila dia melakukan sesuatu seperti yang kita arahkan. Contoh puji jika dia makan dengan tertib.

5) Layan - Jangan dilarang apa yang dilakukannya walau agak bahaya, tetapi pantau sahaja. Jika terlalu bahaya barulah larang.
Beri ruang gerak yang cukup supaya dia boleh guna seluruh tenaganya. Kalau dia ingin ke padang bola, bawa saja. Mana tau datang minat bergaul dan dapat mendisplinkan diri. Kerana kawan-kawan yang betul selalunya akan membetulkan dia, dengan syarat kawan-kawan yang betul ni ramai, kalau tidak, kawan-kawannya pula yang akan jadi hyperactive.

6) Cakap- Minta dia selalu bercakap, kerana anak hyperactive susah berkomunikasi kerana sibuk dengan dunianya sendiri. Kerana secara teorinya sekiranya dia bercakap tentang apa yang kita rasa bahaya dia tidak jadi melakukannya. Boleh tak kalau kita anggap bercakap itu sebagai sesuatu untuk melepaskan apa saja yang ada didalam jiwa.

Lagi satu, satu kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA dalam Omega Guard dikatakan amat bagus di ambil oleh anak-anak hyperactive ni kerana ia mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental - Jika telah dikaji secara klinikal, tak salah mencuba !

Saya kira kawan saya cukup tabah bila berhenti kerja dan jaga sendiri anak sebab hanya dia yang tahu how nak uruskan anaknya ini. Dari hantar sekolah, menjemput pulang dan mengajar mengaji. Dan saya percaya bukan calang-calang orang mampu melakukannya. Mudah-mudahan mereka suami isteri akan terus diberi kekuatan untuk menjaga dan mendidiknya. Mudah-mudaan usaha anda akan sentiasa diberkati Allah.


Saya untuk dihubungi ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@ayhoo.com.my

33 Hari Lagi Tripple Gem Akan Lebih Glemer


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Berpuasa bermaksud menahan diri dari lapar dan dahaga serta perkara yang membatalkan puasa. Pengambilan Triple Gem bukan bermakna memesongkan maksud berpuasa, tapi ia lebih kepada menjaga kestabilan tubuh untuk melaksanakan Rukun Islam Yang ketiga itu tanpa menjadikan puasa sebagai alasan untuk tidur sepanjang hari, duduk di depan tv atau memegang gajet sahaja. Sebab kalau kita lihat ketika zaman Rasullah dulu banyak peristiwa penting yang berlaku pada Bulan Ramadhan yang menuntut kekuatan fizikal dan mental.

Jadi, bagi anda yang mahu membeli Triple Gem saya kongsi kelebihannya di samping pemakanan seimbang ketika bersahur dan iftar yang menyebabkan ia lebih popular pada Bulan Ramadhan. Kat bawah ni saya sertakan 4 sebab secara ringkas.

Shaklee di Muar azrinna-kiosk

1) MEMBANTU MENGURANGKAN RASA LETIH
  • Performance Drink (PD) membantu menyeimbangkan air dalam badan agar tidak kekeringan sebab bila berpuasa kita biasanya kurang mengambil air yang disyorkan yang menyebabkan badan dehidrasi. Kekurangan air akan menyebabkan badan keletihan, mudah marah dan sebagainya.
  • Protein ESP yang mengandungi asid amino perlu yang tak diperbuat oleh badan akan dihadam menjadi salah satu asid amino tak perlu yang bernama  Tyrosine yang membantu meningkatkan tenaga dan kesegaran mental
  • Meal Shakes mengandungi nilai vitamin dan mineral yang seimbang yang kita perlukan untuk kekal bertenaga. Contohnya kandungan vitamin B dalam Meal Shakes membantu metabolisme apa yang kita makan tu menjadi tenaga. Malah jangan tak tau, Vitamin C membantu mengurangkan rasa letih sebab vitamin C akan mensintesis bahan yang dipanggil L-Carnitine yang bertanggungjawab memindahkan molekul lemak ke dalam sel-sel yang lain untuk menjana tenaga tubuh dan pembinaan otot-otot badan.

2) MENGURANGKAN RASA LAPAR
  • Protein ESP membantu mengurangkan rasa lapar sebab pengambilan protein boleh merangsang hormon leptin untuk membantu rasa lebih kenyang dan mengawal pembakaran lemak. Malah, pengambilan makanan berprotein tinggi di waktu sahur seperti ESP boleh membantu mengurangkan rasa lapar lebih lama kerana kadar pencernaan dan penyerapan protein adalah lebih lama berbanding makanan tinggi karbohidrat. 
  • Kandungan fiber di dalam Meal Shakes membuatkan kita kurang rasa lapar dengan lebih lama.

3) MEMBANTU PENGHADAMAN DENGAN LEBIH BAIK 
  • Kita biasa jarang mengunjungi toilet sebab kekurangan serat dan air ketika berpuasa, terutama anak-anak kecil yang baru belajar puasa. Meal Shakes turut mengandungi serat untuk membantu proses penghadaman dan PD membantu badan punya air yang cukup untuk membawa anda ke toilet.

4) MEMASTIKAN TUBUH MENDAPAT NUTRISI SEIMBANG
  • Meal Shakes yang mendapat nama jolokan ‘easy-on-the-go meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap dalam membekalkan nutrient keperluan harian bagi membantu tubuh mendapat sokongan keperluan nutrisi. Sebab jangankan budak yang baru belajar puasa,kita ni pun kadang-kadang sukakan makanan yang lebih kepada manis, lemak dan tinggi karbohidrat ketika berbuka dan bersahur, maklumlah melayan tekak.
  • Bagi yang telah jatuh cinta dengan suplemen kadang-kadang bulan puasa ni kadang-kadang terlupa nak ambil sesetengah suplemen selepas iftar atau bersahur, nak-nak suplemen yang perlu di makan pada ketika sedang berpuasa, jadi Meal Shakes membantu 'keterlupaan' kita tu !
  • Gabungan Shaklee Triple Gem juga membantu mengatasi kekeringan pada kulit terutama pada sekitar mulut. Pengambilan sebelum tidur dan pada waktu sahur membantu mengatasinya.  

Jadi, jika anda mahu mendapatkan Triple Gem untuk mendapat manfaatnya ketika Ramadhan ini hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Friday, May 23, 2014

Apa Ada Di dalam Air Minuman Anda ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Setiap kali kita pulas paip di dalamnya mengandungi logam berat, pencemaran industri dan racun perosak. Sebab tu bila ada kawasan perumahan yang baru dihuni maka banyaklah pamplet penapis air. Namun, jika baru berpindah tak semua orang akan masukkan dalam penapis air dalam 'list' keperluan, sebab faktor harganya yang bukan murah.

So, saya nak share tentang Get Clean Water dari Shaklee.

Get Clean Water ni telah disahkan oleh Persatuan Kualiti Air (WQA) dapat mengurangkan pencemaran air. Ia juga mudah di bawa jika anda nak travel sebab saiznya yang kecil, ringan dan mudah dikendalikan - tak perlu letak ia kat sinki.

Berapa harganya ? Harganya tak sampai RM500. Tapi jika anda jadi ahli lagi best harganya.

Hubungi saya untuk pembelian di 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Thursday, May 22, 2014

Fobia Dengan Matematik !

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

" Katakan ada 2 balang berisi bola. Satu balang berisi bola merah dan satu lagi dipenuhi bola bewarna biru. Setiap balang diisi dengan bola yang sama jumlahnya. Kita kocak-kocakkan tangan di dalam balang dan keluarkan sebiji bola biru. Apakah kebarangkalian kita akan dapat bola biru dari balang tersebut ?

Hah? Ada 2 balang bola merah dan biru. Lepas tu kita kocak ? Kenapa nak kocak pulak Tuan haji ni ? Ambil sajalah tak payah nak kocak pun. Kan menyusahkan aje nak berkocak bagai ? Hisy! Saya mula mengomel dalam hati."

Saya ketawa sendiri bila baca petikan di atas yang dipetik daripada tulisan Saudara Nazali Noor ni. 



Itulah juga kisah saya dan Subjek Statistik ketika di universiti dulu. Fobia yang amat dengan Matematik ! Lalu sepanjang semester jenuh 'berstatistik'. Semua benda akhirnya nak di statistikkan, contohnya - 1 baldi baju bersih 1 baju kotor bercampur kebarangkalian mana baju bersih ? Jawapan semua baju kotor letak balik bawah katil kes malas mendobi! - LOL ! Nasib lulus Statistik dengan B-, berbaloi jugak berstatistik tak kira waktu! He3!

Tapi dalam hidup ini tetap menawarkan pilihan untuk kita berdasarkan kemampuan dan kebolehan kita. Begitu juga dalam Shaklee, tak kira anda pakar otak kiri, berat otak kanan, pandai berbahasa, indah mencoret puisi dalam blog semua sesuai dan ada tempat untuk anda berjaya. Yang penting tahu kita duduk part mana dan berani menerokai cara yang sesuai dengan jiwa kita untuk bermula.

Jika anda teragak-agak nak join Shaklee walaupun pengguna tegar yang selama ini membeli melalui kakak, abang, adik, sepupu dan sebagainya, mengapa tak jadi ahli sahaja ? Hanya RM75 seumur hidup. Ada banyak faedah menanti walau sekadar untuk makan sendiri, jangan jadikan alasan malu nak berjual beli atau tak tau nak jual dengan siapa buat buat teragak-agak nak jadi ahli. Sebab macamana kita nak tahu orang suka kek yang kita buat jika kita tak pernah sharing kat orang supaya rasa kan ?!

Hubungi saya jika anda berminat nak jadi ahli di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Wednesday, May 21, 2014

Berita Baik Untuk Kaki Selfie Tegar

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Nak bergambar, tapi perlu beberapa kali tengok cermin. Terasa kulit berminyak, kusam berjerawat. Ah! 360 kan ada, walau pada hakikatnya ia seperti menipu diri sendiri. Ambil gambar lalu puji diri sendiri sebelum post di media sosial, "cantik aku ni, tiada sebutir pun jerawat" Walau bukan pada hakikatnya!



Nak tak jika sesekali kita selfie without 360, mekap tebal dan apa-apa 'edited' ? Cuba anda menjadi pengamal suplemen tegar dibawah Insyallah anda akan selfie dengan yakin :

Vitamin B
Vitamin C
Vitamin E
ESP

Pengambilan suplemen ini membantu mengatasi kulit wajah yang kusam, di samping ia membantu menyingkirkan jerawat dan parut-parut. Paling penting ia selamat dan baik untuk kesihatan tubuh badan kita. 

Lagi satu, jangan lupa jaga kebersihan diri termasuk mencuci kulit muka dan mandi dengan kerap. 

So, ia akan buat anda lebih yakin untuk ber'selfie' dan boleh mempertimbangkan untuk melupakan seketika 360 !- JADI DIRI SENDIRI penting juga untuk bina keyakinan ! 

Nak dapatkan suplemen ni atau nak dapatkan harga best dengan jadi ahli ? Saya alu-alukan kedatangan anda menjadi ahli keluarga bisness saya!

Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Tuesday, May 20, 2014

Mudah Terlupa ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Masa saya study dulu dalam kelas subjek 'Warga Tua', ( background study saya adalah Social Work so that why ada paper tajuk Waga Tua) puan pensyarah bertanya, " Siapa sebenarnya warga tua selain usia mereka?". 


Lalu kami menjawab begini,
"Kulit berkedut"
"Mudah lupa"
"Rambut putih"
Dan ada yang jawab nakal
"Berjeragat puan"

Lalu puan tu bertanya balik,
"Iye ke ? Saya tengok kulit awak pun ada yang dah berkedut, berjeragat, rambut pun dah ada yang putih. Kalau bab lupa, awak ni time periksa terserlahlah penyakit nyanyuk awak!"
Lalu berderai ketawa satu kelas pagi itu.

Kan ? Betullah bila time exam penyakit lupa, tak fokus, lupa jalan kerja (matematiklah ni) semua ada.
 
Ada tak suplemen yang bagus untuk mengatasi masalah macam ni ?  Saya cadangkan Omega Guard sebab ia bekalkan DHA dan EPA kepada otak dan mata. Selain itu, ia bantu respon dan proses maklumat dgn lebih cepat dari apa yang di baca, dipelajari atau disampaikan. Saya dah setahun konsisten bagi Omega Guard pada anak sebab satu kejadian yang buat saya betul-betul konsisten beri. Setiap hari tanpa miss. Saya akan share cerita itu suatu hari nanti, Insyallah. So, setakat ini nampak ia beri kesan positif.

Lagi satu saya beri Lecithin, ia mengandungi kolin dan inositol untuk daya ingatan lebih baik dan fokus pada apa yang dipelajari. Lecithin baru beberapa hari saya beri kat anak, so masih dalam pemerhatian.

Shaklee di muar

Nampak macam sama tapi sebenarnya berlainan peranan kan Omega Guard dan Lecithin ni ? Rugi tak cuba beri pada anak-anak atau diri sendiri jika kita masih menuntut. Jangan jadikan alasan tak fokus, tak ingat, mudah lupa sebagai alasan untuk berjaya.

Berapa harga keduanya ini ?
Omega Guard RM136
Lecithin RM52.50

Nak harga lagi hebat, jadilah ahli anda akan dapat harga ahli !

Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Monday, May 19, 2014

Tak perlu Tunggu Bulan Depan Nak Beli Meal Shakes

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Jika anda rasa nak beli Meal Shakes untuk bulan puasa sebulan akan datang, meh beli sekarang sebab bulan ni Meal Shakes ada offer - hanya Bulan Mei 2014. Jika anda beli bulan Jun atau Julai memang tak adalah lagi offer ni !

Offer ini menawarkan beli 6 percuma 1 ! Namun harga akan jadi lebih murah jika anda menjadi ahli.



Apa istimewanya Meal Shakes ? Ia adalah gabungan multivitamin, protein dan serat yang sesuai untuk seisi keluarga. Kami gemar menikmati Meal Shakes bersama ESP dan Performance Drink. Gabungan ketiganya sangat sesuai ketika berpuasa nanti yang biasanya saya ambil ketika sahur dan sebelum tidur. 

Bagus diambil untuk budak-budak yang baru nak belajar berpuasa sebab ia akan beri ketahanan pada tubuh badan anak. Dan bagi kita yang dewasa ni taklah terasa letih sangat apabila berpuasa hingga menjejaskan kerja-kerja harian kita. Lagi satu yang saya suka tentang gabungan ketiganya ini, ia akan mengurangkan risiko kekeringan disekitar mulut yang biasa kita alami setelah masuk minggu kedua akibat tubuh semakin kehilangan air.

Jadi, pengambilan 3 sahabat ini membantu kita merasa selesa berpuasa, sebab walaupun kita seharian berpuasa tidak bermakna kita perlu berehat depan telesyen atau laptop saja kan ? 

So, rugilah jika anda berhajat nak beli Meal Shakes pada bulan depan, sebab tiada lagi offer best!

Nak beli sekarang ? Meh, hubungi saya ditalian 012-6816979b atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Sunday, May 18, 2014

Kenapa Suami Benci Isteri Join MLM

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Mula-mula joint MLM syarikat A semangat bukan main kobar-kobar. Lepas masuk bulan kedua semangat luntur, lalu nampak ada peluang MLM syarikat B yang macam best, join pulak syarikat B. Luntur, syarikat C pula. Encik suami pun geleng kepala.

Saya nak share tentang benda ni yang saya petik dari blog Master N, mudah-mudahan memberi inspirasi kepada kita agar tak buat kerja separuh jalan.

Mudah-mudahan kita tak masuk dalam mana-mana kategori di atas !

Hubungi saya jika anda berminat nak join Shaklee di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnaplail@yahoo.com.my

Saturday, May 17, 2014

Pencuri Impian

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pernah tak anda berborak-borak dengan kawan-kawan dan ceritakan impian-impian luar biasa anda pada mereka. Lalu mereka ketawakan dan katakan anda adalah MAT JENIN ! Saya biasa kena, waima kawan baik sendiri akan ketawakan saya. Apa rasanya ? Terhiris hati bukan ?



Tahu tak kita siapa mereka yang sering perkecilkan, mentertawakan impian, memandang rendah pada kebolehan kita tu ? Mereka itulah PENCURI IMPIAN kita ! Mereka ini akan sentiasa membuat senyuman sinis atas usaha kita untuk memperbaiki keadaan diri kita, menghalang usaha kita.

Paling menyedihkan orang yang mencuru impian kita bukan orang asing, selalunya orang yang rapat dengan kita, ada pertalian genetik dengan kita.

Lalu, seharusnya saya menganggap apa yang mereka lakukan adalah satu cabaran dan bersabar atas usaha yang nak saya lakukan. Sesungguhnya nak jadi orang yang luar biasa yang keluar dari generalisasi biasa-biasa memang begitu cabarannya.

Anda macamana ? Ada kisah pencuri impian anda ? Jika ada, anda satu laluan dengan saya. Jika tiada anda kena cipta impian luar biasa anda untuk merasai dicuri impian anda.

Thursday, May 15, 2014

Nak Jadi Macam Mereka Tak ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Suatu masa dulu saya memang tak suka dengan perkataan MLM. Sebab utama saya tak suka bila digambarkan bila berjaya MLM mesti perlu bergambar dengan kereta mewah. Adakah anda macam saya juga, dulu ? 

Tapi jika anda mengenali leader2 hebat dalam Shaklee mereka tak pernah bergambar bersama kereta mewah atau wang berjuta mereka, perasan tak ? Tapi mereka akan bergambar dengan ahli keluarga mereka, sebab utama mereka nak berjaya dalam Shaklee adalah untuk merubah kehidupan keluarga melalui kebebasan kewangan  !

Macamana yang dikatakan bebas kewangan tu ? Saya dapat satu anologi ni dari salah satu kelas Shaklee. Begini kita anologikan kita masuk ke sebuah kedai baju, kita nampak sepasang baju yang sangat cantik pada pandangan kita, jika kita bebas kewangan kita akan ambil dan bawa ke kaunter tanpa melihat harganya - Itulah dia bebas kewangan.

Jauh dalam sudut hati saya juga menyimpan cita-cita nak bebas kewangan dan tukar kereta macam mereka dibawah ini. Maklumlah sekarang hanya mampu ber'Viva' sahaja, bukan tidak bersyukur ye!

Jika sampai ke blog peribadi mereka, untung nasib kalau ada mereka ceritakan apa yang mereka dapat beli hasil serius dalam Shaklee (tapi biasanya TIADA!). Cuma kadang-kadang rezeki jika mereka nak ceritakan sebagai cabaran, sumber inspirasi kepada pembaca. Macam kisah dibawah ni !




http://www.anakkuwiraku.com/2014/05/part-time-shaklee-mampu-beli-3-kereta.html

Maka, saya harus bekerja lebih kuat lagi, lebih fokus, targetkan matlamat, jangan lari dari cikgu. Anda macamana ? Ada tak cita-cita macam saya ? Kalau ada, nak tak bersama-sama saya setkan target dan capai apa yang kita mahu ? Keluar dari hidup biasa-biasa. Maklumlah hidup ini terlalu singkat untuk biasa-biasa!

Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan saya di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Wednesday, May 14, 2014

Mudahkan Tugas Menggosok Pakaian


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Pernah tak anda terlibat dalam situasi begini : Dah la terbangun lambat. Baju tak iron lagi. Di tambah baju suami dari fabrik kapas yang susah nak rata tapi sangat senang renyuk. Pakaian anda pula, jika anda peminat tudung bawal dari dulu kini dan selamanya macam saya, mesti 'seronok' melalui situasi yang kelam kabut ni. Sebab tudung bawal jika salah gosok pasti sukar untuk dibentukkan.

Bagi menangani isu tak terjangka begini, saya cukup suka dengan Basic H dari Shaklee ni. Hanya 1 titisan  saya campur dalam botol penyerbur dibawah ini dan iron lah dengan senang hati. Sebab pakaian memang mudah rata terutama fabrik kapas.

Sebab gunakan hanya ikut sukatan titisan selain guna apabila perlu, maka ia memang menjimatkan dan berbaloi untuk dimiliki.


Mahu tahu lebih lanjut ? Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnpalil@yahoo.com.my

Tuesday, May 13, 2014

'Padang Bola' Shaklee Untuk Score ?!

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Betul ke bila ambil suplemen minda confirm jadi bijak bistari ?

Shaklee Di Muar makanan untuk otak

Saya nak cerita tentang padang bola dan pemain bola. Bagi memudahkan pemain bola bermain, padang yang baik tentulah perlu sesuai untuk bermain bola, tiada lekuk-lekuk menadah air ketika hujan, rumput dan keluasannya pula perlulah bersesuian supaya pemain bola dapat bermain dengan baik.

Lalu, kita anologikan menuntut ilmu itu pemain bola, dan padang bola kita andaikan otak sebagai wadah untuk menimba ilmu. Pemain bola mudah menngelecek bola tanpa tersangkut-sangkut dan score gol tanpa banyak masalah sebab padangnya rata dan bersesuaian, begitu juga ilmu, mudah diterima kerana badan dan otak 'bersedia' menerima, menaakul, menyerap ilmu, mengingat atau segala proses menimba ilmu.

Itulah peranan suplemen untuk badan dan otak, ia menyediakan tubuh badan dan otak untuk bersedia menjadi wadah bagi proses-proses menimba ilmu. Apabila wadah telah tersedia, pemain bola atau penuntut ilmu perlu melakukan tugas-tugasnya untuk menjalankan proses menimba ilmu seperti hadir ke kelas, buat tugasan, beri tumpuan kat kelas, kalau ada paper yang lemah hadiri kelas tambahan dan sebagainya supaya boleh score dengan Izin Allah.

Apa medium untuk membina 'padang bola' yang Shaklee ada ?
Meal Shakes
Omega Guard
Lecithin
Vitalea
Vitamin B
ESP

Mana yang sesuai untuk kita ? Bagi orang dewasa semua di atas adalah sesuai, cuma kadang-kadang kita nak tukar selera, boleh jadikan dua bahagian. Namun tak salah jika ambil kesemuanya.

Bahagian pertama : Meal Shakes + Omega Guard + Lecithin

Bahagian dua : Lecithin + Vitamin B + Vitalea + ESP + Omega Guard

Untuk kanak-kanak dari setahun setengah boleh ambil gabungan

Meal Shakes + Omega Guard + Lecithin

Apa yang pasti untuk membina padang bola memerlukan masa, begitu juga dengan membina wadah untuk menimba ilmu pasti juga memerlukan masa, tidak terbina dalam sehari dua, jadi jika esok mahu exam hari ini baru bina padang adalah kurang sesuai !

Lagi satu beri jua makanan pada roh jua supaya perolehi jiwa yang tenang melalui amalan kerohanian mengikut setiap agama. Lalu barangkali kita boleh anologikan amalan kerohanian sebagai pasukan keselamatan untuk menjaga keselamatan padang dan kesejahtaraan pemain. Cikgu saya dulu Haji Ali pesan, ilmu suatu yang suci, untuk ilmu menyerap jiwa kena tenang.

So, anda nak dapatkan suplemen untuk 'bina padang bola ' ?

Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my



Sunday, May 11, 2014

Meragui Doa ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 
Selamat berhujung minggu bagi yang bercuti hari ini. Saya nak kongsi apa yang saya baca dari buku Screaming-Free Parenting tentang doa pada mukasurat 76. untuk ingatan saya dan rakan-rakan pembaca blog ini.
 
Pertama : Allah suka mendengar keluh kesah hamba-Nya, walaupun pada perkara yang Nampak 'remeh' kepada kita. Allah s.w.t bukan seperti kita. Allah suka 'diganggu' dengan pelbagai permintaan hambanya. Rasullah s.a.w dikhabarkan selalu meminta petunjuk daripada Allah sehingga dalam urusan mengikat tali kasut Baginda.
 
Kedua : Doa-doa tidak selalu dipanjatkan pada saat-saat genting dan dalam suasana formal. Mari kita membina pendekatan yang lebih intim dengan Tuhan melalui doa dalam perkara yang kita anggap kecil, pada setiap saat yang kita mahukan, walaupun ketika sedang menguap rambut anak kita kerana bangga dengan pencapaiannya.
 
Jadi, berdoalah kita setiap hari walau untuk perkara-perkara remeh, Wallahualam.

Friday, May 9, 2014

Tempe Bermandi Berempah

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sangat sedap di makan panas-panas. Terpulang mau bikin sebagai lauk atau minum petang. Cecah rasmi untuk tempe berempah adalah sambal kicap. Kedua-duanya daripada soya. 

Shaklee Di Muar
Sorry gambar tak cantik!

Resepi mudah tempe ni kat bawah ;
Tempe di hiris layang
Kunyit 
Ketumbar
Jintan (sikit aje)
Garam
Tepung gandum
Tepung beras
Bawang putih seulas
Halia 

Cara nak buat:
Tumbuk halia, bawang putih, ketumbar, jintan, garam dan kunyit. Kemudian campur sedikit air letak tepung beras dan sedikit tepung gandum cmapur rata baru masukkan tempe. Than, goreng dengan minyak dah panas.

Korang jangan tanya pulak kedua-duanya adakah soya non-GMO ke soya GMO. Tak pernah daku kaji pulak ye ! Sebab hari ni sukar nak mencari makanan yang benar-benar non-GMO, tengoklah tembikai biji putih, anggur tiada biji - itu semua adalah ciri-ciri GMO. Cuma dari apa yang saya baca, rupa makanan non-GMO (bukan soya aje tau!), MEMANG TAK CANTIK dan tak akan menarik perhatian kita, sebab dikatakan rupanya kecil-kecil dan kemek-kemek tak seperti makanan yang telah di'GMO'kan, ia akan buat kita tengok pun tertarik ! Wallahualam !

Tempe ni memang banyak khasiat yang boleh kita tanya En. Google dari segi kesihatannya, maklumlah asalnya daripada soya . Glemernya tempe sampai menarik perhatian penyelidik dari Universiti North Carolina Amerika Syarikat dan hasil kajian mereka menunjukkan genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada tempe dapat mencegah kanser prostat, payudara dan penuaan (aging).

Disamping kita makan apa-apa yang menjadi 'jiwa' dalam masyarakat kita, kita mesti nak dapatkan lebih khasiat. Contohnya tempe lah ! Ia sumber protein yang bagus. Namun, protein ni sangat sensitif dengan suhu panas yang tinggi, kerana ia akan mengurangkan kualiti protein tersebut. That why kita ambil satu lagi sumber protein yang 'jauh' dari suhu kepanasan yang akan menjejaskan kualiti proteinya. Lumrah badan kita 'tamak', kalau ada 9 asid amino perlu dalam protein tu, sembilan-sembilan kita mahu demi kesihatan badan kita.

Sebab tu saya dan keluarga ambil ESP sebagai menambahbaik keperluan protein yang diperlukan oleh badan kita. Non-GMO Soy. Cukup 3 sudu makan sehari bersamaan 14gram untuk mengisi keperluan yang terkurang tu tanpa meminggirkan makanan harian kita!

Apa yang kita rasa bila ambil ESP dari testimoni pengguna ?
* Rasa lebih kenyang
* Rasa lebih cergas bila bangun pagi
* Kulit kelihatan lebih sihat
* Bagi ibu yang menyusu pengeluaran susu adalah lebih cepat 
* Parut-parut lama semakin pudar
* Bertambah cun (yang ini adalah testimoni perahsan)
Shaklee Di Muar

Anda nak cuba kebaikkan ESP ? 

Boleh hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my nak jadi keluarga Shaklee saya pun boleh, saya alu-alukan.

Thursday, May 8, 2014

Tidur Adalah Nikmat Tak Terhingga

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Tidur tak nyenyak akan buat kita rasa tak sihat sepanjang hari. Tidur tak nyenyak tanda tidur kita tak berkualiti. Tidur berkualiti bukan tidur yang lama, tapi tidur yang nyenyak dan bila kita bangun kita akan rasa segar untuk memulakan hari. Kuantiti tidur orang dewasa dengan kanak-kanak memang berbeza, jadi setiap orang tak sama keperluan tidurnya. Barangkali 2 hingga 3 jam sehari dah cukup bagi sesetengah orang dewasa, dan semakin berusia kita semakin kurang tidur kita.

Shaklee Di Muar

Macamana nak dapat tidur yang berkualiti terutama ibu-ibu yang ada anak kecil bawah 3 tahun. Sebab anak-anak ni akan tidur mengikut 'time' bila melepasi 3 tahun, kan ?

Pada saya dengan makan 4 biji Osteomatrix sebelum tidur betul-betul dapat membantu tidur yang nyenyak walau kadang-kadang tidur kurang dari 4 jam sehari. Sebab salah satu fungsinya adalah untuk menenangkan saraf dan menggalakkan tidur yang selesa dan dapat bangun dengan 'best' tanpa rasa sengal-sengal, sakit belakang dan sakit tumit.

Lagi satu, bersihkan diri sebelum tidur dan jangan lupa ambil sedikit masa untuk membaca Al-Quraan untuk tidur nyenyak dan kembali cergas bila bangun walau mungkin cuma dapat tidur beberapa jam terutama jika yang beranak kecil.

Bagi yang selalu rasa tidur macam tak cukup, tak nyenyak tidur, apa kata cuba amalkan Osteomatrix tak kira anda lelaki atau perempuan.

Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnaplail@yahoo.com.my

Wednesday, May 7, 2014

Tip Untuk Anak-Anak Yang Cerewet

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tip kat bawah ni saya dapat dalam sebuah majalah kesihatan/perubatan di sebuah klinik swasta 2 tahun lalu. Saya simpan sebab saya percaya suatu hari nanti ia akan berguna, samada untuk diri sendiri atau sharing dengan pembaca blog saya.


Shaklee di Muar

























Yang pasti tip di atas perlu penglibatan ibu bapa untuk menjayakannya. Boleh juga untuk prepare sama-sama dengan anak-anak bento macam kat bawah ni kalau kita kretif. Comel kan ?

Gambar hiasan saja, bukan saya yang buat bento ni !

Bagus juga jika beri mereka Meal shake dalam minuman mereka, sebab Meal Shakes adalah pemakanan yang sesuai utk anak yg cerewet dengan makanan.
 
Mengapa Meal Shakes ?
Menurut tulisan seorang nutritionist yang bernama Kelly Dorfman dalam bukunya bertajuk "What Eating Your Child", sukar untuk makan adalah akibat kekurangan mineral yang akan mencetuskan selera makan iaitu ZINK. Antara makanan yang mengandungi zink adalah tiram, hati, daging kambing dan kekacang dan makanan ini kebanyakkan anak-anak kecil tak makan atas sebab masih tak biasa atau atas faktor yang tidak digalakkan. Contohnya dalam Islam jangankan kanak-kanak, orang dewasa pun tidak digalakkan ambil hati.

Sebab tu saya cadangkan Meal Shakes, ia adalah pemakanan pelengkap yang mengandungi protein + multivitamin termasuk zink + serat.

Nak dapatkan Meal Shakes ? Dapatkan dari saya dengan konsultasi lengkap.
Untuk penjimatan bagus sertai kami sebagai pengedar shaklee hanya RM75 seumur hidup dan dapat beli dengan harga ahli lagi !

Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Tuesday, May 6, 2014

Tip Memilih Vitamin C Yang Baik

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Anda pengamal Vitamin C ? Meh check Vitamin C anda dalam kategori di bawah ke tidak ?

1. Dikeluarkan oleh kilang yang mempunyai pensijilan Good Manufacturing Practices (GMPs).

2. Mestilah mempunyai label “ethyl cellulose", "enteric coating" ataupun "food glaze". Ini menunjukkan produk tersebut mempunyai ‘bioavailabiliti’@ keberkesanan yang baik.

3. Pastikan bahan-bahan asas yang digunakan mempunyai COA(Certificate of Analysis).

4. Tidak mengandungi perasa atau pewarna tiruan.

5. Vitamin C yang dihasilkan mempunyai molekul sama seperti yang terdapat dalam dalam buah sitrus.

6. Mengandungi bahan semulajadi seperti bioflavonoids, hesperidin dan rose hips untuk meningkatkan fungsi vitamin C.

7. Menggunakan teknologi sistem pelepasan berperingkat (sustained release) kerana vitamin c adalah vitamin larut air.

8. Harga yang berpatutan supaya semua orang boleh membelinya.

Semua di atas adalah Vitamin C Shaklee ! Hanya RM92.50 untuk 180 biji. Nak cuba ? 






Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Monday, May 5, 2014

Anak Susah Nak Makan ?


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Bila kita sua nasi berlauk di tolaknya, bila kita buah-buahan dikatakan manis, tapi mereka suka pula makanan merapu-rapu, gula-gula, coklat dan yang ada di restoren makanan segera tu! 
Hairankan ? 
Itulah 'kuasa' makanan ringan dan segera yang dihasilkan dengan 'menguasai' deria rasa dan bau untuk mengundang selera kanak-kanak (waima orang dewasa) selain ditambah dengan percikan indah dunia medium pengiklanan. Adakah makanan yang seimbang lagi halal tidak mengundang selera kanak-kanak ?

Menurut  tulisan seorang nutritionist yang bernama Kelly Dorfman dalam bukunya bertajuk "What Eating Your Child", sukar untuk makan adalah akibat kekurangan mineral yang akan mencetuskan selera makan iaitu ZINK. Antara makanan yang mengandungi zink adalah tiram, hati, daging kambing dan kekacang dan makanan ini kebanyakkan anak-anak kecil tak makan atas sebab masih tak biasa atau atas faktor yang tidak digalakkan seperti hati.

Lalu suplemen di pilih sebagai solusi untuk mengatasi kekurangan itu, dan saya selalu mencadangkan Meal Shakes untuk budak-budak yang tak de selera nak makan. Meal Shakes adalah makanan pelengkap yang mengandungi protein + multivitamin termasuk zink + serat. 
Selalu datang persoalan adakah pengambilan Meal Shakes akan menyebabkan anak-anak obesiti akibat terlebih selera ? 
Meal Shakes antara lain mengandungi fiber yang membantu melawaskan dan mengenyangkan. Ia juga mengandungi vitamin B yang akan membantu apa yang dimakan bertukar menjadi tenaga. Lagipun ia adalah suplemen yang bertindak menyokong apa yang di makan dan sebagai parent sediakanlah makanan yang seimbang lagi lazat dan halal untuk dinikmati.

Jika anak anda antara yang sukar makan cuba beri si comel anda Meal Shakes. 

Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Suplemen Untuk Mereka Yang Menghidap Gastrik

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Ramadhan tak lama lagi, bagi anda yang menghidap gastrik selain jaga apa yang masuk dalam mulut, boleh cuba suplemen di bawah ini sebelum Ramadhan, mudah-mudahan perjalanan Ramadhan nanti mudah.

Suplemen yang saya maksudkan ada 2 gabungan. Gabungan pertama iaitu Meal Shakes dan ESP sesuai untuk mereka yang tak suka nak telan tablet. Selain itu, ia juga bagus untuk mengurangkan rasa letih ketika berpuasa kerana kandungan protein dan multivitaminnya melengkapkan keperluan tubuh ketika berpuasa sepanjang hari.
Shaklee di muar
Atau gabungan kedua adalah Vitamin B dan Osteomatrix/kalsium sesuai untuk yang tak kisah nak telan tablet. Paling penting amalkan secara konsisten dan mulakan dari sebelum Ramadhan lagi supaya badan dapat bersedia. Mudah-mudahan usaha anda ini dapat memberi kemudahan ketika menghadapi Ramadhan nanti. 


Shaklee di muar

Apa perbezaan keduanya ?
Ada orang atas faktor gastrik itu sendiri tidak sesuai mengambil gabungan pertama kena ambil gabungan kedua, dan ada orang tak suka nak telan tablet jadi kenalah ambil gabungan pertama. Paling penting dapatkan konsaltansi yang cukup dari pengedar dan amal dengan istiqamah untuk melihat kesannya. Maklumlah penyakit ni datang macam ribut, tapi pergi macam semut jadi kena sabar.

Hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my



Sunday, May 4, 2014

Bukan Untuk Kanak-Kanak Sahaja

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

"Itu vitamin untuk kanak-kanak aje, orang dewasa tak sesuailah !"

Shaklee Di Muar

Bila sebut Meal Shakes itulah tanggapan ramai orang, namun sebenarnya ia juga boleh diambil oleh orang dewasa cuma sudah pasti sukatannya yang berbeza. Kita ibaratkan sukatan Meal Shakes macam saiz baju. Bagi orang dewasa baju mereka mestilah saiz besar dan kanak-kanak mestilah perlu saiz kecil. Jika yang kecil pakai saiz orang dewasa memanglah tak sesuaikan ? Begitu juga sukatannya mengambil Meal Shakes kena ikut usia supaya badan mendapat faedahnya !
Meal Shakes ini adalah multivitamin dalam bentuk susu yang terdiri 19 vitamin dan mineral, kaya dengan kalsium dan protein. Ia juga mengandungi 240 kalori dalam setiap sajian yang disarankan apabila dicampur dengan susu rendah lemak. Ia juga merupakan makanan segera yang rendah lemak, rendah-glycemic maknanya ia buatkan kita tidak mudah lapar, beri tenaga secara berterusan selain mengandungi fiber. Meal Shakes ini penuh dengan haruman vanila. Buka penutup aje terbau haruman vanilla.
Anda nak cuba ? Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...