Monday, April 14, 2014

Shaklee Di Muar : Pembinaan Tulang Baru


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tulang-tulang kita terletak jauh di dalam nun. Tanpanya bagaimana kita !? Teringat cerita guru saya dulu, nasib tulang kita kat dalam nun, kalau tak dah lama kita jadi makanan jin. He3! Oh! Saya bukan nak cerita tentang 'misteri Nusantara', cuma nak cerita tentang "pembinaan semula tulang" hasil pembacaan dari buku bertajuk osteoporosis tulisan Dr. Bruce Miller. 


Shaklee di Muar by Azrinna-kiosk


Pembinaan tulang ini bukan berlaku sekali sahaja untuk sepanjang usia kita tapi berlaku berlaku setiap 4 bulan sekali. Proses ini bermula dengan sel osteoklas iaitu sel yang melarutkan tulang-tulang lama bertindak menghancurkan tulang. 

Selepas itu mulalah peranan sel osteoblas melakukan tugas-tugas membina tulang  seperti labah-labah menenun , penuh kesungguhan dan dengan rapi. Kemudian setelah siap hasil tenunan jalinan matriks kologen itu, berlaku pula proses peminerlan dan pengkalsitan kologen iaitu satu proses kalsium dan segala mineral mengisi ruang di sekeliling matriks kologen itu. -MAKA TERBENTUKLAH TULANG BARU!

Makanan yang seimbang serta senaman yang berkala membantu menjadikan proses ini berjalan dengan baik disepanjang hidup kita. Namun tanpa kita sedari terdapat beberapa perkara yang menggangu proses berkenaan, antaranya adalah :
  • Menghisap rokok
  • Alkohol
  • Terlebih pengambilan garam
  • Ubat-ubatan tertentu
  • Diet keterlaluan
  • Kurang senaman atau terlebih senaman
Selain mengamalkan pemakanan yang seimbang lagi halal beserta senaman, ada baiknya menambah suplemen dalam diet kita. Menurut kajian dari buku tersebut, pengambilan suplemen dapat mengekalkan jisim kemuncak tulang iaitu ketika kita berumur 35 tahun walaupun umur kita sudah melewati angka tersebut.

Beberapa suplemen yang disarankan oleh Dr.Bruce Miller

Pertama adalah suplemen kalsium, pastikan ciri-ciri di bawah ada dalam suplemen kalsium anda:-
  • Kalsium -Tujuan untuk memastikan kehilangan kalsium tidak melebihi keperluannya dalam diet kita. 
  • Vitamin D - Ia berfungsi untuk memudahkan penyerapan kalsium disamping mengelakkan lebihan kalsium yang tidak diperlukan disimpan dalam badan melalui urine
  • Magnesium -Mencegah pembentukan tulang yang tidak normal, agen yang memudahkan proses penyerapan oleh Vitamin D
  • Zink -Meningkatkan penyerapan vitamin D dan ia diperlukan untuk membantu protein berfungsi dengan optima dalam pembentukan tulang
  • Mangan -Diperlukan untuk membantu menguatkan, membentukan tulang dan sel-sel kologen dapat bertindak secara optima untuk membentuk, memperbaiki tulang
  • Kuprum -Ia membantu tulang yang sihat dan penganjalkan kulit.
  • Boron -Membantu meningkatkan penyerapan dan penggunaan kalsium secara optima
Kedua protein soya. Saya cedok point penting dari buku ini. Protein soya satu-satunya sumber kimia tumbuhan yang dikenali sebagai genistein, satu lagi daidzein. Kedua-duanya mempunyai kegiatan estrogen yang lemah. Kaiatannya dengan tulang ? Menurut kajian yang dilakukan ke atas tulang belakang yang sensitif kepada estrogen menunjukkan pengambilan protein soya telah melambatkan kehilangan tulang, malah mengejutkan ia membantu kepadatan tulang sebanyak 2 %.

Ketiga adalah Vitamin C. Proses matriks kologen macam yang saya ceritakan kat atas tu memerlukan vitamin C untuk memastikan 'ikatan' tenunan labah-labah itu kemas. Vitamin C yang rendah akan menyebabkan tisu-tisu penyambung longgar yang boleh menyebabkan tulang retak atau patah dengan mudah.

Tulang yang sihat, badan yang cergas adalah rezeki terbaik untuk bekerja dan beribadah. Dan mencegah pereputan tulang atau osteoprorosis adalah lebih murah dan mudah dari mengubati.
 
Anda nak dapatkan suplemen di atas ? Hubungi saya seperti dibawah.

Jika anda berminat untuk membeli atau menjadi rakan kongsi hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...