Wednesday, April 9, 2014

Shaklee Di Muar : Amalan Ketika Kemarau !

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Walaupun sekarang hujan mulai turun, tetapi masih tak mencukupi untuk menampung keperluan air pada masa lepas sehingga masih bercatu air di sana sini macam dalam dinding mukabuku kawan-kawan saya.

Bayangkan sudahlah cuaca panas, air bercatu pula. Amalan apa pula yang boleh kita buat untuk meringankan 'derita' ini ! Saya petik dalam Majalah Anis edisi April 2014. Antara amalan yang digandakan pahala ketika panas terik adalah BERPUASA.

Mengikut Ibnu Rejap menyatakan bahawa berpuasa adalah amalan yang sangat besar pahalanya ketika musim panas sebab ia akan menyebabkan dahaga bersangatan.

Menurut Abu Darda pula, berpuasalah ketika hari panas untuk mengingatkan panasnya hari perhimpunan Mahsyar dan beribadahlah di tengah kegelapan malam untuk mengingati gelapnya kubur

Malah, sahabat Nabi Sayidina Abu Bakar sendiri selalu berpuasa ketika musim panas dan tidak berpuasa dalam musim sejuk. Begitu juga isteri Nabi, menurut Al-Qasim, Aisyah selalu berpuasa ketika cuaca panas.

Selain itu, keraplah menyebut Laa ilaha illalah seperti dalam hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Utsman ad-Darimi(hadis dhaif) disebutkan "Jika hari itu panas terik maka hendaklah hamba itu berkata :Laa ilaha illalah. betapa panasnya hari ini.

Apalagi yang akan beri kelegaan pada kita sepanjang kemarau ini ? Pakaian ! Mengapa pakaian ? Pilihlah pakaian yang sesuai dengan cuaca panas ini. Pilih dari kain kapas atau yang menyerap peluh supaya kita rasa selesa dan dapat mengurangkan bau badan.

Lagi satu, bagi saya waktu ini bagus jika bekalkan keluarga kita dengan Performance Drink (PD) supaya tak ternyahidrat yang akan buat kita sakit kepala dan kering dikeliling mulut. PD bukan sesuatu minuman yang menyekat air dari keluar dari badan melalui kencing, tetapi ia membantu memastikan badan cukup menyimpan air yang kita perlukan yang lebih tetap keluar melalui urin.

So, ini bukan minuman magic yang buat tak dahaga ketika panas atau berpuasa. Sesuai juga untuk kanak-kanak hingga dewasa. Kanak-kanak kadang-kadang tak mahu bawa air kosong, jadi PD dengan perasa oren mudah-mudahan menjadi kesukaan. Cara membancuh terpulang pada individu. Ada orang suka pekat-pekat, ada yang suka nipis-nipis.


PD juga tidak lepas dari melalui ujian klinikal. Malah ujian makmal dilakukan ke atas atlet menunjukkan :- 

•    Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan
      hidrasi
•    Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk
      kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
•    Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan
      keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.



Satu lagi yang saya perasan, kemarau panjang yang melanda negara kita ini juga telah menjadikan kita dikunjungi musim bunga yang indah yang jarang kita rasai. Perasan tak banyak status dinding mukabuku dan blog yang memaparkan indahnya Musim Bunga Di Malaysia sepanjang akhir Mac lagi ?



Musim bunga yang dihasilkan dari pepohon Tabebuia atau dikenali dengan nama pokok tecoma dan trumpet merupakan tumbuhan asli dari Mexico hingga ke bahagian utara benua Amerika Selatan.

Terdapat lebih 50 spesis Tabebuia yang dibezakan melalui warna dan bentuk bunganya dan mengeluarkan bunga berwarna putih, kuning, perak, merah dan merah jambu.

Ia ditanam di kebanyakan negara tropika sebagai pokok hiasan dan membiak melalui biji benih dan boleh dibiakkan melalui keratan batang atau ranting.

Pokok yang diberi gelaran Sakura ini memerlukan musim kering yang ketara sebelum mengeluarkan bunganya yang lebat macam yang berlaku kat Malaysia sekarang ini.

Itulah hadiah alam untuk kita di bumi malaysia atas kesabaran mendepani kemarau yang panjang. Bak kata bijak pandai cara memandang sesuatu boleh mengubah keseluruhan perkara tersebut.

Saya untuk dihubungi ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...