Sunday, April 20, 2014

Hari Sarapan Harus Di Sambut Oleh Semua Orang!

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 
Pentingnya sarapan pagi sampai ada sebuah syarikat mewartakan hari ini sebagai hari sarapan. Memang sangat penting bukan pada anak-anak yang bersekolah, tapi pada kita ni mak-mak, bapak-bapak ni. Kadang-kadang mak-mak ni buat sarapan untuk keluarga tapi sendiri lupa ambil sarapan. Sudahnya keluar rumah tanpa sarapan.
 
Pentingnya sarapan ni sampai menjadi bahan kajian, antara kajian yang dijalankan terhadap pentingnya sarapan adalah :-

  • Kajian oleh Dr Mark Pereira dan rakannya dari Pusat Perubatan Harvard mendapati mereka yang tidak bersahur atau bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, sakit jantung dan diabetis
  • Kajian itu juga menunjukkan mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50 peratus lebih rendah diserang masalah kesihatan berkaitan lebihan gula dalam darah berbanding yang jarang sarapan pagi.
  • Kajian menunjukkan apabila glukos dalam darah menurun selepas bangun tidur dan keadaan ini berterusan dengan tidak bersarapan pagi.
  • Satu kajian di Universal Scholl Breakfast Pilot Programme yang mengambil masa 3 tahun di sekolah rendah Minnesota, Amerika Syarikat menunjukkan kanak2 yang bersarapan dengan semangkuk bijirin dan susu setiap pagi dapat menumpukan lebih perhatian di sekolah. ini dibuktikan dengan peningkatan markah pelajar yang bersarapan sebanyak 6 peratus bagi matematik dan 10 peratus bagi membaca.
  • Kajian oleh Dr. Theresa Nicklas dari Kolej Perubatan Baylor dan rakannya ke atas 700 orang pelajar di Louisiana, menunjukkan mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko 2 kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah. Keadaan ini akan menyebabkan penyakit anemia.
Jadi bagi mak-mak yang tak sempat bersarapan, apa kata bancuh ESP dan minum dalam kereta, sebab kalau nak makan rasanya agak sukar dan macam tak manis aje. Sebab ESP macam alas perut sementara sampai tempat yang dituju dan kita ambil makanan. Lainlah kalau 1 hala ke tempat kerja dengan Incik Suami, kita duduk disebelah nak makan tentu takde hal.
 
Selamat berhujung minggu bagi yang bercuti hari ini. Johor hari bekerja, so jika anda nak order sila hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...