Thursday, April 24, 2014

Selawat Menjemput Ketenangan

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pesan cikgu saya Master Norita selawat boleh atasi stress, jadikan amalan dan nescaya akan nampak semua jalan dalam apa jua cabaran. Malah menurut cikgu saya ini stress boleh menjemput kanser dalam jangkamasa panjang. Saya petik di sini http://www.anakkuwiraku.com/2014/04/stress-boleh-datangkan-banyak-penyakit.html

Saya nak kongsi hasil dapatan dari blog ini  http://tebumanis78.blogspot.com/2013/01/42-kelebihan-selawat-keatas-nabi.html tentang selawat yang dipetik dari tulisan Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jelani Al-Hasani dalam kitabnya kitabnya Hadaiq Al-Anwar selawat istimewa
1. melaksanakan perintah Allah s.w.t
2. bersamaan dengan selawat Allah s.w.t. kepada Rasulullah S.a.w.
3. mendapat ganjaran 10x selawat drpd Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan ( selawat drpd Allah s.w.t. bererti rahmat
4. bersamaan dengan selawat para malaikat
5. dikurniakan oleh Allah s.w.t. 10x dari darjat atas setiap satu-satu selawat

6. dituliskan oleh malaikat 10x kebaikan atas setiap selawat
7. dihapuskan oleh Allah s.w.t. 10x kejahatan atas setiap selawat
8. segala doa akan diperkenankan oleh Allah s.w.t.
9. mendapat syafaat dprd Rasulullah s.a.w.
10. mendapat keampunan Allah s.w.t. dan akan ditutup segala keaiban

11. Allah s.w.t. akan menutupi segala dukacita
12. dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
13. mendapat darjat al-sidq
14. ditunaikan segala hajat
15. selamat sejahtera pada hari kiamat

16. Allah s.w.t dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat
17. mendapat khabar gembira daripada Allah s.w.t. dengan balasan syurga
18. selamat sejahtera pada huru-hara hari kiamat
19. Rasulullah s.a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan
20. mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa

21. mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu
22. tidak akan merasai fakir
23. terpelihara dari dihinggapi sifat bakhil
24. mendapat kesejahteraaan drpd doa Rasulullah s.a.w
25. selawat akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan syurga

26. menjauhkan seseorg itu drpd terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan rasulNya atau drpd majlis-majlis lagha
27. berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah s.w.t. apabila disebut “Alhamdulillahirabbil’alamin” di dalam doa, maka akan disambut selepas itu dengan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
28. selamat melintasi titisan sirat al-mustaqim pada hari kiamat
29. terpelihara drpd sifat kasar dan gelojoh
30. disambut oleh Allah s.w.t. pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak

31. mendapat keberkatan Alalh
32. mendapat kesempurnaan iman
33. kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
34. mendapat hidayah daripada Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah s.w.t.
35. setiap selawat yang dibaca akan dibentagkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung

36. teguh pendirian dengan kebenaran
37. berselawat bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah s.a.w. kea tas diri kita. di samping itu ia dianggap mensyukuri nikmat Allah s.w.t. yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
38. berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurnikan oleh Allah s.w.t.
39. mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah s.w.t.
40. berselawat bereti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah s.w.t. ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri

41. antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. dalam jiwanya
42. dikurniakan oleh Allah s.w.t. maqam seorang Syeikh dan Murabbi.

Jom jadikan Selawat sebagai amalan mudah walau di mana jua waima ketika sedang memandu. Mudah-muahan kita sentiasa sihat jiwa dan rohani.

Wednesday, April 23, 2014

Macamana Nak Bagi Kanak-Kanak Makan Osteomatrix ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Sekadar berkongsi pengalaman sendiri ye. Cara saya adalah mencampurkan sebiji Osteomatrix dalam air yang bercampur ESP (sebab anak saya peminat tegar ESP) dan kocak menggunakan shaker Shaklee bagi memudahkan ia larut sebab dalam shaker tu ada spring yang macam orang dulu-dulu bikin bahulu tu.

Sebab apa saya bagi anak yang masih kanak-kanak makan Osteomatrix ni ! Sebab dia ambil makanan dan minuman sumber kalsium ikut mood. Kalau dia suka banyaklah dia minum susu. Kalau tidak..... Lagipun budak-budak yang sedang membesar amat perlukan susu sebagai sumber kalsium. Tetapi saya hanya beri sebiji Osteomatrix sehari. 

So, anda yang rasa anak-anak kurang minum susu boleh topup dengan Osteomatrix.

Nak cuba ? 

Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnaplail@yahoo.com.my

 

Tuesday, April 22, 2014

Poekhali !

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sebelum berjalan kita akan bertatih, jatuh kita bangun lagi betapa motivasinya kita masa tu. Apa jadi jika kita jatuh dan tak bangun-bangun lagi, boleh jadi kita lumpuh hari ini. Lumpuh dalam realiti boleh berjalan sebenarnya.

Shaklee di muar

Bila dah dewasa, kadang-kadang 'jatuh' terasa lebih sakit dari masa kecik-kecik dulu. Tapi bagus juga untuk ingatkan diri kita dan Allah kan ada, sentiasa bersama-sama kita mendengar segala doa dari hati yang paling dalam. 

Jatuh, kita bangun lagi, jatuh kita bangun lagi. Sesekali kita bangun dan melangkah, apa kata kita berlari memecut laju macam naik roket untuk ke angkasa lepas.

Shaklee di muar

Poekhali!
Bermaksud "jom berlepas!" dalam Bahasa Rusia yang menjadi perkataan 'rasmi' yang digunakan oleh angkasawan seluruh dunia sebelum berlepas ke angkasa lepas.

Jom kawan-kawan !

Monday, April 21, 2014

Shaklee Di Muar : Siapa Yang Amat Perlukan Osteomatrix Bahagian I

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

"Dah tua-tua masih minum susu !"
Bicara berbau sinis lagi menyindir bila kita ambil susu berkotak dari peti dingin pasaraya.

Shaklee Di Muar

Seolah-olah susu sebagai pembekal kalsium hanya untuk bayi dan kanak-kanak membesar ! Namun sebenarnya kita perlukan kalsium sepanjang hayat. 

Namun bak kata Menurut Dr Bruce Miller, semakin kita tua, tubuh kita menjadi semakin kurang toleran terhadap laktosa dlm kebanyakan produk susu.

Sebab tu kita perlukan suplemen kalsium sebab tubuh semakin menolak laktosa dalam produk susu, tetapi tubuh kita semakin perlukan kalsium.
Sebab tu saya ambil susu dan juga kalsium Shaklee yang diberi nama osteomatrix. Memang best !

Istimewanya Osteomatrix ni ada banyak, tetapi saya pecahkan kepada 3 bahagian supaya mudah untuk difahami dan dihadam oleh fikiran. 

Adakah anda dalam golongan di bawah ? 
  • Mudah stress, mudah kejang, ada masalah water retention, sembelit dan PMS -beri diri anda peluang untuk mengubah nasib dengan Ostematrix.
  •  Mudah keletihan - ostematrix antara jawapan terbaik membantu anda kekal bertenaga dan bersemangat!
  • Ibu mengandung - ostematrix membantu mengelakkan kekejangan dan sakit tulang belakang.
  • Ibu yang menyusu - ostematrix membantu pengeluaran susu anda dengan lebih baik dengan dilengkapi prinsip utama penyusuan diamalkan.
  • Wanita, ostematrix membantu mengurangkan risiko kereputan tulang (osteoporosis)
  • Masalah berat badan - anda perlukan Ostematrix demi memastikan kepadatan tulang anda mengampu tubuh badan anda!
Nak tau lagi ? Insyallah saya sambung dalam bahagian berikutnya ? Anda dalam salah satu golongan di atas ? Nak dapatkan Osteomatrix ?

Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Sunday, April 20, 2014

Hari Sarapan Harus Di Sambut Oleh Semua Orang!

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 
Pentingnya sarapan pagi sampai ada sebuah syarikat mewartakan hari ini sebagai hari sarapan. Memang sangat penting bukan pada anak-anak yang bersekolah, tapi pada kita ni mak-mak, bapak-bapak ni. Kadang-kadang mak-mak ni buat sarapan untuk keluarga tapi sendiri lupa ambil sarapan. Sudahnya keluar rumah tanpa sarapan.
 
Pentingnya sarapan ni sampai menjadi bahan kajian, antara kajian yang dijalankan terhadap pentingnya sarapan adalah :-

  • Kajian oleh Dr Mark Pereira dan rakannya dari Pusat Perubatan Harvard mendapati mereka yang tidak bersahur atau bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, sakit jantung dan diabetis
  • Kajian itu juga menunjukkan mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50 peratus lebih rendah diserang masalah kesihatan berkaitan lebihan gula dalam darah berbanding yang jarang sarapan pagi.
  • Kajian menunjukkan apabila glukos dalam darah menurun selepas bangun tidur dan keadaan ini berterusan dengan tidak bersarapan pagi.
  • Satu kajian di Universal Scholl Breakfast Pilot Programme yang mengambil masa 3 tahun di sekolah rendah Minnesota, Amerika Syarikat menunjukkan kanak2 yang bersarapan dengan semangkuk bijirin dan susu setiap pagi dapat menumpukan lebih perhatian di sekolah. ini dibuktikan dengan peningkatan markah pelajar yang bersarapan sebanyak 6 peratus bagi matematik dan 10 peratus bagi membaca.
  • Kajian oleh Dr. Theresa Nicklas dari Kolej Perubatan Baylor dan rakannya ke atas 700 orang pelajar di Louisiana, menunjukkan mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko 2 kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah. Keadaan ini akan menyebabkan penyakit anemia.
Jadi bagi mak-mak yang tak sempat bersarapan, apa kata bancuh ESP dan minum dalam kereta, sebab kalau nak makan rasanya agak sukar dan macam tak manis aje. Sebab ESP macam alas perut sementara sampai tempat yang dituju dan kita ambil makanan. Lainlah kalau 1 hala ke tempat kerja dengan Incik Suami, kita duduk disebelah nak makan tentu takde hal.
 
Selamat berhujung minggu bagi yang bercuti hari ini. Johor hari bekerja, so jika anda nak order sila hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Friday, April 18, 2014

Musim Mangga Muda

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Mangga muda bukan takat ibu hamil aje yang suka untuk kurangkan loya. Yang tak hamil, bapak-bapak pun suka kalau di bikin kerabu mangga.

Shaklee Di Muar
Makan dengan nasi panas dengan ikan kering dah cukup sedap. Resepi kerabu mangga tapi tak ada sukatan, main campak-campak okeh!

* Mangga dihiris halus-halus kemudian direndam dengan air garam supaya layu
   tetapi tak birat warnanya
* Campur hirisan bawang
* Tumbukkan udang kering
* Hirisan lada (nak pedas cili api)
* kacang tanah goreng yang ditumbuk
* kerisik kelapa sikit
* garam gula secukup rasa
(Campur semua)
Itu aje. Kot berminat boleh cuba !

Sempena hari Jumaat penghulu segala hari ni antara amalan yang dititipka oleh guru saya adalah :-
Berselawat lebih banyak dari biasa
Berzikir lebih dari biasa
Mengaji lebih dari biasa
Bersedekah lebih dari biasa
Berdoa lebih dari biasa

Sekian.

Nak beli Shaklee hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Thursday, April 17, 2014

Surah Al-Waqiah

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Guru saya pesan jika rezeki susah masuk baca Surah Al-Waqiah 3 hingga 5 kali sehari. Bagus buku ni untuk kita lebih mengenali kelebihan Surah Al-Waqiah.

Wednesday, April 16, 2014

Shaklee Di Muar : Protein dan Otak

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Omega Guard dan Lecithin adalah suplemen untuk otak.


Shaklee Di Muar

Namun, jangan tak tau, suplemen Shaklee yang kaya dengan protein iaitu Meal Shake dan ESP tak kurang pentingnya untuk otak. Bukan sahaja untuk kanak-kanak yang sedang membesar, tetapi kita yang dah dewasa ini.

Protein ini penting kerana ia pesat melalui batasan darah otak (selaput membrane) jadi tentu ia amat diperlukan oleh otak. Sesetengah asid lemak perlu ini pula digunakan sebagai pembawa maklumat otak pancar saraf yang mengawal kebanyakan fungsi otak seperti perasaan, hati, pengeluaran hormon dan cara tidur. Kesemua proses ini boleh mempengaruhi tingkahlaku kita pada persekitaran, proses kita mempelajari sesuatu atau melaksanakan tugas.


 Saya pengedar Shaklee Di Muar, jika anda nak cuba boleh hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my, selain dari Muar saya akan courier

 Shaklee Di Muar : Bahaya Perut Buncit

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Buncit itu menawan !
Buncit itu lambang lelaki !
Kebanyakan lelaki mengalami masalah perut buncit. 

Shaklee Di Muar

Sedikit pembacaan dari sumber yang saya nyatakan di bawah.
Hasil penelitian mendapati bahawa hal ini berkaitan dengan pengumpulan lemak di bahagian organ dalam perut. Anda mungkin berisiko menghidapi penyakit jantung, angin ahmar, diabetis dan juga beberapa jenis kanser.

Lemak yang terkumpul ini bukan seperti lemak yang terletak di bawah kulit, tetapi lemak ini akan memenuhi rongga perut, dan juga rongga di dalam dada anda. Ini akan meningkatkan risiko keradangan di seluruh tubuh. Buruknya lagi ia akan membawa anda pada masalah rintangan insulin, iaitu penurunan sensitiviti insulin.

(sumber : Rapi 1 April 2014)

Jadi nak buat sesuatu atau biarkan tak ?


Tuesday, April 15, 2014

Shaklee Di Muar : Hilang Gatal-Gatal Kulit

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pernah hadapi masalah kulit gatal-gatal akibat alahan yang kadang-kadang kita tak tau dari mana punca ?
Gembira rasa hati dengan cerita seorang customer saya semalam, setelah beberapa bulan mencuba Alhamhamdullah hilang jua alahan kulitnya dan masalah jerawatnya. Mudah-mudahan lepas ni bersih jua bekas jerawatnya. 

Shaklee Di Muar

Apa agaknya suplemen yang dia ambil ?
Set B yang terdiri daripada Vitalea, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Lalu di tambah dengan  Vitamin E. Alhadulillah ! 'resepi' yang menjadi !

Anda pun ada masalah alahan ? Apa kata cuba amal suplemen Shaklee dengan konsisten.

Nak cuba / Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Monday, April 14, 2014

Shaklee Di Muar : Pembinaan Tulang Baru


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tulang-tulang kita terletak jauh di dalam nun. Tanpanya bagaimana kita !? Teringat cerita guru saya dulu, nasib tulang kita kat dalam nun, kalau tak dah lama kita jadi makanan jin. He3! Oh! Saya bukan nak cerita tentang 'misteri Nusantara', cuma nak cerita tentang "pembinaan semula tulang" hasil pembacaan dari buku bertajuk osteoporosis tulisan Dr. Bruce Miller. 


Shaklee di Muar by Azrinna-kiosk


Pembinaan tulang ini bukan berlaku sekali sahaja untuk sepanjang usia kita tapi berlaku berlaku setiap 4 bulan sekali. Proses ini bermula dengan sel osteoklas iaitu sel yang melarutkan tulang-tulang lama bertindak menghancurkan tulang. 

Selepas itu mulalah peranan sel osteoblas melakukan tugas-tugas membina tulang  seperti labah-labah menenun , penuh kesungguhan dan dengan rapi. Kemudian setelah siap hasil tenunan jalinan matriks kologen itu, berlaku pula proses peminerlan dan pengkalsitan kologen iaitu satu proses kalsium dan segala mineral mengisi ruang di sekeliling matriks kologen itu. -MAKA TERBENTUKLAH TULANG BARU!

Makanan yang seimbang serta senaman yang berkala membantu menjadikan proses ini berjalan dengan baik disepanjang hidup kita. Namun tanpa kita sedari terdapat beberapa perkara yang menggangu proses berkenaan, antaranya adalah :
  • Menghisap rokok
  • Alkohol
  • Terlebih pengambilan garam
  • Ubat-ubatan tertentu
  • Diet keterlaluan
  • Kurang senaman atau terlebih senaman
Selain mengamalkan pemakanan yang seimbang lagi halal beserta senaman, ada baiknya menambah suplemen dalam diet kita. Menurut kajian dari buku tersebut, pengambilan suplemen dapat mengekalkan jisim kemuncak tulang iaitu ketika kita berumur 35 tahun walaupun umur kita sudah melewati angka tersebut.

Beberapa suplemen yang disarankan oleh Dr.Bruce Miller

Pertama adalah suplemen kalsium, pastikan ciri-ciri di bawah ada dalam suplemen kalsium anda:-
  • Kalsium -Tujuan untuk memastikan kehilangan kalsium tidak melebihi keperluannya dalam diet kita. 
  • Vitamin D - Ia berfungsi untuk memudahkan penyerapan kalsium disamping mengelakkan lebihan kalsium yang tidak diperlukan disimpan dalam badan melalui urine
  • Magnesium -Mencegah pembentukan tulang yang tidak normal, agen yang memudahkan proses penyerapan oleh Vitamin D
  • Zink -Meningkatkan penyerapan vitamin D dan ia diperlukan untuk membantu protein berfungsi dengan optima dalam pembentukan tulang
  • Mangan -Diperlukan untuk membantu menguatkan, membentukan tulang dan sel-sel kologen dapat bertindak secara optima untuk membentuk, memperbaiki tulang
  • Kuprum -Ia membantu tulang yang sihat dan penganjalkan kulit.
  • Boron -Membantu meningkatkan penyerapan dan penggunaan kalsium secara optima
Kedua protein soya. Saya cedok point penting dari buku ini. Protein soya satu-satunya sumber kimia tumbuhan yang dikenali sebagai genistein, satu lagi daidzein. Kedua-duanya mempunyai kegiatan estrogen yang lemah. Kaiatannya dengan tulang ? Menurut kajian yang dilakukan ke atas tulang belakang yang sensitif kepada estrogen menunjukkan pengambilan protein soya telah melambatkan kehilangan tulang, malah mengejutkan ia membantu kepadatan tulang sebanyak 2 %.

Ketiga adalah Vitamin C. Proses matriks kologen macam yang saya ceritakan kat atas tu memerlukan vitamin C untuk memastikan 'ikatan' tenunan labah-labah itu kemas. Vitamin C yang rendah akan menyebabkan tisu-tisu penyambung longgar yang boleh menyebabkan tulang retak atau patah dengan mudah.

Tulang yang sihat, badan yang cergas adalah rezeki terbaik untuk bekerja dan beribadah. Dan mencegah pereputan tulang atau osteoprorosis adalah lebih murah dan mudah dari mengubati.
 
Anda nak dapatkan suplemen di atas ? Hubungi saya seperti dibawah.

Jika anda berminat untuk membeli atau menjadi rakan kongsi hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my



Sunday, April 13, 2014

Shaklee Di Muar : PHYTOCOL-ST Bakal Muncul Dalam Pasaran Malaysia

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Semalam saya menghadiri Kelas Shaklee Di Melaka, tajuk bulan ini adalah PHYTOCOL-ST yang di sampaikan oleh Cik Charlotte Lok Sinn Ning salah seorang Nutrition Shaklee.


Phytocol-ST adalah produk baru Shaklee yang akan dilancarkan pada Bulan Jun 2014 nanti. Fungsi produk ini adalah untuk membantu menurunkan kolestrol dalam badan kita. Ia berfungsi dengan 'menutup pintu' dari kolestrol meresap dalam saluran darah. Selain itu ia juga membantu memperbaiki fungsi imun,mengurangkan alahan, memperbaiki hormon, memperbaiki insulin bagi penghidap Diabetis, ia juga baik untuk lelaki bagi mengelakkan pembesaran prostat.

Saya berpeluang tengok dan lihat sendiri produk ini yang belum ada dalam pasaran Malaysia. Sila jangan jelouse SID, he! he! he!


Selain tu ada sedikit sesi motivasi dari rakan Shaklee yang dah berada dalam ranking Key Coordinator iaitu Puan Nani.


I ambil gambar Cik Lok, Cik Lok ambil gambar I pulak, win-win situation LOL !


Selain tu belajar sedikit tentang produk yang sedang 'sale' sekarang iaitu Osteomatrix.


Kelas Shaklee di macam biasa, meriah dengan anak-anak rakan Shaklee. My Aiman semakin behave sekarang. Dulu bila datang Kelas Shaklee macam-macam perangai dia buat. Sekarang dia duduk bersila (walau duduk atas kerusi)diam-diam sambil 'menulis' entah apa dia tulis. Saja nak ajak dia, mana tau suatu hari nanti sebaik sahaja dia berusia 18 tahun dia akan berminat nak jual Shaklee pula!

Selamat berhujung minggu !

Saya untuk dihubungi ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Friday, April 11, 2014

Shaklee Di Muar : Awet Muda Dengan Kalsium ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Ada orang umur 50 tahun masih berupaya berjalan dengan tegak dan pantas, gigi asli masih utuh. Ada orang umur awal 40 tahun sudah berjalan sedikit bongkok, gigi sudah mula berkurang.

Shaklee Di Muar


Apa rahsia yang umur 50 tahun masih gagah berjalan dan gigi masih elok terletak ? Rahsianya minum susu dari muda. Mengikut cerita rakan Shaklee saya seorang dietition di sebuah hospital mengatakan, masyarakat kita tidak lagi minum susu selepas berumur 7 tahun. 

Bagi yang perempuan mereka akan kembali minum susu bila hamil anak pertama. Anak kedua dan seterusnya ? Sendiri jawab! he! he! he! 

Bila dah minum susu mengapa perlu ambil suplemen kalsium ? Menurut Dr Bruce Miller dalam salah satu bukunya yang saya baca mengatakan, semakin kita tua, badan kita semakin kurang toleran terhadap laktosa dalam kebanyakan produk susu. Sebab badan kita sendiri menolaknya atau barangkali makanan yang jadi habit kita yang buat kalsium sukar diserap.

Shaklee Di Muar


Selain bagus untuk awet muda tulang-tulang kita, kalsium juga bagus untuk kulit kita. Selain mengambil suplemen seperti Vitamin C, B, Corotomax, kologen, Vivix Osteomatrix juga bagus untuk kulit kita.

Melalui pembacaan saya, kalsium juga membantu mengembalikan kulit yang kusam, letih dan bernoda kerana ia berfungsi untuk menggantikan sel yang dirangsang oleh enzim protein kinase C sehingga kulit menjadi lebih lembut dan segar. Kadar kalsium yang tinggi dalam jaringan epidermis berfungsi sebagai lapisan antioksida dari radikal bebas, seperti yang kita tahu antioksida sangat penting untuk awet muda serta mencegah kerosakan DNA yang dapat mempengaruhi tekstur kulit.

Kalsium juga berperanan untuk meminimakan kerosakan kologen, jadi disarankan anda yang memiliki kulit kering mencuba suplemen kalsium kerana ia sangat efektif untuk mengurangkan kekeringan kulit dan menjaganya agar tetap terhidrasi.

Nah ! Tulang sihat, kulit pun cantik ! Awet muda yang seimbang ! Berapa harga Osteomatrix ini ? RM61 sahaja!

Hubungi saya untuk pembelian di noorazrinnapalil@yahoo.com.my atau 012-6816979

Thursday, April 10, 2014

Shaklee Di Muar : Cara Bancuh ESP Yang Betul

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Macamana cara nak bancuh ESP sebenarnya ?

Bagi nak elak ia berketul-ketul tuang dalam shaker Shaklee (saya ada 1 lagi tinggal shaker Shaklee ni! Siapa nak !?) sebab dalamnya ada macam spring yang orang dulu-dulu bikin bahulu tu. Jadi ia tak berketul-ketul. 

Shaklee di Muar


Lagi satu, bagi yang tiada shaker tak mengapa, campur sedikit air masak dengan air suam, letak ESP dan kacau dengan sudu, Insyallah larut dan tak ketul-ketul.

Bagi yang nak buat oat campur ESP pula, campurkan air panas dengan oat.

Shaklee di Muar


Kemudian dah kembang campur dengan air masak sebelum letakkan ESP.

Shaklee Di Muar

Ada macam-macam penggemar ESP warnakan perisanya, namun jangan lupa ESP tak boleh gunakan air panas mendidih dan tidak boleh dicampur dengan kopi dan teh.

Sedap tak ESP ? Baca disini.

Berapa harga ESP ni ? RM150 dan postage RM10. Akan lebih jimat jika anda jadi ahli.

Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Shaklee Di Muar : Tolong Tarik Rambut Saya

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

"Tolong tarik rambut saya !"

Shaklee di Muar

Itu adalah perkara biasa yang saya buat ketika zaman study dulu saat di serang migrain biasanya dalam seminggu 3 kali pada roomate. Kesannya, bangun pagi terasa bengkak kulit kepala dan tegang. kebas otot-otot bahu. Tah apa-apa !

Zaman tu tak kenal Shaklee, yang tau beli juga vitamin kat farmasi. Telan aje tanpa ilmu pengetahuan dan tak tahu vitamin apa yang bagus untuk menjauhkan diri daripada migrain. Bagi sesetengah orang yang tak menghadapi sering dilabel mereka yang menderita migrain sebagai mengada-ngada, tak tahan sakit dan sebagainya !

Sejak kenal Shaklee dan dibekalkan dengan macam-macam buku (buku kena belilah ye !), baru tau memang ada suplemen yang dapat membantu mengurangkan dan menjauhkan diri dari kena migrain.

Selain ESP, saya nak kongsi pentingnya Osteomatrix dalam membantu menangani migrain. Osteomatrix membantu mengawal degupan jantung kita, biasanya bila migrain menyerang degupan jantung menjadi terlalu cepat. Kadang-kadang degup jantung seiring dengan denyut sakit di kepala. Tu yang minta orang tarik rambut, urut bahu. (Nasiblah sesiapa yang jadi roomate saya masa tu!)

Lagi satu, Osteomatrix membantu saraf dan otot berfungsi dengan baik sebab bila migrain menyerang kita kerap rasa saraf dan otot jadi tegang. Tu yang selepas serangan migrain terasa kebas dan tegang di bahu.

Lagi satu, ada kajian ke atas Magnesium dalam Ostematrix dikatakan dapat membantu mengurangkan frekuensi kesakitan migrain, jadi bila dengan migrain Insyaalah tak terlalu teruk sehingga perlu hantuk kepala kat dinding.

Lagi satu suplemen yang patut di amal oleh mereka yang menghidap migrain adalah Vitamin B Complex. Ia mengandungi Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) dan telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B biasa saya ambil 2 biji sekaligus ketika diserang migrain.

Jadi, jika ada yang bertanya, ambil Vitamin B sahaja adakah mencukupi untuk menyah migrain. Pada saya adalah lebih baik ambil ketiga-tiga yang saya cadangkan di atas supaya lebih nampak cepat kesannya. Umpama sebuah meja, ia akan kukuh jika punya 4 kaki berbanding 1 kaki. 

Nak dapatkan suplemen untuk menghidap migrain ni ? 

Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Wednesday, April 9, 2014

Shaklee Di Muar : Amalan Ketika Kemarau !

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Walaupun sekarang hujan mulai turun, tetapi masih tak mencukupi untuk menampung keperluan air pada masa lepas sehingga masih bercatu air di sana sini macam dalam dinding mukabuku kawan-kawan saya.

Bayangkan sudahlah cuaca panas, air bercatu pula. Amalan apa pula yang boleh kita buat untuk meringankan 'derita' ini ! Saya petik dalam Majalah Anis edisi April 2014. Antara amalan yang digandakan pahala ketika panas terik adalah BERPUASA.

Mengikut Ibnu Rejap menyatakan bahawa berpuasa adalah amalan yang sangat besar pahalanya ketika musim panas sebab ia akan menyebabkan dahaga bersangatan.

Menurut Abu Darda pula, berpuasalah ketika hari panas untuk mengingatkan panasnya hari perhimpunan Mahsyar dan beribadahlah di tengah kegelapan malam untuk mengingati gelapnya kubur

Malah, sahabat Nabi Sayidina Abu Bakar sendiri selalu berpuasa ketika musim panas dan tidak berpuasa dalam musim sejuk. Begitu juga isteri Nabi, menurut Al-Qasim, Aisyah selalu berpuasa ketika cuaca panas.

Selain itu, keraplah menyebut Laa ilaha illalah seperti dalam hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Utsman ad-Darimi(hadis dhaif) disebutkan "Jika hari itu panas terik maka hendaklah hamba itu berkata :Laa ilaha illalah. betapa panasnya hari ini.

Apalagi yang akan beri kelegaan pada kita sepanjang kemarau ini ? Pakaian ! Mengapa pakaian ? Pilihlah pakaian yang sesuai dengan cuaca panas ini. Pilih dari kain kapas atau yang menyerap peluh supaya kita rasa selesa dan dapat mengurangkan bau badan.

Lagi satu, bagi saya waktu ini bagus jika bekalkan keluarga kita dengan Performance Drink (PD) supaya tak ternyahidrat yang akan buat kita sakit kepala dan kering dikeliling mulut. PD bukan sesuatu minuman yang menyekat air dari keluar dari badan melalui kencing, tetapi ia membantu memastikan badan cukup menyimpan air yang kita perlukan yang lebih tetap keluar melalui urin.

So, ini bukan minuman magic yang buat tak dahaga ketika panas atau berpuasa. Sesuai juga untuk kanak-kanak hingga dewasa. Kanak-kanak kadang-kadang tak mahu bawa air kosong, jadi PD dengan perasa oren mudah-mudahan menjadi kesukaan. Cara membancuh terpulang pada individu. Ada orang suka pekat-pekat, ada yang suka nipis-nipis.


PD juga tidak lepas dari melalui ujian klinikal. Malah ujian makmal dilakukan ke atas atlet menunjukkan :- 

•    Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan
      hidrasi
•    Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk
      kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
•    Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan
      keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.



Satu lagi yang saya perasan, kemarau panjang yang melanda negara kita ini juga telah menjadikan kita dikunjungi musim bunga yang indah yang jarang kita rasai. Perasan tak banyak status dinding mukabuku dan blog yang memaparkan indahnya Musim Bunga Di Malaysia sepanjang akhir Mac lagi ?



Musim bunga yang dihasilkan dari pepohon Tabebuia atau dikenali dengan nama pokok tecoma dan trumpet merupakan tumbuhan asli dari Mexico hingga ke bahagian utara benua Amerika Selatan.

Terdapat lebih 50 spesis Tabebuia yang dibezakan melalui warna dan bentuk bunganya dan mengeluarkan bunga berwarna putih, kuning, perak, merah dan merah jambu.

Ia ditanam di kebanyakan negara tropika sebagai pokok hiasan dan membiak melalui biji benih dan boleh dibiakkan melalui keratan batang atau ranting.

Pokok yang diberi gelaran Sakura ini memerlukan musim kering yang ketara sebelum mengeluarkan bunganya yang lebat macam yang berlaku kat Malaysia sekarang ini.

Itulah hadiah alam untuk kita di bumi malaysia atas kesabaran mendepani kemarau yang panjang. Bak kata bijak pandai cara memandang sesuatu boleh mengubah keseluruhan perkara tersebut.

Saya untuk dihubungi ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Tuesday, April 8, 2014

Shaklee Di Muar : Mengapa Wanita Hamil Amat Perlukan Kalsium ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pembentukan tulang bayi dan mengurangkan risiko menghadapi simpul biawak.


Shaklee Di Muar


Itu adalah antara faktor kukuh mengapa ibu hamil selalu digalakkan mengambil kalsium. Melalui sebuah artikel yang saya perolehi daripada Kosmo mengatakan kalsium membantu megurangkan kompikasi ketika meneran sebab kalsium berperanan menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.

Selain itu, ia juga untuk mengelakkan ibu menghadapi masalah praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi dan menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad dalam artikel berkenaan mengatakan “Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi.

Lagi satu benda yang macam mitos tapi turut disebut dalam artikel itu adalah tentang ibu bakal kehilangan gigi pada usia muda. Macam orang-orang tua kata, anak ambil gigi ibu sebatang pada setiap kehamilan, bayangkan jika 10 kehamilan, berapa banyak gigi ibu yang harus dikorbankan ?

Jika ditanya pada saya, mana better minum susu atau ambil suplemen ?
Saya memilih kedua-duanya. Ambil susu dan ambil suplemen kalsium atau Osteomatrix. Sebab Osteomatrix membantu menampung kekurangan kalsium yang saya ambil sebab saya akui tak larat nak minum 1 litter susu segar sehari macam saranan dalam artikel di atas.

Lagi satu mengapa ambil suplemen kalsium ? 
Sebab walaupun atau akibat sebab yang buat kalsium tidak dapat diserap oleh tubuh. Antara contoh makanan dan minuman yang buat kalsium sukar diserap adalah minuman berkafein dan tinggi garam. Jadi, Osteomatrix memang dicipta supaya badan mudah menyerap kalsium supaya tiada pembaziran.

Anda ibu hamil ? Nak dapatkan Osteomatrix ? 

Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Monday, April 7, 2014

Shaklee di Muar : Nak Anak-Anak Tinggi Lampai ?


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Anda dan suami bukan dari kategori tinggi ? Nak tak anak-anak anda agar tak mewarisi genetik rendah anda ?

Shaklee Di Muar

Tak ada masalah sebenarnya bab ketinggian ini sebab ia memang bukan sesuatu yang menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat.


Namun saya nak share tentang sedikit ilmu yang saya dapat daripada salah satu workshop Shaklee ye tentang mengubah genetik rendah daripada anda agar tak diwarisi oleh anak-anak.

Pengalaman seorang Nutrition Shaklee yang mencuba bereksperimen sendiri tentang pengambilan Osteomatrix/kalsium pada adiknya. Beliau dan abangnya bukan dalam kategari tinggi saya kira ketinggian mereka sekitar 154cm  berbanding adiknya yang diberi Osteomatrix pada awal remajanya yang tinggi lampai bila dewasa.

Bagaimana cara pengambilan Osteomatrix untuk tujuan mengubah genetik ketinggian ini ?

Jika anak perempuan telah kedatangan haid pertama, penjaga boleh memberikan anak perempuan Osteomatrix sebagai salah satu suplemen harian beserta senaman bagi memastikan tulang padat dan sihat. Menurutnya sehingga 3 tahun selepas kedatangan haid tubuh badan anak perempuan akan membesar secara aktif, jadi gunakan peluang itu untuk turut memastikan ketinggiannya sama-sama pesat.

Bagi anak lelaki pula, berikan Osteomatrix sebaik sahaja mereka meningkat remaja dan pertumbuhan tubuh badan remaja lelaki punya jangkamasa lebih panjang berbanding perempuan iaitu sehingga mereka mencapai umur 21 tahun untuk membentuk ketinggian yang pesat.

Tak mengapa ke dari remaja dah ambil suplemen kalsium ?
Tak mengapa, sebab Ostoematrix sesuai di ambil biar untuk jangkamasa panjang walau seumur hidup sebab ia selamat, kerana kajian menunjukkan kalsium Osteomatrix diserap sepenuhnya oleh tubuh badan selepas 12 jam diambil jadi tiada yang tertinggal di buah pinggang. Selain itu ia dihasilkan daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati dan isinya seimbang bagi memastikan kadar penyerapannya dalam tubuh 100%.

Selain itu pengambilan Osteomatrix di awal usia remaja juga bagus terutama untuk remaja perempuan bagi menangani PMS yang sedikit sebanyak akan mengganggu keselesaan mereka.

Jadi, jika anda rasa anak-anak anda memerlukan sedikit tambah ketinggian cuma amalkan tip di atas.

Mahu dapatkan Osteomatrix, hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Sunday, April 6, 2014

Shaklee Di Muar : Tumit Pecah-Pecah Dan Kasar ?!

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


  • Rasa sakit dan ngilu bila tergesel dengan kain, tak kira kain kasar atau lembut, malah stokin pun !
  • Kaki tak cantiklah !
  • Nampak pengotor ! (Terutama bila kat celah tumit yang pecah2 kehitaman)

Shaklee Di Muar


Mungkin itu komen yang biasa kita dengar dikalangan wanita yang menghadapi masalah tapak kaki kasar diikuti tumit pecah-pecah. Namun bagi lelaki benda-benda bersifat kosmetik ini tak jadi kudis bagi mereka kecuali bagi anda yang menghidap Diabetis kena alert juga benda-benda macam ni.


Apa puncanya jadi macam ni ?
  • Kulit kaki kehilangan kelembapan akibat kekurangan air atau faktor usia yang semakin meningkat
  • Kerap memakai kasut yang terbuka dibelakang atau suka pakai sandal
  • Berdiri terlalu lama
  • Menghidapi penyakit kulit

Suatu tika dulu saya pun ada masalah ini. Siap menggelupas lagi tumit. Rajin sapu losyen kat kawasan itu, hilanglah ia. Malas sapu datang balik. Setiap orang mungkin ada suplemen yang berbeza untuk menghilangkan tumit yang pecah-pecah ni, tapi bagi saya, sejak amalkan Osteomatrix dan Vitamin E SECARA KONSISTEN, kesannya tak sampai sebulan, tiada lagi tumit yang mengelupas dan semakin lembut walau garis-garis kat tapak kaki masih ada (ambil masa nak hilang okey!)

Apa kaitan Osteomatrix/kalsium dengan Vitamin E ni ? 

Sebab kalsium berperanan untuk meminimakan kerosakan kologen, jadi pengambilan kalsium dalam bentuk suplemen sangat efektif untuk mengurangkan kekeringan kulit dan menjaganya agar tetap terhidrasi.
 
Dan Vitamin E pula membantu melembut dan melembabkan kulit serta mengandungi selapisan sun block untuk elak kulit menjadi tua akibat pancaran cahaya matahari. Kita ni jarang endahkan kaki kita, jadi pengambilan kedua suplemen ini bagus untuk kulit secara keseluruhannya termasuk tumit dan tapak kaki.



Jika anda berminat nak cuba juga ? Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my.






Friday, April 4, 2014

Shaklee Di Muar : Macamana Nak Bagi Anak-Anak Telan Omega Guard ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

"Saiz Omega Guard ni besar-besar, macamana nak bagi anak-anak yang berumur setahun setengah ni telan, tak tercekik ke ?

Shaklee Di Muar
 
Cara saya masa mula-mula beri makan anak saya adalah dengan gunting sedikit Omega Guard, picit dan letak kat sudu. Mula-mula dia buat muka ketat. Sebab minyak ikan memanglah rasa hanyir ikan.

Tapi sekarang bila tinggal beberapa biji omega, saya buka 'seal' botol yang baru supaya 'masuk angin'. Maksudnya supaya biji-biji kapsul omega tu lembut dan mudah ditelan. Jadi, sementara botol yang tinggal sedikit tu habis, botol yang baru dibuka sedang elok lembut kapsulnya bagi mudah ditelan.

Ada macam-macam cara ibu lain buat, ada ibu yang gunting dan campur dalam susu dan bubur, ada juga anak-anak yang selamba kunyah biji-biji omega. Jadi ibu-ibu kena try and error mana yang sesuai.

Apa istimewanya Omega Guard Shaklee untuk anak-anak kita ? Sebahagian besar daripada otak terbina daripada lemak baik yang juga dikenali sebagai Omega 3. Kajian menunjukkan diet yang kaya dengan Omega 3 boleh meningkatkan
# keupayaan belajar
# kemahiran menaakul
# menyelesai masalah
# meningkatkan daya tumpuan dan ingatan
# menyokong keseimbangan emosi dan sikap yg positif
# membantu meningkatkan daya ingatan semasa mereka tua
# elakkan dari kerap kena selsema dan batuk

 
Lagi satu yang saya perasan bila saya beri pada anak saya Omega Guard secara konsisten adalah urusan buang air besarnya menjadi lancar. Jika sebelum ini dua atau tiga hari sekali dia buang air besar, tapi sekarang setiap hari dia buang air besar.
 
Anda nak cuba beri Omega Guard pada anak-anak anda ?
 
Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
 
 


Shaklee Di Muar : Malaysia Pun Ada 4 Musim ?!

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Ada seorang kawan yang bekerja sebagai pemandu pelancong, bercerita pada saya tentang peliknya  pelancong asing bila dia cakap kat Malaysia ada 4 musim. Saya pun pelik ! Musim apa ? Dia pun kata, Musim Hujan, Musim Panas, Musim Bunga, Musim Luruh. Kemudian, dia pun tunjuk apa yang ada kat gajet dia sebagai bukti pada pelancong.

Tapi gambar kat bawah adalah koleksi saya ye! Banyak-banyak musim kat Malaysia, musim bungalah paling best. Sekarang kan 'sedang musim bunga' kat tanahair kita ni. Mana-mana yang kat tepi jalan ada 'pokok bunga sakura' pasti sedang lebat berbunga.







Lagi satu musim adalah musim luruh. Merujuk pada musim daun getah luruh yang biasanya pada musim kemarau macam 2 bulan lepas.

 
 

Namun, produk Shaklee yang dikatakan mengikut musim adalah gabungan ini :-

Shaklee di Muar azrinna-kiosk

Biasa gabungan ini popular ketika Bulan Ramadhan, tapi sebenarnya ia tak bermusim. Bagus di ambil pada waktu pagi, minum petang dan sebelum tidur. Sebab badan kita tetap memerlukan nutrisi walau ketika tidur kerana organ kita tak pernah berhenti kerja.
Bagus diambil juga bagi mereka yang 'takut' nak telan tablet tapi tahu dan mahu amalkan suplemen. Apa rasanya ? Pernah minum Vitagen perasa oren ? Begitulah rasanya.
 
Berapa harga untuk gabungan ini ?
ESP                            RM150
Meal Shake                RM113.75
Performance Drink    RM82.50
 
Anda akan dapat harga yang 'best' lagi jika anda menjadi ahli !
 
Anda nak cuba ?
 

Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...