Wednesday, March 5, 2014

Shaklee Di Muar : Migrain Takut Nak Dekat Sejak Ambil ESP !

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Migrain. Sakit kepala yang amat sangat dan biasanya menyerang pada sebahagian kepala. Kadang-kadang sebelah kanan dan kadang-kadang sebelah kiri. Bila dah terlalu sakit kerapkali sampai termuntah baru rasa lega. Kadang-kadang sakit berlanjutan sampai 3 hingga 4 hari.

Shaklee di muar

Itulah cerita saya suatu ketika dulu. Migrain dan saya umpama isi dengan kuku. Seiring sejalan. Dan seingat saya, migrain mula menyerang kala umur 11 tahun dan berlarutan hingga memasuki dunia kerjaya. 

Masih ingat masa zaman study kat UUM dulu hampir setiap minggu kena migrain. Sekali kena sampai 3 hingga 4 hari. Cuaca panas sikit mulalah datang migrain. Balik kelas kena gerimis kena migrain. Balik training Taekwondo kena migrain. Balik berkawat yang 1 semester 2 kali  pun kena migrain. Minum air berais kena migrain dan diikuti selsema. Begitu juga dengan makanan dan minuman, ada yang saya takut nak ambil. Makan coklat kena migrain (tapi makan jugak, sedap apa!). Tembikai pun tak boleh makan tau ! Minuman berais pun tak boleh.

Keadaan berlarutan hingga memulakan kerjaya, dan pil tahan sakit dan Panadol menjadi teman setia. Banyak kali ketika sedang bekerja dan diserang migrain, saya masuk toilet basahkan kepala. So memang get ready bawa tuala kecik kat dalam handbag untuk sesi basahkan kepala.

Itu kisah-kisah yang telah berakhir 5 tahun lalu, sebelum saya kenali Shaklee ketika menyusukan bayi. Antara yang saya ambil adalah ESP sebagai booster penyusuan sebenarnya. Tak sangka pengambilannya yang berterusan mengurangkan kekerapan dari kena migrain. Dari situ baru saya tahu apa peranan vitamin tersebut untuk 'menyahmigrain'. 

Paling best ESP lah, selain memberikan kita rasa lebih bertenaga akibat keletihan dek menahan kesakitan akibat migrain, ia juga umpama sesuatu yang asas untuk mengurangkan kekerapan dari kena migrain kerana ia berfungsi untuk memperbaharui sel-sel tisu , hormon dan enzim yang kebiasaannya rosak akibat dari tekanan migrain dan juga ubat tahan sakit yang kita ambil.
Shaklee di muar
Dan sejak kenal Shaklee 5 tahun lepas, saya tidak simpan lagi ubat tahan sakit. Malah Panadol pun tiada dalam simpanan saya. 

Namun bukanlah tak pernah lagi kena migrain langsung, kena juga tapi tidak kerap dan kalau kena pun tak lama. Contohnya hari ni kena, esok pagi dah ok. Malah nak kata kena sebulan sekali migrain pun payah. Walau cuaca panas terik sekarang ni yang suatu tika dulu menjadi suatu kepantangan yang tak boleh elak. Tapi sekarang ni ok aje ! 

Kalau anda penghidap migrain yang memang bergantung pada ubat tahan sakit, anda tak mahu cuba sesuatu yang bersifat lebih natural dan dekat dengan keperluan sistem badan kita ?!



Hubungi saya untuk konsaltansi atau membeli vitamin , hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...