Tuesday, January 28, 2014

Tip Mengatasi Migrain Tanpa Suplemen !

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Sakit kepala yang amat sangat. Bermula dengan berdenyut-denyut di bahagian atas atau belakang mata ? Kadang-kadang boleh bermula dibahagian belakang kepala dan merebak keseluruhan kepala ?

Shaklee Di Muar

Selalunya diikuti rasa mual, loya, muntah-muntah, kabur penglihatan dan rasa kebas-kebas. Dan wanita 75 % lebih terdedah pada situasi ini.

Itulah dia migrain !

Kat bawah ni sedikit tip tanpa melibatkan suplemen yang pernah saya cuba dan berjaya kurangkan Migrain.

Mandi dengan air sejuk pada awal pagi. 

Ada baiknya sebelum azan Subuh.
Mandi dimulakan dengan kaki  kemudian ke atas. Lepas tu ikut andalah nak
mandi macamana. Ia dapat membantu membaiki aura tubuh yang bercelaru.

Mengapa sebelum azan Subuh ? 
Secara logiknya pada waktu itu memang penuh dengan ketenangan, apatah waktu itu penuh dengan rahsia. Dalam Islam melihat waktu itu turunnya rezeki dari langit. Rezeki itu bukan sahaja bermakna sesuatu yang bersifat materialistik tapi apa-apa sahaja yang memberi manfaat. 

Melalui kajian Barat dari sudut sainsnya menyatakan sebelum terbit matahari, gas ozon memenuhi sebahagian besar ruang udara. Jika bangun awal pagi dan kita menghirup gas ozon itu dalam jumlah yang banyak, ia umpama 'suplemen' untuk saraf kita. Bukankah bila kena migrain kita rasa saraf tegang terutama di bahu ? Jadi inilah 'ubat' untuk meredakan ketegangan itu. Malah menurut kajian barat lagi, gas ozon ini juga merangsang semangat bekerja, percambahan minda dan sangat baik untuk perkembangan tubuh.

Minum susu sebelum tidur
Sebab ia memberi rasa lebih tenang supaya dapat tidur yang berkualiti. Malah kalsium dalam susu baik untuk meredakan ketegangan otot akibat migrain

Minum air limau
Pastikan tanpa gula dan dibuat suam-suam. Bertujuan menghilangkan rasa mual dan loya akibat migrain. Sebab ada sesetengah orang akan mengalaminya hingga termuntah.

Sapu minyak angin pada bahagian kepala yang sakit
Sapu sekali pada bahu supaya rasa lega.

Berehat dan tidurlah !
Ini memang paling baik, pastikan tempatnya sunyi dan selesa. Tidak panas atau terlalu sejuk serta pastikan gelap.

Mana satu yang sesuai dengan anda ? Tak salah cuba semua sekali !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...