Friday, September 27, 2013

Boleh Tak Ambil Set Suplemen Breastfeeding Ketika Hamil ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Susuibu keluar sejak hamil atau selepas kelahiran ? Kawan saya hamil trimester ketiga dah ada susuibu, tapi tidak saya.
Boleh tak ambil set breasfeding ketika hamil trimester ketiga ?
Bila boleh berhenti ambil set breasfeeding ? 

Shaklee di muar azrinna-kiosk

Dah lama saya tak bercerita tentang dunia breastfeeding, maklumlah anak pun dah semakin dewasa. Walaubagaimanapun sesekali kembali bercerita seolah-olah mengembalikan nostalia pula ! 

Baiklah, menjawab soalan pertama ibu perlu tahu, bagaimana terjadinya susuibu. Setiap breast wanita yang normal mempunyai milk gland yang akan diaktifkan apabila wanita itu hamil. Perasan tak, salah satu tanda kita hamil apabila merasa sakit dan sengal-sengal di bahagian payudara ? Malah, ada di antara ibu yang dapat merasakan tiba-tiba sahaja saiz payudara menjadi lebih besar ketika hamil. Sebenarnya itu adalah menunjukkan payudara kita mula menghasilkan sel sel yang akan menjana susuibu. 

Apabila kita melahirkan anak dan plasenta pun keluar, tahap hormon estrogen dan progestron akan berkurang dan hormon prolaktin akan meningkat untuk menggalakkan penghasilan susu badan. Ada sesetengah ibu yang susuibu telah keluar pada trismeter ketiga, ada juga yang susuibu hanya setelah melahirkan bayi. Tidak kisahlah bilakah susu badan mula keluar semasa hamil atau selepas bersalin, yang paling penting adakah ibu mahu menggunakan nikmat itu atau tidak.

Menjawab soalan kedua, set breastfeeding boleh di ambil sejak awal kehamilan lagi. Sebab apa yang ada dalam set breasfeeding itu memang diperlukan oleh ibu hamil untuk menyokong keperluan nutrisi selain pengambilan makanan seimbang dan menjalani gaya hidup sihat. Kecuali Alfalfa ibu hamil tidak boleh ambil, kecuali untuk masalah tertentu sila rujuk pada pengedar ye! Sebab ia menjadi tanggungjawab pengedar untuk konsaltansi.

Dalam set breastfeeding mengandungi suplemen berikut :-

Vitalea/multivitamin-
  • Mengandungi 12 vitamin dan 7 galian termasuk iron untuk membentuk sel darah merah
  • Sesetengah doktor menggalkan pengambilan zat besi bagi ibu yang menyusukan bayi bagi menggelak dari mudah pitam.
B Complex
Terdiri daripada lapan vit B beserta Folic Acid dan Biotin. Vitamin B perlu untuk pembentukan urat saraf bayi selain memberi rasa bertenaga kepada ibu hamil dan menyusukan.

Vitamin C
  • Melindungi sel, penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. 
  • Ianya juga membantu dalam penghadaman zat besi.
  • Membantu ibu hamil dan ibu menyusu meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh yang turut disalurkan pada bayi.
  • Selain itu ia juga membantu untuk menyelesaikan masalah puting melecet, luka berdarah teruma bayi yang baru lahir kerana ketidakbolehan bayi untu menyusu dengan betul.

Kalsium (Ostematrix)
  • Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. 
  • Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. 
  • Membaiki ransangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
  • Mengatasi masalah sembelit kepada ibu hamil
  • Salah satu komponen yang banyak dalam susuibu sebab itu menjadi booster kepada proses tersebut.

Energizing Soy Protein (ESP)
  • Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh.
  • Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. 
  • Protien yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. 
  • Membantu mempercepatkan proses pengeluaran susuibu dan memekatkan susuibu, jadi bayi cepat kenyang dan ibu dapat mengepam untuk kumpul stok.

Menjawab soalan ketiga, ibu boleh berhenti mengambil set breastfeeding. Ia tidak akan memberikan masalah sebab ia bukan ubat yang perlu diambil mungkin untuk seumur hidup. Tetapi kadang-kadang bila badan dah terbiasa mengambil suplemen tiba-tiba kita berhenti mungkin kita akan rasa perbezaannya. Macam kita dah setiap hari tidur kat tilam empuk, tiba-tiba kita tidur beralaskan papan. 

Jika anda berhajat nak dapatkan suplemen penyusuan silakan!

Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...