Monday, July 8, 2013

Tip Untuk Anda Penghidap Gastrik Ketika Ramadhan

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Selamat Menyambut Ramadhan. Bulan penuh beribu rahmat untuk sekian umat Islam diseluruh dunia. Rabu ni bermulalah 1 Ramadhan, bagi yang menghidap gastrik mungkin rasa susah hati sebab timbul persoalan mampukah saya berpuasa.
Shaklee di Muar azrinna-kiosk


Insyallah kalau betul cara pemakanan dan minuman anda mampu berpuasa. Saya share sedikit tip untuk anda hasil pembacaan dan pengalam customer. Harap membantu !
  • Mengambil berat tentang pemakanan semasa bersahur bukan hanya disebabkan oleh masalah gastrik tetapi kerana ia merupakan amalan yang disunatkan 
  • Bersahur pada waktu menjelang imsak dan bukannya sebelum tidur. 
  • Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati
  • Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh. Keadaan ini hanya membebankan usus yang sepatutnya berehat semasa tidur. Oleh itu, makanlah antara tiga hingga empat jam sebelum tidur.
  • Elakkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.
  • Elak makanan dan minuman yang anda alah. Sesetengah individu alah pada makanan tertentu seperti cuka, rempah,minuman berkafein,beryis, yang menyebabkan perut kembung atau banyak angin seperti ubi, cempedak dan sebagainya.  Jadi, elakkannya.
  • Bersahur dengan makanan dan bukan sekadar minum air supaya dapat mengisi perut yang kosong.
  • Amalkan solat tarawih bagi memudahkan penghadaman makanan.
  • Amalan minum susu bagi penghidap gastrik adalah sangat baik, namun melalui pengalaman customer, sekiranya anda diserang gastrik, amalan minum susu bukan cara terbaik sebab kadang-kadang sakit bertambah teruk. Tetapi perlu kepada pengambilan ubat doktor untuk melegakannya.
Bagi yang tercari-cari suplemen untuk melegakan gastrik boleh mencuba antara 2 gabungan ini, gabungan pertama iaitu Meal Shakes dan ESP sesuai untuk mereka yang tak suka nak telan tablet. Selain itu, ia juga bagus untuk mengurangkan rasa letih ketika berpuasa kerana kandungan protein dan multivitaminnya melengkapkan keperluan tubuh ketika berpuasa sepanjang hari.
Atau gabungan kedua adalah Vitamin B dan Osteomatrix/kalsium sesuai untuk yang tak kisah nak telan tablet. Paling pentin amalkan secara konsisten dan mulakan dari sebelum Ramadhan lagi supaya badan dapat bersedia. Mudah-mudahn usaha anda ini dapat memberi kemudahan ketika menghadapi Ramadhan nanti. 


Hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...