Friday, July 12, 2013

Tip Penyusuan Ibu Ketika Berpuasa Tanpa Suplemen

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

"Makanan semulajadi pun susu badan banyak masa berpuasa!"

Iye memang betul !Semasa berpuasa penghasilan susu tidak akan terjejas selagi anak masih menyusu. Malah indahnya ciptaan Allah bila menciptakan badan manusia dengan satu mekanisme regulasi semulajadi yang akan diaktifkan semasa berpuasa iaitu lemak badan akan digunakan sepenuhnya. Cuma perbezaan paling ketara pada bulan puasa adalah waktu makan. Pada hari biasa ibu akan makan pada waktu pagi, tengahari dan makan malam.

Namun, samada ada ibu memilih untuk mengambil suplemen atau makanan sebenar, makanan seimbang adalah sangat perlu ketika bersahur dan iftar kerana nama pun suplemen yang bermakna makanan sokongan kepada makanan sebenar. Saya nak sharing 2 tip pemakanan ibu yang menyusu yang ditulis oleh Dr Balkees Abdul Majeed seorang Pakar Perunding Pediatrik dan Laktasi. 

1) Pengambilan Air yang mencukupi ketika bersahur dan iftar sebab semasa berpuasa, cecair dalam badan akan berkurangan sebanyak 2-3%. Jadi ibu menyusu perlu minum air yang banyak terutama pada awal pagi.

2) Makan diet yang seimbang termasuk menikmati 2-3 biji kurma ketika iftar untuk mendapatkan tenaga segera dan mengembalikan tahap gula dalam darah yang rendah kepada paras normal. Selain itu, dalam menu bersahur dan iftar perlu lengkap dengan :-
  • Daging dan kekacang adalah sumber protein, mineral dan vitamin-vitamin tertentu yang baik. Kekacang juga kaya dengan serat
  • Roti gandum penuh, bijirin oat atau nasi adalah sumber karbohidrat yang baik membantu suburkan badan kita dengtan tenaga, protein, mineral dan serat
  • Buah-buahan segar, sup sayur, jus buatan sendiri membantu mengekalkan keseimbangan cecair dalam badan
  • Susu dan produk tenusu adalh sumber kalsium yang baik untuk mengekalkan tisu badan dan beberapa fungsi fisiologi yang lain.

Satu lagi tip samada anda mengambil suplemen atau lebih memilih makanan sebenar, tip penyusuan di bawah perlu dipatuhi.
  • Lakukan sesi pengeluaran susu setiap 2 hingga 3 jam sekali ditempat kerja secara berjadual
  • Jika tidak dapat melakukan sesi secara berjadual boleh tingkatkan sesi pengeluaran susuibu pada waktu malam
  • Menyusukan bayi secara direct jika bayi ada bersama

PALING PENTING ADALAH  psikologi ibu tentang kepercayaan bahawa susuibu masih dihasilkan semasa berpuasa harus dikekalkan, sebab ini akan mempengaruhi penghasilan susuibu.

Dan jangan lupa, Islam juga membenarkan ibu yang menyusukan anak untuk tidak berpuasa dengan wajib qadha dan membayar fidyah. Sedikit pendapat dari http://www.babycenter.com.my/a1028909/menyusu-badan-dalam-bulan-ramadan

Shaklee di muar azrinna-kiosk
Waallahualam !


Jika anda rasa memerlukan suplemen penyusuan untuk menyokong pemakanan anda hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...