Thursday, July 4, 2013

Tip Pengambilan Makanan Untuk Turunkan Kolestrol

'Apa yang boleh aku makan sebenarnya ni, kalau semua dah pantang tak boleh makan'
Rungutan sebab kita tak tau mana yang fakta mana yang mitos. Mana yang betul mana yang auta.

Bagi mereka yang menghadapi masalah kolestrol tinggi, jika doktor beri prescription ubat makanlah. Jika mahu tambah dengan suplemen pun boleh. Namun paling penting adalah apa yang kita makan. Kat bawah ni saya share tip pengambilan makanan yang sesuai untuk panduan bersama. Tip ini saya perolehi daripada Panduan Pengurusan pemakanan untuk Hiperlipidemia 1999
  • Pastikan karbohidrat yang diambil setiap hari menyumbang 50-60 peratus daripada kalori setiap hari.
  • Utamakan karbohidrat kompleks seperti berat perang, roti fiber dan oat
  • Tingkatkan pengambilan fiber secara berperingkat untuk mengurangkan ketidakselesaan
  • Nikmati 5 sajian buah-buhan dan sayur-sayuran setiap hari
  • Pilih potongan daging tanpa lemak, dan kurangkan pengambilanm kepak ayam dan bahagian kaki ayam
  • Lebihkan pengambilan protein dari sumber ikan, legum dan kekacang
  • Hadkan pengambilan telur 2 hingga 3 biji dalam seminggu (termasuk hidangan telur yang tersembunyi, contohnya nasi goreng, mi goreng)
  • Minum susu rendah lemak atau susu skim
  • Pastikan pengambilan lemak kurang daripada 25 - 30 peratus daripada jumlah kalori seharian. Ini boleh dicapai dengan mengurangkan pengambilan santan dan makanan berminyak atau bergoreng
  • Gunakan minyak dalam kuantiti yang sedikit sewaktu memasak, kurangkan pengambilan lemak tepu daripada lemak sapi, santan atau mentega
  • Hadkan pengambilan makanan laut seperti udang, ketam, sotong dan kerang kepada sekali seminggu dan dalam kuantiti yang sedikit kerana tinggi kolestrol
  • Biasakan diri anda untuk tidak memilih organ dalaman seperti hati, limpa dan paru
  • Hadkan pengambilan garam dan kurangkan pengambilan maknan tinggi garam seperti ikan masin, kicap, belacan
  • Kurangkan pengambilan lemak terhidrogen yang berpunca daripada lemak trans dalam makanan anda.
  • Jangan gunakan majerin sebagai pengganti kepada minyak masak.
 
Islam sendiri menggariskan makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang.Malah dari perut asal segala penyakit. Jadi, bersederhanalah.

Saya untuk dihubungi ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...