Wednesday, July 17, 2013

Hilangkan Parut Hodoh !

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

"Saya ada banyak parut kudis lama kat kaki, boleh hilang tak ?"
"Saya ada banyak bekas-bekas jerawat, boleh hilang tak ?"
Itu adalah sms yang kerap saya terima tentang suplemen untuk hilangkan parut. 

Parut tu umpama kotoran akibat kita minum atau makan tertumpah di tudung atau baju. Ingat tak zaman kita sekolah dulu bila tertumpah minuman pada tudung atau baju cepat-cepat sapu bedak (sempat tu bawak bedak letak dalam kertas dan lipat letak dalam wallet). He3! tak pun gi bilik air carik sisa-sisa sabun mandi yang tertinggal dan gosok. (entah sabun mandi sapa, belasah ajelah!). Sebab bila dibiarkan lama kelamaan semakin sukar untuk dihilangkan. Maklumlah tudung sekolah warna putih.



Begitu juga dengan parut-parut ni, semakin lama ia terbentuk semakin lama tempoh di perlukan untuk menghilangkan. Punca terjadinya parut adalah akibat kekurangan protein dalam badan untuk menyingkirkan sel-sel kulit lama ke sel-sel baru.


Menurut satu artikel dari sesawang http://www.livestrong.com/article/149536-vitamins-for-healing-scars secara umumnya maksud parut adalah sebahagian daripada proses penyembuhan luka, jerawat atau kudis. Penyembuhan parut adalah berbeza mengikut tahap keseluruhan anda kesihatan, saiz parut dan keturunan. Tiada parut yang boleh dipadamkan sepenuhnya dan berlaku secara ajaib dalam sekelip mata. Semua berlaku secara perlahan-lahan. - JADI KENA BERSABAR DAN KONSISTEN !

Secara peribadi saya juga ada banyak parut-parut jerawat yang bermaharaja di wajah sejak usia penghujung remaja. Walau jerawat telah hilang beberapa tahun lepas tetapi bekas jerawat memaksa saya sering menggunakan fondation dalam bentuk cecair dan padat untuk menutupinya. Memang seksa bila mahu mencuci muka untuk bersolat, dalam handbag perlu ada make-up remove dan pencuci muka juga.

Namun, sejak amalkan beberapa suplemen secara konsisten, Alhamdulillah baru nampak hasilnya. Walaupun parut tidak pudar lagi sepenuhnya, kini saya tidak perlu memakai fondation yang berlapis-lapis lagi. Malah memang tidak berbedak pun. Hanya memakai krim yang mengandungi SPF 20 sahaja.Maklumlah bila usia telah memasuki angka 3series perlu lebihkan penjagaan kulit berbanding mekap bagai.

Suplemen yang saya maksudkan adalah ESP, Vitamin B, Vitamin C dan Vitamin E. Fungsi setiap satu adalah :-
Protein ESP yang memainkan peranan penting dalam kesihatan kulit dan penyembuhan parut kerana parut yang sukar dipulihkan kerana kekurangan protein dalam tubuh untuk memperbaharui sel yang telah mati atau rosak.

Vitamin C adalah vitamin antioksida dan membantu badan kita menghasilkan protein kolagen yang diperlukan oleh kulit untuk membentuk tisu pada parut dan menyembuhkan.

Vitamin E juga adalah vitamin antioksida yang membantu mengurangkan keradangan pada kulit yang luka  dan baik untuk penyembuhan parut.

Vitamin B yang mengandungi B3 berfungsi untuk meningkatkan asid lemak pada kulit, merangsang eksfoliasi atau pengelupasan kulit mati dan buat kulit anjal. Selain kandungan B9 dalamnya baik untuk mengatasi jerawat.

Sempena promosi GLA bulan ni, boleh juga tambah dengan GLA atau selang seli antara GLA dengan Vitamin E, kerana GLA juga memberi kesan dalam membantu memperbaiki tona tak seimbang kulit kita, mengatasi kulit berminyak dan masalah berkaitan PMS seperti jerawat dan senggugut.

Parut terbahagi dua, pertama parut kekal dan satu lagi parut bukan kekal. 

Bagi yang mengalami parut kekal pengamalan suplemen hanya membantu memudarkan parut sahaja, tapi secara keseluruhannya vitamin ini bukan sahaja bagus untuk penyembuhan parut, tetapi ia juga membantu meningkatkan tahap kesihatan kita. Bukankah seperti artikel diatas salah satu yang mempercepatkan penyembuhan parut adalah 'mengikut tahap keseluruhan kesihatan kita' ?

Saya untuk dihubungi ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...