Sunday, July 28, 2013

Mengapa Popeye Suka Bayam ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Ingat tak kartun popeye masa zaman kita kecik-kecik dulu ? Popeye dan spinach/bayam bukan aneh demi menentang kejahatan Bluto. Berbeza dengan kartun sekarang, susah nak tengok kartun sekarang yang 'makan sayur'.Tahu tak kenapa poyeye ambil bayam untuk kuat?

Shaklee di Muar azrinna-kiosk
Sebab Poyeye tahu bayam punya kandungan zat besi yang tinggi serta ia dapat meningkatkan tenaga serta menguatkan badan.

Selain bayam, antara sumber makanan yang banyak kandungan zat besi adalah roti berserat tinggi, daging, tiram, tauhu, kekacang dan tiram. 

Ada beberapa perkara tentang zat besi/iron yang perlu kita tahu :-

  • Zat besi memainkan peranan penting terutamanya dalam sistem biologi dan perjalanan oksigen dalam tubuh manusia oleh sebab itu ia digelar zat penyegar darah
  • Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia, meningkatkan risiko kanser dan hepatitis
  • Khasiat zat besi tidak akan rosak sekiranya dimasak bersama makanan masam mahupun sekiranya terkena matahari tetapi ia tetap akan berkurang sebanyak 20 peratus akibat proses memasak
  • Wanita lebih banyak memerlukan zat besi berbanding lelaki sebab wanita melalui proses menstrual dan hamil. Wanita hamil memerlukan lebih zat besi kerana ia perlu mengeluarkan sel darah merah untuk memastikan kesihatan bayi yang dikandung serta memastikan bayi yang dikandung serta memastikan fetus yang menyokong kedudukan bayi daam perut sentiasa dalam keadaan baik dan mempunyai oksigen yang mencukupi. Bagi wanita selepas bersalin pula memerlukan zat besi bagi mempercepatkan luka bersalin sembuh.
  • Zat besi merupakan salah satu daripada 6 nutrien yang didapati sering kurang dalam tubuh manusia.
  • Zat besi berperanan dalam proses pengeluaran dan pembebasan tenaga dalam badan.
  • Kafein menganggu proses penyerapan kandungan zat besi dalam badan. Jadi elak memakan makanan yang mempunyai zat besi bersama kafein. Contohnya teh mengandungi asid tonik yang menghalang penyerapan zat besi.
  • Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi, jadi makanlah buah-buahan segar, sayur-sayuran dan jus tetapi sumber besi terbanyak adalah dari haiwan iaitu 20 hingga 40 peratus berbanding dari tumbuhan iaitu 5 hingga 20 peratus.
  • Zat besi yang terkandung dalam kulit kentang lebih tinggi dari isinya.
  • Keperluan zat besi yang diperlukan oleh kita tidak sama berdasarkan umur, jantina dan situasi kita samada sedang hamil, menyusukan atau ketika selepas bersalin atau menjalani pembedahan.
**************************************
Selain pengambilan makanan seimbang sebagaimana tubuh kita perlukan, jalani kehidupan aktif lagi sihat, menikmati kemanisan beribadat, tak salah ambil suplemen untuk menambahbaikkan keperluan iron dalam tubuh, Shaklee ada 2 jenis suplemen zat besi. Pertama dalam bentuk bancuhan. Bermakna boleh juga dibancuh bersama minuman coklat asalkan bukan minuman bersusu anda.
Anda juga boleh mengambil dalam bentuk tablet. Boleh jugak dibancuh dalam air samada jus, coklat asal jangan susu.



Jika anda perlukan penambahbaikkan iron dalam keperluan nutrisi anda, hubungi saya ditalian 012-6816979 untuk pembelian dan konsaltansi.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...