Sunday, July 14, 2013

Apa Menu Sahur Esok ?!

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Cantik sungguh suasana pagi
Terasa tenang malah nyaman udaranya
Ramadhan datang lagi ! 
Sibuklah si suri memikirkan menu-menunya
(Entah betul entah salah pantun saya ni !)

Saya nak kongsi dari sebuah artikel dalam sebuah majalah tentang tip untuk mengurangkan keletihan pada ketika berpuasa. Yang kaler biru tu adalah idea saya. Sebagai pilihan.
  • Elakkan makan kanji (nasi) di waktu sahur. Gantikan dengan protein yang lebih mengenyangkan. Ini kerana protein akan dihadamkan menjadi asid amino dan salah satu dari asid amino tersebut iaitu 'tyrosine' dapat meningkatkan tenaga dan kesegaran mental
    Manakala kanji pula akan mengubah tahap 'serotonin' yang akan memberikan rasa tenang dan boleh menyebabkan rasa mengantuk.
    Contoh menu yang patut lebih banyak seperti sebiji telur, ikan, ayam dan sayur.
    Ataupun 
    Kita boleh memilih Energizing Soy Protein (ESP) dengan hanya mencampurkan dengan minuman kegemaran anda kecuali teh dan kopi dengan menggunakan air suam.

  • Tingkatkan pengambilan zat besi kerana wanita sentiasa kehilangan zat besi ketika haid. Zat besi penting sebagai komponen darah yang akan membawa lebih oksigen ke seluruh badan kita. Contoh hidangan adalah daging merah, hati dan limpa. 
     Ataupun
    Jika keberatan untuk mengambilnya diawal pagi atau anda rasa tidak cukup sukatan zat besinya boleh ambil Vitalea Shaklee atau Meal Shakes kerana ia mengandungi zat besi.
  • Elak makanan yang manis berlebihan kerana makanan ini akan meningkatkan tahap insulin dengan cepat dan menurunkannya dengan cepat yang mana kita mungkin mendapat tenaga segera dan kemudian pula akan merasa letih.
    Ataupun
    Boleh juga mengambil Performance Drink (PD) yang mengandungi karbohidrat unik Shaklee yang diberi nama 'opticarb' yang memberi tenaga tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah. Ia juga sesuai di ambil oleh mereka yang punya diabetis.

  • Elakkan minuman berkafein ketika sahur. Ia akan merangsang buat seketika akan tetapi setelah kesannya pudar, tenaga juga akan turut pudar. Selain itu, kafein juga akan menyebabkan kita kerap buang air kecil yang boleh menyebabkan kita kekurangan air.
  • Minum air yang secukupnya iaitu 3 liter air diantara waktu berbuka sehingga sahur.

    Yang penting berpuasa bukan bermakna kita keletihan sahaja, sebab Ramadhan cuma sebulan ia datang supaya kita dapat menghayati kedatangannya.

    Jika anda rasa perlukan suplemen supaya sentiasa produktif ketika berpuasa, hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnaplail@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...