Saturday, June 22, 2013

Jerebu Datang Lagi !

Sehari dua nan lalu jerebu semakin teruk di daerah Muar, dan berita tengahari tadi menunjukkan index pencemaran udara (IPU) yang sangat tidak sihat iaitu 375. Sejak Jumaat sekolah ditutup. Walau dalam rumah, mata terasa pedih dan rasa macam tak 'best' bila tarik nafas. Untungnya duduk kampung, ada lagi pokok-pokok merendang melindungi mata dari di selabuti jerebu.Bagi yang menghidap penyakit yang berkaitan pernafasan memang perlu lebih perhatian.

Bagi saya untuk tidak keluar rumah memang tak mungkinlah ! He3! Jadi pastikan diri mandi dan ganti dengan pakaian yang bersih sebaik dari aktiviti luar. Jika rasa tak boleh nak mandi, cuci muka beberapa kali sehari. Minum banyak air masak setiap hari terutama bila sakit tekak melanda. Jangan paksa tekak kita yang sakit tu mengeluarkan batuk untuk mendapatkan kelegaan. Sebaliknya biarkan air masak untuk memberi kelegaan.

Tak salah juga ambil suplemen untuk memberikan tubuh badan kita kelebihan dari segi imun pada saat ini, namun perlindungan diri seperti memakai topeng dan menjaga kebersihan diri tak kurang mustahak.

Selamat berhujung minggu!

Jika anda memerlukan suplemen hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...