Saturday, June 8, 2013

Bersenam Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

Dah lama tak berbasikal keliling kampung dengan Aiman. Sekadar menulis, mudah-mudahan semangat mahu berbasikal kembali membara. Sebab apa kena bersenam, bukan bermakna orang kurus tak perlu bersenam ye !
  • Bersenam untuk meningkatkan kelenturan otot dan membina kekuatan otot, tulang dan sendi bagi mengurangkan risiko dari mendapat kecederaan. Kesannya ia membantu memperbaiki postur atau posisi tubuh dan dalam masa yang sama ia membantu mencegah sakit belakang. Senaman secara konsisten mampu meningkatkan kandungan mineral dalam tulang sekaligus membantu mengurangkan risiko mendapat osteoporosis.
  • Jantung dapat bekerja dengan lebih efisyen ketika kita bersenam. Secara tidak langsung kita dapat meningkatkan fungsi jantung, paru-paru dan peredaran darah. Apabila peredaran darah meningkat, kadar nadi turut meningkat yang akan membantu mencegah pengerasan arteri. Arteri yang keras atau tersumbat merupakan punca utama penyakit darah tinggi yang membawa kepada strok. Jadi risiko untuk mendapat sakit jantung juga rendah.
  • Meningkatkan kadar metabolisme badan sebab individu yang punya lebih banyak otot akan membantu mempercepatkan proses metabolisme badan berbanding dengan mereka yang banyak lemakiaitu pembakaran kalori
  • Menggalakkan keuapayaan badan untuk mengawal paras glukosa - Sebab itu bagi mereka yang menghidap diabetis digalakkan bersenam secara berkala. Bagaimanapun ikuti panduan dari doktor jika anda menghidap diabetis dan mahu mula bersenam.
  • Mengawal berat badan sebab dengan melakukan senaman yang berterusan serta konsisten dan pada yang sama mengamalkan diet yang seimbang sebagaimana yang tercatat dalam piramid makanan, ia dapat membantu mengawal masalah berat badan berlebihan. Apa itu piramid makanan ? Tengok gambar di bawah ni.
Image from Google

  • Mengurangkan tekanan (Stress) dan perasaan bimbang sebab bersenam mampu meningkatkan perasaan menghargai diri sendiri dan menjadikan seseorang itu lebih positif dan tenang dalam apa jua masalah yang mendatang.
  • Bagi wanita yang suka menjadikan senaman sebagai amalan, ia mampu mengurangkan simptom kesakitan prahaid dan ketika haid
  • Jika senaman dilakukan dengan konsisten, disertakan dengan makanan yang sihat, maka hasilnya otot akan terbina dan lemak dibakar setiap hari. Sebab proses metabolisme akan menjadi lebih tinggi jika badan punya otot lebih banyak dari lemak kesannya badan lebih segar sepanjang hari dan daya tahan penyakit juga terbina secara semulajadi. 
  • Bersenam dapat meningkatkan kompleksi kulit, apabila dilakukan secara konsisten ia akan melancarkan pengaliran darah, membentuk otot dan menaikkan paras oksigen dalam tubuh lalu memberi kesan kulit kekal sihat dan anjal.
Jadi hujung minggu ni jom bersenam !

Jika anda mahu membeli vitamin hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...