Friday, June 14, 2013

Alhamdulillah ! Saya Dah Sembuh Dari Luka Diabetis

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Diabetis dan luka. Umpama aur dan tebing. Luka yang selalu digambarkan bernanah berbau busuk sukar sembuh dan sinonim juga dengan potong kaki ! Itulah sebahagian pengalaman suami saya selama dua tahun lepas sehingga ia menjadi kritikal pada akhir tahun lepas dan doktor nasihatkan supaya memotong kakinya sebab dikatakan ada nanah dalam kaki.

Lalu, saya dan ahli keluarga minta doktor hanya membuang apa yang dikatakan nanah tu. Adalah dalam 10ml gitu. Lalu duduk seketika agar luka cepat baik dalam masa 4 bulan, sebab seperti yang kebanyakkan kita tahu, sel-sel mengambil masa 3-4 bulan untuk bertukar ke sel yang baru. 

Ada beberapa point yang perlu dibuat :
1) Perlu pastikan luka bersih, nak tau bersih ke tidak jika tak berbau tu bersihlah ! Sebab kadang2 dreassing di klinik tetap berbau
2) Mengawal gula supaya tak naik dan turun secara mendadak
3)Sebab ada sejarah jangkitan kuman - perlu 'kejutkan' antibodi

Ketika itu kami didatangi oleh rakan pejabat suami yang mencadangkan ke sebuah klinik di Durian Tunggal, Melaka. Walau Muar dengan Melaka dekat, tapi jika hari-hari perlu ulang alik memang memenatkan.

Mula-mula doktor ambil sample nanah dan dihantar ke makmal untuk menentukan jenis kuman dan solusi. Lalu doktor mencadangkan Maggot Dreassing untuk membuang nanah. Maggot therapy, ia adalah dengan memasukkan larva lalat ke dalam kaki yang bernanah tu untuk 3 hari. Tujuan untuk memakan nanah-nanah yang ada. Selain itu ia bertindak meninggalkan sel-sel yang baru dan sihat. Tanya pada suami apa rasanya ulat-ulat tu dalam kaki, dia cakap tak rasa apa-apa cuma masa tidur terasa benda menguit-nguit dalam kaki. Sila jangan geli ! Sebab larva-larva ini memang untuk tujuan perubatan bukan yang kat tong sampah nu... Cuma sekali buat Maggot Therapy sepanjang rawatan ni sebab luka nampak sangat cantik dan bersih.

Shaklee di Muar azrinna-kiosk
Di salah satu bahagian Pusat Rawatan An-Nur. Kat sini biasa saya dan Aiman baring-baring tengok You Tube upin dan Ipin sementara menunggu suami siap menjalani rawatan. Biasa juga saya tidur di soya oren tu sebab keletihan !
Kemudian dreassing macam biasa dan menggunakan Sonatron Therapy. Fungsinya ia bertindak pantas menyingkirkan radikal bebas berlebihan dalam sel.  Rasa ia hangat dan bunyinya bising macam alat pengering rambut tu.Itu saja yang dapat saya kongsi tentang Sonotron Therapy ini nak maklumat lanjut boleh hubungi nombor di bawah.

Maklumat klinik saya sertakan kat bawah ni:-
Pusat Rawatan An-Nur 

MA-0-09, Jalan SB Utama,
Taman Seri Bayan, Durian Tunggal,
76100 Melaka
Dr Hjh Rosnani Sabtu 
06-5532818/06-5532811 

Settle masalah pertama, now masalah kedua pula. Perlu pastikan gula tidak naik dan turun mendadak. Begini, kita akan kehilangan vitamin C setiap kali kita kencing, begitu juga pesakit diabetis. Tetapi  kandungan gula yang tinggi menyebabkan berlakunya persaingan antara gula dan vitamin C dan biasanya vitamin C 'kalah'. Vitamin C amat diperlukan untuk sembuhkan luka dengan cepat kerana ia mampu mengaktifkan fibroblast iaitu sel yang menghasilkan kologen yang bagus dan salah satunya berfungsi untuk menyembuhkan luka dengan cepat dan jika kalah vitamin C dalam badan pesakit diabetis, ia menyebabkan kandungan kologen kurang dalam badan mereka lalu luka lambat baik.

Okey! Untuk mengawal kandungan gula dalam darah insulin masih diperlukan. Jangan memandai-mandai untuk berhenti suntik insulin. Suplemen yang paling sesuai adalah Vivix kerana melalui ujian klinikal menunjukkan mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi. Seperti yang kita tahu, punca sesuautu penyakit adalah disebabkan radikal bebas yang pada mula secara semulajadi memang tubuh kita lakukan, tetapi faktor makanan, pencemaran telah mempercepatkan proses berkenaan. satu lagi istimewanya Vivix ia membantu menurunkan kadar gula ke paras sepatutnya.


Untuk masalah ketiga, saya beri suami saya Nutriferon, sebab suami kerap demam. Anehnya demam dalam masa 1 jam dan baik 1 jam kemudian. Mungkin sebab menahan sakit, walau dikatakan jangkitan kuman merebak lagi malah dikatakan juga ada unsur-unsur mistik. Waallahualam ! Semua yang ada di seluruh alam milik Allah hanya Dia yang maha tahu dan kepada Dia jua kita meminta bukan yang lain. 


Saya bancuh Nutriferon bersama Performance Drink supaya air dalam badan sentiasa seimbang. Selain ia juga adalah suplemen unik yang menjalani 30 tahun kajian di makmal dari pemilihan tumbuhan hingga melalui ujian klinikal yang bersifat 'mengejutkan' antibodi tubuh yang sedang tidur selain ia bertindak 10 kali ganda lebih hebat dari Vitamin C.
Bagi kami, gabungan antara Sonotron Therapy dan suplemen umpama kaki kanan dan kaki kiri, saling memerlukan ! Jika dah Sonotron Therapy bertindak untuk menyingkirkan radikal bebas berlebihan dalam sel maka Vivix dan Nutriferon bertindak 'mempertahankan' sel sihat dari terus dicerobohi oleh radikal bebas.

Alhamdulillah setelah lebih kurang 4 bulan luka sembuh jauh dari jangkaan doktor. Malah jumlah insulin semakin sedikit jumlahlah ! Sesungguhnya kita sebagai manusia perlu berusaha sedangkan yang menyembuhkan Allah jua. Jadi mintalah bantuan dari Dia!

Sehingga kini masih amalkan Vivix dan Nutriferon dan beberapa suplemen lain dan kehadiran CoQ10 mengujakan suami saya untuk mencuba. Sebab bila dah ada satu serangkai penyakit kronik jika tak de usaha mencegah ia akan menjemput dua serangkai lagi.

Kesan dari luka yang lambat sembuh-sembuh selama 2 tahun lebih sebelum pegang status "luka kritikal" tu telah menyebabkan sendi-sendi kaki suami lari dari landasan. Setakat ini kami masih belum dijodohkan untuk mendapat penawar. Jadi perkongsian rawatan ini harap-harap menemukan jodoh tentang rawatan sendi pula. Jika anda mahu mendapatkan rawatan berkenaan sila hubungi nombor atau datangi alamat di atas, namun jika mahukan Vivix dan Nutriferon hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnaplil@yahoo.com.my




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...