Sunday, June 30, 2013

Tanda Badan Kita Kekurangan Protein

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

* Kulit wajah yang kusam?
* Wajah penuh dengan tompokan bekas jerawat yang hitam?
* Bekas gigitan nyamuk yang akhirnya menjadi kudis dan meninggalkan 
   kesan ?
* Rambut sering gugur?
* Lemah dan tidak bertenaga?


Di atas itu adalah tanda-tanda badan kita kekurangan protein. Kita memang boleh mendapatkan sumber protein daripada makanan seharian kita, namun cara kita memasak sehingga mendidih atau goreng hingga garing telah mengurangkan kualiti sumber protein. Sebab protein memang sensitif dengan suhu yang terlalu panas kerana ia akan memusnahkan atau mengurangkan jumlah 9 asid amino perlu, apatah lagi jika memasak makanan sehingga mendidih dan garing.

Sebab itu, saya ambil protein ESP sebagai sumber suplemen tambahan untuk menyokong keperluan protein seharian.Ia diperbuat daripada non-GMO soya dan diproses tanpa menyebabkan ia kehilangan 9 asid amino perlu. Sebab tu tak boleh bancuh ESP dengan air panas mendidih, cukuplah suam-suam kuku.

 Shaklee di muar azrinna-kiosk

Kita memerlukan 9 asid amino perlu kerana badan kita tidak membuatnya, jadi kita perlu ambil dari sumber makanan untuk dihadam bagi menghasilkan 13 asid amino tidak perlu.

Kekurangan protein akan beri tanda-tanda macam kat atas tu, sebelum menjurus pada masalah kesihatan yang lain seperti :-
# Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
# Kidney disease (penyakit buah pinggang)
# Liver (penyakit hati)
# High Cholesterol (kolesterol tinggi)
# Low blood pressure (tekanan darah rendah)
# Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
# Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
# Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
# Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
# Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
# Poor vision (Penglihatan kurang baik)
# Irritability (Badan menggeletar)
# Fatigue (Letih lesu)
# Weakness (Lemah)
# Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
# Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
# Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan

Hanya kita yang tahu akan diri kita.

Jika berminat nak dapatkan ESP, sila hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Awet Muda Tu Apa ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Lama tak jumpa, nampak awet mudalah !
Kita biasa dengar ayat macam tu kan?


Awet muda tu apa ?

Mula-mula kena kena tengok apa itu radikal bebas, ia terjadi melalui 2 cara :-
PERTAMA sumber dalaman 
iaitu yang dihasilkan oleh tubuh ketika proses metabolisme biasa, ada kalanya sel sistem imun tubuh secara sengaja mewujudkan radikal bebas untuk meneutralkan virus dan bakteria
KEDUA Sumber luaran pula contohnya faktor alam sekitar yang tidak bersih, asap rokok, makanan yang tidak sihat dan pendedahan terlalu lama kepada matahari.an cepat diubah menjadi sumber yang tidak lagi membahayakan tubuh.

Sebenarnya ia tidak berbahaya tetapi, apabila radikal bebas sempat bertemu dengan enzim atau asid lemak tak tepu, ia merupakan petanda awal kerosakan sel lain dan menjemput pelbagai jenis penyakit sama.

Tengok pula antioksida ? Antioksida ini bertindak menuetralkan radikal bebas dengan 'mendermakan' salah satu elektronnya dan menamatkan tindak balas 'mencuri' elektron. Iyela dari biar orang mencuri, baik kita derma kan ? Jadi kesan 'pendermaan' ini tidak akan jadi radikal bebas kerana keadaannya begitu stabil dalam apa jua bentuk.

Shaklee di muar Azrinna-kiosk
Selain itu, Antioksida bertindak sebagai 'pemburu', membantu mencegah kerosakan selular dan tisu yang boleh membawa kerosakan sel dan penyakit. Ia juga menggalakkan pertahanan semulajadi melawan proses penuaan pra matang dan melanjutkan hayat.

Kat situ kita boleh kaitan dengan proses penuaan dan awet muda, proses penuaan ini adalah seperti kulit tidak lagi anjal, berkedut dan bintik-bintik pigmen kecoklatan di kulit. Secara semulajadinya manusia mengalami penurunan seiring dengan peningkatan usia akibat radikal bebas itu sendiri, ia tetap akan berlaku walau anda ambil vitamin antioksida, tetapi bezanya ia akan berlaku perlahan-lahan dan tidak secara drastik. Itulah yang dinamakan awet muda. Bukan bererti kita tak tua langsung dengan ambil vitamin antioksidan. Salah tu!

Di antara suplemen yang bertindak sebagai antioksida adala, Vitamin C, GLA, Corotomax dan Vitamin E.
shaklee di muar azrinna-kiosk
Nak tau lebih lanjut, hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

* Gambar kat atas tu adalah gambar saya dan sepupu saya. He! He! He!

Saturday, June 29, 2013

Suplemen 'First Aid'

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Demam !
Selsema & hidung tersumbat !
Batuk !
Sakit tekak !

Itu adalah sesuatu yang kerap kita alami apatah lagi dalam kondisi cuaca akhir-akhir ini yang panas terik dan berjerebu. Lalu ada baiknya setiap antara kita sediakan suplemen 'First Aid' di rumah sebagai persediaan menghadapi situasi tak terduga di atas.

Suplemen yang saya maksudkan adalah Shaklee Performance Drink dan Nutriferon.

 Shaklee di Muar azrinna-kiosk

Mengapa Shaklee Performance Drink (PD) ?
Fungsinya adalah untuk mencegah kekeringan dalam badan akibat cuaca panas dan kerap terjadi juga bila duduk dalam pendinginhawa tetap berlaku kekeringan. Selain meminum air masak yang mencukupi, pengambilan PD umpama 'mengunci air' dalam badan. Selain itu bila kita tak sihat selalu tak lalu makan dan tak bertenaga, lalu pengambilan PD membantu kita memberi tenaga segera pada badan tanpa menyebabkab kadar gula meningkat kerana formulanya yang unik.

Mengapa pula Nutriferon ?
Nutriferon bertindak melalui 2 cara. PERTAMA ia segera mengaktifkan sistem pertahanan imuniti dan KEDUA dengan menggerakkan pasukan cari dan musnah dalam sistem imuniti kita. 

Sebenarnya Nutriferon bukan suplemen yang perlu di ambil setiap hari kecuali jika kita jatuh sakit, ambillah setiap hari hingga sembuh. jika tidak ambillah seminggu sekali sahaja.

Untuk siapa sebenarnya Nutriferon ini :-

  • Sesiapa yang menghadapi masalah berkaitan dengan sistem imun. Contohnya orang sebelah bersin, tak lama kemudian anda pula dijangkiti selsema, walhal orang yang bersin tu tak selsema pun.
  • Orang yang memang nak kukuhkan sistem imun.
  • Sesiapa yang merasakan vitamin C yang di ambil walau lebih dari dos tidak memberi kesan keatas kesakitannya
  • Sesiapa yang demam, batuknya, selsemanya berpanjangan melebihi seminggu
  • Ibu menyusu tetapi anaknya kerap demam dan jika setelah 3 hari masih tak sembuh, ibu ambillah Nuriferon
  • Mereka yang menghadapi luka akibat penyakit Diabetis akan sembuh lebih cepat.
  • Anak anda kerap demam/selsema/batuk terutama setelah bersekolah - beri  anak anda Nutriferon tapi campur dengan Performance Drink 

Jika anda mahu menjadikan keduanya sebagai suplemen first Aid, hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my. 


Bakal Pengantin 3 Bulan Lagi ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 "Saya nak kahwin lagi 3 bulan, ada tak vitamin yang membantu menaikkan seri wajah dan bagus untuk pasangan pengantin?"

Shaklee di muar azrinna-kiosk


Jawapan :

Bagus amalkan Set B dan jika mampu tambahkan ESP. Protien penting untuk bina sel. Sel yang sihat akan membantu menyerap vitamin dengan sangat baik.
Dalam set B ada 4 jenis vitamin iaitu Vitalea, B com, Vitamin C dan Alfalfa. 3 yang utama adalah vitamin kesihatan optimum. Manakala Alfalfa bagus untuk kebersihan dalaman wanita, bebas dari keputihan serta bagus untuk suami isteri.
Amalkan sekurang-kurangnya 90 hari sebelum majlis persandingan, pasti kelihatan wajah berseri dan cerah.

Saya untuk dihubungi ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Friday, June 28, 2013

Degup Si Jantung

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Umur masih muda, perlu ke suplemen untuk jantung ?
Itu adalah pertanyaan yang kerap bermain dalam fikiran kita.

shaklee di muar



Tahu tak kita, semakin usia kita meningkat, degupan jantung kita makin berkurang berbanding kita masih kecil. Bukan sahaja kerana faktor usia , tapi cara hidup kita dan pemakanan yang kadang kala cukup berlemak atau berkolestrol ditambah banyaknya restoren segera hari ini. Jadi tidak hairan jika hari ini ramai antara kita yang masih muda menghadapi masalah berkaitan dengan jantung.

CoQ Health Plus menyokong penghasilan tenaga untuk jantung, melalui bahan-bahan yang mengandungi ekstrak teh hijau dan vitamin E yang bertindak sebagai antioksidan dan membantu menurunkan trigliceride iaitu sejenis lemak jahat dalam darah. Ia membantu enzim CoQ dalam badan sentiasa cukup untuk keperluan jantung berdegup dan mengepam darah ke seluruh tubuh.
shaklee di muar

Pengambilan makanan kita hari ini yang tidak seimbang menyebabkan enzim CoQ ini makin berkurang dalam badan.Pengambilan supplement CoQ Health Plus membantu kita atasi masalah kekurangan enzim ini dalam tubuh.

Anda yang berusia 21 tahun dah boleh ambil, apatah lagi jika kita punya kitaran keluarga yang menghidap masalah kesihatan yang berkaitan dengan jantung. Harga CoQ Health Plus masih murah dibandingkan dengan harga jantung kita. 

Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my untuk pembelian.

Doa Mohon Rezeki Dan Kekayaan

Jumaat nak indah !

Ketika saya menanti kereta di service, saya belek-belek buku-buku dan majalah sambil makan minum apa yang pusat service tu sediakan. Aik! Makin petang makin ramai orang.


Antara isi kandungan buku yang patut saya kongsi adalah ini :-

Sebab salah satu cara untuk menjemput rezeki adalah dengan berzikir dan berdoa. Sebab kita tak tahu mana satu yang akan menjemput rezeki, jadi buat semua. Bak bait-bait isi buku Mudahnya menjemput Rezeki adalah "kita tak pernah tahu bila datangnya. Ia seperti panas dan hujan. Rezeki adalah hal ghaib". Rezeki juga bukan setakat duit tapi dalam bentuk lain jua, kesihatan dan rasa bahagia.

Oh Ye ! Jambangan bunga kat toilet pusat service ni tak kurang cantik ! Sejuk mata memandang.

Walau di mana saya berada, anda masih boleh membeli vitamin, hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

27 Jun 2013 Herbalax Kembali Di Pasaran

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Nak kurus !
Nak bantu pelawasan !
Jerawat terlalu banyak !

Itulah antara apa yang boleh dapat dari Herbalax. Jadi kepada peminat Herbalax sekarang tak perlu 'kedekut' lagi nak makan sebab dah kembali ada di pasaran, malah dengan formular baru lagi iaitu tanpa Gluten.

Apa manfaat Herbalax ini ? Boleh rujuk balik di entry yang lepas.
Bertiga Lebih Baik 
Cara selebriti maintain/kuruskan berat badan
Jika makan vitamin tak ada kesan
Herbalax

Hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Thursday, June 27, 2013

Mengapa Ambil ESP Rasa Kenyang ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Bagi saya sendiri setiap pagi suka ambil gabungan Tripple Germ yang terdiri daripada ESP, Performance Drink bersama sedikit sarapan. Kadang-kadang ESP dengan PD sahaja - ikut mood ! Kesannya RASA KENYANG sampai pukul 11 pagi hingga 12 tengahari. Maksud kenyang ni bukan sendawa seperti makan berpinggan nasi, tapi cukup buat rasa perut terisi, tak letih dan mengantuk. Sebab tu Set Tripple Germ ini memang popular masa berpuasa.


ESP itu adalah protein soya. Kaitan pengambilan protein dengan rasa kenyang adalah protein boleh merangsang hormon leptin yang membantu anda rasa kenyang dan mengawal pembakaran lemak.

Malah menurut Dr. Donald Layman dari universiti Illinois, diet yang tinggi kandungan protein dan diikuti rutin gaya hidup sihat dan teratur seperti pengambilan makanan yang seimbang, bersenam secara konsisten merupakan cara terbaik dalam menurunkan berat badan.

Pengambilan ESP yang terbaik adalah tidak melebihi 3 sudu makan sehari. Orang kata biar sedikit tapi konsisten. 3 sudu makan bersamaan dengan 14gram protein dan selebihnya ambil sumber makanan protein yang sihat kekacang, yogurt, daging tanpa lemak dan sebagainya.

Jika anda mahu juga jadikan ia sarapan yang hebat, apatah lagi untuk dijadikan minuman ketika bersahur, hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my



MANUSIA BERTANYA, AL-QUR'AN MENJAWAB

Sesuatu yang indah menusuk jiwa saya temui dari laman Muka Buku pada awal pagi tadi dari negara jiran kita. Al-Quraan walau banyak kali di baca dan ramai antara kita tidak fahami maksudnya ia tetap indah. Itulah mukjizat yang dibawa oleh Rasullah S.A.W. Apatah lagi jika kita hayati.

-Manusia bertanya : bolehkah aku frustrasi ?
-AL-QUR'AN menjawab : janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman . ( Ali Imran : 139 )

-Manusia bertanya : kenapa aku diberi ujian seberat ini ?
-AL-QUR'AN menjawab : ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.( Al-Baqarah : 286 )

-Manusia bertanya : kenapa aku tidak diuji saja dengan hal-hal yang baik ?
-AL-QUR'AN menjawab : boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui . ( Al-Baqarah : 216 )

-Manusia bertanya : kenapa aku diuji ?
-AL-QUR'AN menjawab : apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : " kami telah beriman ", sedang mereka tidak diuji lagi ? ( Al-Ankabuut : 2 )

-Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta .( Al-Ankabuut : 3 )

-Manusia bertanya : bolehkah aku berputus asa ?
-AL-QUR'AN menjawab : Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir . ( Yusuf : 87 )

-Manusia bertanya : bagaimana cara menghadapi ujian hidup ini ?
-AL-QUR'AN menjawab : hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada ALLAH supaya kamu beruntung . ( Ali Imraan : 200 )

-Manusia bertanya : bagaimana menguatkan hatiku ?
-AL-QUR'AN menjawab : cukuplah ALLAH bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. hanya kepada-Nya aku bertawakal . ( At-Taubah : 129 )

-Manusia bertanya : apa yang kudapat dari semua ujian ini ? ~
-AL-QUR'AN menjawab : sesungguhnya ALLAH telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka . ( At-Taubah : 111 )


Wednesday, June 26, 2013

Shaklee Performance Drink Popular Ketika Ramadhan

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Setiap kali menjelang Ramadhan, setiap kali itulah jualan Shaklee Performance Drink (PD) saya meningkat.  PD sebenarnya ia bukan minuman yang buat bila puasa tak rasa lapar dan dahaga. Jika begitu konsepnya maka larilah dari maksud asal puasa, tetapi ia sekadar beri sedikit 'ketahanan' pada badan supaya bila kita berpuasa kurang rasa letih dan tidaklah mahu melepek atau tidur sahaja. Berpuasa bukan bererti kita perlu berlemah-lemah.

Fungsi PD adalah untuk mencegah penyahhidratan, senang cakap untuk mengelakkan badan kekeringan sebab ia bertindak menjaga sistem tubuh badan kita melalui menyeimbangkan air dalam tubuh ketika cuaca panas terik di tambah dalam keadaan kita sedang berpuasa. Selain itu, ia juga mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee yang diberi nama opticarb yang membantu membekalkan tenaga serta merta tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah, jadi bagi mereka yang menghidap Diabetis boleh ambil PD.


PD ini sesuai untuk kanak-kanak terutama kepada yang baru mula berpuasa. Bagi ibu hamil yang kerap keletihan atau mengalami alahan kehamilan samada ketika berpuasa atau hari-hari biasa boleh cuba PD. Anda ibu hamil, anda ibu menyusu atau sesiapa sahaja. Pengalaman saya sendiri masa menyusukan anak PD memberi 'ketahanan' dari rasa tekak terlalu kering selepas direct feeding atau sesi mengepam.

PD juga tidak lepas dari melalui ujian klinikal. Malah ujian makmal dilakukan ke atas atlet menunjukkan :- •    Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan
      hidrasi
•    Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk
      kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
•    Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan
      keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

    Penghantaran Shaklee Muar, Sabah, Sarawak, Malaysia, Indonesia, Taiwan dan China. Juga jika anda mahu jadi ahli adalah dijemput. Hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

    Tak Tumbuh Tak Melata

    *These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


    Kata orang-orang lama,

    Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata

    Penghantaran Shaklee Muar, Sabah, Sarawak, Malaysia, Indonesia, Taiwan dan China. Juga jika anda mahu jadi ahli adalah dijemput. Hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

    Tuesday, June 25, 2013

    Suplemen Untuk ibu Yang Menyusukan Bayi

    *These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

    Saya tahu ramai yang sampai ke blog ini tertanya-tanya apakah set penyusuan yang sesuai dengan diri mereka. Jadi kat bawah ni saya sertakan set dan tip memilih suplemen yang bersesuian dengan ibu-ibu.

    Terdapat 4 jenis set penyusuan popular, di bawah ini saya sertakan penerangan untuk memudahkan ibu-ibu membuat pilihan berdasarkan keperluan.

    1. Set B
    Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Alfalfa
    Nota : Alfalfa membantu membantu menghasilkan susuibu dengan lebih cepat
    Untuk Siapa ?
    • Ibu yang TIDAK  mempunyai masalah penyusuan(sekali pam dapat 3oz lebih)
    • Ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
    • Bayi yang mempunyai masalah eczema
    • Ibu yang mahu kekal sihat dan cantik
    • Ibu yang mahu memperkayakan nutrisi susuibu
    Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan atau sedang berpantang disebabkan ada sesetengah bayi yang mengalami jaundice dan sesetengah bayi mengalami cirit birit  
    2. Set Eu Four Pack
    Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Kalsium 
    Nota : Kalsium Shaklee di kenali dengan nama Ostematrix yang dilengkapi dengan kalsium, magnesium dan vitamin D

    Untuk Siapa
    • Ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
    • Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat.
    • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu dan alah kepada laktose.
    • Set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur.
    • Ibu yang hamil tetapi masih mampu menyusukan bayi
    • Ibu yang selalu cramp dan sakit belakang

    3. Set E
    Mengandungi  Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, Kalsium dan Alfalfa
    Nota : Set ini memberi kesan yang lebih yang tidak kurang bagusnya kerana kandungan Alfalfa yang mempunyai khasiat protien di dalamnya.

    Untuk Siapa ?
    • Ibu yang sering keletihan melampau.
    • Ibu yang alah dengan susu lembu.
    • Ibu yang ada masalah kekurangan kalsium
    • Ibu yang stress dengan kerja seharian.

    4. Set 3M
    Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan ESP
    Nota : ESP membantu pengeluaran susuibu dengan lebih cepat
    Untuk Siapa ?
    • Untuk ibu yang ada mengalami masalah penyusuan,maksud masalah penyusuan adalah :-
      • Tiada peningkatan pada kuantiti susuibu walau ibu telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum ai sekurang-kurangnya 3 litter sehari 
      • Masalah hasil perahan lambat keluar
      • Peranan set ini adalah untuk membantu membaiki kekurangan  zat dari pemakanan yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
    • Mempunyai stok susu yang sedikit
    • Untuk ibu yang baru mula nak menyimpan stok
    • Untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation
    • Ibu yang punya anak kembar 
    Setiap set akan disertakan dengan cara pengambilan dan jadual pam. Hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

    Saturday, June 22, 2013

    Jerebu Datang Lagi !

    Sehari dua nan lalu jerebu semakin teruk di daerah Muar, dan berita tengahari tadi menunjukkan index pencemaran udara (IPU) yang sangat tidak sihat iaitu 375. Sejak Jumaat sekolah ditutup. Walau dalam rumah, mata terasa pedih dan rasa macam tak 'best' bila tarik nafas. Untungnya duduk kampung, ada lagi pokok-pokok merendang melindungi mata dari di selabuti jerebu.Bagi yang menghidap penyakit yang berkaitan pernafasan memang perlu lebih perhatian.

    Bagi saya untuk tidak keluar rumah memang tak mungkinlah ! He3! Jadi pastikan diri mandi dan ganti dengan pakaian yang bersih sebaik dari aktiviti luar. Jika rasa tak boleh nak mandi, cuci muka beberapa kali sehari. Minum banyak air masak setiap hari terutama bila sakit tekak melanda. Jangan paksa tekak kita yang sakit tu mengeluarkan batuk untuk mendapatkan kelegaan. Sebaliknya biarkan air masak untuk memberi kelegaan.

    Tak salah juga ambil suplemen untuk memberikan tubuh badan kita kelebihan dari segi imun pada saat ini, namun perlindungan diri seperti memakai topeng dan menjaga kebersihan diri tak kurang mustahak.

    Selamat berhujung minggu!

    Jika anda memerlukan suplemen hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

    Friday, June 21, 2013

    Gastrik datang lagi

    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
    Sesetengah antara kita merasa galau bila memikirkan Ramadhan yang semakin hampir. Bukan kerana tak mahu berpuasa, tapi bimbang jika gastrik tiba-tiba menampakkan diri. Saya share tip sepanjang bulan puasa dari website Jabatan Penerangan Malaysia http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/453-gastrik.html

    • Mengambil berat tentang pemakanan semasa bersahur bukan hanya disebabkan oleh masalah gastrik tetapi kerana ia merupakan amalan yang disunatkan
    • Bersahur pada waktu menjelang imsak dan bukannya sebelum tidur
    • Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati
    • Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh. Keadaan ini hanya membebankan usus yang sepatutnya berehat semasa tidur. Oleh itu, makanlah antara tiga hingga empat jam sebelum tidur.
    • Elakkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.
    • Ada sesetengah individu yang alah pada makanan tertentu seperti cuka dan rempah. Jadi, elakkannya.
    • Begitu juga, elakkan makanan yang berlemak
    • Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini.
    • Bersahur dengan makanan dan bukan sekadar minum air supaya dapat mengisi perut yang kosong.
    • Amalkan solat tarawih bagi memudahkan penghadaman makanan.
    Bagi yang tercari-cari suplemen untuk melegakan gastrik boleh mencuba antara 2 gabungan ini, gabungan pertama iaitu Meal Shakes dan ESP sesuai untuk mereka yang tak suka nak telan tablet. Selain itu, ia juga bagus untuk mengurangkan rasa letih ketika berpuasa kerana kandungan protein dan multivitaminnya melengkapkan keperluan tubuh ketika berpuasa sepanjang hari.
    Atau gabungan kedua adalah Vitamin B dan Osteomatrix/kalsium sesuai untuk yang tak kisah nak telan tablet. Paling pentin amalkan secara konsisten dan mulakan dari sebelum Ramadhan lagi supaya badan dapat bersedia. Mudah-mudahn usaha anda ini dapat memberi kemudahan ketika menghadapi Ramadhan nanti. 


    Hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my



    Thursday, June 20, 2013

    Pantang Mengeluh !

    Pagi tadi ketika menanti masuk waktu Solat Subuh, saya membelek-belek buku tulisan tulisan Rusdin S. Rauf ni, lalu menarik untuk di kongsi dalam blog ini.

    Pantang mengeluh ! Begitulah yang membawa maksud setiap orang punya masalah, namun mengeluh bukan cara terbaik untuk mendepani masalah.


    Hubungi saya untuk pembelian vitamin di talian 012-68169789 atau emailkan pertanyaan anda di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

    Wednesday, June 19, 2013

    Pesta Meal Shakes

    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
    Sempena PESTA Meal Shakes bulan ni, pasti ramai yang mengintai apa keistimewaannya melalui Google. Ia adalah gabungan antara protein, multivitamin dan serat yang semua orang perlukannya. 

    Sesuai dari bayi berumur setahun hingga dewasa yang membezakannya adalah SUKATAN! Umpama kita mahu buat baju, semua orang perlukan baju, namun jumlah kain yang diperlukan antara orang dewasa dan bayi tentulah berbeza !


    Berikut adalah keistimewaan Meal Shakes yang seharusnya dikongsi oleh seisi keluarga.

    azrinna-kiosk

















    Jadi, bagi yang belum pernah mencuba, ambil peluang promosi (yang bila akan ada lagi) untuk nikmati seisi keluarga, terutama menjelang Ramadhan. Hubungi saya di talian 012-6816979 untuk pembelian.

    Monday, June 17, 2013

    Tak Pernah Jauh.............

    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

    Walau siapa pun kita, hidup ini tak lepas dari ujian. jika tidak masa kan wujud pepatah melayu berkata hidup ini umpama roda yang berputar, kejap di atas kejap di bawah. Jika sedang berada di atas, buatlah persediaan untuk berada dibawah.

    Begitu juga kesihatan kita, semasa kita berada di atas buat persiapan menghadapi kebarangkalian jika sakit suatu hari nanti. jaga kesihatan melalui pemakanan. biar seimbang orang kata! jalani kehidupan yang ceria lagi sihat.

    Malah menurut Dr Ray Strand, 3 cara untuk hidup sihat optimum adalah senaman yang konsisten, mengambil pemakanan seimbang dan mengambil supplemen. 

    Sebab ketika kita sihat sel-sel dalam badan kita akan menyerap segala suplemen yang kita ambil, berbanding ketika kita sedang sakit, sel-sel perlu bekerja lebih keras untuk melawan penyakit berbanding menyerap suplemen. 


    Saya kongsi dengan kisah ibu ini.
    azrinna-kiosk Shaklee di Muar
    Sebagai manusia kita memang tak jauh dari sakit, tapi kita sangat dekat dengan usaha. Mengambil suplemen bukan bererti tak sakit, ia sebagai usaha untuk kurangkan risiko dan mudah-mudahan jika sakit cepat recover!

    Anda rasa anda perlukan suplemen ? Hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

    Sunday, June 16, 2013

    Anak-Anak tak Suka Makan, Sebaliknya Suka........

    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
    Bila kita sua nasi berlauk di tolaknya, bila kita buah-buahan dikatakan manis, tapi mereka suka pula makanan merapu-rapu, gula-gula, coklat dan yang ada di restoren makanan segera tu! Hairankan ? Itulah 'kuasa' makanan ringan dan segera yang dihasilkan dengan 'menguasai' deria rasa dan bau untuk mengundang selera kanak-kanak (waima orang dewasa) selain ditambah dengan percikan indah dunia medium pengiklanan. Adakah makanan yang seimbang lagi halal tidak mengundang selera kanak-kanak ?

     Menurut  tulisan seorang nutritionist yang bernama Kelly Dorfman dalam bukunya bertajuk "What Eating Your Child", sukar untuk makan adalah akibat kekurangan mineral yang akan mencetuskan selera makan iaitu ZINK. Antara makanan yang mengandungi zink adalah tiram, hati, daging kambing dan kekacang dan makanan ini kebanyakkan anak-anak kecil tak makan atas sebab masih tak biasa atau atas faktor yang tidak digalakkan seperti hati.

    Lalu suplemen di pilih sebagai solusi untuk mengatasi kekurangan itu, dan saya selalu mencadangkan Meal Shakes untuk budak-budak yang tak de selera nak makan. Meal Shakes adalah makanan pelengkap yang mengandungi protein + multivitamin termasuk zink + serat. 
    Selalu datang persoalan adakah pengambilan Meal Shakes akan menyebabkan anak-anak obesiti akibat terlebih selera ? Meal Shakes antara lain mengandungi fiber yang membantu melawaskan dan mengenyangkan. Ia juga mengandungi vitamin B yang akan membantu apa yang dimakan bertukar menjadi tenaga. Lagipun ia adalah suplemen yang bertindak menyokong apa yang di makan dan sebagai parent sediakanlah makanan yang seimbang lagi lazat dan halal untuk dinikmati.

    Jika anak anda antara yang sukar makan, dapatkan Meal Shakes sempena tawaran menarik pada Jun 2013 ini. Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

    Friday, June 14, 2013

    Alhamdulillah ! Saya Dah Sembuh Dari Luka Diabetis

    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

    Diabetis dan luka. Umpama aur dan tebing. Luka yang selalu digambarkan bernanah berbau busuk sukar sembuh dan sinonim juga dengan potong kaki ! Itulah sebahagian pengalaman suami saya selama dua tahun lepas sehingga ia menjadi kritikal pada akhir tahun lepas dan doktor nasihatkan supaya memotong kakinya sebab dikatakan ada nanah dalam kaki.

    Lalu, saya dan ahli keluarga minta doktor hanya membuang apa yang dikatakan nanah tu. Adalah dalam 10ml gitu. Lalu duduk seketika agar luka cepat baik dalam masa 4 bulan, sebab seperti yang kebanyakkan kita tahu, sel-sel mengambil masa 3-4 bulan untuk bertukar ke sel yang baru. 

    Ada beberapa point yang perlu dibuat :
    1) Perlu pastikan luka bersih, nak tau bersih ke tidak jika tak berbau tu bersihlah ! Sebab kadang2 dreassing di klinik tetap berbau
    2) Mengawal gula supaya tak naik dan turun secara mendadak
    3)Sebab ada sejarah jangkitan kuman - perlu 'kejutkan' antibodi

    Ketika itu kami didatangi oleh rakan pejabat suami yang mencadangkan ke sebuah klinik di Durian Tunggal, Melaka. Walau Muar dengan Melaka dekat, tapi jika hari-hari perlu ulang alik memang memenatkan.

    Mula-mula doktor ambil sample nanah dan dihantar ke makmal untuk menentukan jenis kuman dan solusi. Lalu doktor mencadangkan Maggot Dreassing untuk membuang nanah. Maggot therapy, ia adalah dengan memasukkan larva lalat ke dalam kaki yang bernanah tu untuk 3 hari. Tujuan untuk memakan nanah-nanah yang ada. Selain itu ia bertindak meninggalkan sel-sel yang baru dan sihat. Tanya pada suami apa rasanya ulat-ulat tu dalam kaki, dia cakap tak rasa apa-apa cuma masa tidur terasa benda menguit-nguit dalam kaki. Sila jangan geli ! Sebab larva-larva ini memang untuk tujuan perubatan bukan yang kat tong sampah nu... Cuma sekali buat Maggot Therapy sepanjang rawatan ni sebab luka nampak sangat cantik dan bersih.

    Shaklee di Muar azrinna-kiosk
    Di salah satu bahagian Pusat Rawatan An-Nur. Kat sini biasa saya dan Aiman baring-baring tengok You Tube upin dan Ipin sementara menunggu suami siap menjalani rawatan. Biasa juga saya tidur di soya oren tu sebab keletihan !
    Kemudian dreassing macam biasa dan menggunakan Sonatron Therapy. Fungsinya ia bertindak pantas menyingkirkan radikal bebas berlebihan dalam sel.  Rasa ia hangat dan bunyinya bising macam alat pengering rambut tu.Itu saja yang dapat saya kongsi tentang Sonotron Therapy ini nak maklumat lanjut boleh hubungi nombor di bawah.

    Maklumat klinik saya sertakan kat bawah ni:-
    Pusat Rawatan An-Nur 

    MA-0-09, Jalan SB Utama,
    Taman Seri Bayan, Durian Tunggal,
    76100 Melaka
    Dr Hjh Rosnani Sabtu 
    06-5532818/06-5532811 

    Settle masalah pertama, now masalah kedua pula. Perlu pastikan gula tidak naik dan turun mendadak. Begini, kita akan kehilangan vitamin C setiap kali kita kencing, begitu juga pesakit diabetis. Tetapi  kandungan gula yang tinggi menyebabkan berlakunya persaingan antara gula dan vitamin C dan biasanya vitamin C 'kalah'. Vitamin C amat diperlukan untuk sembuhkan luka dengan cepat kerana ia mampu mengaktifkan fibroblast iaitu sel yang menghasilkan kologen yang bagus dan salah satunya berfungsi untuk menyembuhkan luka dengan cepat dan jika kalah vitamin C dalam badan pesakit diabetis, ia menyebabkan kandungan kologen kurang dalam badan mereka lalu luka lambat baik.

    Okey! Untuk mengawal kandungan gula dalam darah insulin masih diperlukan. Jangan memandai-mandai untuk berhenti suntik insulin. Suplemen yang paling sesuai adalah Vivix kerana melalui ujian klinikal menunjukkan mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi. Seperti yang kita tahu, punca sesuautu penyakit adalah disebabkan radikal bebas yang pada mula secara semulajadi memang tubuh kita lakukan, tetapi faktor makanan, pencemaran telah mempercepatkan proses berkenaan. satu lagi istimewanya Vivix ia membantu menurunkan kadar gula ke paras sepatutnya.


    Untuk masalah ketiga, saya beri suami saya Nutriferon, sebab suami kerap demam. Anehnya demam dalam masa 1 jam dan baik 1 jam kemudian. Mungkin sebab menahan sakit, walau dikatakan jangkitan kuman merebak lagi malah dikatakan juga ada unsur-unsur mistik. Waallahualam ! Semua yang ada di seluruh alam milik Allah hanya Dia yang maha tahu dan kepada Dia jua kita meminta bukan yang lain. 


    Saya bancuh Nutriferon bersama Performance Drink supaya air dalam badan sentiasa seimbang. Selain ia juga adalah suplemen unik yang menjalani 30 tahun kajian di makmal dari pemilihan tumbuhan hingga melalui ujian klinikal yang bersifat 'mengejutkan' antibodi tubuh yang sedang tidur selain ia bertindak 10 kali ganda lebih hebat dari Vitamin C.
    Bagi kami, gabungan antara Sonotron Therapy dan suplemen umpama kaki kanan dan kaki kiri, saling memerlukan ! Jika dah Sonotron Therapy bertindak untuk menyingkirkan radikal bebas berlebihan dalam sel maka Vivix dan Nutriferon bertindak 'mempertahankan' sel sihat dari terus dicerobohi oleh radikal bebas.

    Alhamdulillah setelah lebih kurang 4 bulan luka sembuh jauh dari jangkaan doktor. Malah jumlah insulin semakin sedikit jumlahlah ! Sesungguhnya kita sebagai manusia perlu berusaha sedangkan yang menyembuhkan Allah jua. Jadi mintalah bantuan dari Dia!

    Sehingga kini masih amalkan Vivix dan Nutriferon dan beberapa suplemen lain dan kehadiran CoQ10 mengujakan suami saya untuk mencuba. Sebab bila dah ada satu serangkai penyakit kronik jika tak de usaha mencegah ia akan menjemput dua serangkai lagi.

    Kesan dari luka yang lambat sembuh-sembuh selama 2 tahun lebih sebelum pegang status "luka kritikal" tu telah menyebabkan sendi-sendi kaki suami lari dari landasan. Setakat ini kami masih belum dijodohkan untuk mendapat penawar. Jadi perkongsian rawatan ini harap-harap menemukan jodoh tentang rawatan sendi pula. Jika anda mahu mendapatkan rawatan berkenaan sila hubungi nombor atau datangi alamat di atas, namun jika mahukan Vivix dan Nutriferon hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnaplil@yahoo.com.my




    Wednesday, June 12, 2013

    Cegah Serangan jantung Dengan CoQ10

    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

    3 tahun nan lalu salah seorang pelanggan tetap saya bertanya "Shaklee tak ada CoQ10 ?". Lalu 8 Jun 2013 menjawab persoalan pelanggan saya apabila ia dilancarkan Sempena Persidangan Kebangsaan Shaklee (Shaklee National Conference) di Sunway Resort Hotel & Spa, Subang Jaya.


    SUBANG JAYA 8 Jun - Shaklee Products (M) Sdn. Bhd. (Shaklee Malaysia), melancarkan CoQHealth Plus yang dapat membantu menyokong jantung sihat dan menangani masalah penyakit kardiovaskular yang juga pembunuh nombor satu dalam kalangan rakyat Malaysia.
    Presiden Shaklee Antarabangsa, Bradford Richardson berkata, produk terbaharu yang ditawarkan itu mengandungi kesemua perubatan semulajadi daripada campuran 28 miligram (mg) zat makanan larut lemak yang hadir secara semulajadi di dalam tubuh badan (CoQ10) beserta Vitamin E dan ekstrak teh hijau.
    "Produk ini didatangkan di dalam bentuk kapsul dengan bantuan minyak kacang soya bagi memastikan penguraian serta penyerapan yang maksimum dalam sistem tubuh badan ketika diambil.
    "Dengan sebiji kapsul yang diambil sehari selepas makan, ia mampu menyokong penghasilan tenaga bagi jantung, meningkatkan peredaran serta membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah serta juga kaya dengan lain-lain kebaikan," katanya di sini hari ini.


    Badan kita memerlukan CoQ10 untuk menjaga jantung,  dan badan kita memang menghasilkan CoQ10 sendiri melalui sumber makanan yang diperolehi daripada kekacang dan daging. Namun peningkatan usia ditambah, gaya hidup, pengambilan ubat-ubatan tertentu dan pemakanan kita telah menyebabkan tubuh badan kita memerlukan lebih CoQ10. 

    CoQ10 sesuai di ambil sejak berusia 21 tahun dengan pengambilan sebiji sehari. Ia juga dikatakan sesuai untuk mereka yang ada menghadapi masalah kegagalan jantung, sakit jantung, kolestrol tinggi, darah tinggi atau yang berkaitan dengan jantung.

    CoQ10 berfungsi dengan mengukuhkan otot jantung, menyokong keupayaan mengepam darah dan  memperbaiki aliran darah. Selain itu ia juga bertindak sebagai antioksidan yang kuat untuk membantu melindungi arteri dari kolesterol jahat yang menyebabkan penyumbatan salur darah.

    Dapatkan CoQ10 untuk diri anda dan ahli keluarga anda. Jumlah wang yang diperuntukan untuk mencegah adalah jauh lebih murah berbanding membelanjakan untuk merawat.

    Bukan juga takut mati, tapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk kekal sihat walau di usia lanjut supaya mudah untuk kita bekerja, beribadah, mudahkan orang yang ada disekeliling kita. Waallahualam!

    Jika anda mahu membeli hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my



    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...