Friday, May 10, 2013

Kisah Zikir Ya Wahhab

Sebagai seorang peniaga walau bukan sepenuh masa, membaca buku-buku berbentuk motivasi adalah satu kemestian setiap hari. Antara buku yang popular di pasaran dan hampir semua rakan-rakan bisnes Shaklee kumpulan miliki adalah buku ini.

shaklee di muar by azrinna-kiosk

Saya tertarik dengan buku ini apabila seorang rakan, usahawan kedai buku bercorak agama menulis promosi di wall FB nya. Dan ketika saya membeli surat khabar di kedai saya terlihat buku ini lalu saya beli. Alhamdulillah berkali-kali saya baca buku ini. Tatkala guruh dihati saya tatap beberapa mukasurat. Benarlah kata-kata di bawah ini.

Saya tertarik dengan kisah yang disampaikan oleh penulis buku Mudahnya Menjemput Rezeki di Muka Buku. Dan saya percaya kisah ini adalah kisah Ibunda Group Euphoria Shaklee saya, Puan Norita dan suami.


Dari Kelantan: Kisah 52
Ditulis pada 9:23am, 6/5/2013, Kg Gaal. Pasir Puteh.

Tajuk: Zikir Asmaulhusna

Pada PBAKL 2013 yang lepas, saya diizin Allah bertemu dengan para pembaca buku di atas.

Alhamdulillah, banyak yang saya berlajar dari mereka. Insya-Allah akan saya kongsikan satu persatu di sini.

Salah satu daripadanya adalah seorang pembaca yang khabarnya berniaga secara online. Kami bertemu di PWTC.

Apa yang menarik tentang beliau adalah orangnya sangat simple dan merendah diri. Suaminya juga begitu. Walhal jika dikira dari segi income, subhanallah!

Lebih menarik lagi, zakat yang beliau bayar bermula dari RM200 sahaja. Semakin bertambah jumlah pendapatan, semakin bertambahlah jumlah zakatnya.

Mudahnya begini, berapakah agaknya income beliau jika zakat yang dibayar adalah sebanyak RM90,000? Dan kita sama-sama faham zakat yang dibayar adalah 2.5% dari jumlah pendapatan.

Dan tentu kita boleh anggarkan jumlah income beliau. Dan beliau juga membeli 400 naskah buku di atas hanya untuk dijadikan hadiah. Subhanallah, begitulah pemurahnya beliau.

Baik, yang ingin saya kongsikan di sini adalah amalan beliau. Beliau sangat menitik beratkan zikir. Pada beliau zikir itu adalah tabungan. Semakin banyak zikir semakin banyaklah tabungan. Dan dengannya mudahlah untuk memohon sesuatu kepada Allah.

Mudahnya begini, katakan kita mempunyai tabungan sebanyak RM1,000. Jadi, bilamana kita berhajat kepada sesuatu yang harganya RM100, tentu kita boleh mendapatkannya dengan cepat dan mudah; kerana tabungan yang ada cukup.

Dan hal ini tidak mungkin berlaku jika kita tidak mempunyai banyak tabungan atau tiada tabungan langsung. Jadilah segala hajat kita susah dan lambat diperoleh.

Apa maksudnya ini?

Jika kita mahu hajat dan impian kita dimudahkan Allah, banyaklah berzikir. Semakin banyak tabungan zikirnya, semakin mudah dan cepatlah Allah mengabulkan hajat kita.

Inilah yang saya faham dari apa yang beliau kongsikan.

Dan zikir yang dimaksudkan adalah :

"Ya Wahhab"

"Yang Maha Pemberi"

Zikirkan banyak-banyak. Sekurang-kurangnya 1,000 kali sehari.

Oh, ya mohon dikongsikan info ini ya.

Semoga ada yang beramal dan dapatlah kita kongsikan pahalanya.

Insya-Allah.

Menarikkan kisahnya ? Jika anda mahu menjadi sebahagian anggota Euphoria Shaklee, saya alu-alukan. Juga jika anda mahu membeli vitamin jemput hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...