Wednesday, May 8, 2013

Kenapa Migrain ? Tip Atasi Migrain

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 
Anda kerap kena migrain ?  Ada baiknya kita tengok punca dahulu sebelum kita cari penyelesaiannya. Setiap orang punca migrain tak sama. Sekadar pengalaman dan pembacaan saya.

Hormon estrogen yang tak stabil iaitu sebelum dan semasa kedatangan haid atau hamil.

Stimulasi anggota badan - cahaya yang terlalau terang, suara yang terlalu kuat, bau yang menyengat seperti bau minyak wangi, rokok, pewangi kereta

Perubahan cuaca atau suhu - Contohnya kita berada dalam bilik berpendingin hawa, tiba-tiba keluar cuaca panas terik

Jadual tidur tak menentu  - Kadang-kadang tidur terlalu lama juga boleh kena migrain.

Keletihan - Perjalanan yang jauh tanpa rehat 

Makanan dan minuman -  makan coklat, minuman berais, kaya MSG

Mana satu yang menjadi punca migrain anda ? Jika anda kerap menghidap migrain paling utama adalah mencari titik kesesuaian dalam apa jua yang kita buat. Baik dari segi pemakanan atau kita menangani kehidupan. Sebab hanya kita yang tahu dan perlu kasihankan diri kita.

Apa anda buat jika terkena migrain ? Adakah anda terus cari pil penahan sakit ? 

Jika iye, anda pun sebahagian daripada saya dulu. Ada seseorang mengajar saya, jika kena migrain mandi dengan air sejuk pada awal pagi. Ada baiknya sebelum azan Subuh. Mandi dimulakan dengan kaki  kemudian ke atas. Lepas tu ikut andalah nak mandi macamana. Ia dapat membantu membaiki aura tubuh yang bercelaru.

Mengapa sebelum azan Subuh ? Secara logiknya pada waktu itu memang penuh dengan ketenangan, apatah waktu itu penuh dengan rahsia. Dalam Islam melihat waktu itu turunnya rezeki dari langit. Rezeki itu bukan sahaja bermakna sesuatu yang bersifat materialistik tapi apa-apa sahaja yang memberi manfaat. Oleh itu tak hairanlah pada waktu itu doa-doa yang kita pohon termakbul seperti dalam riwayat daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasullah SAW bersabda,
"Allah turun ke langit dunia pada setiap malam ketika berlalu sepertiga malam pertama. Maka Dia berkata: "Aku adalah Sang Raja, Aku adalah Sang Raja, siapa sahaja yang memohon kepada-Ku maka Aku akan mengabulkannya, sesiapa sahaja yang meminta kepada-Ku maka Aku akan memberinya, siapa sahaja yang memohon ampunan kepada-Ku maka Aku akan mengampuninya. Dia tetap seperti itu hingga munculnya cahaya fajar"

Nah ! Tak cukup dengan seni peradaban Islam yang sentiasa mendahului zaman, muncul pula kajian Barat dari sudut sainsnya menyatakan sebelum terbit matahari, gas ozon memenuhi sebahagian besar ruang udara. Jika bangun awal pagi dan kita menghirup gas ozon itu dalam jumlah yang banyak, ia umpama 'suplemen' untuk saraf kita. Bukankah bila kena migrain kita rasa saraf tegang terutama di bahu ? Jadi inilah 'ubat' untuk meredakan ketegangan itu. Malah menurut kajian barat lagi, gas ozon ini juga merangsang semangat bekerja, percambahan minda dan sangat baik untuk perkembangan tubuh.

Bagi memberi keseimbangan pada nutrien dalam tubuh pula, anda boleh ambil 3 suplemen ini :-


Ostematrix / kalsium
*Ia boleh mengawal degupan jantung-kerana biasanya ketika migrain menyerang degupan jantung kita rasakan ia menjadi terlalu cepat.
*Membolehkan saraf berfungsi dengan baik-kerana bila migrain biasanya kita rasakan saraf kita menjadi tegang
*Membantu kita dapat tidur dengan nyenyak
*Magnesium- Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya kesakitannya.
*Vitamin D-Membantu penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing




B Compleks
*Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam *Ia juga membantu mengatasi depresi

 
ESP  
*Berfungsi untuk memperbaharui sel-sel tisu , hormon dan enzim yang kebiasaanya rosak akibat dari tekanan migrain dan ubat tahan sakit yang kita ambil.
*ESP juga memberikan kita rasa lebih bertenaga akibat keletihan dek menahan kesakitan akibat migrain
Jadi mana satu pilihan anda untuk melegakan kesakitan migrain dan mengurangkan kekerapan serangannya ? Ada baiknya anda mengamalkan semua tip-tip di atas untuk mencari titik keseimbangan itu.

Jika anda berminat, hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...