Monday, May 6, 2013

Jaga Makan Sudah! Bersenam Sudah ! Tapi Tak Kurus-Kurus!



Kadang-kadang kita alami ; bersenam, jaga makan tapi berat tetap sukar turun, berbanding kawan atau pasangan kita, makan macam tak ingat esok masih ada, bersenam jauh panggang dari api (memang tak elok pun gaya hidup macam ni !) tapi tak gemuk-gemuk. Lalu anda kecewa dan tak bersemangat untuk rutin kesihatan lagi !
Hari ni saya nak kongsi tentang metabolisme dari apa yang saya baca, sebab saya bukan berlatar belakangkan bidang perubatan, kecergasan atau pemakanan. Bukan jugak bermakna saya perfect . Tapi nak kongsi pada anda supaya sama-sama kembali bersemangat untuk jaga kesihatan.
Apa itu metabolisme ? Metabolisme adalah kadar pembakaran kalori seseorang. Setiap orang punya kadar metabolisme yang berbeza walau punya persamaan corak kehidupan, cara pemakanan dan aktiviti yang sama.

Sebahagian faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan metabolism ?
Faktor usia
Kadar metabolism seseorang akan menurun 5 peratus dalam tempoh 10 tahun selepas usia seseorang itu mencecah 40-an. Walau memang masih membakar lemak tetapi tidaklah pantas ketika muda.
Faktor jantina
Wanita membakar kalori lebih lebih perlahan berbanding lelaki sebab lelaki memiliki tisu otot yang lebih. Jadi lelaki ini jika mereka makan secara sihat dan senaman kerap, agak sukar nak mengalami berat badan.
Genetik
Jika kebanyakan ahli keluarga kita berbadan besar dan menghadapi masalah obesiti ada kemungkinan kita juga punya metabolisme rendah.
Gaya Hidup Yang Tak Sihat.
 Contoh :- Parking depan pintu pejabat. Kerja duduk. Sentiasa berpendingin hawa. Makan banyak kali. Minum air masak sesekali itupun kalau ingat. Bersenam jauh sekali. Kesannya badan kurang bertenaga dan menyebabkan pembakaran kalori tidak aktif.
Secara semulajadinya metabolisme memang akan menurun mengikut usia, tetapi ia boleh dikekalkan pada tahap ideal yang bersesuaian dengan usia, selagi kita menitikberatkan soal kecergasan dan pemakanan. 7 strategi tingkatkan metabolime adalah dengan :-

Tidur teratur  
bermaksud tidur dan bangun setiap hari pada waktu yang sama. Kurang tidur akan menyebabkan badan letih dan tidak bertenaga yang akan menjejaskan misi untuk membakar kalori.

Waktu sarapan 
penting kerana kadar metabolisme tubuh secara automatiknya akan menurun ketika tidur, ia tidak akan berfungsi secara normal ketika seseorang tidur sehingga pada kesokkan harinya makan. Malah tak ambil sarapan akan buat kita makan lebih banyak pada waktu berikutnya.

Pengambilan protein 
bukan sahaja bertindak untuk membakar lemak bahkan membentuk otot. bagi menghadam protein lebih banyak tenaga diperlukan. Malah badan membakar kalori dua kali ganda bagi menghadam protein berbanding lemak dan karbohidrat. Protein juga berfungsi untuk membentuk otot.

Banyakkan minum air masak 
sebab badan kita memerlukan air untuk memproses kalori. Apabila kekurangan air, kadar metabolisme akan menurun.

Elak stress  
sebab ia kan meningkatkan kortisol dalam tubuh. 
Apa itu kortisol ? Ia merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya berada dalam situasi bertekanan tinggi.

Berada di bawah sinaran matahari pagi 
sekitar 7 hingga 8 pagi memberi kesan untuk tingkatkan metabolisme badan. Lagi baik kalau kita bersenam pada waktu itu. Selain menghirup udara segar, badan cergas dan metabolisme meningkat.

Senaman
 yang ini memang rasanya semua orang tahu. Samada senaman beban atau aerobik dan berjoging tetap membantu meningkatkan metabolime badan.


Bagi yang baru nak berjinak-jinak mengenai suplemen yang sesuai di ambil untuk menyokong pemakanan dan gaya hidup sihat. Apakata anda mulakan dengan :-

Protein ESP -Setiap hari
Vitamin B - setiap hari
Multivitamin/Vitalea - setiap hari
Nutiferon - seminggu sekali

Jika anda mengambil vitamin ketika sihat ia umpama tali pinggang keledar. Bukan bermakna confirm anda tak akan terlibat dalam kemalangan tapi anda berusaha mengurangkan risiko kecederaan. Begitu juga dengan pengambilan vitamin, tidak bermakna confirm tak kena penyakit, tapi mengurangkan risiko selain membantu menyediakan diri kita untuk pulih dengan lebih cepat. 

Ketika badan sihat pengambilan vitamin akan dapat lebih mudah diserap oleh sel-sel berbanding ketika sakit, kerana selain mahu menyerap vitamin, sel-sel perlu bekerja keras untuk melawan penyakit. Jadi pakailah tali pinggang keledar untuk tujuan keselamatan.

Jika anda mahu dapatkan vitamin, hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...