Wednesday, May 22, 2013

Cerita Tentang Tulang-Tulang Kita

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Tulang-tulang kita terletak jauh di dalam nun. Tanpanya bagaimana kita !? Teringat cerita guru saya dulu, nasib tulang kita kat dalam nun, kalau tak dah lama kita jadi makanan jin. He3!

Kaitan yang tulang adalah kita selalu dengar atau membaca tentang, "pembinaan semula tulang". Saya sekadar berkongsi apa yang saya baca dari buku bertajuk osteoporosis tulisan Dr. Bruce Miller


Shaklee di Muar by Azrinna-kiosk


Pembinaan tulang ini bukan berlaku sekali sahaja untuk sepanjang usia kita tapi berlaku berlaku setiap 4 bulan sekali. Proses ini bermula dengan sel osteoklas iaitu sel yang melarutkan tulang-tulang lama bertindak menghancurkan tulang. Selepas itu mulalah peranan sel osteoblas melakukan tugas-tugas membina tulang  seperti labah-labah menenun , penuh kesungguhan dan dengan rapi. Kemudian setelah siap hasil tenunan jalinan matriks kologen itu, berlaku pula proses peminerlan dan pengkalsitan kologen iaitu satu proses kalsium dan segala mineral mengisi ruang di sekeliling matriks kologen itu. -MAKA TERBENTUKLAH TULANG BARU!

Makanan yang seimbang serta senaman yang berkala membantu menjadikan proses ini berjalan dengan baik disepanjang hidup kita. Namun tanpa kita sedari terdapat beberapa perkara yang menggangu proses berkenaan, antaranya adalah :
  • Menghisap rokok
  • Alkohol
  • Terlebih pengambilan garam
  • Ubat-ubatan tertentu
  • Diet keterlaluan
  • Kurang senaman atau terlebih senaman
Selain mengamalkan pemakanan yang seimbang lagi halal beserta senaman, ada baiknya menambah suplemen dalam diet kita. Menurut kajian dari buku tersebut, pengambilan suplemen dapat mengekalkan jisim kemuncak tulang iaitu ketika kita berumur 35 tahun walaupun umur kita sudah melewati angka tersebut.

beberapa suplemen yang disarankan oleh Dr.Bruce Miller. Pertama adalah suplemen kalsium, sebelum membeli suplemen kalsium, perlu pastikan ciri-ciri di bawah ada tak kisahlah jenama apa:-
  • Kalsium -Tujuan untuk memastikan kehilangan kalsium tidak melebihi keperluannya dalam diet kita. 
  • Vitamin D - Ia berfungsi untuk memudahkan penyerapan kalsium disamping mengelakkan lebihan kalsium yang tidak diperlukan disimpan dalam badan melalui urine
  • Magnesium -Mencegah pembentukan tulang yang tidak normal, agen yang memudahkan proses penyerapan oleh Vitamin D
  • Zink -Meningkatkan penyerapan vitamin D dan ia diperlukan untuk membantu protein berfungsi dengan optima dalam pembentukan tulang
  • Mangan -Diperlukan untuk membantu menguatkan, membentukan tulang dan sel-sel kologen dapat bertindak secara optima untuk membentuk, memperbaiki tulang
  • Kuprum -Ia membantu tulang yang sihat dan penganjalkan kulit.
  • Boron -Membantu meningkatkan penyerapan dan penggunaan kalsium secara optima
Kedua protein soya. Saya cedok point penting dari buku ini. Protein soya satu-satunya sumber kimia tumbuhan yang dikenali sebagai genistein, satu lagi daidzein. Kedua-duanya mempunyai kegiatan estrogen yang lemah. Kaiatannya dengan tulang ? Menurut kajian yang dilakukan ke atas tulang belakang yang sensitif kepada estrogen menunjukkan pengambilan protein soya telah melambatkan kehilangan tulang, malah mengejutkan ia membantu kepadatan tulang sebanyak 2 %.

Ketiga adalah Vitamin C. Proses matriks kologen macam yang saya ceritakan kat atas tu memerlukan vitamin C untuk memastikan 'ikatan' tenunan labah-labah itu kemas. Vitamin C yang rendah akan menyebabkan tisu-tisu penyambung longgar yang boleh menyebabkan tulang retak atau patah dengan mudah.


Selain mengambil susu dan badam, saya juga mengambil suplemen untuk mencukupkan keperluan harian selain berusaha untuk mengambil makanan seimbang dan bersenam walau setakat turun tangga naik tangga. 
Suplemen yang saya ambil untuk memastikan kelicinan proses pembinaan tulang adalah :-
  • ESP
  • Vitamin C
  • Osteomatrix 

Bukan sebab saya dealer, tapi saya mendapat maklumat yang secukupnya. Jika anda pengguna, anda juga berhak mendapatkan maklumat yang secukupnya sebelum membeli. 

Jika anda berminat untuk membeli atau menjadi rakan kongsi hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...