Friday, May 31, 2013

Set Berpantang

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pengalaman berpantang memang saya mengambil bidan untuk berpantang cara tradisional seperti berurut, berbengkung dan berstokin. Amalan orang dulu-dulu yang bagus untuk diteruskan. Jika tidak kita sebagai pewaris tradisi siapa lagi mahu mewarisi! 

Bagaimana pula dengan pengambilan jamu atau vitamin ? Mana lebih baik ? Kedua-duanya berfungsi untuk mengembalikan kesihatan ibu yang baru lepas bersalin. Terpulang pada ibu untuk memilih. Bagi yang memilih kedua-duanya, pastikan jarak pengambilan sekurang-kurangnya 2 jam antara jamu dengan suplemen.

Bagi yang nak tahu apa ada dalam suplemen untuk berpantang ini, saya kongsi di bawah.


Shaklee di Muar by azrinna-kiosk

a) Vita-Lea Iron Formula/ Multivitamin
  • Ia mengandungi 12 vitamin dan 7 galian penting termasuk iron yang diperlukan untuk membina darah.
  • Membantu proses metabolisme yang dilakukan oleh vitamin B yang membuatkan tubuh sentiasa berada dalam keadaan hangat. 
  • Sesetengah doktor menggalkan pengambilan zat besi bagi ibu yang menyusukan bayi bagi menggelak dari mudah pitam.
b) B Complex
  • Fungsi utama b complex adalah 'memetabolismekan' atau dalam erti kata lain menukarkan karbohidrat, lemak dan protein kepada tenaga - kesannya badan akan sentiasa rasa hangat kerana proses tersebut. Bukankah ibu-ibu dalam pantang memerlukan keadaan yang sentiasa hangat?
  • Selain itu kesan dari metabolisme ini akan menyebabkan ibu merasa lebih bertenaga bagi menghindari kemurungan yang kerap berlaku kepada ibu yang baru lepas bersalin.
  • Rasa bertenaga ini mampu memudahkan proses penyusuan ibu kerana ada sesetengah bayi yang ketika baru lahir tidak pandai menyusu dan ia menuntut kesungguhan ibu untuk mengajar bayi menyusu.
  • Vitamin b compleks juga akan membuatkan wajah ibu nampak cantik berseri dan tidak kusam.
  • Selain itu sesetengah ibu baru lepas bersalin menghadapi masalah rambut gugur, vitamin B ini mampu menjadi penawar sebagai sebahagian usaha untuk mengelak dan mengatasi rambut gugur kerana 5 daripada 8 kandungan vitamin B ini adalah untuk rambut.
c) Vitamin C
  • Penting sebagai antioksidan dan meningkatkan kandungan antibodi dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu.
  • Selain itu ia juga membantu untuk menyelesaikan masalah puting melecet, luka berdarah teruma bayi yang baru lahir kerana ketidakbolehan bayi untu menyusu dengan betul.
  • Vitamin C juga dapat membantu pembentukan kolagen yang lebih baik seperti yang kita tahu ia berfungsi untuk memastikan kulit tidak mengelabir.
  • Selain memberi kesan kulit semakin berih, cerah dan cantik.
d) Zink
  • Ia berfungsi untuk mempercepatkan baiknya luka bersalin.
  • Tahukah anda, 'gabungan padu' di antara zink dan B compleks membantu menggelakkan dari keguguran rambut selepas bersalin?

SUPLEMEN TAMBAHAN :-

ESP
  • Membantu memulihkan luka dan memulihkan ibu dari dalam kerana fungsi ESP adalah memperbaiki sel yang rosak dan mengganti sel yang telah mati akibat proses hamil dan melahirkan.
  • Mencantikkan dan menegangkan kembali kulit
  • Mempercepatkan proses pengeluaran susuibu. 
Osteomatrix
  • Mengatasi sakit belakang
  • Salah satu suplemen yang membantu membanyakkan susuibu
  • Mengatasi sembelit ketika dalam pantang 


Hanya yang pernah mengamalkan sahaja tahu kehebatan vitamin ini ! 
Anda nak cuba ? Jika baget anda tidak mengizinkan, anda masih boleh mendapatkan dari pek ekslusif kami. Hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Tuesday, May 28, 2013

Kita Dari Protein

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tubuh kita memerlukan protein sebab tubuh kita diperbuat daripada protein. Waima rambut kita pun dari protein. Jika rambut anda kerap gugur, itu tanda-tanda kekurangan protein dalam dalam badan kita. Protein memang kita biasa perolehi daripada makanan harian, namun cara kita memasak makanan itu yang kebanyakkannya masak sehingga mendidih atau goreng hingga garing telah menghilangkan sebahagian kualiti protein tersebut. 

Sebab itu ESP tidak boleh di bancuh dengan air panas mendidih, bagi memastikan 9 asid aminonya kekal untuk kita hadam bagi menghasilkan asid lemak tak perlu.

Jadi tidak hairan jika, kepentingan ESP sebanyak gambarajah di bawah.

Shaklee di Muar by azrinna-kiosk

Hubungi saya untuk pembelian di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnaplail@yahoo.com.my



































































































































































































































































































































































Thursday, May 23, 2013

Saya Tak Suka Minum Air

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tajuk kat atas selalu saya terima dari customer dan bakal customer. Hakikatnya walau tak ambil suplemen kita tetap kena minum air, apatah lagi dalam situasi cuaca yang sangat panas sekarang ini. Kegagalan untuk minum air yang mencukupi akan mendekatkan diri kita kepada kekeringan dalam badan yang akan menjemput bukan setakat demam, selsema dan batuk tapi penyakit lain.

alasan yang biasa sebab tak suka minum air adalah tak suka nak ke toilet banyak kali sebab kerja travel dan sebagainya. Sekadar pendapat saya ye! Saya teringat dengan tajuk artikal yang saya tulis bertajuk jangan minum sambil berdiri, secara logiknya minum sambil duduk akan melambatkan proses air keluar dari badan kerana perlu melalui dari satu jalan ke satu jalan sebelum keluar sebagai urin. Anda setuju pendapat saya?

Lagi satu, ada baiknya jika kita ambil Shaklee Performance Drink (PD), sebab sepanjang saya mengambilnya ia membantu mengurangkan urusan ke toilet. Bukan tak ke toilet langsung ye! Jadi bagi yang kerja travel, sesuai ambil Performance Drink ni.Paling penting tubuh tidak terhidrat sebab fungsinya adalah untuk memastikan air dalam tubuh sentiasa seimbang.
Kadang-kadang kita rasa dah banyak minum air, tapi tak dapat menghilangkan rasa dahaga melampau, sampai sakit tekak dibuatnya. Makin banyak minum makin kerap ke toilet, maka PD bantu menghilangkan rasa dahaga melampau tu! lagi satu mungkin sebab kita banyak minum minuman berkafein, tu air senang keluar. Bukan tak boleh minum langsung, jangan tolak nikmat makan dan minum cuma kurangkan sikit sahaja pengambilan.

Saya menyediakan 2 canister PD setiap bulan untuk kegunaan seisi keluarga saya. Penuh dengan rasa oren asli, tanpa gula dan gas. Simpan dalam peti sejuk selepas dibuka, takut ketul-ketul nanti. Bagi adik-adik kampus yang tiada peti sejuk simpan di tempat yang anda rasa paling sejuk dalam bilik anda, mungkin almari baju. tapi jika dah ketul-ketul masih boleh minum, tak ada masalah.

Jika anda berminat dan order hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my


Wednesday, May 22, 2013

Cerita Tentang Tulang-Tulang Kita

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Tulang-tulang kita terletak jauh di dalam nun. Tanpanya bagaimana kita !? Teringat cerita guru saya dulu, nasib tulang kita kat dalam nun, kalau tak dah lama kita jadi makanan jin. He3!

Kaitan yang tulang adalah kita selalu dengar atau membaca tentang, "pembinaan semula tulang". Saya sekadar berkongsi apa yang saya baca dari buku bertajuk osteoporosis tulisan Dr. Bruce Miller


Shaklee di Muar by Azrinna-kiosk


Pembinaan tulang ini bukan berlaku sekali sahaja untuk sepanjang usia kita tapi berlaku berlaku setiap 4 bulan sekali. Proses ini bermula dengan sel osteoklas iaitu sel yang melarutkan tulang-tulang lama bertindak menghancurkan tulang. Selepas itu mulalah peranan sel osteoblas melakukan tugas-tugas membina tulang  seperti labah-labah menenun , penuh kesungguhan dan dengan rapi. Kemudian setelah siap hasil tenunan jalinan matriks kologen itu, berlaku pula proses peminerlan dan pengkalsitan kologen iaitu satu proses kalsium dan segala mineral mengisi ruang di sekeliling matriks kologen itu. -MAKA TERBENTUKLAH TULANG BARU!

Makanan yang seimbang serta senaman yang berkala membantu menjadikan proses ini berjalan dengan baik disepanjang hidup kita. Namun tanpa kita sedari terdapat beberapa perkara yang menggangu proses berkenaan, antaranya adalah :
  • Menghisap rokok
  • Alkohol
  • Terlebih pengambilan garam
  • Ubat-ubatan tertentu
  • Diet keterlaluan
  • Kurang senaman atau terlebih senaman
Selain mengamalkan pemakanan yang seimbang lagi halal beserta senaman, ada baiknya menambah suplemen dalam diet kita. Menurut kajian dari buku tersebut, pengambilan suplemen dapat mengekalkan jisim kemuncak tulang iaitu ketika kita berumur 35 tahun walaupun umur kita sudah melewati angka tersebut.

beberapa suplemen yang disarankan oleh Dr.Bruce Miller. Pertama adalah suplemen kalsium, sebelum membeli suplemen kalsium, perlu pastikan ciri-ciri di bawah ada tak kisahlah jenama apa:-
  • Kalsium -Tujuan untuk memastikan kehilangan kalsium tidak melebihi keperluannya dalam diet kita. 
  • Vitamin D - Ia berfungsi untuk memudahkan penyerapan kalsium disamping mengelakkan lebihan kalsium yang tidak diperlukan disimpan dalam badan melalui urine
  • Magnesium -Mencegah pembentukan tulang yang tidak normal, agen yang memudahkan proses penyerapan oleh Vitamin D
  • Zink -Meningkatkan penyerapan vitamin D dan ia diperlukan untuk membantu protein berfungsi dengan optima dalam pembentukan tulang
  • Mangan -Diperlukan untuk membantu menguatkan, membentukan tulang dan sel-sel kologen dapat bertindak secara optima untuk membentuk, memperbaiki tulang
  • Kuprum -Ia membantu tulang yang sihat dan penganjalkan kulit.
  • Boron -Membantu meningkatkan penyerapan dan penggunaan kalsium secara optima
Kedua protein soya. Saya cedok point penting dari buku ini. Protein soya satu-satunya sumber kimia tumbuhan yang dikenali sebagai genistein, satu lagi daidzein. Kedua-duanya mempunyai kegiatan estrogen yang lemah. Kaiatannya dengan tulang ? Menurut kajian yang dilakukan ke atas tulang belakang yang sensitif kepada estrogen menunjukkan pengambilan protein soya telah melambatkan kehilangan tulang, malah mengejutkan ia membantu kepadatan tulang sebanyak 2 %.

Ketiga adalah Vitamin C. Proses matriks kologen macam yang saya ceritakan kat atas tu memerlukan vitamin C untuk memastikan 'ikatan' tenunan labah-labah itu kemas. Vitamin C yang rendah akan menyebabkan tisu-tisu penyambung longgar yang boleh menyebabkan tulang retak atau patah dengan mudah.


Selain mengambil susu dan badam, saya juga mengambil suplemen untuk mencukupkan keperluan harian selain berusaha untuk mengambil makanan seimbang dan bersenam walau setakat turun tangga naik tangga. 
Suplemen yang saya ambil untuk memastikan kelicinan proses pembinaan tulang adalah :-
  • ESP
  • Vitamin C
  • Osteomatrix 

Bukan sebab saya dealer, tapi saya mendapat maklumat yang secukupnya. Jika anda pengguna, anda juga berhak mendapatkan maklumat yang secukupnya sebelum membeli. 

Jika anda berminat untuk membeli atau menjadi rakan kongsi hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Tuesday, May 21, 2013

Betapa Besarnya Nilai Kesihatan

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Secara peribadi saya suka sejak jadi kawan baik Nutriferon, berkenalan awal tahun lepas apabila batuk tak henti2 selama hampir sebulan dan anak selsema tak sembuh-sembuh.

Kalau ikutkan harga dealer pun Nutriferon masih dalam kategori mahal, apatah lagi untuk kes selsema dan batuk ni kena makan setiap hari. tapi bila tengok kesannya, Alhamdulillah rasa berbaloi beli.

Orang kata, belanja untuk mencegah iaitu makan seminggu sekali Nutriferon adalah lebih murah berbanding kos merawat (kes batuk dan selsema) sebab perlu makan setiap hari.

Itu hanya untuk batuk dan selsema, bagaimana jika penyakit kronik yang singgah, mesti lebih mahal perbelanjaan kos rawatan. Sebagai manusia tak lepas dari usaha untuk mencegah.

Bagi yang ada anak kecil, ada baiknya sertakan pengambilan Nutriferon bersama Performance Drink untuk mengelak dari kena ulser maklum budak-budak ni kadang-kadang payah nak minum air masak banyak.

Usah bila tau harga sekian, rasa takut untuk membeli. Takut baget lari. Jangan biarkan kesihatan menjadi taruhan !

Shaklee di muar noor azrinna by azrinna-kiosk


Hubungi saya untuk pembelian di 012-6816979 atau noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Pengubat Kerinduan

Jika anda merindui kehadiran Vitamin C 500gm di pasaran, sekarang anda ada pengganti. Anda boleh memilih Vitamin C 100gm. Tak ada bezanya, kecuali anda perlu kunyah 3 hingga 5 biji vitamin C 100gm berbanding sebiji Vitamin C 500gm. Jika orang lain kunyah gula-gula, anda kunyah vitamin C yang kaya dengan rasa oren asli, tanpa pewarna apatah lagi gula.

noor azrinna pengedar Shaklee di Muar by azrinna-kiosk
Sesuai juga untuk kanak-kanak, jika mereka tak lalu nak kunyah, sebab masam boleh juga bancuh dalam air suam sebelum diminum. Bagi ibu-ibu hamil yang suka makan masam-masam boleh jadikan Chewable Vita-C Plus sebagai pengganti asam atau jeruk, namun hanya untuk 3 hingga 5 biji sehari.

Anda boleh beli dari saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Friday, May 17, 2013

Demam Oh! Demam

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Terasa berat kepala dan tekak terasa pahit. Kulit terasa seperti dicucuk-cucuk, tersentuh pun rasa sakit. Mahu updates blog pun tak larat, barang-barang yang di customer order serah saja pada Shaklee untuk diurus penghantarannya. Mujur Shaklee punya perkhidmatan ini.

Lalu tidur adalah penawar baik untuk menghilangkan tanda-tanda demam saya semalam. Sebelum tidur saya makan 1 paket Nutriferon dan bancuh satu gelas Performance Drink. Istimewanya ambil Nutiferon sebab bila demam biasanya kita rasa sejuk, menggigil walau suhu badan panas tetapi sukar berpeluh, bila ambil Nuriferon badan rasa berpeluh - tu yang buat demam cepat baik. Performance Drink pula kala demam biasa kita tak selera makan, nak minum air pun malas. Tekak terasa sakit dan bibir mula pecah-pecah, jadi Performance Drink untuk imbangi air dalam badan dan kurang sikit rasa sakit tekak ni. 

Performance Drink ini berfungsi macam air isotonik iaitu untuk mencegah penghidratan, namun istimewanya ia tak ada gula jadi pesakit Diabetis boleh minum dan tak ada gas jadik budak-budak kecik boleh minum. malah saya bekalkan anak saya ke sekolah tadika dengan performance Drink. Boleh baca di tajuk minuman popular ketika bulan puasa.
Jadi memang sesuai 2 produk ini perlu ada. Sebab kita tak tau bila kita memerlukannya. Untuk siapa Nutriferon boleh baca kat tajuk ini pasukan cari dan musnah

Saya untuk dihubungi ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Tuesday, May 14, 2013

Harimau Mengaum !

"Harimau mengaum!" Begitulah status rakan-rakan bianess Shaklee di wall masing-masing sejak 11 malam tadi sampai ke pagi. Termasuk yang sedang menulis ni.

Ia membawa maksud bonus Shaklee untuk hasil kerja keras sepanjang bulan lepas berbayar pada hari ini, ada yang 2,3,4 malah ada yang 5 angka. Alhamdulillah bonus bulan lepas sama dengan gaji sebulan saya bekerja. Namun ia masih belum terhenti malah perlu melipat gandakan usaha dan lebih dekat DenganNya kala senyum atau tangis.

Masih teringat ketika mula-mula menulis blog azrinna-kiosk ini, tiba-tiba tsunami melanda kehidupan. Lalu ada yang menghantar PM dan SMS begini "Bagi makan suami awak vitamin banyak-banyak sebelum jual pada orang lain". Lalu dalam senyuman ada selumbar pada hujung bibir untuk berazam mengubah sesuatu. Orang tak akan 'sentuh' hati kita jika kita punya apa-apa, tapi orang akan buat suka hati dia jika kita tak punya apa-apa ! Ingat tu! Teringat saya akan sebuah puisi yang di alunkan oleh Imam Syafie
       Biarlah kupukul batu meskipun dari puncak gunung
       Itu lebih kusenangi dari kerja menadah tangan
       Biarlah orang kata kerjaku ini membawa malu dan hina
       Apakah tidak malu dan hina kerja meminta-minta orang

Senang ke nak belah perut harimau yang sedang mengaum tu ? Siapa cakap mudah, silap-silap kita kena baham. Tapi kita boleh 'baham' balik harimau tu ! Biar betul Cik Rin ni ! PERUMPAMAAN. He3! Jika anda mahu sama-sama nak belah perut harimau mengaum ketika tengah bulan, marilah sertai keluarga saya. Mungkin ada yang berkata, "saya tak pandai berniaga" -apa sahaja yang melibatkan transaksi wang adalah perniagaan. Apa sahaja yang kita mahukan perlulah disertai dengan usaha yang bersungguh. Sanggup bersengkang mata di malam hari samaada sujud kepadaNya, menulis blog, membaca nota ketika orang sedang enak tidur.Tapi bila dapat belah perut harimau adalah sesuatu yang mengasyikkan ketika orang seluk poket pada pertengahan bulan.

Saya untuk dihubungi di talian 012-6816979 atau emailkan pertanyaan anda di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Sunday, May 12, 2013

Pasukan Cari dan Musnah Dalam Sistem Imun

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Nutriferon adalah suplemen yang biasa saya bawa ke mana-mana, sebab senang di bawa. Walau simpan dalam handbag. Samaada dengan kotaknya sekali atau satu persatu. Satu kotak ada 30 peket ye ! Jika kita sihat, cukuplah ambil 1 peket seminggu.


Shaklee di Muar by azrinna-kiosk


Bagaimana Nutriferon bertindak ? Ia bertindak melalui 2 cara. PERTAMA ia segera mengaktifkan sistem pertahanan imuniti dan KEDUA dengan menggerakkan pasukan cari dan musnah dalam sistem imuniti kita.

Untuk siapa sebenarnya Nutriferon ini :-

  • Sesiapa yang menghadapi masalah berkaitan dengan sistem imun. Contohnya orang sebelah bersin, tak lama kemudian anda pula dijangkiti selsema, walhal orang yang bersin tu tak selsema pun.
  • Orang yang memang nak kukuhkan sistem imun.
  • Sesiapa yang merasakan vitamin C yang di ambil walau lebih dari dos tidak memberi kesan keatas kesakitannya
  • Sesiapa yang demam, batuknya, selsemanya berpanjangan melebihi seminggu
  • Ibu menyusu tetapi anaknya kerap demam dan jika setelah 3 hari masih tak sembuh, ibu ambillah Nuriferon
  • Anak anda kerap demam/selsema/batuk terutama setelah bersekolah - beri  anak anda Nutriferon tapi campur dengan Performance Drink
Jadi, Nutriferon bukanlah suplemen yang perlu di ambil setiap hari kecuali jika anda tak sihat. Makan boleh jadikan Nutriferon sebagai first aid anda di mana sahaja anda pergi.

Jika anda mahu dapatkannya, hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Friday, May 10, 2013

Kisah Zikir Ya Wahhab

Sebagai seorang peniaga walau bukan sepenuh masa, membaca buku-buku berbentuk motivasi adalah satu kemestian setiap hari. Antara buku yang popular di pasaran dan hampir semua rakan-rakan bisnes Shaklee kumpulan miliki adalah buku ini.

shaklee di muar by azrinna-kiosk

Saya tertarik dengan buku ini apabila seorang rakan, usahawan kedai buku bercorak agama menulis promosi di wall FB nya. Dan ketika saya membeli surat khabar di kedai saya terlihat buku ini lalu saya beli. Alhamdulillah berkali-kali saya baca buku ini. Tatkala guruh dihati saya tatap beberapa mukasurat. Benarlah kata-kata di bawah ini.

Saya tertarik dengan kisah yang disampaikan oleh penulis buku Mudahnya Menjemput Rezeki di Muka Buku. Dan saya percaya kisah ini adalah kisah Ibunda Group Euphoria Shaklee saya, Puan Norita dan suami.


Dari Kelantan: Kisah 52
Ditulis pada 9:23am, 6/5/2013, Kg Gaal. Pasir Puteh.

Tajuk: Zikir Asmaulhusna

Pada PBAKL 2013 yang lepas, saya diizin Allah bertemu dengan para pembaca buku di atas.

Alhamdulillah, banyak yang saya berlajar dari mereka. Insya-Allah akan saya kongsikan satu persatu di sini.

Salah satu daripadanya adalah seorang pembaca yang khabarnya berniaga secara online. Kami bertemu di PWTC.

Apa yang menarik tentang beliau adalah orangnya sangat simple dan merendah diri. Suaminya juga begitu. Walhal jika dikira dari segi income, subhanallah!

Lebih menarik lagi, zakat yang beliau bayar bermula dari RM200 sahaja. Semakin bertambah jumlah pendapatan, semakin bertambahlah jumlah zakatnya.

Mudahnya begini, berapakah agaknya income beliau jika zakat yang dibayar adalah sebanyak RM90,000? Dan kita sama-sama faham zakat yang dibayar adalah 2.5% dari jumlah pendapatan.

Dan tentu kita boleh anggarkan jumlah income beliau. Dan beliau juga membeli 400 naskah buku di atas hanya untuk dijadikan hadiah. Subhanallah, begitulah pemurahnya beliau.

Baik, yang ingin saya kongsikan di sini adalah amalan beliau. Beliau sangat menitik beratkan zikir. Pada beliau zikir itu adalah tabungan. Semakin banyak zikir semakin banyaklah tabungan. Dan dengannya mudahlah untuk memohon sesuatu kepada Allah.

Mudahnya begini, katakan kita mempunyai tabungan sebanyak RM1,000. Jadi, bilamana kita berhajat kepada sesuatu yang harganya RM100, tentu kita boleh mendapatkannya dengan cepat dan mudah; kerana tabungan yang ada cukup.

Dan hal ini tidak mungkin berlaku jika kita tidak mempunyai banyak tabungan atau tiada tabungan langsung. Jadilah segala hajat kita susah dan lambat diperoleh.

Apa maksudnya ini?

Jika kita mahu hajat dan impian kita dimudahkan Allah, banyaklah berzikir. Semakin banyak tabungan zikirnya, semakin mudah dan cepatlah Allah mengabulkan hajat kita.

Inilah yang saya faham dari apa yang beliau kongsikan.

Dan zikir yang dimaksudkan adalah :

"Ya Wahhab"

"Yang Maha Pemberi"

Zikirkan banyak-banyak. Sekurang-kurangnya 1,000 kali sehari.

Oh, ya mohon dikongsikan info ini ya.

Semoga ada yang beramal dan dapatlah kita kongsikan pahalanya.

Insya-Allah.

Menarikkan kisahnya ? Jika anda mahu menjadi sebahagian anggota Euphoria Shaklee, saya alu-alukan. Juga jika anda mahu membeli vitamin jemput hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my.

Wednesday, May 8, 2013

Kenapa Migrain ? Tip Atasi Migrain

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 
Anda kerap kena migrain ?  Ada baiknya kita tengok punca dahulu sebelum kita cari penyelesaiannya. Setiap orang punca migrain tak sama. Sekadar pengalaman dan pembacaan saya.

Hormon estrogen yang tak stabil iaitu sebelum dan semasa kedatangan haid atau hamil.

Stimulasi anggota badan - cahaya yang terlalau terang, suara yang terlalu kuat, bau yang menyengat seperti bau minyak wangi, rokok, pewangi kereta

Perubahan cuaca atau suhu - Contohnya kita berada dalam bilik berpendingin hawa, tiba-tiba keluar cuaca panas terik

Jadual tidur tak menentu  - Kadang-kadang tidur terlalu lama juga boleh kena migrain.

Keletihan - Perjalanan yang jauh tanpa rehat 

Makanan dan minuman -  makan coklat, minuman berais, kaya MSG

Mana satu yang menjadi punca migrain anda ? Jika anda kerap menghidap migrain paling utama adalah mencari titik kesesuaian dalam apa jua yang kita buat. Baik dari segi pemakanan atau kita menangani kehidupan. Sebab hanya kita yang tahu dan perlu kasihankan diri kita.

Apa anda buat jika terkena migrain ? Adakah anda terus cari pil penahan sakit ? 

Jika iye, anda pun sebahagian daripada saya dulu. Ada seseorang mengajar saya, jika kena migrain mandi dengan air sejuk pada awal pagi. Ada baiknya sebelum azan Subuh. Mandi dimulakan dengan kaki  kemudian ke atas. Lepas tu ikut andalah nak mandi macamana. Ia dapat membantu membaiki aura tubuh yang bercelaru.

Mengapa sebelum azan Subuh ? Secara logiknya pada waktu itu memang penuh dengan ketenangan, apatah waktu itu penuh dengan rahsia. Dalam Islam melihat waktu itu turunnya rezeki dari langit. Rezeki itu bukan sahaja bermakna sesuatu yang bersifat materialistik tapi apa-apa sahaja yang memberi manfaat. Oleh itu tak hairanlah pada waktu itu doa-doa yang kita pohon termakbul seperti dalam riwayat daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasullah SAW bersabda,
"Allah turun ke langit dunia pada setiap malam ketika berlalu sepertiga malam pertama. Maka Dia berkata: "Aku adalah Sang Raja, Aku adalah Sang Raja, siapa sahaja yang memohon kepada-Ku maka Aku akan mengabulkannya, sesiapa sahaja yang meminta kepada-Ku maka Aku akan memberinya, siapa sahaja yang memohon ampunan kepada-Ku maka Aku akan mengampuninya. Dia tetap seperti itu hingga munculnya cahaya fajar"

Nah ! Tak cukup dengan seni peradaban Islam yang sentiasa mendahului zaman, muncul pula kajian Barat dari sudut sainsnya menyatakan sebelum terbit matahari, gas ozon memenuhi sebahagian besar ruang udara. Jika bangun awal pagi dan kita menghirup gas ozon itu dalam jumlah yang banyak, ia umpama 'suplemen' untuk saraf kita. Bukankah bila kena migrain kita rasa saraf tegang terutama di bahu ? Jadi inilah 'ubat' untuk meredakan ketegangan itu. Malah menurut kajian barat lagi, gas ozon ini juga merangsang semangat bekerja, percambahan minda dan sangat baik untuk perkembangan tubuh.

Bagi memberi keseimbangan pada nutrien dalam tubuh pula, anda boleh ambil 3 suplemen ini :-


Ostematrix / kalsium
*Ia boleh mengawal degupan jantung-kerana biasanya ketika migrain menyerang degupan jantung kita rasakan ia menjadi terlalu cepat.
*Membolehkan saraf berfungsi dengan baik-kerana bila migrain biasanya kita rasakan saraf kita menjadi tegang
*Membantu kita dapat tidur dengan nyenyak
*Magnesium- Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya kesakitannya.
*Vitamin D-Membantu penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing




B Compleks
*Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam *Ia juga membantu mengatasi depresi

 
ESP  
*Berfungsi untuk memperbaharui sel-sel tisu , hormon dan enzim yang kebiasaanya rosak akibat dari tekanan migrain dan ubat tahan sakit yang kita ambil.
*ESP juga memberikan kita rasa lebih bertenaga akibat keletihan dek menahan kesakitan akibat migrain
Jadi mana satu pilihan anda untuk melegakan kesakitan migrain dan mengurangkan kekerapan serangannya ? Ada baiknya anda mengamalkan semua tip-tip di atas untuk mencari titik keseimbangan itu.

Jika anda berminat, hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Tuesday, May 7, 2013

3 GEMS Untuk Mereka Yang Sibuk

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Bila di ajukan apa tak suplemen yang sesuai untuk mereka yang sering tak sempat dan tak punya masa untuk telan suplemen ? JAWAPANNYA tak ade. Iyelah sebab setiap manusia diberi oleh Allah 24 jam sehari. Terpulang kepada kita nak bahagi, nak guna macamana. Jika kita memang berhajat untuk mengamalkan suplemen untuk tujuan menyokong kehidupan sihat kita, pasti kita akan sediakan sedikit ruang.

Paling mudah bagi anda yang sentiasa sibuk tapi peruntukkan barang 5 minit sehari untuk duduk sambil nikmati suplemen mudah ini. Suplemen yang saya maksudkan ini adalah 3 GEMS yang terdiri daripada ESP, Performance Drink dan Meal Shakes.

azrinna-kiosk Shaklee di Muar
 
Caranya mudah, masukkan dalam tumble ketiga-tiga ini dan kocak. Terpulang jika anda suka yang ais atau air masak biasa. Rasanya umpama susu kuntur berperisa oren. Terpulang pada anda nak minum bila. Jika anda tak sempat nak sarapan, jadikan minuman ini sebagai 'alas perut' sebelum anda benar-benar dapat duduk menikmati sarapan.

Bagi anda yang sering menghadapi kekeringan disekitar mulut walau mengambil air masak yang mencukupi, minum 3 GEMS ini sebelum tidur sebab ada banyak faktor yang buat air 'lari' dari badan kita  antaranya mengambil minuman berkafein terlalu banyak. Minum secawan dua kopi sehari cukuplah ! Tak payah sampai 7 hingga 8 cawan sehari.

Pendek kata 3 GEMS juga sesuai diambil oleh kanak-kanak sebagai makanan pelengkap mereka. Sesuai juga untuk mereka yang ingin ambil vitamin tapi takut nak telan dalam bentuk tablet. Malah untuk ibu hamil yang selalu keletihan dan tidak menggemari pengambilan tablet, 3GEMS ini sangat sesuai.

Jika kita mahukan sesuatu apalagi untuk kesihatan kita tiada istilah tak sempat, yang penting kemahuan untuk punya kesempatan itu.

Jika anda berminat hubungi saya ditalian 012-6816979 atua emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Monday, May 6, 2013

Jaga Makan Sudah! Bersenam Sudah ! Tapi Tak Kurus-Kurus!



Kadang-kadang kita alami ; bersenam, jaga makan tapi berat tetap sukar turun, berbanding kawan atau pasangan kita, makan macam tak ingat esok masih ada, bersenam jauh panggang dari api (memang tak elok pun gaya hidup macam ni !) tapi tak gemuk-gemuk. Lalu anda kecewa dan tak bersemangat untuk rutin kesihatan lagi !
Hari ni saya nak kongsi tentang metabolisme dari apa yang saya baca, sebab saya bukan berlatar belakangkan bidang perubatan, kecergasan atau pemakanan. Bukan jugak bermakna saya perfect . Tapi nak kongsi pada anda supaya sama-sama kembali bersemangat untuk jaga kesihatan.
Apa itu metabolisme ? Metabolisme adalah kadar pembakaran kalori seseorang. Setiap orang punya kadar metabolisme yang berbeza walau punya persamaan corak kehidupan, cara pemakanan dan aktiviti yang sama.

Sebahagian faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan metabolism ?
Faktor usia
Kadar metabolism seseorang akan menurun 5 peratus dalam tempoh 10 tahun selepas usia seseorang itu mencecah 40-an. Walau memang masih membakar lemak tetapi tidaklah pantas ketika muda.
Faktor jantina
Wanita membakar kalori lebih lebih perlahan berbanding lelaki sebab lelaki memiliki tisu otot yang lebih. Jadi lelaki ini jika mereka makan secara sihat dan senaman kerap, agak sukar nak mengalami berat badan.
Genetik
Jika kebanyakan ahli keluarga kita berbadan besar dan menghadapi masalah obesiti ada kemungkinan kita juga punya metabolisme rendah.
Gaya Hidup Yang Tak Sihat.
 Contoh :- Parking depan pintu pejabat. Kerja duduk. Sentiasa berpendingin hawa. Makan banyak kali. Minum air masak sesekali itupun kalau ingat. Bersenam jauh sekali. Kesannya badan kurang bertenaga dan menyebabkan pembakaran kalori tidak aktif.
Secara semulajadinya metabolisme memang akan menurun mengikut usia, tetapi ia boleh dikekalkan pada tahap ideal yang bersesuaian dengan usia, selagi kita menitikberatkan soal kecergasan dan pemakanan. 7 strategi tingkatkan metabolime adalah dengan :-

Tidur teratur  
bermaksud tidur dan bangun setiap hari pada waktu yang sama. Kurang tidur akan menyebabkan badan letih dan tidak bertenaga yang akan menjejaskan misi untuk membakar kalori.

Waktu sarapan 
penting kerana kadar metabolisme tubuh secara automatiknya akan menurun ketika tidur, ia tidak akan berfungsi secara normal ketika seseorang tidur sehingga pada kesokkan harinya makan. Malah tak ambil sarapan akan buat kita makan lebih banyak pada waktu berikutnya.

Pengambilan protein 
bukan sahaja bertindak untuk membakar lemak bahkan membentuk otot. bagi menghadam protein lebih banyak tenaga diperlukan. Malah badan membakar kalori dua kali ganda bagi menghadam protein berbanding lemak dan karbohidrat. Protein juga berfungsi untuk membentuk otot.

Banyakkan minum air masak 
sebab badan kita memerlukan air untuk memproses kalori. Apabila kekurangan air, kadar metabolisme akan menurun.

Elak stress  
sebab ia kan meningkatkan kortisol dalam tubuh. 
Apa itu kortisol ? Ia merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya berada dalam situasi bertekanan tinggi.

Berada di bawah sinaran matahari pagi 
sekitar 7 hingga 8 pagi memberi kesan untuk tingkatkan metabolisme badan. Lagi baik kalau kita bersenam pada waktu itu. Selain menghirup udara segar, badan cergas dan metabolisme meningkat.

Senaman
 yang ini memang rasanya semua orang tahu. Samada senaman beban atau aerobik dan berjoging tetap membantu meningkatkan metabolime badan.


Bagi yang baru nak berjinak-jinak mengenai suplemen yang sesuai di ambil untuk menyokong pemakanan dan gaya hidup sihat. Apakata anda mulakan dengan :-

Protein ESP -Setiap hari
Vitamin B - setiap hari
Multivitamin/Vitalea - setiap hari
Nutiferon - seminggu sekali

Jika anda mengambil vitamin ketika sihat ia umpama tali pinggang keledar. Bukan bermakna confirm anda tak akan terlibat dalam kemalangan tapi anda berusaha mengurangkan risiko kecederaan. Begitu juga dengan pengambilan vitamin, tidak bermakna confirm tak kena penyakit, tapi mengurangkan risiko selain membantu menyediakan diri kita untuk pulih dengan lebih cepat. 

Ketika badan sihat pengambilan vitamin akan dapat lebih mudah diserap oleh sel-sel berbanding ketika sakit, kerana selain mahu menyerap vitamin, sel-sel perlu bekerja keras untuk melawan penyakit. Jadi pakailah tali pinggang keledar untuk tujuan keselamatan.

Jika anda mahu dapatkan vitamin, hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Friday, May 3, 2013

Hapuskan Kulit Kusam

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Mungkin anda bakal mendirikan rumah tangga lagi tiga bulan. Lalu melihatkan wajah yang kusam, tercari-cari petua untuk menghilangkannya. Bagi mereka yang punya baget untuk rawatan kecantikkan pasti memilih teknik peeling di saloon. Apa itu peeling, saya ambil dari Majalah Rapi keluaran 1 Februari 2013 peeling bermakna mengangkat sel kulit mati yang berada di lapisan kulit paling atas untuk merangsang pertumbuhan epidermis atau lapisan kulit. Melalui rawatan ini, kulit mati yang telah rosak akan berganti dengan kulit baru yang lebih sihat. Rawatan ini juga membantu mengecilkan pori-pori. teknik peeling ini ada 3 jenis iaitu laser peeling, dermabrasi atau chemical peeling.

Masa saya study dulu suka sangat buat skrup dari oat. Cakap dengan kawan ini teknik peeling tradisional. He3! kawan sebilik saya masa kat kampus mesti masih ingat lagi. Caranya letak 1 sudu makan oat dalam pinggan, letak sikit air, jangan cair sangat, lepas tu tepek kat muka. Dah 70 peratus kering gosok perlahan-lahan. Lepas tu cuci muka, pakai toner dan pelembab.

Selain teknik-teknik di atas itu, ada baiknya mengamalkan beberapa jenis vitamin untuk kesihatan kulit dari dalaman iaitu ESP, Vitamin B dan Vitamin E.

ESP adalah protein soya yang berkualiti berfungsi untuk menghasilkan sel-sel kulit yang baik dan mengenepikan sel-sel lama yang membuatkan kulit menjadi kusam.

Vitamin B. Shaklee B Complex mengandungi B1, B2,B3,B5,B6,B12, asid folik dan biotin. Fungsi utamanya menukar apa yang kita makan menjadi tenaga, jadi kita tidaklah lesu dan letih yang kadang-kadang buat kita cepat marah. Suka marah-marah cepat tua ! Selain itu, B3 berfungsi untuk meningkatkan asid lemak pada kulit, merangsang eksfoliasi atau pengelupasan kulit mati dan buat kulit anjal.

Vitamin E juga adalah vitamin antioksida yang membantu melambatkan serangan radikal bebas yang buat kita nampak tua sebelum waktunya. Selain ia berfungsi untuk mengurangkan keradangan pada kulit yang luka  dan baik untuk penyembuhan parut. 
 
Pastikan pengambilan mengikut sukatan yang diberi dan konsisten untuk melihat hasilnya, dan tidak mengambilo suplemen mengikut mood sahaja.

Jika anda punya kekangan baget hubungi saya untuk suplemen mengikut baget di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...